Pemain JDT tampil tweet teringin nak main bola. Sekali TMJ pula tampil beri teguran dan ini sebab kenapa dia tak boleh main bola.

Terdahulu, salah seorang pemain bola sepak kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) telah memuat naik status di laman Twitter sehingga menarik perhatian ramai warganet. Tweet tersebut juga kelihatan saling dibalas oleh rakan-rakan dan pemain bola sepak tempatan apabila sekian lama kelihatan pemain tersebut tidak diturunkan untuk beraksi. Status tersebut bagaimanapun telah mendapat perhatian pemilik pasukan JDT iaitu Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Status di laman Twitter

Difahamkan, pemain pasukan kelab JDT itu telah memuat naik status dengan meluahkan perasaannya apabila melihat rakan-rakan sepasukan beraksi di atas padang dalam perlawanan Liga Super menentang PJ City. Namun tidak lama kemudian, tweet tersebut telah dipadamkan selepas ditularkan pengguna media sosial.

‘Tak suka? Pintu terbuka’

Susulan itu, kelihatan Tunku Mahkota Johor memuat naik status di laman IG Stories dan difahamkan status baginda itu ditujukan kepada salah seorang pemain bola sepak di bawah naungannya. Difahamkan, baginda telah memberi peluang kepada semua pemain untuk menunjukkan prestasi tetapi hanya pemain yang terbaik akan diturunkan untuk beraksi dalam perlawanan.

Selain itu, baginda menegaskan agar pemain tersebut untuk berkomunikasi sekiranya tidak berpuas hati atau sebaliknya. Bukan hanya memuat naik status di laman sosial semata-mata. Dalam JDT siapa kerja keras in training dan perform dia main. Siapa nak challenge dalam carrier dan title come to JDT. Siapa nak minute, join club lain. Tak ada orang paksa. Semua pilihan atas tangan pemain. Last year dan tahun sebelum itu kerap dapat main. Tetapi selepas kejadian peristiwa pahit, you’re not the same. Sumber: Makanbola.com, HRH Crown Prince of Johor

Walaupun ramai yang kenal TMJ seorang yang tegas. Namun tak sangka ini rupanya perangai sebenar TMJ dengan anakandanya.

Mendengar nama Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pasti ada terbayang ketegasannya dalam menjadi pemimpin. Namun dalam ketegasan baginda yang juga merupakan seorang bapa itu, lain pula layanan yang ditunjukkan TMJ apabila bersama ahli keluarganya.

Perkara itu dapat dilihat melalui perkongsian isteri TMJ, Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda melalui Instagramnya bersempena sambutan Hari Bapa pada 20 Jun 2021.

“Happy Father’s Day to all the great dads on earth, to the dads in heaven, grand-dads, step-dads, and part-time dads and especially to my dearest husband. We love you with all our hearts Babah”. Berdasarkan perkongsian tersebut, TMJ dilihat sangat mesra bersama putera dan puterinya dengan aksi bermain mereka.

Layanannya dilihat cukup sweet walaupun secara luarannya beliau dikenali dengan ketegasan. Oleh itu, TMJ menerima reaksi positif orang ramai dengan keperibadian beliau sebagai seorang bapa.

Dalam ketegasan ada kelembutannya, itulah kehebatan seorang insan yang bergelar bapa. Sumber: Instagram YAM Che’ Puan Besar Khaleed & HotFM

Ada pula yang bandingkan TMJ tidak beri sumbangan macam Syed Saddiq. Sekali TMJ tampil terus keluarkan semua bukti.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menerusi satu thread di laman Twitter tampil berkongsi kesusahan seorang warga emas yang hidup sebatang kara. Susulan daripada itu, beliau sempat memberikan sedikit bantuan kepada pakcik ini yang secara tidak langsung dapat mengurangkan beban yang ditanggungnya selama ini.

Bagaimanapun, seorang warga Twitter dikenali sebagai Sykrn sempat bertanyakan kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengapa warga emas itu tidak mendapat sebarang bantuan. ‘Taknak tolong bantu ke?’

Susulan daripada soalan yang diajukan, TMJ tampil memberikan penjelasan warga emas yang dikenali sebagai Rahmat sudah menerima bantuan RM300 sebulan sejak tahun 2010. Ujar Baginda lagi, dia (warga emas) pernah menetap di Kampung Sri Menanti sebelum kembali tinggal di Parit Pali pada April yang lalu. Dia merupakan seorang duda, tinggal seorang diri, pernah dipenjarakan di Penjara Simpang Renggang dan kini bekerja sendiri.

Pernah mendapat bantuan di bawah Program Bantuan Bina Baru Rumah PPRT di Kampung Sri Menanti dengan mendapat kebenaran daripada tuan tanah untuk bina pada tahun 2018 disebabkan masalah pemilikan tanah pusaka. Difahamkan, warga emas ini ‘terasa hati’ dan kembali semula ke rumah (pondok) asalnya setelah mendapat tegvran daripada tuan tanah.

Disebabkan masalah sosial dan aduan daripada kejiranan, tuan tanah menegvr supaya menjaga batas pergaulan supaya tidak menimbulkan m4ksiat, maka dia terasa dan berpindah ke rumah atau pondok asal.

Berbicara lebih lanjut, warga emas ini lazimnya mendapatkan bantuan makanan daripada adik-beradik yang tinggal berhampiran dengannya. Sumber: Tunku Ismail Sultan Ibrahim & Syed Saddiq Via ohbulan.com/

TMJ tampil jawab soalan warganet di Instagram. Sekali ini responnya soal Syed Saddiq sampai buat warganet terkedu.

Semalam, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman Instagram sempat membuat sesi soal jawab bersama rakyat jelata. Menerusi sesi tersebut, pelbagai soalan yang diajukan dan antara yang menarik minat adalah mengenai pandangan baginda terhadap ‘prestasi’ Yang Berhormat (YB) Muar, Syed Saddiq yang juga merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan.

Ketika diajukan soalan adakah Baginda suka akan YB Muar, TMJ secara ringkas menjawab tidak. Pada masa yang sama, Baginda turut menjelaskan sebab mengapa berbuat demikian. Bagaimana dia menjanjikan, dengan cara apa? Apa yang dia buat sebelum ini? Negara kita perlukan ahli politik yang jujur, inovatif dan berdedikasi.

Ujarnya lagi, negara memerlukan ahli politik yang komited dalam menjalankan amanah yang diberikan dengan sepenuh hati bukannya terkenal melalui pujian ramai menerusi media sosial. Jujur, jadi diri anda, dan dedikasi. Tunaikan tanggungjawab dengan sepenuh hati. Jangan jadi populist (terma yang digunakan buat ahli politik) hanya untuk terkenal dan meraih pujian di media sosial.

Tidak berakhir di situ, menerusi satu soalan yang lain terdapat seorang pengikut yang menjelaskan YB Muar banyak berkhidmat untuk rakyatnya di Muar, dan turut mempersoalkan mengapa TMJ menggelarnya sebagai ‘populist’. Rakyat dia? Dia dari Johor? Adakah dia dari Muar? Awak dari Johor? Dari Muar? Awak terima tak laporan mingguan daripada Pegawai Daerah? Awak terima tak laporan daripada Ketua Kampung dan Penghulu? Dapat kerja di lapangan dan berpura-pura melakukan kerja di media sosial adalah dua perkara yang berbeza.

Sumber: Tunku Mahkhota Johor Sumber : obulan

1.57 juta pekerja dibenarkan bekerja. Ramai yang tak puas hati bila Azmin Ali berikan kebenaran untuk syarikat beroperasi sampai ada yang suruh letak jawatan.

Sejak semalam lagi, isu melibatkan Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri, Dato’ Seri Azmin Ali dan kementeriannya dalam memberikan kebenaran untuk sebilangan syarikat beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dilaksanakan telah mendapat kritikan hebat warganet.

Meskipun Azmin dalam satu kenyataan berkata hanya 20% iaitu melibatkan 128,150 syarikat dengan 1.57 juta pekerja yang dibenarkan beroperasi daripada 586,308 syarikat yang berdaftar dengan CIMS 3.0 (sejak 7.30 pagi semalam), masih ramai juga yang tidak puas hati.

Susulan itu, menurut BFM, warganet telah mewujudkan hashtag #AzminLetakJawatan yang kini trending di Twitter sebagai tanda protes kepada menteri tersebut.

Dalam pada itu juga, warganet dikatakan telah membuat petisyen untuk menteri tersebut meletak jawatan yang setakat ini telah mendapat hampir 100,000 tandatangan (ketika artikel ini ditulis).

“8,000 kes sehari masih benar buka syarikat?” 
Antara perkara yang diluahkan warganet termasuklah rasa kecewa rakyat tentang ‘total lockdown’ yang diadakan kerajaan ini tidak akan mencapai matlamatnya jika masih banyak syarikat beroperasi dalam tempoh ini.
Dalam pada itu ada juga yang berpendapat banyak syarikat menggunakan CIMS 3.0 untuk mendapatkan kelulusan beroperasi meskipun syarikat tersebut tergolong dalam non essential.

Dalam pada itu, semalam, Azmin juga ada menjelaskan bahawa MITI bukanlah satu-satunya kementerian yang menentukan industri mana yang dibenarkan beroperasi atau tidak. menggunakan platform CIMS 3.0 untuk memudahkan penilaian permohonan daripada kementerian-kementerian tersebut. Uish makin panas isu ini. Harap kementerian yang terbabit dapatlah selesaikannya dengan baik untuk mengelakkan rasa tidak puas hati rakyat lagi.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *