Kecoh tentang isu saman antara artis. Sekali ini respon Shila Amzah pasal isu saman buat ramai yang terkedu.

Sudah menjadi normal dalam industri hiburan untuk selebriti saman menyaman di antara mereka. Melihatkan isu saman ini semakin hangat diperkatakan, ini pesanan Shila Amzah; Hanya Buang Masa Dan Duit

Menurut Shila sebagai seorang selebriti, dia menganggap isu saman tidak patut timbul dan berlaku dalam kalangan penggiat seni. Ujarnya, selebriti ini akan bekerjasama dan terlibat antara satu sama lain dalam industri.

“Sha cuma nak kongsi, Sha tak rasa wajar untuk saman menyaman sesama artis ini. Sebab di penghujung hari pusing-pusing situ juga. Sejujurnya ia adalah membuang masa dan duit. Percayalah”, luahnya. “Sekarang Bukan Masa Yang Sesuai”- Shila

Tambah penyanyi ini, kesan daripada isu saman ini tidak akan mendatangkan kebaikan pada mereka. Malah ianya hanya akan memburukkan lagi hubungan antara selebriti.

Isu saman ini tidak patut timbul ketika negara mengalami pandemik. Akuinya, setiap individu sedang bertahan untuk meneruskan kehidupan masing-masing. Dia juga menegaskan sekiranya ada yang tidak mahu berkawan, lebih baik hentikan hubungan tersebut daripada melarat dan terus saman.

“Kalau taknak berbaik dah takyah la kawan, ni bukan zaman sekolah nak brblah bagai. Sekarang ni memang bukan masa yang sesuai untuk benda macam ni. Kalau nak kena bayar saman, baik guna duit untuk makan”, kongsi Shila.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:https://murai.my/

Kes makin besar. Kali ni Siti Nordiana hantar writ sman untuk tuntut 5 sekawan bayar 2.5 juta. Terkejut sekali dengan ni yang Nana tuntut.

KEMELUT antara Siti Nordiana dengan Lan Solo dan Syura memasuki episod baharu selepas peguam yang mewakili mereka iaitu Alan Razak mengesahkan lima anak guamnya menerima writ saman dan pernyataan tuntutan daripada penyanyi lagu Angkara itu pada Isnin.

Menerusi tuntutan saman tersebut, Alan Razak dari Tetuan Azlan Razak & Associates berkata, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

“Saya mengesahkan yang kesemua anak guam menerima writ sman dan pernyataan tuntutan daripada peguam cara plaintif (Siti Nordiana) semalam (Isnin),” katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Selain itu, Alan turut memberitahu Siti Nordiana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi pernyataan tuntutan tersebut. Siti Nordiana tuntut Lan, Syura dan tiga yang lain bayar RM500,000 setiap seorang.

“Selepas ini akan ada sesi pengurusan kes yang mana akan dijalankan secara virtual melibatkan saya dan peguam Siti Nordiana dengan pihak Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 9 Ogos ini. “Menerusi sesi e-review itu mahkamah akan minta status kes daripada peguam plaintif sebelum perbicaraan penuh ditetapkan.

Saya mengesahkan yang kesemua anak guam menerima writ saman dan pernyataan tuntutan daripada peguam cara plaintif (Siti Nordiana) semalam (Isnin). “Melalui sesi itu juga, mahkamah akan minta peguam-peguam untuk explore kebarangkalian untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah tanpa perlu melalui perbicaraan penuh,” katanya.

Sebelum ini, Siti Nordiana menuntut Lan, Syura, isteri Lan, Sheila Hassim, Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek, Aida G untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam serta membayar RM200,000 setiap seorang kepadanya.

Alan Razak sebelum ini pernah mewakili ramai selebriti antaranya Awal Ashaari. Namun, kelima-lima individu itu gagal berbuat demikian pada tempoh yang diberikan. Untuk rekod, kontrovesi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.

Menerusi sesi tersebut, Sheila dan Lan mengakui terkilan dengan Siti Nordiana serta pengurusnya, Anas kerana sering mengungkit perihal soal bayaran makanan. Sementara itu, Syura pula mendakwa dia dimalukan oleh Siti Nordiana dan pengurusnya, Anas sehingga menyebabkan ada pihak produksi enggan memberikan tawaran kerja kepadanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Komen di salah erti. Zulin Aziz sampai terpaksa dm Siti Nordiana sebab nak jelaskan isu tuntutan 200 ribu tu.

GARA-GARA menulis satu komen ringkas tentang isu tuntutan RM200,000 oleh penyanyi Siti Nordiana terhadap rakan-rakannya, pelakon Zulin Aziz tervk dikritik oleh warganet. Rata-rata melahirkan rasa kurang senang kerana beranggapan Zulin, 32, cuba masuk campur dalam konflik yang berlaku antara Siti Nordiana, Lan Solo, Syura Badron dan tiga yang lain.

Bagaimanapun menurut Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, dia tidak berniat untuk menghntm mana-mana pihak. “Ayat saya tu bukan nak menghntam sesiapa cuma nak mereka berbaik sebab saman-menyaman antara kita ini tak selesaikan masalah.

Zulin memuat naik paparan skrin mesej perbualannya dengan Siti Nordiana. “Industri kita kecil. Semoga berbaik. Yang lain saya tak mahu komen apa-apa. Penat dah orang manipulasi ayat kita,” kata Zulin ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Sebelum ini, Zulin tinggalkan komen di artikel bertajuk ‘Bukan saja maaf terbuka, Siti Nordiana tuntut Lan Solo dan Syura Badron bayar RM200,000 setiap seorang’ di Instagram rasmi mStar. Menerusi komen tersebut, Zulin didakwa seakan-akan mempersoalkan nilai RM200,000 yang dituntut Siti Nordiana atau mesra disapa Nana.

“Hmmmm… nak buat apa 200k tu… dapat ke ubat hati yang terluka,” tulis Zulin yang kemudiannya mengambil keputusan memadam komen tersebut. Terkini menerusi kenyataan di Instagram, Zulin mengatakan tulisannya itu dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Aku tak pernah dengki dengan Siti Nordiana. Aku sokong saja apa dia buat selama ini ha. Pendapat kecil aku kalau tak boleh pakai, abaikan. Teruskan apa yang terbaik untuk masing-masing.

“Masing-masing ada sebab masing-masing. Aku tak menyebelahi mana-mana tapi aku sokong mereka berbaik. Aku doakan. Cukuplah manipulasi ayat aku dengan otak negatif. Siti Nordiana turut tuntut RM200,000 setiap seorang termasuk Lan dan Syura.

“Aku tak faham apa yang korang faham dengan ayat aku itu. Doakan mereka lebih baik. Akhir sekali, aku nak fokus dengan kehidupan aku. Suka hati korang la nak fikir negatif. Move on,” tulisnya di Instastory.

Dalam pada itu, pelakon drama Pnjra Janji ini turut memuat naik paparan skrin perjelasannya kepada Siti Nordiana berhubung isu berkenaan. “Aku tertekan orang cakap aku kutuk kau. Aku tulis RM200,000 itu bukan boleh sembuhkan hati terluka. Tapi orang cakap aku ktuk kau… cakap aku dngki subhanallah.

“Tak apa la, Allah tahu niat aku. Aku cakap sebaliknya… aku minta maaf kalau ada apa-apa ke yang terasa. Aku bukan team mana-mana. Sama juga aku cakap kat Syura. Aku tak sokong dia buat Live itu,” kata Zulin.

Siti Nordiana turut membalas mesej tersebut dengan mengatakan dia memahami apa yang cuba Zulin sampaikan dan bersyukur aktres itu menjelaskan sendiri perkara itu kepadanya. Menerusi laporan mStar pada 30 Julai lalu, lima individu termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura Badron turut dituntut membayar RM200,000 setiap seorang kepada Siti Nordiana selain membuat permohonan maaf.

Tiga individu lain yang turut dikatakan melemparkan kenyataan berbaur fitnh terhadap Siti Nordiana ialah isteri kepada Lan, Sheila Hassim; Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek; Aida G. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Lepas Dituntut Rm200 Ribu Seorang Oleh Siti Nordiana. Sekali Ini Pula Tindakan Yang Akan Diambil Oleh Lima Sekawan Ni.

Kuala Lumpur: Isteri penyanyi Lan Solo iaitu Nur Sheila Hassim meluahkan perasaannya berdepan kritikan dan cci m4ki pelbagai pihak gara gara dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur ftnh terhadap penyanyi Siti Nordiana. Menerusi Instagram Story, Sheila mengakui sudah menjangkakan luahan mereka dimanipulasi dan tind4kan berbuat demikian kerana provokasi yang dimulakan.

“Saya manusia biasa dan punya perasaan bila asyik diasak soalan-soalan provokasi yang saya kadang-kadang tak mampu nak kawal. “Setahun lebih kami mencari dan minta penjelasan kenapa kami diperlakukan begini. Senyap…sunyi…sepi,” katanya.

Sheila turut menulis mengenai beberapa perkara yang dipercayai rentetan yang membawa kepada isu yang berlaku. “Panggilan dan mesej menerusi aplikasi WhatsApp dan Direct Mesej (DM) juga disekat. ‘Ekstra effort’ apa lagi yang perlu kami lakukan?

“Rumah? Ada sekuriti…dan bukan boleh suka-suka keluar ke mana-mana. Kami cuma mahukan penjelasan mengapa? Kalau tak buat, kenapa tak jelaskan? Malah terus menghilangkan diri,” katanya. Menurut Sheila, dia juga terserempak pengurus Siti Nordiana atau mesra disapa Nana ketika di bank, namun individu berkenaan terus bertindak menghilangkan diri lagi.

“Kami cuma mahukan penjelasan. Saya sedia beri kerjasama jika apa yang saya mulakan akan berakhir dengan kritikan. “Tapi tak adil untuk kami. Mungkin perbuatan kami dianggap terang-terangan…bagaimana pula perbuatan di belakang-belakang?,” katanya.

Sheila mendedhkan pihak Nana hanya menyatakan meminta permohonan maaf terbuka dalam tempoh masa 24 jam kepada media, tapi tidak menjelaskan ia berserta jumlah wang RM200,000 yang perlu dibayar mereka. “Kami sedia beri kerjasama. Kalaulah nilai RM1 juta itu adalah bayaran sebuah persahabatan,” katanya.

Sheila turut mempersoalkan sikap Nana yang menutup semua ruang perbincangan dan sebaliknya, menggunakan orang tengah dalam hal terbabit. Isu tercetus apabila nama Nana disebut dalam sesi bicara langsung di Instagram penyanyi Lan Solo, Sheila, Syura, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin pada 20 Julai lalu.

Nana kemudian melantik firma guaman dari Tetuan Abang Azlan & Associates yang diwakili peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin dan meneruskan tindakan saman terhadap kelima-lima individu itu selepas tiada permohonan maaf secara terbuka seperti yang dituntut. Tuntutan saman akan difailkan kepada mereka selewat-lewatnya 2 Ogos ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:hmetro via sheilarazlan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *