Patutlah Muhyiddin beri sokongan pada Ismail Sabri sebagai calon PM. Rupanya ini yang dia kena lakukan.

Bek4s Perd4na Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dij4ngka mengumumkan satu perkh4baran gembira hari ini sekali gus berkemungkinan menj4wab persoalan mengenai status calon Perdana Menteri baharu. Bag4imanapun, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan enggan menjelaskan berita gembira itu dan menyerahkan kepada Muhyiddin untuk mengumumkannya.

“Ya, ada berita gembira. Tetapi tidak sesuai untuk saya sebut. Biarlah Tan Sri akan mengumumkannya. Jadi, mungkin pada esok pagi. Tidak pasti sama ada perkara ini akan diumumkan menerusi siaran televisyen atau kenyataan bertulis. Elok kita tunggu Tan Sri umum secara rasmi,” katanya seperti yang dipetik laporan sebuah akhbar ketika dihubungi malam tadi.

Muhyiddin Yassin hari ini berkata sokongan yang diberikan gabungan itu kepada Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri baru adalah bersyarat. Dalam kenyataan dikeluarkan petang ini Muhyddin berkata jika mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk menjadi perdana menteri nanti, naib presiden Umno itu mesti memastikan anggota kabinetnya terdiri daripada individu yang berintegriti, amanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah mahkamah.

“Keputusan ini dibuat demi menjamin kesinambungan dasar-dasar kerajaan PN yang sedang menumpukan perhatian kepada usaha memerangi Covid-19 dan memulihkan negara sehingga tiba masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya umum bagi mengembalikan mandat rakyat,” katanya. “Kerajaan PN di bawah pimpinan beliau juga mestilah meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep raja berpelembagaan,” katanya.

Kenyataan itu hadir ketika semua 114 ahli parlimen yang dipanggil Istana Negara selesai menghadap Agong petang ini. Tambah Muhyiddin PN sebulat suara bersetuju menamakan Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri baru membabitkan 50 ahli Dewan Rakyat gabungan tersebut.

Presiden Bersatu itu juga menegaskan, pendirian bersama PN itu juga menunjukkan mereka mengutamakan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat berbanding politik dendam dalam persaingan merebut kuasa. “Apabila berhadapan dengan situasi krisis, ahli-ahli politik mesti berjiwa besar demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya. Sumber : upnewsupdate.com

Ramai yang sepakat nak ambil Ismail Sabri jadi perdana menteri. Sekali wartawan ni dedahkan apa yang akan jadi kalau Ismail Sabri jadi PM.

KALAULAH ISMAIL SABRI JADI PERDANA MENTERI… Ketika aku tulis status ini, khabarnya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dah dapat sokongan 115 ahli parlimen sebagai calon Perdana Menteri bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kalau jumlah itu betul, maknanya jumlah itu mencukupi untuk Naib Presiden UMNO tersebut mendapat sokongan majoriti di parlimen. Pun begitu dalam ‘tempoh genting’ ini macam-macam boleh berlaku. Mungkin beliau yang akan duduk di kerusi PM, dan mungkin juga orang lain.

Secara peribadi, aku mula mengenali dan bertemu ‘face to face’ dengan Ismail Sabri adalah sekitar 2001. Ironinya kami bukan bertemu di pejabatnya yang indah ataupun hotel lima bintang, tetapi di Balai Polis Tun H.S Lee yang depan Stadium Merdeka dulu hehehe.

Masa tu beliau bersama rakan-rakan UMNOnya buat report polis, kes apa aku pun dah tak ingat. Rambutnya hitam lagi, bukan macam sekarang uban penuh atas kepala. Jadi Menteri pun belum ketika itu.

Aku tulis pasal Ismail Sabri kerana sepanjang aku jadi wartawan, itulah pertama kali aku interview beliau dan TAK PERNAH lagi sehingga sekarang hahahaha.

Bukan saja interview, seingat aku hanya TIGA KALI je aku jumpa beliau. Pertama masa kat balai polis itu, kedua aku terserempak dengan beliau masa jalan sorang-sorang kat shopping complex di The Curve, Damansara dan yang ketiga di satu majlis buka puasa dua tiga tahun lepas (gambar kat bawah tu)

Terus terang aku katakan, sepanjang aku jadi wartawan dan editor, bertemu, berbual dan menemuramah pak-pak Menteri ni boleh dikatakan selalu tetapi entah mengapa, Ismail Sabri adalah Menteri yang aku jarang sangat berjumpa dan dapat interview.

Bukan sebab beliau sombong atau tak mesra media, tetapi mungkin ditakdirkan kot memang aku tak berkesempatan untuk berbuat demikian dengan lelaki berusia 61 tahun itu. Mungkin ada hikmahnya kot, sekurang-kurangnya bila aku tulis benda ni, aku takdelah bias.

Begini. Andai kata betullah beliau jadi Perdana Menteri, terus terang aku katakan, beliau ‘cukup layak dan cukup sifat’ untuk menjawat jawatan tersebut apatah lagi masa pandemik ini. Ismail Sabri, bekas peguam lulusan undang-undang dari Universiti Malaya itu bukan kecik-kecik anak ye.

Beliau dah pernah menjadi Menteri kepada lima kementerian besar. Pernah jadi Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebelum terbaru menjadi Menteri Kanan (Menteri Pertahanan), (Kluster Keselamatan) dan Timbalan Perdana Menteri.

Beliau juga tak banyak kontroversi atau skndl sana-sini. Aku ingat lagi, masa jadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, beliaulah orangnya yang melancarkan ‘jihad memerangi orang tengah’ hingga mencetuskan kesedaran di kalangan petani, penternak dan nelayan seluruh negara.

Masa jadi Menteri Pertanian, at least 200 buat Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PHP) bagi memerangi orang tengah. At one time, melalui PHP, seramai 40,000 petani, penternak dan nelayan terlibat dalam urusan pembekalan

hasil pertanian di setiap pusat pengumpulan yang diwujudkan dan dapat menghasilkan 62,400 tan metrik hasil pertanian dengan nilai jualan sehingga RM250 juta! Masa jadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri lah yang mencetuskan idea untuk mewujudkan MARA Digital Mall

bagi membolehkan orang Melayu menguasai peniagaan ICT. Pada satu ketika MARA Digital Mall pernah untung sampai RM18 juta! Tetapi sayang bila beliau dah tak jadi Menteri, semuanya dah ‘layu’ macam tu saja.

Daripada segi personaliti pula, semua yang kenal Ismail Sabri akan mengakui beliau jenis orang yang cool dan tenang saja. Bukan jenis berlagak tak tentu hala. Jarang sangat beliau mengeluarkan kenyataan berbaur kontroversi. Kalau berucap tu takdelah berdegar-degar tetapi ada ‘isi’.

Memang masa pandemik ni, beliau antara yang sering dikritik tetapi semua orang tahu betapa beliau antara Menteri paling produktif dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan pada bahunya.

Aku bukan nak up lebih-lebih, ini pun belum tentu lagi beliau akan jadi Perdana Menteri, tetapi kalau tanya aku, seandainya beliau terpilih, aku yakin beliau akan dapat menjalankan tugasnya dengan baik berdasarkan pengalaman dan kebolehan yang dimilikinya.

Tetapi biasalah, kalau kita boleh senaraikan 1,001 kelebihan, orang lain pun boleh senaraikan 1,001 kelemahan beliau. Namun bagi aku kalau kita terus asyik menyalahkan itu dan ini, sampai ke sudah kita tak akan bergerak ke mana-mana.

At least di FB aku ni, aku tulis apa yang aku rasa. Mungkin aku betul dan mungkin juga aku salah. Mungkin kalau korang rasa Anwar Ibrahim, Dr. M, Ku Li

atau siapa saja lebih layak jadi PM, korang boleh tulis pasal depa kat wall masing-masing. Nak gak aku baca. Sekurang-kurangnya ini pemerhatian aku sebagai orang yang tak rapat dengan beliau. Tak rapat seperti mana komer dengan dia juga. Wallahualam bissawab.

kredit: Syahril A. Kadir

Umno sebulat suara sokong Ismail Sabri calon PM

Umno dikatakan mencapai kata sepakat untuk menyokong Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri bagi menggantikan Muhyiddin Yassin. Menurut sumber Umno, persetujuan itu dicapai hasil pertemuan ahli-ahli parlimen parti itu di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Beberapa sumber – termasuk dari kem Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi – memberitahu Ismail Sabri akan mendapat sokongan semua 38 ahli parlimen parti terbabit. Katanya langkah itu diambil sebagai usaha mengelakkan perpecahan berlaku dalam Umno.

Semenara itu ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Armand Azha Abu Hanifah, dalam hantaran di Facebook berkata, dengan sokongan tersebut ahli parlimen Bera itu dijangka akan memiliki sokongan 115 ahli parlimen.

Jika menjadi kenyataan, jumlah itu mencukupi untuk naib presiden Umno terbabit mendapat sokongan majoriti di parlimen. Sementara itu Azalina Othman Said ketika ditanya mengenai keputusan itu mendapat persetujuan MKT Umno menjawab: “Ya”.

Sementara itu Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein, berkata keutamaan baginya ialah kestabilan politik negara dan berharap keputusan yang akan dibuat Yang di-Pertuan Agong nanti dapat mewujudkan keadaan itu.

Hal itu kerana, katanya, negara perlu memberi tumpuan kepada isu yang lebih penting iaitu menangani pandemik Covid-19. “Cukup-cukuplah berpolitik,” katanya yang ditemui media selepas pertemuan dalam kalangan ahli parlimen Umno malam ini.

Selepas Agong membuat keputusan, katanya, semua pihak perlu memberi fokus kepada agenda negara dan bangsa. “Kita tak boleh benarkan politik negara sebegini rupa selama-lamanya. Banyak kerja lain kita kena buat,” katanya.

Lepas 2 hari letak jawatan sebagai perdana menteri. Muhyiddin bawa berita gembira esok pagi buat ramai yang teruja.

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan Perdana Menteri bersama seluruh Kabinet semalam dijangka membawa ‘berita gembira’, pagi esok. Bercakap kepada Utusan Malaysia,

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan bagaimanapun enggan menjelaskan lebih lanjut tentang ‘berita gembira’ yang disebutkan dan menyerahkan kepada Muhyiddin untuk berbuat demikian.

Pun begitu, perkhabaran itu dikaitkan dengan perkembangan terkini politik negara dan sokongan ahli Parlimen untuk melantik seorang Perdana Menteri baharu.

“Ya, ada berita gembira. Tetapi tidak sesuai untuk saya sebut. Biarlah Tan Sri akan mengumumkannya. Jadi, mungkin pada esok pagi. “Tidak pasti sama ada perkara ini akan diumumkan menerusi siaran televisyen atau kenyataan bertulis. Elok kita tunggu Tan Sri umum secara rasmi.

“Perikatan Nasional (PN) belum selesai lagi (berkenaan jumlah sokongan), UMNO sahaja baru selesai tadi,” katanya kepada malam ini. Wan Saiful juga tidak menafikan berita tersebut berkait dengan pembentukan semula Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Apa yang pasti, kita semua sedang usahakan untuk kekalkan kerajaan PN,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat berita gembira untuk gabungan berkenaan ketika seluruh negara masih ternanti-nanti Perdana Menteri dan kerajaan baharu selepas peletakan jawatan Muhyiddin.

Sementara itu, Hizman Ahmad, Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Zuraida Kamaruddin mengucapkan kesyukuran tanpa penjelasan lebih lanjut.

“Alhamdulillah,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya sejam lalu. Dalam perkembangan berlainan, terkini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO difahamkan sebulat suara menyokong pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri.

Perkara itu dimaklumkan salah seorang ahli MKT ketika dihubungi Utusan Malaysia, bagaimanapun mesyuarat kini masih berlangsung antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Ahli Parimen Barisan Nasional (BN).

Ismail Sabri calon Perdana Menteri tunggal BN – Ahmad Maslan

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah calon tunggal Perdana Menteri daripada Barisan Nasional (BN). Perkara itu disahkan Ahli Parlimen Pontian itu menerusi ciapan di laman Twitter sebentar tadi.

“Berpadu bersama Presiden #UMNO DS @DrZahidHamidi, Timbalan DSU @tokmatn9, Penasihat #BN DS @NajibRazak & Ahli2 MKT UMNO. “Dihantar hanya satu nama sbg calon #PerdanaMenteri oleh #AhliParlimen UMNO/BN pada 17/8/21 iaitu DS @IsmailSabri60 MP #Bera. Moga Allah SWT memberkati usaha kami,” katanya.

Astro AWANI sebelum ini, melaporkan beberapa Ahli Parlimen BN, memberitahu parti itu akan mencalonkan Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera sebagai Perdana Menteri seterusnya. Mereka berkata, Ahli Parlimen Bera itu merupakan calon yang bersih, tidak mempunyai kontroversi, serta boleh diterima rakyat.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said ketika ditemui media berkata, Ismail Sabri merupakan calon yang layak untuk memegang jawatan tersebut. “Secara teknikalnya, beliau merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri, dan merupakan Naib Presiden UMNO.

He should be next in line,” katanya selepas selesai menghadiri mesyuarat Ahli-ahli Parlimen BN di Menara Dato Onn di sini, malam ini. Sumber memaklumkan kepada Astro AWANI, Ismail Sabri telah memperoleh sebanyak 41 akuan berkanun (SD) daripada Ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN, dengan hanya Ahli Parlimen Gua Musang Tengku

Razaleigh Hamzah yang tidak menandatangani SD tersebut.
Selain itu, Ismail Sabri dijangka akan memperoleh sokongan keseluruhan sebanyak 114 Ahli Parlimen, melebihi majoriti yang diperlukan dalam Dewan Rakyat.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *