Isteri kecewa bila disahkan hidap sakit ini dan berpunca dari suami. Tanpa fikir panjang isteri terus ambil jalan terakhir dengan hantar anak ke rumah anak yatim dan ini yang dia lakukan.

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin hide profile ye. Saya dah buntu sangat2 tak tahu arah tuju saya ni. Ceritanya, saya disahkan mendapat jangkitan H1V dari suami yang saya percayai 100%. saya tahu masa suami dimasukkan ke hspital sebab minor stroke disebabkan doktor kata dia muda lagi, 36 tahun, tak ada masalah penykit yang teruk, doktor nak buat ujian dr4h sebelum dia discaj 3 hari kat yellow zone.

seminggu kemudian doktor call suruh datang hspital jumpa, dan dari ujian tu doktor kata dia disahkan menghidap H1V dan syp hilis. Luluh hati saya masa tu,org yang saya percayai 100% buat tahi kat belakang saya. doktor suruh saya ambil dr4h untuk confirm4tion saya dijangkiti atau tak dan keputusan nya “positive”.

Dengan keaadan dia macam tu, kalau saya buang suami, ianya tak dapat mengubah apa2 atau merawat sakit saya ni, saya harap dengan menjaga dia sedikit sebanyak saya boleh lah menempah sedikit peluang tiket “ke syurga “ Inshaallah..

Masa tu saya cuma fikir pasal anak sahaja. adakah anak saya jugak dijangkiti. doktor suruh buat ujian jugak, alhamdulillah keputusan 2 orang anak saya “negative”. Masa tu saya tak fikir pasal saya lagi, saya cuma fikir pasal keluarga saja, sebab saya tak pernah bekerja selama 13 tahun saya kahwin sebab suami tak izinkan.

Masa kahwin dengan suami umur 18 tahun. Umur 17 tahun spm pun tak ambik, ada la kerja sekejap lepastu jumpa suami tak sampai 3 bulan kami terus kahwin sampai la sekarang. Jadi masalah saya sekarang ni, saya buntu, dengan suami macam tu, dengan keperluan anak2 nak sekolah. Tahun depan yang sulung nak masuk form 1, sekolah bayar itu ini.

Sekolah sekarang tak murah dah macam sekolah swasta, semua benda nak kena bayar, dengan rumah sewa dah 3 bulan tak bayar. Saya kata kat owner tolak dari deposit 2+1 sbelum ni so tengah bulan 11 ni genap la masa saya perlu keluar dr rumah ni. rumah sewa pulak sebulan 850.

Sebelum ni memang suami tanggung 100%. bila saya fikir, berapa sangat gaji saya kalau ikutkan dengan spm pun tak habis, kalau nak kerja byar rumah sewa ni pun dh nyawa2 ikan gaji tu. Ada ke yang nak ambik peskit h1v bekerja, nanti kerap ambik MC sebab perlu follow up.

Dengan effect ubat HAART ni lg, saya kerap mvntah, mval, p3ning, rasa badan sangat lemah, kalau kerja anak2 sekolah macam mana, siapa pula nak ambil balik sekolah, sebab saya memang jauh dari keluarga, nak upah orang macam bas sekolah tu pun nak kena bayar lagi, bil api air lagi.

Ni pun dah nak masuk 3 bulan bil api tak bayar, yang kali ketiga ni mesti surat merah yang sampai. tu belum termasuk belanja harian anak sekolah. makan minum lagi. selama ni pun habis dah barang kemas saya jual untuk tampung2 mana yang perlu.

kadang nak beli barang dapur pun fikir 2-3 kali, nak beli minyak dulu ke nak beli gula dulu ke, sebab memang dah nyawa2 ikan dah. hari tu anak kata nak ambik gambar konvo sekolah rendah lah tapi kene bayar, cakap la tak ada duit, kesian je muka dia teruja sangat bagitau, last2 tak dapat lh.

Kesian la saya tengok hidup anak2 sekali terkena tempias. Ada doktor suggest ,kalu perlu, minta bantuan zakat ke, saya ada fikir, kami tak miskin lagi, kwsp suami masih ada, itupun kira harta, belum kira fakir lagi la. bukan sombong cuma saya fikir, biarlah zakat tu untuk orang yang layak selayaknya sebab saya fikir nak keluarkan KWSP suami sebab penykit yang dia ada sekarang ni ada dalam list pembolehan pengeluaran keseluruhan KWSP.

Bila da pegi submit borang kwsp tu bukan free jugak, kene bayar lagi rm40 nak ambik rekod perubatan kat hspital. bila dah submit, kene reject, tak lulus, saya pun tak faham, apa sebenarnya motif kwsp kata boleh keluarkan wang kalau semua permohonan di tolak. Saya ada baca kat google, banyak yang memang dah nyawa2 ikan dah dengan penykit kr0nik. Ada yang sampai dah meningg4l, tak lulus nak keluarkan kwsp untuk tampung kos perubatan. sungguh saya tak faham.

Sekarang ni saya buntu, jalan terakhir saya, hantar anak2 kerumah anak yatim untuk sementara, suami saya hantar kerumah keluarga dia sendiri, saya..Saya bercadang untuk tinggal di pusat perlindungan H1v buat sementara waktu untuk pulih kan semangat saya sendiri, sebelum saya menjadi tiang kepada anak2 saya.

Tapi saya tak sampai hati berpisah dengan mereka sebab sejak dr lahir saya dan mereka tak pernah berpisah dan mereka sgt rapat dengan saya. Sedih bila mengenangkan hidup. Mungkin ada yang kata.back to Allah

Ya saya memang teringin sangat tapi apakan daya saya dibesarkan dalam keluarga yang kurang didikan agama. Mak bapak saya pun tak solat, dulu ada la belajar dekat sekolah menengah, sekarang pun dah lupa macam mana nak solat. bacaan pun ada yang ingat ada yang lupa. Nak belajar dari youtube takut tersalah pelajaran. nak belajar ke kelas2, nak kena bayar 1 hal, kekangan masa 1 hal, perbelanjaan minyak lagi 1 hal, nak makan pun susah dah sekarang.

Saya buntu. kadang2 saya fikir saya dah putus asa. Sekarang yang tahu saya menghidap penykit ni kakak dan adik saya sahaja. Saya beritahu mereka sebab takut2 ada terjadi apa2 pada saya, boleh lah mereka tolong tengok2kan anak saya. Lagi pula saya sebenarnya tak mahu menyusahkan mereka, sebab saya tahu hidup mereka pun kais pagi makan pagi.

Tp saya perlu beritahu 1-2 org ahli keluarga saya sekiranya terjadi apa2. yalah kan, belum ada jawapan muktamad berapa lama peskit H1V boleh hidup. Ada yang kata boleh hidup lama, ada yang kata 30 tahun, 20 tahun, ada yang 5 tahun pun dah tiada sebab kesan dari ubat yang bertoksin yang perlu dimakan setiap hari seumur hidup yang menjadi punca penykit teruk yang lain seperti buah pinggang rosak dan mcm2 lg.hmmm..

Mungkin ada pembaca yang sudi memberi nasihat/cadangan untuk saya bangkit semula dlm masa yang singkat ni. Setiap malam saya berdoa semoga Allah permudahkan urusan saya,buka sedikit jalan untuk saya,pertemukan saya dengan org yang boleh membimbing saya (kawan baru),

semoga tiada perkara buruk datang sebelum saya kembali bangkit. Itu sahaja yang saya harap kan sekarang. Terima kasih min.. Sungguh kuat wanita ini menghadapi setiap ujian skit kr0nik. Walaupun hati sangat kecewa dengan sikap suami sendiri dia tetap ingin menjaga suaminya. Sumber : Ekotanews.com

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *