Shuib muat naik wajah kesayangan. Tapi ada sesuatu yang warganet perasan.

Shahmira Muhamad atau lebih mesra dengan panggilan ‘Shuib Sepahtu’ menjadi perhatian warga maya pada saat ini. Shuib yang kehilangan isteri tercinta awal bulan Ogos, ternyata memberi kesan yang mendalam pada diri nya dan juga masyarakat.

Semoga dengan penulisan min sinetronmalaya ini menjadi asbab kebaikan buat masyarakat untuk terus mendoakan kebaikan pada yang sudah tiada dan juga keluarga tercinta Shuib. Menerusi entri terbaru nya, Shuib berkongsi:

“Kesayangan Ariq Matin, ALLAH MAHA BESAR..” – Shuib. Warganet perasan sesuatu? Disini, salah seorang daripada komentar dalam halaman instagram Shuib ada kongsi yang anak nya ada iras iras muka nya.

Terdahulu, kata kata shuib sering menjadi bualan dan peringatan buat mereka yang sudah berumah tangga supaya sentiasa menjaga pasangan sehabis baik dan juga taat pada perintah agama. “Tipu la kalau cakap saya ni ok (emosi stabil)…

10 tahun kenal Sarah, dialah yang mendewasakan saya, dia banyak mendoakan saya. “Kini saya sangat berlapang dada, tadi saya almost lost dan tercari-cari. Saya reda dengan ujian Allah ni, akan ada kebaikan nanti.

Komen Warganet:

“Saya buka mata, buka hati saya untuk apa saja yang berlaku lepas ni… walaupun benda itu tidak baik tapi itu adalah yang terbaik buat keluarga saya,” katanya penuh sebak. Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://sinetronmalaya.com

Dikritik oleh warganet tentang video Siti Sarah. Terkejut bila tiba tiba Shuib hantar satu pesnaan suara pada Aisar Khaled.

KONTR0VERSI melawat tmpat prsmadian Siti Sarah nampaknya selesai apabila suami penyanyi itu iaitu Shuib Sepahtu memaafkan personaliti media sosial, Aisar Khaled. Berkongsi mengenai perkara itu, Aisar memuat naik mesej pesanan suara yang dihantar oleh Shuib menerusi aplikasi WhatsApp pada Sabtu.

Dalam rakaman tersebut, Shuib berkata dia sudah memaafkan kesilapan yang dilakukan Aisar dan tidak menyimpan dendam atas apa yang telah berlaku. “Tak apa, dari awal apabila dapat tahu saya tengok video tu saya dah maafkan awak… tiada guna sakit hati atau berdendam.

“Saya nak mudahkan urusan semua orang, saya juga minta Allah permudahkan urusan saya, jadi saya tak nak menyusahkan orang lain. Tiada manusia sempurna di dunia, saya pun selalu buat salah dan dosa. Aisar kongsi pesanan suara yang dihantar oleh Shuib.

“Banyak dosa saya dengan Allah tapi mungkin apa yang boleh kita ambil pengajaran janganlah berbuat kesalahan sama, mungkin kita tak perasan kesalahan itu adalah kesalahan yang tak sepatutnya kita buat,” kata Shuib.

Aisar mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video melawat ke Tanah Islam Sungai Pusu, Gombak iaitu lokasi Siti Sarah diuruskan sebagai kandungan untuk laman YouTube miliknya pada 9 Ogos lalu. Terima Kasih Abang Shuib… ujian seperti ini mengubah hidup saya.

Tindakan itu menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak yang menganggap dia mengambil kesempatan dan tidak sensitif dengan keadaan yang berlaku. Dalam pada itu, YouTuber berusia 21 tahun ini turut mengucapkan terima kasih kepada Shuib kerana menerima permohonan maafnya itu dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.

Aisar kesal dengan tindakannya memuat naik video melawat Siti Sarah. “Terima Kasih Abang Shuib… ujian seperti ini mengubah hidup saya. MasyaAllah,” tulisnya pada ruangan kapsyen. Sementara itu, Shuib turut mengingatkan Aisar supaya berpada-pada dalam menggunakan media sosial serta menjadikan ruang platform yang ada untuk tujuan baik.

“Saya doakan awak terus menjadi YouTuber hebat menggunakan platform kita untuk sebarkan kebaikan. “Jangan jadi orang yang terlalu seronok buat content sampai akhirnya apa kita buat makan diri sendiri. InsyaAllah kita kena ingat pemergian hampir dengan kita cuma tak tahu bila.

“Awak orang hebat dan baik teruskan berbuat kebaikan,” kata Shuib. Untuk rekod, Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Sebelum ini, Sharnaaz menerusi Instastory pada Rabu menitipkan pesanan kepada Aisar agar menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran. Sharnaaz, dia sudah memberi pesanan kepada individu tersebut di laman sosial namun tiada nasihat yang perlu diberikan kerana beranggapan ia sesuatu yang sia-sia sahaja.

Menganggap individu tersebut masih muda, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad mengakui dia juga pernah melalui zaman itu. Sharnaaz akui ramai orang kritik dirinya terutama orang muda.

“Saya ada memberi teguran kepada orang itu di IG. Tiada nasihat yang boleh diberikan. Bagi saya, nasihat yang sia-sia… sebab esok lusa nanti buat lagi lepas itu minta maaf. “Ramai saja orang hentam saya di media sosial terutama orang muda. Jadi biarkan… mereka pun masih muda. Enjoy la nak buat apa pun, buat la, janji gembira.

“Sampai masa, mereka pun akan ada otak juga. Mungkin sekarang apabila muda, sel otak banyak bersambung ke lutut… sama juga la ketika saya masih muda,” katanya

sumber: mstar

Lepas jadi teka teki warganet akhirnya Shuib dedahkan dah jumpa ibu susuan untuk Ayash Affan.

Sejak kebelakangan ini, timbul isu berkenaan siapa individu yang layak untuk menjadi ibu susuan kepada anak keempat Shuib dan Siti Sarah iaitu Ayash Affan yang kini masih berada di hospital.

Dah jumpa ibu susuan Ayash

Susulan itu, ramai yang mula memberi cadangan dan pandangan masing-masing berhubung perkara tersebut namun, menerusi temu bual pelakon dan pelawak itu, dia telahpun menemukan ibu susuan yang selayaknya untuk putera bongsunya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh pemilik akaun _inaijari_ dia laman Instagram yang menyaksikan sedikit sebanyak perkongsian dan perkembangan semasa Shuib serta ahli keluarga kecilnya selepas kehilangan isteri tercinta akibat C0vldl9.

“Berkenaan dengan ibu susuan Ayash, kita dah bincang untuk cari dalam kalangan ahli keluarga juga…” “Dia adalah sepupu saya yang baru sahaja dapat baby dalam 6 bulan.”

Terdahulu, industri seni tanah air digemparkan dengan berita kehilangan penyanyi Siti Sarah Raissuddin selepas bertrng nywa menentang virus covid19 dalam keadaan tengah sarat mengandung anak keempat.

Bagaimanapun, bayi dalam kandungan yang berusia 7 bulan dapat diselamatkan sementara Siti Sarah pula adalah sebaliknya. Bukan sahaja tidak dapat bertemu bayinya bahkan juga tidak sempat menyusukan anak yang mereka nantikan selama 6 tahun itu.

Sumber : redaksi

Tak senang duduk sebab fikir pasal ibu susuan. Sekali ada pulak warganet yang petik nama Sari Yanti untuk jadi ibu susuan untuk anak Shuib.

Shuib sendiri akui bimbang memikirkan ibu susuan buat Ayash Affan. Jelas Shuib, dia mahukan yang terbaik dan berusaha untuk mendapatkan ibu susuan buat Ayash. Shuib mengambil kira khasiat pemakanan yang diamalkan oleh ibu susuan tersebut buat anaknya dan cuba untuk mendapatkan nasihat daripada ustaz terlebih dahulu.

https://www.instagram.com/p/CSdLZxhpcjz/

Shuib juga memberitahu, rakan artis antaranya Syatilla Melvin menawarkan untuk menjadi ibu susuan buat Ayash. Dan akan dipertimbangkan oleh Shuib kemudian.

Ada juga sebahagian warganet mencadangkan pelakon Sari Yanti adalah ibu susuan yang paling sesuai buat Ayash memandangkan Sari Yanti baru melahirkan anak bongsunya dan merupakan isteri kepada sahabat baik Shuib iaitu Jep Sepahtu.

KOMEN WARGANET:

Semoga urusan Shuib dapatkan ibu susuan buat Ayash Affan dipermudahkan dan semoga Shuib kuat membesarkan anak-anak walaupun tanpa isteri tersayang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  :  https://bartasangbad.site/

Hampir 5 tahun simpan rahsia. Akhirnya rider kurang upaya ni terpaksa bongkarkan apa yang Siti Sarah pernah buat.

Berita sedih mengenai pemergian penyanyi, Siti Sarah ternyata dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia tidak kira golongan artis, sahabat baik mahupun para peminat. Rata-rata yang mengenali Siti Sarah secara dekat telah memuat naik posting sebak sebaik sahaja mengetahui penyanyi tersebut sudah pergi menghadap illahi.

Di Instagram mahupun facebook, individu yang pernah mengenali Siti Sarah secara dekat mula membuka mulut dan menceritakan kebaikan yang pernah dilakukan olehnya selama ini.

Lima Tahun Simpan

“Siti Sarah Raisuddin minta saya rahsiakan pemberiannya dan tidak mahu ia dihebohkan di laman sosial.” Itu permintaan penyanyi terkenal tersebut terhadap seorang penghantar barang orang kelainan upaya, Mohd Hafiz Abdullah, 32, kira-kira lima tahun lalu lalu.

Cerita Mohd Hafiz, Sarah memberikan bantuan barangan keperluan kepada 15 penerima terpilih di Temerloh, Mentakab dan Jengka. “Ikutkan Allahyarhamah nak bagi lebih tapi saya cakap cukup kerana dengan kekangan yang ada, cukuplah untuk beri kepada 15 penerima sahaja.

“Saya sebenarnya amat terkejut ketika dihubungi Siti Sarah ketika itu kerana tidak menyangka beliau menghubungi saya,” katanya pada Khamis. Ujarnya, pada masa itu dia tular kerana menawarkan perkhidmatan sebagai penghantar barang dalam keadaan kekurangan fizikal, kdung tangan kiri akibat kejadian jalan raya pada usia 20 tahun.

Mohd Hafiz yang kudung tangan kiri sejak berusia 20 tahun gigih mencari rezeki dengan khidmatnya sebagai penghantar barang. “Sudah lama saya rahsiakan perkara ini kerana menghormati permintaan beliau dan bila berita pemergiannya

akibat jngkitan Covid 19 Isnin lalu, ia memang memberikan kesan selain saya berasa amat sedih dengan kehilangannya,” luahnya. Siti Sarah kata Mohd Hafiz, juga menawarkan motosikal baharu kepadanya ketika itu namun dia menolak tawaran tersebut.

Kredit : SinarHarian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak

Ada pula yang pertikaikan kenapa Shuib boleh uruskan isteri sampai selesai. Sekali penjelasan dari individu ni buat ramai yang terkedu.

Pelawak popular, Shuib Sepahtu telah diberikan kesempatan untuk menguruskan isteriserta menunaikan solat buat isterinya semalam. Shuib yang dilihat berpakaian serba lengkap peralatan perlindungan diri (PPE) semasa uruskan isterinya di Tanah Islam Kampung Sungai Pusu Gombak dilihat telah menarik warga maya untuk memberikan pelbagai pandangan dari sudut yang berbeza malah ada juga yang turut mempertikai keberadaan pelawak berkenaan di kawasan terbabit.

Sekitar di tanah urusan Siti Sarah pada Tengahari Isnin. Keberadaan Shuib menemani isterinya hingga ke lahad juga tidak terlepas dari pertikaian dan kritikan daripada warga maya yang dilihat tidak puas hati kerana diberikan peluang terakhir sebegitu.

Antara komen-komen yang kurang senang

“Mana bole macam ni orang lain tak dibenarkan” “Bukan nak mengadu tetapi rasa mcm double standard, kerana dia artis? bukan dia seorang sahaja yang kehilangan orang tersayang.” “Ramai lagi yang rasa seperti ini, ini adalah tidak adil, kita tak merasa apa yang org lain rasa,”

Itulah antara komen warga maya yang kurang senang dengan keberadaan Shuib di sana. Shuib ketika menunggu pengurusan Siti Sarah di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Difahamkan, Shuib mendapat kebenaran untuk menguruskan isternya kerana telah memotong gelang kuarantin dan mendapat kebenaran daripada pihak Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.

Ekoran daripada itu, terdapat seorang individu yang bernama Mat Yoe tampil memberikan penjelasan mengenai isu yang berbangkit ini. Menurutnya, sekiranya ingin menguruskan ahli keluarga yang pergi menghadap illahi kerana covid-19 adalah dibenarkan tetapi perlu mematuhi segala prosedur yang ditetapkan oleh pegawai yang bertugas berkenaan.

Antara syarat yang perlu dipatuhi untuk menguruskan covid-19 adalah bukan dalam kuarantin, tidak bergejala, bukan dari kawasan PKPD, sihat tubuh badan, tiada sakit teruk dan patuh kepada arahan pegawai bertugas.

Difahamkan juga, segala SOP boleh diubah mengikut kesesuaian keadaan semasa bergantung kawasan yang terlibat dan atas budi bicara pegawai yang bertanggung jawab bagi menguruskan kes pemergian tersebut.

Berikut penjelasan dari seorang yang bekerja di Pejabat kesihatan, di kenali sebagai Mat Yoe yang tampil berikan penjelasan

“Dia dapat buat semua tu bukan sebab dia artis.” “Ramai je rakyat biasa yang boleh urus waris masing-masing.” “Bersepah video yang dikongsikan oleh waris di facebook dan tiktok.” “Pengalaman aku dan rakan-rakan urus 41 orang (semua orang biasa, bukan artis), ahli keluarga terdekat boleh je urus dan join kami.”

“Cuma jarang waris join sebab kadang-kadang waris terdekat semuanya dalam tempoh kuarantin.” “Pengecaman mesti dilakukan oleh ahli keluarga terdekat. Solat boleh join. Pengkbumian pun boleh join.”

“Kami sediakan PPE lengkap kepada ahli keluarga terdekat.” Tapi ada syarat ketat yang mesti dipatuhi: 1-Bukan dalam kuarantin. 2-Tidak bergejala. 3-Bukan dari kawasan PKPD. 4-Sihat tubuh badan. 5-Tiada sakit teruk. 6-Patuh kepada arahan pegawai bertugas

Semuanya bergantung kepada budi bicara pegawai yang bertanggungjawab bagi kes pemergian tersebut. SOP juga boleh di ubah mengikut kesesuian keadaan semasa di kawasan terlibat. Setakat yang aku dan rakan-rakan urus,kami tiada masalah jika ada waris yang nak join kami asalkan memenuhi syarat-syarat di atas.

P/s: Jangan mudah percaya cakap orang. Cuba tanya sendiri ahli keluarga yang ppergi menghadap illahi akibat covid19 betul ke tak apa yang aku bagitau ni. Kalau mereka bagitau mereka tak dibenarkan join, mesti ada alasan kukuh kenapa mereka tak dibenarkan join.

Rahim Pakai PPE Bantu Shuib Angkat Sarah

Rakan-rakan artis dan juga kenalan ahli keluarga juga sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada suami Sarah, Shuib Sepahtu agar dia kuat menghadapi dugaan hebat ini.

Sama2 pakai PPE bantu Shuib. Masing-masing telah mendapat pujian daripada warganet kerana sifat setia kawan yang ditunjukan benar-benar membawa erti sahabat diwaktu senang dan sukar. Salah seorang yang menjadi perhatian media sudah tentu ahli kumpulan Sepahtu, Rahim yang dilihat turun sama ke lahad menyempurnakan urusan Siti Sarah.

Menerusi perk0ngsian daripada seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @shahrulazwa7, dia telah memuat naik kembali video dari salah seorang ahli keluarga Sarah dan memuji tindakan Rahim yang sama-sama memakai sut PPE menguruskan isteri sahabatnya.

“Semoga kau terus tabah Ib”

Dalam perkongsian yang dibuat penyampai radio Sinar FM itu, dia telah menitipkan kata-kata semangat supaya sahabatnya terus bertabah dengan ujian daripada Allah S.W.T. “Percaya atau tidak, kebahagiaan dan kesedihan dalam kehidupan itu akan silih berganti.

Sekuat mana pun kau jaga, yg pergi tetap pergi. Terkadang pertemuan & perpisahan terjadi terlalu cepat tapi percayalah kenangan dan perasaan kekal selamanya. Beberapa orang akan pergi dalam hidup mu tapi bukan bererti kisah mu berakhir, yang berakhir hanyalah bahagian mereka dalam kisah hidup mu. Hanya yg benar2 tinggalkan jejak dihatimu akan benar2 kekal diingatan mu. Semoga kau terus tabah @shuibsepahtu”

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *