Nama Ismail Sabri disebut sebut sebagai PM baru. Tapi ini pula yang jadi pada Dafi di laman media sosial.

Gara-gara khabar angin Datuk Seri Ismail Sabri bakal menjawat jawatan Perdana Menteri (PM) kesembilan, nama anaknya yang juga penyanyi Dafi tular dalam media sosial sejak semalam. Nama Dafi atau Gadaffi Ismail Sabri, 33, tular selepas menjadi bahan bualan warganet sejak malam tadi selepas bapanya dikatakan berjaya memperoleh undian majoriti sebanyak 114 dan dikatakan layak untuk menjawat jawatan PM.

Selain nama Dafi, gelaran ‘Bapak Dafi’ yang diberikan kepada Ismail juga antara perkataan yang banyak diciap oleh pengguna Twitter. Malah, selain gelaran tersebut, tagline yang digunakan Dafi ketika menyertai Akademi Fantasia musim kelima turut tular.

“Habislah tagline ‘baik punya’ dah terngiang-ngiang dalam kepala,” ciap seorang warganet. Sebelum ini, pernah melaporkan Dafi lebih selesa mengambil pendekatan tidak membalas sebarang kata-kata negatif yang dilemparkan terhadap dia dan bapanya.

Hari ini, seramai 114 ahli Parlimen terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam lima sesi bagi membincangkan mengenai pemilihan calon PM yang mempunyai sokongan majoriti.

Untuk rekod, Ismail Sabri merupakan antara calon yang disebut-sebut bakal menduduki kerusi PM baharu. Dalam senarai calon tersebut, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan antara pencabar terdekat bagi merebut jawatan berkenaan. Sumber – K! ONLINE

Ini yang Dafi luahkan setelah Ismail Sabri dilantik sebagai TPM. Biar betul Ismail Sabri selalu tanyakan soalan macam ni pada Dafi.

Penyanyi dan pelakon Dafi gembira dan berbangga dengan pelantikan bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri yang berkuat kuasa serta-merta hari ini. Dafi ketika dihubungi berkata, dia dan seluruh anggota keluarga sentiasa menyokong penuh kerja keras yang dilakukan bapanya untuk negara.

“Saya tumpang gembira dengan pelantikan ini. Sebagai anak saya sangat berbangga dengan setiap kejayaan yang beliau terima selama berkecimpung dalam bidang politik. Saya akan sentiasa memberikan sokongan penuh kepadanya. Kita semua tahu yang dunia politik ini adalah minat utamanya,” katanya.

Dafi berkata, sebagai anak dia melihat sendiri keadaan bapanya dan kagum dengan kerja kerasnya selama ini. “Saya harap dia mampu menggalas jawatan ini dengan sebaik mungkin serta terus cemerlang dalam kerjayanya,” katanya.

‘Semoga papa terus cemerlang’ – Dafi

Menurut Dafi, walaupun tidak ramai yang menghargai segala usaha keras yang dilakukan bapanya selama ini, namun dia melihat sendiri bapanya bekerja tanpa mengenal erti penat.

“Saya tahu dia suka dengan kerjanya, tapi saya juga kasihan melihat keadaan dirinya yang penat bekerja. Tambahan pula tidak semua orang betul-betul menghargai apa yang dia lakukan. Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana faham keadaan sekarang orang ramai yang tertekan serta ada sesetengah yang tidak sependapat dengannya. Namun, perkara ini sudah menjadi asam garam dan sebahagian daripada kerjayanya,” katanya.

Dafi berkata, Ismail selalu bertanya kepadanya jika ada menerima mesej peribadi atau terbaca apa saja keluhan atau masalah daripada orang ramai. “Dia seboleh mungkin cuba nak tahu apa lagi keluhan yang dihadapi dan mahu cuba membantu dengan sebaik mungkin,” katanya.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan pelantikan Ahli Parlimen Bera itu akan dapat membantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini. Selain jawatan Timbalan Perdana Menteri, Ismail juga kekal dengan portfolio Menteri Pertahanan. Sumber:Hmetro

Dafi dikritik oleh warganet hanya sebabkan komen yang dianggap kurang cerdik terhadap Elyana. Sekali Elyana dedahkan perkara sebenar ini

Penyanyi dan pelakon, Elyana Emrizal, 34, yang sudah lima hari menjalani r.awatan radio.terapi kerana skit k.4nser l.imfoma tahap empat dihidapinya masih lagi memerlukan b.antuan oksigen untuk bernafas. Elyana yang pernah popular dengan lagu Kalis Rindu dan ibu kepada dua anak perempuan ini sudah bert.arung mel.awan sakit barahnya sejak 10 tahun lalu.

Menurut Elyana yang dihubungi berkata dia bersyukur selepas beberapa hari menjalani r.awatan radioterapi itu, keadaan kes.ihatannya terkawal. “Alhamdulillah, kes.ihatan saya masih terkawal. Cuma, sekarang ini saya kena selalu guna b.antuan oksigen sebab pernafasan belum okay lagi. Ditambah, saya pun ada b.atuk.

“Setakat ini, saya juga masih lagi dibekalkan satu pek susu untuk dimasuk ke dalam badan selama 16 jam kerana berat badan saya yang kurang sebanyak 35 kilogram. Jadi, susu ini sangat memb.antu untuk saya bertenaga. Selain susu, saya turut dibekalkan oleh doktor u.bat tambah selera makan untuk memastikan berat badan dapat bertambah. Maklumlah, saya sekarang tinggal t.ulang dengan kulit saja sebab dah tak ada isi sangat,” katanya.

Terdahulu, pada 16 Jun lalu Elyana menerusi bual bicara langsung di Instagram memaklumkan dia nekad menjalani r.awatan radioterapi itu untuk kesembuhan sakit barah demi keinginan mahu terus bermain bersama anak-anak. Menurut Elyana, dia perlu melakukan r.awatan radio.terapi berkenaan sebanyak 10 sesi dan harus menghadapinya dengan cekal hati berikutan berat badan yang semakin mer.osot.

“Walau apapun c.abarannya, saya akan cuba harungi kerana nak sembuh dan sihat demi anak-anak. Saya masih lagi nak bermain-main dengan mereka dan saya tak mahu terbaring saja kerana rasa l.emah dan cepat penat. Selain itu, doktor pun tahu yang saya taknak melakukan k.imoterapi kerana r.awatan itu membuat saya bertambah s.akit dan jadi lemah. Oleh itu, saya buat keputusan untuk r.awatan radioterapi saja,” katanya.

Sepanjang berada di h.ospital untuk r.awatannya, Elyana kini kelihatan semakin bertenaga. Selain itu, dia juga banyak mendapat hadiah dan kata-kata semangat daripada keluarga, rakan artis dan peminat setianya. Elyana yang rajin membuat bual bicara langsung di Instagram untuk berkongsi keadaan terkini kepada pengikut dan peminatnya, turut berterima kasih pada semua orang yang banyak mendoakan kese.mbuhan buat dirinya.

Umum mengetahui keadaan kes.ihatan penyanyi Elyana dan ramai yang telah menitipkan kata-kata semangat termasuk rakan-rakan selebriti. Namun yang menarik perhatian adalah komen penyanyi Dafi kepada Elyana yang kemudiannya dim.anipulasi oleh seorang warganet.

Komen Dafi yang bertujuan memberi kata-kata semangat kepada sahabatnya itu telah dibalas seorang pengikut sehingga meli.batkan bapanya, Menteri Pert.ahanan, Datuk Seri Ismail.

“Get well soon babe! Nanti kita lepak makan-makan okay…tapi kau yang mssak tau..hehehe..miss u,” tulis Dafi. Bagaimanapun beberapa pengikut telah menulis komen balas seperti tidak berpuas hati gara-gara ayat Dafi mengajak Elyana ‘lepak makan-makan’.

Menerusi ruangan sama ramai pengikut lain menasihati warganet tersebut supaya tidak sewenang wenangnya kerana Dafi hanya memberikan kata-kata semangat buat Elyana. Elyana juga dilihat tidak berdiam diri malah memberikan respons dan meminta Dafi supaya tidak terkesan dengan komen yang dianggap kurang cerdik.

“Dafiismailsabri Dafi, jangan hiraukan comment kurang pelajaran tu ya.. Kepada warganet, orang yang korang p.erli ni la yang ingat untuk mendokan saya dia depan Kaabah tanpa saya minta.

“Dia juga la yang buat surprise hantar s.uppliment yang dirasakan bagus untuk saya tanpa saya minta. Dia orang yang baik,” komennya yang telah mendapat hampir 600 tanda suka. Komen tersebut kemudiannya dibalas tenang oleh Dafi. “Elyanaofficial1 yang penting kita tau friendship kita kan babe..Tak diaorg suka-suka je tu…aku ok je…,” balas Dafi disertakan emoji senyum.

Sehingga hari ini Elyana sudah enam hari menjalani r.awatan radioterapi kerana sakit k.anser li.mfoma tahap empat dihidapinya masih lagi memerlukan b.antuan oksigen untuk bernafas. Bernikah dengan ahli perniagaan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan mereka dikurniakan anak perempuan Cinta Sumayyah, 10, serta memiliki anak angkat, Cahaya Ramadhani, kini berusia dua tahun. Sumber : Online malaya.com

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *