Kecoh tentang isu Syafiq Ahmad dan Tmj. Rupanya ini kronologi bagaimana isu ni boleh timbul.

Ramai yang berteka-teki, mungkin disebabkan oleh rasa kurang dipilih untuk bermain di atas padang menyebabkan kemelut Syafiq Ahmad dan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim terjadi. Bagi yang tidak tahu bagaimana kemelut ini terjadi, ini kronologinya dari mula.

Pada Sabtu (21/8/2021) baru-baru ini, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad telah menyatakan kegembiraannya setelah melihat perlwnn pasukan JDT menentang PJ City. “Seronoknya tengok kawan-kawan main bola”, ciap Syafiq. Dia kemudiannya memuat naik ciapan yang ringkas sahaja tetapi ianya didengari kurang profesional bagi seorang pemain kelab bola sepak JDT.

“Ni Kelab Bola Sepak, Bukan Kelab Kebajikan Sosial”- TMJ

Tidak berdiam diri melihat ciapan Syafiq, TMJ membalas semula menerusi story Instagram. Ujar TMJ, kelab bola sepak merupakan tempat untuk pemain berlatih dan bekerja keras untuk karier mereka.

“Ni kelab bola sepak, bukan kelab kebajikan sosial. Siapa train bagus, kerja keras dia main. Siapa tidak dia tak main. Tak suka? Pintu terbuka. Ini bukan pnjra. Simple. Dalam JDT siapa kerja keras in training dan perform dia main. Siapa nak challege dalam carrier dan title come to JDT. Takda orang paksa”, balas TMJ.

Tambah baginda, jika ada pemain yang tidak suka berada dalam kelab tersebut, mereka bebas untuk keluar daripadanya dan memilih kelab lain. Tegasnya lagi, bagi pemain yang bekerja keras dan menunjukkan prestasi, mereka dibenarkan untuk bermain mewakili JDT.

TMJ Dedah Pilihan Di Tangan Pemain

Pada masa yang sama, TMJ turut menegaskan setiap pemain mempunyai pilihan mereka tersendiri. Akuinya ketika mahu menyertai kelab JDT, setiap pemain sudah tahu tentang syarat dan polisi kelab tersebut.

“Semua pilihan atas tangan pemain. Masa buat keputusan join JDT pun anda dah tahu syarat dan policy club. Last year dan tahun sebelum itu kerap dapat main. Tetapi selepas kejadian peristiwa pahit, you’re not the same.

Kami beri masa, support, monitor. Jikalau tidak puas hati atau setuju jumpa. Communicate. Bukan tweet”, tulisnya. Kongsi TMJ, sejak insiden yang tak diingini yang meragut nyawa ibu dan anak Syafiq, pemain itu diberikan masa dan dipantau sehingga pulih.

Gara-Gara Ikut Perasaan, Syafiq Mohon Maaf

Melihatkan balas TMJ, Syafiq dengan segera memohon maaf atas tindakannya itu. Akuinya, dia berasa terlalu emosi dan tidak memikirkan kesan selepas memuat naik ciapan itu.

“Saya mengaku saya tidak sepatutnya bertindak mengikut emosi dan seharusnya fikir di mana kesilapan saya selama ini”, tulis Syafiq. Dedahnya lagi, TMJ merupakan individu yang banyak membantunya dalam karier sebagai seorang pemain bola sepak.

TMJ Beri Pesanan

Tidak mahu memanjangkan kemelut mereka, TMJ berharap Syafiq untuk berfikir terlebih dahulu sebelum membuat tindakan yang memberi kesan pada kariernya.

“Lain kali nak buat apa-apa fikir dulu. Kita gentleman.”

Pesanan juga pada orang ramai untuk berfikir terlebih dahulu dalam apa jua perkara sebelum melakukan sesuatu perkara. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : muraiMY via dnq.pw

Syafiq Ahmad baru je tampil mohon maaf. Sekali Amri Yahya pula tampil beri komen padu.

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Syafiq Ahmad mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana membuat komen yang kurang sesuai di media sosial miliknya, semalam. ” Tak suka? Pintu terbuka (untuk keluar). Ini bukan penjr4. Simple.”

Demikain 4maran yang diberikan pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas peny3rang sensasi negara, Syafiq Ahmad meluahkan secara terbuka di laman sosial yang dirinya merindui untuk beraksi semula di atas padang. JeIas Tunku Ismail, pemilihan pemain dalam skuad utama dibuat berdasarkan prestasi semasa dan setiap pemain harus berusaha untuk meraih tempat dalam pasukan.

Komen TMJ

Pemain tengah skuad Harimau Selatan itu memberitahu, permohonan maaf itu turut ditujukan kepada kelab dan rakan sepasukannya. “Saya dengan rendah diri memohon maaf atas tweet yang mengikut perasaan saya semalam kepada rakan sepasukan, kelab dan

terutama sekali Tunku Mahkota Johor yang banyak membantu saya selama ini di dalam dan di luar padang. Saya mengakui saya tidak sepatutnya bertindak mengikut emosi dan seharusnya fikir di mana kesilapan saya selama ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial miliknya, hari ini.

Manakala, Amri Yahya menasihatkan beliau untuk bersyukur untuk bernaung di bawah JDT dan ucapan beliau adalah seperti berikut: “Bersyukur lah wahai anak muda..” Tulisnya. Bukan mudah untuk berada dalam pasukan JDT, terlalu ramai yang ingin bermain untuk pasukan JDT. Jadi setiap pemain yang diberi peluang bermain dengan pasukan JDT perlu bersyukur.

Katanya, skuad Harimau Selatan bukanlah pusat kebajikan sebaliknya ia sebuah kelab profesional yang sentiasa memburu kejuaraan setiap musim. ” Nak ajar saya ‘manage’ kelab, page-page (laman sosial) bola yang kononnya ‘expert’ pun sama.

‘Loanlah’ player, kalau nak ‘loan’ ke mana, ‘transfer window’ tutup. Oh minit permainan mustahak. Pergi ‘join’ PJ City FC. Setiap perlawanan dapat main.

Dalam JDT siapa kerja keras dalam latihan dan menyerlah, dia akan main. Siapa nak cabaran dalam karier dan kejuaraan, datang ke JDT. Siapa nak minit permainan, sertai kelab lain. Takda orang paksa. Semua pilihan atas tangan pemain,” katanya di laman sosial miliknya.

Terdahulu, tndakan Syafiq yang membuat hantaran di laman Twitter miliknya mengundang rasa b3rang Tunku Ismail selepas penyerang Harimau Malaya itu meluahkan keinginan untuk beraksi semula selepas dia dilihat lebih banyak memanaskan bangku simpanan pasukan.

“Seronok tengok kawan-kawan main bola” tulis bekas pemain Kedah itu yang kemudiannya mendapat perhatian peminat bola sepak tempatan. Ujar Tunku Ismail lagi, prestasi Syafiq sudah jauh berbeza dan dia haris meningkatkan lagi tahap permainannya jika mahu tersenarai dalam pasukan. Selepas kejadian peristiwa pahit, awak (syafiq) tidak seperti dahulu. Kami beri masa, beri sokongan dan monitor. Jikalau tidak puas hati atau setuju jumpa. Kita berbincang. Bukan tweet,” katanya. Bagaimanapun Syafiq Ahmad dilhat sudah membuat permohonan maaf terhadap Tunku Ismail petang tadi kerana bertndak mengikut emosi.

TMJ sudah berbual dengan Syafiq Ahmad

Dalam pada itu, menerusi perkongsian terbaru di InstaStory, Instagram, Tunku Ismail memaklumkan beliau sudah berhubung dengan Syafiq. ” Kepada penyokong JDT dan yang ramai bukan penyokong JDT. Saya baru berbual dengan Syafiq Ahmad. Syafiq Ahmad akan bermain apabila dia bersedia. Angkat piala dan bakar mercun. The End..” tulis Tunku Ismail.

Terdahulu, Tunku Ismail membuat hantaran yang dikatakan merujuk kepada ciapan peny3rang JDT, Shafiq Ahmad yang berbunyi ‘Seronok tengok kawan-kawan main’ di mana kelab itu menentang PJ City malam tadi. Sebelum ini, status peny3rang kebangsaan itu menjadi tanda tanya peminat bola sepak tempatan apabila sekian lama beliau tidak diturunkan dalam aksi kompetitif Liga Super bersama JDT.

Berdasarkan rekod, sepanjang enam aksi terakhir dalam saingan Liga Super, nama Syafiq Ahmad tidak didaftarkan oleh JDT. Pemain berusia 26 tahun itu turut tidak berada dalam senarai bangku simpanan apatah lagi dalam kesebelasan utama sejak saingan liga super kembali bersambung. Kali terakhir Syafiq diberi kepercayaan Benjamin Mora adalah ketika JDT beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) ketika menentang Nagoya Crampus pada 4 Julai.

Penyrang serba boleh itu dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-67 menggantikan Ahmad Hazwan Bakri. Perkara ini menjadi kerisauan kepada penyokong-penyokong Harimau Malaya apabila Syafiq Ahmad tidak diturunkan untuk bermain kerana ia akan menjejaskan prestasi pemain kelahiran Pulau Pinang itu.

Ini kerana minit permainan yang cukup buat seseorang pemain sangat penting dalam mengekalkan prestasi, stamina serta momentum dalam permainan. Malah ia bakal menjejaskan persiapan Syafiq dalam menghadapi kelayakan Piala Asia dan AFF Suzuki bersama skuad kebangsaan nanti.

Peminat juga gusar jika ketiadaan Syafiq membarisi kesebelasan utama pasukannya bakal menutup pintu buat pemain itu untuk tersenarai dalam skuad Harimau Malaya. Bagaimanapun, kelibat Syafiq masih lagi kelihatan ketika sesi latihan bersama kelabnya. Sumber: IG TMJ, Malaysiagazette dan hmetr0.

Bukannya hanya nak taja pegi umrah. Rupanya ada satu benda yang Tmj buat pada Ebit Lew sampaikan dia sendiri rasa malu.

”Sebak dapat berjumpa TMJ. Terharu Tuanku memberi kata semangat dan mendoakan.” Demikian perkongsian pendakwah terkenal, Ebit Lew melahirkan rasa terharu apabila DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkenan menerima mengadap dirinya hari ini.

Menerusi perkongsian di Iaman sosial peribadinya, Ebit Lew dilihat berbual mesra dengan TMJ di istana. Umum sedia maklum, nama TMJ sering menjadi bualan hangat warganet. Ini kerana baginda suka berkongsi hal semasa dan menjawab soalan rakyat di laman Instagram.

TMJ hadiahkan RM200 ribu, taja pergi umrah. Ebit Lew dalam perkongsian di laman Instagramnya turut berkongsi bahawa TMJ juga menghadiahkan RM200,000 bagi misi kebajikan yang diusahakan oleh pendakwah terkenal itu. ”Tuanku hadiahkan RM200,000 bagi misi saya. Tuanku juga ingin taja semua ‘team’ saya pergi umrah. Insya-Allah akan bersama Tuanku dalam kembara Johor.

”Ya Allah TMJ sangat baik. Raja yang kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh rakyat Malaysia.”Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam, mendidik anak muda dan naikkan institusi pendidikan,” tulisnya.

Ebit Lew turut memaklumkan bahawa Tunku Ismail kerap memberi semangat kepadanya sejak mula melakukan kerja kebajikan. Ebit Lew malu sangat, TMJ layan dia macam kawan ”Saya malu sangat. Terharu akhlak dan sifat TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan sedangkan saya orang biasa.

Dari awal lagi masa beri bantuan TMJ selalu beri semangat pada saya. Kami selalu bermesej juga. Kata beliau yang paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tetapi berjaya,” katanya.

” Bantu rakyat. Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ. ”Menjunjung kasih Tunku. InsyaAllah Tunku offer untuk membantu segala misi saya di masa akan datang. Ya Allah kurniakanlah rahmat kesihatan buat Tuanku agar terus memimpin kami,” tulis Ebit Lew.

Reaksi warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet teruja melihat pertemuan kedua-dua individu yang sentiasa berada di hadapan dalam membantu golongan kurang bernasib baik ini. Ebit Lew pastinya akan dikenang sebagai individu luar biasa dalam menyalurkan bantuan kepada setiap golongan susah di seluruh pelusuk negara.

Sementara TMJ pula pastinya akan diingati sebagai seorang anak raja yang sering menyantuni rakyatnya terutama di negeri Johor dan menghulurkan sumbangan peribadi. ”Ustaz telah buka ramai mata pemimpin. Harap lepasni ramai ahli politik, menteri2 boleh bekerja sama dgn ustaz. Tahniah ustaz. Kami sayang ustaz” tulis Safiq.

SUMBER/KREDIT: k0smo dan IG Ebit Lew

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum tinggalkan komentar anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *