Nurul Zahid cakap sakit tak boleh buat buat. Sekali ini tindakan yang diambil oleh mahkamah.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini akan memanggil seorang doktor pakar sebuah hospital swasta supaya menjelaskan keadaan kesihatan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas beliau tidak hadir pada perbicaraan kes rsh, pecah amanah dan pengbhan haram yang dihadapinya.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata, sapina akan dikeluarkan kepada doktor berkenaan agar beliau hadir bagi menjelaskan prosedur yang akan dijalankan terhadap Ahmad Zahid serta tempoh masa yang diperlukan sebelum tertuduh benar-benar pulih.

“Mahkamah tidak boleh membenarkan sebarang penangguhan lagi dan akan memanggil doktor berkenaan menjelaskan keadaan kesihatannya serta prosedur yang akan dijalankan,” jelas beliau. Sebelum itu, peguam Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan, Presiden UMNO itu tidak dapat hadir kerana akan menjalani prosedur pada bahagian tulang belakangnya di sebuah hospital pakar hari ini.

Menurut peguam bela, Ahmad Zahid mengalami kesakitan akibat terjatuh dan tidak mampu duduk terlalu lama. Mahkamah sepatutnya mendengar penghujahan kes Ahmad Zahid, 68, yang menghadapi 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rash dan 27 pengbhan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Presiden UMNO itu didakwa menggunakan dana itu untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendirian, polisi insurans serta lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia. Kesalahan mengikut Seksyen 409 itu didakwa dilakukan antara 13 Januari 2014 dan 11 Januari 2016.

PM ziarah Ahmad Zahid di hospital

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menziarahi Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilaporkan menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, hari ini. Perkara itu dikongsi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan sambil beliau mendoakan Ahmad Zahid kembali sembuh.

“PM (Perdana Menteri) melawat DS (Datuk Seri) Zahid malam ini. Semoga Presiden Umno kembali sihat dengan izin Allah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook (FB) miliknya, malam ini. Beliau memuat naik dua gambar yang satu daripada memperlihatkan kedua-dua pemimpin itu.

Selain itu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut berkongsi kegembiraan melihat hubungan baik antara Presiden dan Naib Presiden Umno itu. “Seronok melihat hubungan kasih sayang dan kemesraan dua sahabat baik, bak air dicincang tidak sesekali terputus.

“Walau kini di puncak kuasa, tetap menghormati nakhodanya. Syabas YAB Datuk Seri Ismail Sabri. Moga Allah berikan kesembuhan sempurna buat Datuk Seri Presiden Umno,” katanya dalam satu hantaran di FB miliknya, malam ini.

Asyraf Wajdi turut berkongsi gambar kedua-dua pemimpin berkenaan. Terdahulu, kes Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk yang berdepan 47 pertuduhan pch amnh, rsh dan pengbhn wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi, ditangguhkan berikutan beliau perlu menjalani prosedur membabitkan kelukaan tulang belakang, pagi ini.

Terdahulu, kes itu hari ini ditetapkan untuk hujahan lisan selepas pihak pendakwaan menutup kesnya pada 19 Mac lalu. Bagaimanapun, sebaik saja prosiding itu bermula, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid memberitahu mahkamah, anak guamnya tidak hadir pagi ini kerana perlu menjalani rawatan intervensi sakit.

Katanya, Ahmad Zahid mengalami kelukaan itu akibat terjatuh dan berada dalam kesakitan sekiranya duduk terlalu lama. ISMAIL Sabri menziarahi Ahmad Zahid di hospital, hari ini. FOTO ihsan FB Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Sakit bukan boleh buat-buat – Nurul Zahid

Kuala Lumpur: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam bagi menjalani operasi, hari ini. Perkara itu dikongsi anak perempuannya, Datuk Nurul Hidayah di Instagram miliknya yang memaparkan ayahnya ditolak masuk ke dalam Dewan Operasi.

Nurul Hidayah turut menyatakan video berkenaan dirakam tanpa pengetahuan ayahnya. “Saya tergerak hati nak rakamkan secara sembunyi tanpa pengetahuan Abah sebab saya tahu ini akan jadi bukti kepada umum bila ia diperlukan.

“Sangkaan saya amat tepat! Belum pun Abah selesai di OT (dewan operasi) berita ftnh tersebar yang dia sedang ‘berehat’ di hospital untuk elak kes mahkamah! Tidak masuk akal. Benda sakit ni bukan boleh buat-buat.

“Alhamdulillah, Allah gerakkan hati saya. Saya yang bertanggungjawab tunggu dan jaga Abah sepanjang dia di hospital,” katanya. Nurul turut berkongsi satu lagi hantaran memaklumkan bahawa operasi dilakukan ke atas Ahmad selesai dijalankan.

“Alhamdulillah Abah dah selesai OT (operasi) dan sampai bilik, Abah mengadu pada mak dan saya. “Mak kemudian meminta Abah bersabar sebelum mencapai tasbih dan memintanya berzikir. Indah cukup indah. Alhamdulillah,” katanya menerusi hantaran itu.

Ds Ismail Sabri dah jadi pm sekarang. Sekali tiba tiba Zahid Hamidi dedahkan 5 kegagalan Pn uruskan covid 19.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata rakyat meletakkan harapan besar di bahu kerajaan baru untuk melakukan perubahan agar negara dapat terlepas daripada wabak Covid-19 yang semakin buruk.

Dalam hantaran di Facebooknya semalam, Zahid menyenaraikan lima kegagalan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) terdahulu dalam mengendalikan Covid-19, yang katanya, harus dijadikan “sempadan” oleh kerajaan baru.

Paling atas dalam senarainya ialah “keputusan populis yang membahayakan”, yang menyentuh soal terlalu banyak kelonggaran dibenarkan sebelum imuniti kelompok dicapai dalam kalangan rakyat, selain membuka sekolah semasa jangkitan sedang tinggi sekaligus membahayakan pelajar dan guru.

Zahid turut membangkitkan soal kelonggaran kepada pengembara dari luar negara menjalani kuarantin di rumah ketika dunia berdepan anc4man pelbagai varian baharu Covid-19.

Kegagalan seterusnya yang digariskan Zahid ialah sikap berat sebelah dalam pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP).

Kata Zahid, ini termasuk tindakan menutup sektor kurang berisiko dan membenarkan sektor penyumbang kluster tertinggi beroperasi; pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang tidak bersungguh-sungguh; k0mpaun yang tidak munasabah; serta dasar cuba jaya (try and error) yang mengundang ‘flip flop’ sehingga mengel.irukan rakyat.

Kegagalan ketiga menurutnya ialah “bantuan” yang menguntungkan pihak ketiga – membabitkan pemberian moratorium pinjaman bersifat refinance yang menguntungkan pemiutang; bantuan yang sebahagiannya bersifat terakru; serta kebenaran pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak menyeluruh.

“Banker jaga banker”, kata Zahid.

Kegagalan dalam mempertahankan demokrasi pula, kata Zahid, dilakukan apabila PN menyekat persidangan parlimen, sekaligus menyanggah titah Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu serta membelakangi perlembagaan negara.

Akhir sekali, kata Zahid, kegagalan dalam soal memastikan tiada percanggahan polisi dalam memerangi wabak Covid-19. “Pintu depan ditutup, tetapi pintu belakang dibuka dalam pentadbiran kerajaan berlaku secara nyata.”

“Nasihat KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan pakar kesihatan diambil mudah demi memenuhi tuntutan kroni dan ‘monetary’,” katanya lagi. Ungkapan ‘tutup pintu depan’ juga pernah dahulu digunakan Ismail Sabri Yaakob ketika mengepalai kementerian pertahanan kerajaan PN,

mengundang spekulasi warganet bahawa ia ditujukan buat Mohamed Azmin Ali, yang ketika itu menteri perdagangan antarabangsa dan industri yang mengeluarkan surat kebenaran operasi untuk perniagaan.

Ismail Sabri – yang kini perdana menteri – merupakan salah seorang menteri dari Umno yang menggalas tugas penting dalam pengendalian wabak Covid-19 dalam kerajaan PN terdahulu. Selain Ismail Sabri, beberapa ahli Umno lain turut memegang jawatan penting dalam pengendalian Covid-19

termasuklah bekas menteri kesihatan Dr Adham Baba, dan menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang juga menteri penyelaras Pogram Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick). Berikut reaksi warganet atas kenyataan Zahid tersebut

Tiada wakil pembangkang dalam Kabinet – Ismail Sabri

Dalam perkembangan lain PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau tidak akan melantik anggota parti pembangkang dalam senarai barisan Kabinet baharu. “Tidak melibatkan wakil pembangkang dalam Kabinet. Tiada kerajaan perpaduan bersama pembangkang,” katanya dipetik sebagai berkata pada Isnin.

Perdana Menteri menjelaskan bahawa senarai Kabinet akan diumumkan pada minggu ini dan menafikan setiap senarai yang tersebar di media sosial. “Jangan percaya mana-mana senarai. Setiap hari akan ada senarai baru. Tapi terima kasih kepada anda kerana membantu saya,” ujarnya secara berseloroh.

Beliau menambah, senarai Kabinet baharu perlu mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Ismail Sabri berkata, setakat ini beliau menerima maklum balas yang menggalakkan daripada parti pembangkang yang mahu menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN).

“Nampaknya kita mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pembangkang. InsyaAllah, kita akan duduk bersama dan berbincang,” kata Perdana Menteri. Ditanya sama ada beliau akan mengatur barisan Kabinet berdasarkan peratusan perwakilan parti politik, beliau bagaimanapun enggan mengulas.

“Ia berbahaya, semakin dekat,” kata beliau dipetik oleh Vibes sebagai berkata, dalam sidang media, Isnin. Ismail Sabri dalam ucapan sulung sebagai Perdana Menteri, meminta semua rakyat Malaysia untuk bersama sebagai ‘Keluarga Malaysia’ untuk memulihkan negara dan memerangi pandemik Covid-19

sumber: mstar

Lepas Ismail Sabri selesai buat ucapan pertama terkejut sampai macam ni sekali Najib Razak tampil bagi komen.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memperkenalkan penggunaan frasa Keluarga Malaysia bagi mengajak seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik bersama berganding bahu membawa keluar negara ini daripada pandemik COVID-19.

Perdana Menteri berkata, konsep Keluarga Malaysia diambil kerana baginya, keutuhan negara terikat dengan nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga. “Saya menggunakan pendekatan Keluarga Malaysia kerana frasa ini sifatnya lebih inklusif. Ia merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum.

“Kita menyedari kewujudan sesebuah keluarga yang berkahwin dengan pelbagai bangsa dan agama, tetapi nilai kekeluargaan sudah mengikat mereka semua,” katanya ketika menyampaikan ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri hari ini.

Perdana Menteri juga meminta seluruh Ahli Dewan Rakyat, sama ada dalam atau luar kerajaan supaya menggembleng tenaga untuk memulihkan semula keadaan negara. “Marilah kita, dengan fikiran terbuka dan dada yang menerima, mencungkil persamaan dengan tidak lagi menggali perbezaan. Kita perlu bersepakat untuk menyelamatkan keluarga kita iaitu Keluarga Malaysia,” katanya.

Ismail Sabri mengakui, ketika pandemik masih belum reda, beliau menghayati kepayahan dan keperitan hidup rakyat pada masa negara sedang menghadapi krisis ekonomi yang berpunca daripada wabak COVID-19.

“Saya memahami keringat dan nilai sesuap nasi, kerana saya lahir dan membesar dalam keluarga anak petani yang susah. Saya menginsafi kepayahan, kesengsaraan dan keperitan hidup yang mencengkam kita semua.

“Ada yang hilang mata pencarian, ada pula yang putus bekalan makanan dan bukan sedikit yang dibuang kerja. “Kita sebagai satu keluarga tanpa mengira agama, bangsa dan kaum. Setiap daripada anda adalah seperti keluarga saya sendiri, sama ada anak muda, mahupun yang berusia. Kita diibaratkan saling melengkapi, umpama anggota tubuh yang saling memerlukan,” katanya.

INI KOMEN NAJIB RAZAK SELEPAS ISMAIL SABRI SELESAI BERI UCAPAN

Selepas selesai ucapan pertama Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke 9. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak telah mengeluarkan satu kenyataan untuk Perdana Menteri Ismail Sabri.

Tahniah PM9 atas ucapan sulung yang penuh keikhlasan dan bermakna. Pendekatan Keluarga Malaysia dan pelawaan kepada pihak pembangkang untuk sumbang pada pemulihan negara membuktikan sifat inklusif dan keterbukaan kerajaan baharu demi negara dan Rakyat.

PM9 juga telah menggariskan keutamaan negara hari ini – iaitu pendekatan yang lebih menyeluruh untuk melwan Covid, membantu Rakyat dan memulihkan ekonomi. Bagi mengembalikan kesejahteraan dan keselesaan hidup yang pernah dikecapi suatu ketika dulu.

Saya dan seluruh Rakyat Malaysia akan membantu merealisasikan impian ini. Kita maju jaya bersama.

Sumber : BHARIAN ONLINE / NAJIB RAZAK (FB)

Lama menyepi akhirnya ini kata kata Anwar Ibrahim lepas Ismail Sabri berjaya di lamtik sebagai Perdana Menteri ke 9.

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan sebagai satu cabaran kepada pembangkang untuk bekerja lebih gigih menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Pembangkang itu berkata, usaha tersebut supaya pembangkang dapat memenangi semula mandat rakyat yang diperoleh pada pilihan raya umum lalu. “Marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha supaya krisis wabak Covid-19 dan ekonomi segera diatasi dan ditangani demi rakyat.

“Buat semua pimpinan, anggota dan pendukung, kami menggesa semua untuk menerima keputusan ini dengan kecekalan yang jitu untuk bekerja lebih gigih menuju PRU-15, agar kita dapat memenangi semula mandat rakyat yang telah kita terima pada pilihan raya mum yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera sebagai Perdana Menteri baharu. Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan selepas Majlis Raja-Raja Melayu selesai mengadakan mesyuarat khas semalam.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, pembangkang menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di atas pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Pelantikan Ismail Sabri sebagai PM ke-9: Anwar junjung kasih titah Agong

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.

Dalam satu kenyataan media malam ini, beliau yang mewakili pihak pembangkang keseluruhannya mengambil maklum keputusan oleh Seri Paduka Baginda itu. “Kami mengambil maklum bahawa keputusan ini dibuat menurut lunas-lunas Perlembagaan, demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang kita amalkan,” katanya.

Berikut adalah 10 fakta mengenai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang anda perlu ketahui:

1) Dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 18 Januari 1960. 2) Mendirikan rumah tangga pada 1986 bersama pasangannya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.

3) Hasil perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan empat cahaya mata iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan. 4) Anak sulungnya, Datin Nina Sabrina berkahwin dengan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie, manakala anak lelakinya, Gadaffi atau lebih dikenali sebagai Dafi merupakan penyanyi dan pelakon.

5) Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bangau, Temerloh, Pahang (1967), Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan, Pahang (1973) dan Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang (1976). Beliau menyambung pengajian Tingkatan Enam di Jaya Akademik dan kemudiannya Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaya (1980).

6) Memulakan kerja sebagai peguam sebelum dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Sabaruddin Chik, pada 1995 dan berpengalaman menjadi jemaah menteri sejak 2008.

7) Menjadi Ahli Parlimen Bera dari 2004 sehingga kini. 8) Menerajui lima kementerian iaitu menjadi Menteri Belia dan Sukan; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Menteri Pertahanan.

9) Sewaktu di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), selain menjadi Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), sebelum dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. 10) Dalam parti politik, beliau bermula sebagai Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Temerloh (1987), Ketua Penerangan Umno Bahagian Temerloh (1988), Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Temerloh (1993) dan Timbalan Ketua Bahagian Temerloh (2001) serta Ketua Umno Bahagian Temerloh (2004). Kini, beliau merupakan Naib Presiden Umno.

Alhamdulillah terkini Ismail Sabri diumumkan sebagai Perdana Menteri ke 9.

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Ia selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Sementara itu, ucapan tahniah atas perlantikan itu dimuat naik Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi Facebook (FB) sebentar tadi.

“Tahniah YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang telah diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9. “Saya sebut beberapa hari lepas, perkara terpenting yang negara perlukan ketika ini ialah kestabilan.

“Ia demi membolehkan negara kembali menumpukan terhadap usaha menangani krisis #Covid19, memulihkan ekonomi serta membela kesejahteraan rakyat,” katanya hari ini. Beliau yang juga bekas Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan)

memberi jaminan akan membantu Ismail Sabri atas apa juga kapasiti demi kepentingan negara. “Selamat menjalankan amanah Dato’ Sri. Semoga Allah SWT merahmati ketentuan ini. Amin Ya Rabbal Alamin,” katanya.

Lepas je Muhyiddin Yassin berhenti jadi Perdana Menteri terkejut ini yang terjadi pada akan ig anaknya.

Ruangan akaun Instagram penyanyi anak kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Najwa Mahiaddin dihujani dengan komen-komen apresiasi daripada peminat. Rata-ratanya melayangkan doa dan menzahirkan ucapan terima kasih atas sumbangan bakti

serta khidmat Muhyiddin sepanjang bergelar Perdana Menteri. Di kesempatan sama juga, ada yang meminta Najwa agar menghasilkan lagu khas tribut buat bapanya yang bersusah payah menjaga negara tercinta.

Peminat Minta Najwa Mahiaddin Ciptakan Lagu Untuk Abah, ‘Payung’ Ucapan Penghargaan Di Ruang Komen

“You dad is great, may Allah bless your family. “Najwa saya cuma nak cakap bestnya ada abah macam TSMY. Dia PM terbaik kami. “Sampaikan dekat abah kami, terima kasih. Abah jangan risau, saya tetap dengan abah. Kekal bertenang juga ya abah.

“Tolong sampaikan dekat abah kami sayangkan dia sangat-sangat. Jangan stress jangan down walaupun dah letak jawatan. Jasa dia kami kenang sampai ke akhir hayat. “Hi, Boleh tak cipta satu lagu untuk bapa kamu nanti,” tulis sebahagian peminatnya di Instagram.

Bagaimanapun, Najwa masih membeku dan tidak pernah membalas sebarang komen yang ditulis peminat di laman media sosialnya sejak sekian lama. Kali terakhir pun Najwa mengemaskini akaun Instagramnya pada Januari tahun ini untuk mempromosikan lagunya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin telah meletakkan jawatannya dan peletakan jawatan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Susulan peletakan jawatan ini, Baginda berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Sumber : GEMPAK

Mula jalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara tapi boleh ke dia sign cek berjumlah 1 billion. Sekali ini jawapan dari Muhyiddin.

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, beliau akan menjalankan tugas sebagai perdana menteri sementara, sebagaimana yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong. “Ia adalah tugas yang terhormat,

dan saya akan terus jalankan tugas sebagai Perdana Menteri (sementara) bagi membantu negara,” katanya dalam satu pertemuan dengan editor kanan media di pejabat Perdana Menteri di sini.

Muhyiddin yang menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri tengah hari semalam kepada Yang di-Pertuan Agong berkata, beliau akan memikul tanggungjawab itu dan berharap lantikan penggantinya dibuat secepat mungkin.

Mengulas lanjut, katanya apabila Yang di-Pertuan Agong meminta beliau meneruskan tugas sebagai perdana menteri sementara, beliau terus merujuk kepada Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun mengenai bidang tugas itu.

“Saya sudah mendapatkan pandangan Peguam Negara yang kemudiannya menyatakan bahawa saya boleh menjalankan fungsi eksekutif dan menasihati Yang di-Pertuan Agong sehingga perdana menteri yang baharu dilantik.

Apabila ditanya sama ada barisan jemaah menteri akan dikekalkan sebagai kabinet sementara, Muhyiddin berkata, setahunya hanya beliau seorang yang akan menjalankan tugas. “It is a one man show,” katanya secara berseloroh.

Mengenai tanggungjawab dan kuasa sebagai Perdana Menteri sementara, Muhyiddin berkata, ada keterbatasan kuasa, tidak seperti sebelum ini (menjadi perdana menteri). “Sebagai contoh, saya tidak boleh tanda tangan cek bernilai RM1 billion. Saya perlu rujuk dan ikut nasihat Peguam Negara,” tambah beliau.

Sumber : HMETRO ONLINE

Lepas je Muhyiddin Yassin umum tentang perletakan jawatan. Sekali ini yang terjadi pada fb beliau buat ramai yang terkedu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf atas kekurangan sepanjang pentadbiran beliau, selain mengaku redha dengan ketentuan Ilahi. Katanya dalam perutusan khas hari ini, beliau menyifatkan jawatan tersebut sebagai satu amanah yang berat dan bukanlah satu kemegahan.

“Saya ingin memohon keampunan daripada saudara saudari atas segala kekhilafan dan kelemahan sepanjang saya menjadi Perdana Menteri. “Saya dan rakan-rakan JM yang telah cuba melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi kehidupan saudara saudari sekalian dalam tempoh krisis ini

“Namun sebagai manusia pastinya ada salah dan silap di sana sini, jadi saya memohon ribuan ampun dan maaf. Sementara itu, beliau mengharapkan kerajaan baru agar meneruskan usaha Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan baik.

“Saya harap kerajaan baru dapat dibentuk segera supaya pentadbiran negara kita ini tidak terganggu dan dapat berjalan seperti biaasa. “Tempoh 2 bulan kehadapan adalah amat penting kerana dijangka mencapai imuniti kelompok pada bulan Oktober insyaAllah.”

Segala perancangan dalam Pelan Pemulihan Negara tidak boleh terbantut. Sektor ekonomi perlu dibuka semula bagi memastikan ekonomi kita pulih segera dan rakyat dapat menjana wang untuk menyara diri dan keluarga. Rekod kita mencatatkan kadar vaksinasi harian antara yang tertinggi di dunia.

Komen Rakyat Di Facebook TSMY Selepas Umum Letak Jawatan PM

Ramai yang telah masuk komen di Facebook rasmi Tan Sri Muhyiddin Yassin. Rata rata mengucapkan terima kasih dan ramai juga meluahkan rasa sedih kenapa TSMY meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Terima kasih atas segalanya. Saya tetap sokong TSMY. Kalau boleh kekal la sebagai Pm yg berwawasan dan sentiasa prihatin. Semoga sentiasa di lindungi Allah swt dan sihat selalu.. Aaminn” “Terima kasih abah..

kita tunggu PRU15 mana tau abah ada rezeki jadi PM lagi” “Thank you for taking care of us, the rakyat Sir. As caretake PM, you will continue your good leadership. Kami berdiri teguh di belakang Tan Sri”

Agong Berkenan Terima Surat Perletakan Jawatan Muhyiddin Sebagai PM – Istana Negara

YDP Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah menerima perletakan jawatan ahli kabinet dan seluruh Jemaah Menteri berkuat kuasa hari ini. Dalam perutusan khas Istana Negara, baginda berkenan melantik Tan Sri Mahiaddin sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

“Pada sesi menghadap YAB Perdana Menteri, yang berlangsung selama 30 minit bermula dari jam 12.30 tengah hari, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima surat peletakan jawatan YAB Tan Sri Mahiaddin bin Md. Yasin sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri dengan serta-merta berkuat kuasa pada hari ini,” tulis kenyataan tersebut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *