Penganjur perhimpunan rayu bantuan orang ramai. Rupanya seramai 31 peserta ditahan dan kena bayar kompaun RM62 ribu.

Penganjur himpunan haram pada 19 Ogos lalu meminta sumbangan orang ramai bagi membantu membayar kompaun kepada para peserta yang ditahan sebelum ini. Minggu lalu, seramai 31 peserta acara berkenaan dibawa ke balai polis dan didenda RM2,000 setiap seorang, menjadikan jumlah keseluruhan denda berjumlah RM62,000.

Dalam satu kenyataan hari ini, Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) berharap orang ramai dapat membantu meringankan beban mereka. “Sehubungan itu, kami ingin meminta jasa baik rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi untuk menyumbang bagi membantu peserta membayar kompaun yang dikenakan,” kata mereka.

“Pihak Sekretariat sedang berbincang dengan beberapa rakan peguam berkenaan tindakan yang akan diambil dan kami tidak menolak untuk menyaman pihak polis kerana tangkapan yang dibuat tidak berasaskan lunas perlembagaan dan peserta yang ditahan tidak diberikan akses untuk diwakili oleh peguam setiap seorang,” tambah SSR.

Semalam, seramai 31 peserta nyalaan lilin membuat laporan polis yang mendakwa penahanan mereka tidak sah dan dinafikan hak mereka oleh pihak polis sepanjang acara itu berlangsung. Berikutan itu polis telah memanggil sebahagian mereka termasuk peguam, untuk siasatan lanjut berkaitan acara yang diadakan di Dataran Merdeka pada malam Khamis lalu.

Beberapa kumpulan hak asasi manusia mengkritik layanan kasar polis terhadap 31 individu berkenaan ketika acara itu berlangsung. Salah seorang peserta yang juga ahli jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Chong Yee Shan mendakwa dia mengalami kelukaan fizikal setelah lima anggota polis menyeretnya ke dalam kenderaan polis.

Dia telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata tindakan menafikan hak tahanan untuk mendapatkan peguam adalah melanggar Perkara 5 dan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Suruhanjaya itu juga meminta pihak polis mengiktiraf hak rakyat untuk berhimpun secara aman.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:cempedakcheese

Rupanya Dalam Diam Ada Juga Pelakon Yang Sertai Perhimpunan Di Kuala Lumpur Baru Ni.

Semalam (Sabtu) telah berlangsung perhimpunan ‘Keluar dan #Lwn’ di sekitar Dataran Merdeka yang dianjurkan bagi menunjukkan soladiriti rakyat terhadap rakyat .

Turut tular, seorang pelakon yang dikatakan turut menjadi peserta perhimpunan aman tersebut bersama 400 orang individu lain. Pelakon yang dikaitkan warganet dengan perhimpunan tersebut ialah Fahad Iman kerana dia di antara yang terbuka berkongsi mengenai ‘bendera hitam’ dan #lwan.

Malah menerusi tinjauan Gempak di laman sosial Instagram (IG) Fahad, pelakon Suri Hati Mr.Pilot itu turut memuat naik beberapa foto ketika menyertai perhimpunan tersebut. Selain itu, Fahad turut menggunakan foto bendera hitam dan menulis perkataan #lwn di ruangan bio IGnya.

Semalam, media melaporkan sekumpulan individu mula berarak dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka, kira-kira jam 11 pagi. Kumpulan individu berkenaan yang memakai baju hitam dilihat

membawa bendera hitam, selain sepanduk menunjukkan protes terhadap kerajaan serta replika jenzh. Polis turut dilihat melakukan pemantauan melalui udara menggunakan helikopter selain menutup beberapa laluan menuju ke Dataran Merdeka, sejak pagi.

Polis siasat dalang perhimpunan di ibu negara

Polis akan menjalankan siasatan terhadap individu dan pemimpin politik yang terlibat dalam perhimpunan ‘Keluar dan #Lwn’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya mengesan penglibatan kumpulan itu yang didalangi oleh individu sama sebagai penghasut bertujuan merosakkan imej negara.

Menurutnya, tindakan diambil terhadap mereka menyertai perhimpunan itu dan ia diumumkan dari semasa ke semasa. “Saya tengok mereka ini adalah individu-individu yang sama melontarkan kemarahan apabila kerajaan membenarkan kilang beroperasi, namun individu ini juga yang mengarahkan dan menghasut supaya semua orang turun berkumpul.

“Jika diteliti, kita akan faham bahawa kumpulan-kumpulan ini hanyalah bertujuan memecahbelahkan keadaan serta menimbulkan kegusaran kepada rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Selama, di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani; Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Nordin Muhamad dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Menurut Hamzah, ketika tempoh pandemik Covid-19, sepatutnya rakyat sedar terhadap bahaya penularan wabak Covid-19 terutamanya varian Delta yang mudah merebak dengan cepat melalui udara.

“Mereka ini sudah tahu bahayanya varian ini kepada masyarakat namun pada masa yang sama mereka juga yang mengajak orang ramai untuk berkumpul.

“Adakah mereka ini double standard dalam mematuhi SOP atau sememangnya kebal daripada varian ini,” katanya. Terdahulu, Hamzah menyerahkan cek Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara berjumlah RM26,000

kepada Ida Marsita Harun, 45, iaitu balu kepada Sarjan Mohamad Nasrul Othman,47, yang bertugas di penjara Alor Setar yang pergi menghadap illahi pada 28 september tahun lalu akibat Covid-19.

Dianggarkan antara 400 sehingga 450 orang berpakaian serba hitam berhimpun dalam protes #Lwn di Dataran Merdeka di ibu negara hari ini bagaimanapun, protes berkenaan dapat disuraikan secara aman.

Pelbagai perkataan yang dilaungkan oleh peserta perhimpunan itu seperti ‘hidup rakyat’, ‘bangkit anak muda dan ‘kerajaan gagal’, dengan kebanyakannya mengecam kerajaan.

Sumber : GEMPAK / Utusan Online

Boleh pula SSR tampil lakukan perhimpunan bendera hitam di Dataran Merdeka. Sekali ini tindakan pihak polis.

Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) telah menganjurkan perhimpunan di Dataran Merdeka sambil membawa patung my4t dan 14 bendera hitam. Dalam satu kenyataan, SSR menyatakan kekecewaannya terhadap kerajaan dalam menangani kes C0VID-19. Patung my4t membawa simbol kemt14n yang disebabkan oleh w4bak p4ndemik tersebut dengan peningkatan jumlah kees membhyakan nyawa sendiri. Manakala 14 bendera hitam pula mewakili kemar4han rakyat di seluruh negeri di Malaysia.

Video :

  1. https://twitter.com/i/status/1416297644696109057
  2. https://twitter.com/i/status/1416297644696109057
  3. https://twitter.com/i/status/1416297839974510603
  4. https://twitter.com/i/status/1416297839974510603
  5. https://twitter.com/i/status/1416300523351801856
  6. https://twitter.com/i/status/1416301267257679873
  7. https://twitter.com/i/status/1416301356344692738

SSR juga mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur daripada jawatannya dan mendkwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) ga4gal membantu rakyat dalam membendung w4bak C0VID-19.

Antara tuntutan lain yang dibawa oleh mereka adalah pembukaan penuh sidang Parlimen dan bukannya sesi penerangan kerajaan kepada Dewan Rakyat serta moratorium secara automatik kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengenakan faedah pinjaman sepanjang tempoh tersebut.

Untuk rekod, mereka juga menyatakan bahawa kerajaan terus menerus menyndir kempen solidariti bendera putih rakyat serta mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri apabila beliau menyarankan rakyat untuk menaikkan bendera biru. Tiada tangkapan dilakukan di Dataran Merdeka, hanya kenyataan daripada peserta himpunan telah didapatkan oleh pihak berkuasa.

Sumber: Utusan, MalaysiaKini & https://odisi.my/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selepas umum bantuan isi rumah dan bujang. Kini Kerajaan umum bantuan untuk semua pekerja di Malaysia dan ini cara permohonannya.

Sejak Program Subsidi Upah atau PSU diperkenalkan, pihak kerajaan telahpun membelanjakan lebih 15 bilion ringgit bagi tujuan membantu para majikan membayar gaji kepada sekitar 2.7 juta pekerja. Memandangkan respon positif berhubung dengan program ini, pihak kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan PSU 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 bilion ringgit yang dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 2.5 juta pekerja.

Melalui inisiatif PSU 4.0 ini, pihak kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan bagi tujuan membantu golongan majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat cov1d-19 agar dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan para pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

Sila ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan Program Subsidi Upah 4.0 dan bantuan ini. Melalui inisiatif dan bantuan PSU 4.0 ini, pihak kerajaan akan menampung:

500 pekerja setiap majikan, Kadar bayaran RM600 setiap pekerja, Bayaran adalah bagi tempoh 4 bulan yang mana dua bulan bagi semua sektor dalam fasa kedua PPN dan dua bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti.

>Jika sebelum ini pelaksanaan PSU disyaratkan dengan had gaji di bawah RM4,000 sahaja, namun melalui PSU 4.0: Tiada had gaji ditetapkan, Majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerja yang bergaji lebih RM4,000.

Untuk pengetahuan anda, permohonan mestilah dilakukan oleh pihak majikan. Majikan yang ingin membuat permohonan PSU 4.0 bagi mendapatkan bayaran untuk pekerja boleh ikut seperti langkah berikut:

  1. Permohonan boleh dikemukakan secara online – klik DI SINI
  2. Pihak majikan akan menerima nombor rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi di pautan https://prihatin.perkeso.gov.my/ dan boleh menyemak status permohonan menggunakan nombor rujukan yang diberikan.
  3. Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU boleh disemak di https://www.myfuturejobs.gov.my/ termasuk bilangan pekerja yang diluluskan.

Untuk mendapatkan panduan lebih terperinci, anda boleh rujuk panduan Program Subsidi Upah 3.0 yang lepas. Maklumat lanjut berkaitan PSU 4.0 akan menyusul setelah mendapat makluman baharu.

Sumber : https://khabarportal.com/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Bantuan belum berakhir. Kerajaan akan kekal bantu golongan ini sehingga akhir Disember dan ini yang rakyat akan dapat.

Kuala Lumpur: Sepanjang krisis Covid-19, kerajaan terus menyalurkan bantuan tunai secara langsung kepada golongan terjejas yang membabitkan peruntukan sejumlah RM16.7 bilion untuk keseluruhan tahun ini. Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, baki peruntukkan bantuan untuk diberi kepada rakyat sehingga akhir Disember tahun ini adalah RM8.1 bilion.

Beliau berkata, pelbagai bantuan dalam proses pelaksanaan termasuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) RM4.5 bilion serta Bantuan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM1.25 bilion.

“Alhamdulillah inisiatif baharu kerajaan mendapat sambutan baik. Contohnya Jaringan Prihatin yang dilancarkan Mei lalu di mana setakat ini RM1.75 bilion diluluskan termasuk lebih 500,000 orang mendapat telefon pintar baharu. Di samping itu program e-Belia dilancarkan pada Jun sudah memanfaatkan 1.9 juta belia,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan komited memastikan kelangsungan perniagaan ketika berdepan Covid-19 menerusi inisiatif untuk sektor perniagaan. Menurutnya, kerajaan memberi bantuan tunai kepada sektor perniagaan bagi tahun 2021 dengan jumlah diperuntukkan RM14.1 bilion.

“Bantuan ini belum berakhir. Sejuta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro akan terima Geran Khas Prihatin (GKP) pada hujung Jun dan Julai. Jun ini akan menerima RM1,000 dan Julai ini akan menerima RM500. Selain itu untuk peruntukan subsidi upah masih ada baki RM6 bilion untuk disalurkan kerajaan untuk menjamin bayaran gaji kepada 2.7 juta pekerja. Dengan kata lain, kerajaan menampung dan membayar gaji rakyat yang terkesan seramai 2.7 juta pekerja, kerajaan secara langsung menolong dengan membayar gaji kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata, selaras dengan pembukaan secara beransur-ansur ekonomi maka tumpuan diberi kepada program pinjaman mikro untuk PKS memulakan semula perniagaan. Selain bantuan langsung secara tunai, katanya, ada bantuan tidak langsung dengan kadar subsidi diunjur mencecah RM15.5 bilion tahun ini berbanding perbelanjaan RM9 bilion tahun lalu.

“Dengan kenaikan harga minyak global, kerajaan sudah memastikan impak kenaikan terhadap kos sara hidup rakyat dihadkan. Antara inisiatif kerajaan termasuk menetapkan harga siling runcit RON95 pada aras RM2.05 per liter serta subsidi satu kilogram minyak masak pada harga RM2.50. Secara keseluruhan bagi bulan Januari hingga Mei, kerajaan menanggung perbelanjaan berjumlah RM4 bilion dari segi peruntukan subsidi tahun ini,” katanya.

Mengenai moratorium, katanya, golongan B40 memang dapat kemudahan itu sama ada mereka hilang pekerjaan atau tak hilang pekerjaan pun jika mereka memohon mereka akan mendapat kelulusan automatik. Golongan M40 dan T20 yang hilang pekerjaan, yang pendapatannya terjejas atau pun yang bekerja tanpa gaji, mereka juga dapat kelulusan automatik jika memohon.

“Namun ramai juga yang masih lagi tak terkesan, mereka tidak boleh dapat kemudahan moratorium,” katanya. Menurutnya, kerajaan bersama bank bersetuju membantu PKS mikro di mana pinjamannya kurang daripada RM150,000 turut mendapat kelulusan automatik moratorium. Begitu juga, katanya, moratorium automatik diberi untuk PKS yang terkesan sebab di bawah senarai Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang tidak boleh beroperasi.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Published
Categorized as Berita

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *