Ada yang perasan perubahan pada muka Faezah Elai sampai menganggap dia pergi cucuk. Sekali Faezah tampil jelaskan hal sebenar.

Faezah Elai sekali lagi mendapat perhatian warganet apabila wajahnya kini kelihatan berbeza berbanding sebelumnya. Kata warganet, wajah Faezah Elai sekarang lain, tak macam dulu lebih cantik.

Berbeza sangat ke wajahnya sekarang sampai menjadi bualan warganet?

Pemilik nama Noor Faezah Md Elai berusia 39 tahun itu bagaimanapun tidak berdiam diri dan tampil memberi penjelasan di ruang sama. Jelasnya, dia tidak membuat operasi plastik sebaliknya perubahan pada wajahnya itu akibat kesan alahan ubat yang diambilnya.

Jangan bising-bising lagi kata Faezah buat operasi muka ya. Semoga cepat pulih seperti sedia kala. Sumber: CARI

Muat naik video rutin harian challenge dengan anak. Sekali apa yang anak dia kantoikan rutin sebenar Erra Fazira buat ramai yang terhibur.

Muat naik video rutin harian challenge dengan anak. Sekali apa yang anak dia kantoikan rutin sebenar Erra Fazira buat ramai yang terhibur.

Setiap kali selebriti terkenal, Erra Fazira memuat naik video kebersamaan dengan anaknya, Engku Aleesya pasti jadi perhatian ramai. Ramai yang terhibur. Kali ini, pelakon tersebut turut serta membuat #rutinharianchallenge bersama anaknya membuatkan ramai terhibur.

Mana tidaknya, Engku Aleesya dengan spontan telah membuat mimik muka tidak percaya dengan rutin harian yang disebut oleh ibunya kerana tidak seperti realiti sebenar. Mummy bangun subuh lepas tu tidur balik

Paling mencuit hati sudah tentu pengakuan Erra yang mendakwa akan terus ke pasar selepas bangun solat subuh sekitar jam 6 pagi. Muka Aleesya terus berubah dan membocorkah rahsia bahawa ibunya akan duduk sebentar dalam sepuluh hingga ke 15 minit

selepas solat subuh dan kemudian sambung tidur sehingga jam 10 pagi.. Gadis manis berusia 12 tahun itu turut memaklumkan yang ibunya tidak pergi pun berjogging dan dia hanya makan roti atau sarapan yang sedia ada sebelum mengikuti kelas online.

Habis rutin harian mak dibongkar

Perbualan comel mereka berdua pun tular dan mendapat pelbagai komen daripada warganet. Rata-rata terhibur dengan tindakan Aleesya yang membuat ‘kantoi’ ibunya dengan rutin harian yang sama sekali tidak dilakukan itu. Mereka juga turut memuji kebersamaan Erra Fazira dan anaknya, Engku Aleesya yang sangat sweet dan cantik serta akrab sekali dengan ibu tersayang. Bagus Erra ajar anak jujur hahaha Sumber: Instagram @errafazira, OMM, MSTAR, SAMSONSTUDIOS

Kes jangkitan positif covid 19 makin meningkat. Sekali ini pesanan pada Erra Fazira pada kerajaan dan rakyat.

Melihat jumlah kes jangkitan Covid-19 yang tinggi setiap hari, menggusarkan hati ramai orang termasuklah pelakon dan model terkenal tanah air Erra Fazira. engan perintah berkurung ataulockdown yang mula berkuatkuasa pada 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021 ini, Erra memberi pesanan ringkas mengenai hal ini.

Amalkan Lockdown Sehabis Baik – Erra

Pelakon jelita ini memuat naik foto dan video di akaun Instagramnya semalam, bersama anak perempuan kesayangannya Engku Aleesya. Di dalam video yang di muatnaik itu, Erra memohon agar semua orang duduk di rumah, tidak keluar rumah jika tiada keperluan dan ikuti perintah berkurvng ataulockdown yang telah kerajaan tetapkan dalam tempoh masa ini.

“Harap semua orang amalkan lockdown sehabis baik. Moga kali ini beroleh kejayaan buat Malaysia dan selepas lockdown pula, kita semua wajib teruskan amalkan kendiri! Kalau tidak, pusing-pusing benda yang sama.” Kongsi Erra di Instagram

Berhenti Menunding Jari

Bukan itu saja, Erra juga memberi pandangan agar kerajaan lebih aktif dalam memberi vaksin kepada rakyat dan dalam masa yang sama Erra turut meluahkan rasa terima kasih kepada kerajaan atas usaha dan pelbagai langkah yang diadakan bagi membantu rakyat.

Manakala pesanan Erra untuk rakyat pula adalah, agar rakyat berhenti bersikap menyalahkan dan menunding jari kerana semua itu tidak membantu atau menyumbang sebarang kebaikan.

“Kepada kerajaan, semoga lebih aktif dan efisyen dalam menyelenggara vaksin untuk rakyat. Dan terlebih dahulu terima kasih kerana memikirkan cara-cara untuk bantu rakyat di saat kritikl ini.

Kepada segelintir rakyat, hentikan menunding jari. Kita jaga kita! Menunding dan menyalahkan, tidak membantu untuk kita menjadi manusia positif yang menyumbang kearah kebaikan.” Kata Erra di Instagramnya

Pesanan Erra Untuk Semua

Ibu kepada Aleesya ini memesan agar semua orang ambil peduli dan masing-masing bertanggungjawab untuk menjaga diri dan keluarga, bagi memutuskan rantaian jangkitan dengan mendaftar dan mengambil vaksin agar semua orang mendapat imuniti.

“Yang masih berdgil, semoga ada akta baru untuk mereka salurkan tenaga dan semangat dgil mereka dalam aktiviti dan tugasan kemasyarakatan. Yang belum berdaftar, tolonglah mendaftar dan HADIRKAN diri untuk vaksin. Tolong. Kita nak Malaysia capai imuniti keseluruhan.

Andai tidak mengerti, tolonglah bertanya kepada yang arif dan bertauliah. Kita sangat-sangat perlu pulihkan Malaysia mentl dan fizikal!! (Jika kamu tahu apa yang saya maksudkan).” Kongsi Erra di Instagramnya

Betul apa yang dikongsikan Erra ini, jika mahu putuskan rantaian Covid-19 kita semua harus main peranan dan bertanggungjawab mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan sepanjang tempoh berkurvng ini dijalankan. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : murai.my

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *