Baru saja Ismail Sabri singgah rumah bekas PM. Sekali Shahrir Samad pula tegaskan pesanannya pada Ismail Sabri.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad mengingatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang baru dilantik menjadi Perdana Menteri kesembilan supaya tidak mengulangi kesilapan dilakukan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru berkata, Muhyiddin melakukan beberapa kesilapan semasa menjadi memegang jawatan nombor satu negara itu.

“Kesilapan utama Perdana Menteri sebelum ini adalah beliau telah ‘memandvlkan’ Parlimen. Dewan Rakyat ialah punca kuasa seseorang Perdana Menteri. Sebab itulah ditanya setiap satu ahli Parlimen siapa yang mereka sokong sebagai Perdana Menteri. Kedua, Perdana Menteri adalah Ketua Dewan, ‘Leader of the House’ dan demikian kenalah juga memimpin Dewan Rakyat. Caranya, jadikan Dewan Rakyat sebagai landasan untuk ‘engage’ atau melibatkan kesemua Ahli Parlimen dalam menangani krisis kesihatan dan krisis ekonomi rakyat dan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri sebagai menggantikan Muhyiddin yang meletak jawatan pada Isnin. Keputusan itu ditetapkan Agong selepas Ismail Sabri menerima sokongan majoriti yang mencukupi iaitu seramai 114 ahli Dewan Rakyat dan beliau bakal mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri kesembilan pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Shahrir berkata, ‘Perdana Menteri kelapan’ terlalu ‘eg0’ sehingga tidak langsung mahu menjadikan Parlimen sebagai landasan perpaduan dalam kalangan ahli-ahli Parlimen sama ada pembangkang atau kerajaan. Katanya, Dewan Rakyat juga mempunyai pelbagai peranan yang seharusnya dimanfaatkan kerajaan untuk kebaikan rakyat. Menurut beliau, Dewan Rakyat mempunyai berbagai jawatankuasa yang patut dibenarkan memainkan peranan untuk manfaat kerajaan.

“Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) umpamanya, boleh memeriksa akaun-akaun kementerian, jabatan dan entiti yang mendapat dana awam. Dewan Rakyat juga adanya Ketua Pembangkang. Tak payah nak ikut cara Perdana Menteri kelapan sehingga hendak dijadikan Ketua Pembangkang Bertaraf Menteri. Bukakan perbincangan antara Perdana Menteri kelapan dengan Ketua Pembangkang,” katanya.

Dalam pada itu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa beliau memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang baharu dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan, hari ini. Sokongan itu dinyatakan Muhyiddin ketika menerima kunjungan Ismail Sabri di kediamannya, petang tadi.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri. Saya memberi sokongan penuh kepada beliau dan insya-Allah akan terus membantu K.erajaan Perikatan Nasional menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, khususnya dalam tempoh pemulihan negara. Saya mendoakan semoga YAB Datuk Seri Ismail Sabri akan dapat menggalas amanah kepimpinan dengan sebaik mungkin dan mengemudi negara ke mercu kejayaan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini Sumber  :  http://limauasamboi.pw/

Ismail Sabri lahir perkongsian penghargaan buat isterinya. Sekali Ismail Sabri dedah sesuatu soal isterinya buat ramai terharu.

DATIN Seri Muhaini Zainal Abidin sememangnya seorang isteri pemimpin yang ‘low profile’. Mana tidaknya, sepanjang lebih 30 tahun Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam arena politik tanah air, amat jarang nampak kelibat Datin Seri Muhaini di depan khalayak.
Walau tidak selalu menemani Datuk Seri Ismail Sabri, namun sebagai isteri sudah pasti beliau menyokong penuh kerjaya suami tercinta.

Ismail Sabri Lahir Penghargaan Buat Isteri

“Isteri saya orang yg sentiasa ada di sisi saya sejak berkawan dgn dia dari saya berumur 19 tahun. Saya menyertai politik pada tahun 1986, pada umur 26 tahun dan waktu tu kami baru saja mendirikan rumah tangga. Nani adalah seorang yg sangat simple dan sentiasa tak mahu berada di bawah spotlight, sbb tu jarang sangat nampak dia. Thank you Ni, sbb sentiasa ada di sisi Sabri. Daripada Sabri tak ada apa-apa sehingga lah ke hari ni. Susah senang bersama.”

Raut Wajah Lembut & Low Profile, DATIN SRI MUHAINI Isteri Tercinta DS ISMAIL SABRI!

Datin Sri Muhaini Zainal Abidin sememangnya seorang isteri pemimpin yang ‘low profile’. Mana tidaknya, sepanjang lebih 30 tahun Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam arena politik tanah air, amat jarang nampak kelibat Datin Sri Muhaini di depan khalayak. Walau tidak selalu menemani Dato’ Sri Ismail Sabri namun sebagai isteri sudah pasti beliau menyokong penuh kerjaya suami tercinta.

Ini dibuktikan melalui perkongsian gambar di media sosial milik Dato’ Sri Ismail Sabri dan anak-anak mereka sendiri. Selesa hanya berada ‘di belakang tabir’, sokongan dan kasih sayang Datin Sri Muhaini terhadap suami, anak-anak, menantu dan cucu tidak berbelah bahagi.

Ada sahaja sesuatu sambutan, tidak kira ketika Hari Raya, Hari Bapa mahupun ulang tahun kelahiran.. pasti sekeluarga ini akan berkumpul. Semalam, wajah Datin Sri Muhaini menarik perhatian apabila foto terkini yang dikongsikan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri menjadi viral di media sosial. Memuat naik gambar bersama isteri tercinta beserta kapsyen, “Baru nak breakfast berdua… Si Oyen ni nak join jugak,” entri terbaharu itu nyata mencuit tumpuan ramai.

Kebanyakan komen yang ditinggalkan followers Dato’ Sri Ismail Sabri mengagumi keakraban suami isteri berkenaan dan tidak kurang juga yang mendoakan agar Ahli Parlimen Bera ini dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-9. Wah, ramai yang nak bapa penyanyi Dafi ini jadi pengganti Tan Sri Muhyiddin!

Mengimbas perkahwinan Dato’ Sri Ismail Sabri, beliau mendirikan rumah tangga bersama Datin Sri Muhaini pada tahun 1986. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat orang anak; seorang perempuan dan tiga lelaki iaitu Datin Nina Sabrina, Gaddafi, Iqbal dan Nashriq.

Anak sulung, Datin Nina Sabrina merupakan isteri kepada pereka fesyen terkenal, Dato’ Jovian Mandagie. Manakala Gaddafi atau lebih dikenali sebagai Dafi pula ialah penyanyi dan bekas peserta program realiti Akademi Fantasia (AF). Di samping anak sulung, Datin Nina Sabrina.

Dato’ Sri Ismail Sabri yang dilahirkan pada 18 Januari 1960 dan kini berusia 61 tahun. Beliau memulakan karier sebagai peguam sebelum menceburi bidang politik pada tahun 1987. Sepanjang lebih 30 tahun berada dalam arena politik tanah air, Dato’ Sri Ismail Sabri pernah menyandang beberapa jawatan Menteri Kabinet antaranya Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Menteri Kanan Kluster Keselamatan dan Menteri Pertahanan.

Pada 7 Julai lalu, Dato’ Sri Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri namun melepaskan jawatan tersebut pada 16 Ogos 2021 selepas Tan Sri Muhyiddin meletak jawatan Perdana Menteri Ke-8. Sumber : Trending Sangat

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *