Lepas je Muhyiddin Yassin berhenti jadi Perdana Menteri terkejut ini yang terjadi pada akan ig anaknya.

Ruangan akaun Instagram penyanyi anak kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Najwa Mahiaddin dihujani dengan komen-komen apresiasi daripada peminat. Rata-ratanya melayangkan doa dan menzahirkan ucapan terima kasih atas sumbangan bakti

serta khidmat Muhyiddin sepanjang bergelar Perdana Menteri. Di kesempatan sama juga, ada yang meminta Najwa agar menghasilkan lagu khas tribut buat bapanya yang bersusah payah menjaga negara tercinta.

Peminat Minta Najwa Mahiaddin Ciptakan Lagu Untuk Abah, ‘Payung’ Ucapan Penghargaan Di Ruang Komen

“You dad is great, may Allah bless your family. “Najwa saya cuma nak cakap bestnya ada abah macam TSMY. Dia PM terbaik kami. “Sampaikan dekat abah kami, terima kasih. Abah jangan risau, saya tetap dengan abah. Kekal bertenang juga ya abah.

“Tolong sampaikan dekat abah kami sayangkan dia sangat-sangat. Jangan stress jangan down walaupun dah letak jawatan. Jasa dia kami kenang sampai ke akhir hayat. “Hi, Boleh tak cipta satu lagu untuk bapa kamu nanti,” tulis sebahagian peminatnya di Instagram.

Bagaimanapun, Najwa masih membeku dan tidak pernah membalas sebarang komen yang ditulis peminat di laman media sosialnya sejak sekian lama. Kali terakhir pun Najwa mengemaskini akaun Instagramnya pada Januari tahun ini untuk mempromosikan lagunya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin telah meletakkan jawatannya dan peletakan jawatan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Susulan peletakan jawatan ini, Baginda berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Sumber : GEMPAK

Mula jalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara tapi boleh ke dia sign cek berjumlah 1 billion. Sekali ini jawapan dari Muhyiddin.

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, beliau akan menjalankan tugas sebagai perdana menteri sementara, sebagaimana yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong. “Ia adalah tugas yang terhormat,

dan saya akan terus jalankan tugas sebagai Perdana Menteri (sementara) bagi membantu negara,” katanya dalam satu pertemuan dengan editor kanan media di pejabat Perdana Menteri di sini.

Muhyiddin yang menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri tengah hari semalam kepada Yang di-Pertuan Agong berkata, beliau akan memikul tanggungjawab itu dan berharap lantikan penggantinya dibuat secepat mungkin.

Mengulas lanjut, katanya apabila Yang di-Pertuan Agong meminta beliau meneruskan tugas sebagai perdana menteri sementara, beliau terus merujuk kepada Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun mengenai bidang tugas itu.

“Saya sudah mendapatkan pandangan Peguam Negara yang kemudiannya menyatakan bahawa saya boleh menjalankan fungsi eksekutif dan menasihati Yang di-Pertuan Agong sehingga perdana menteri yang baharu dilantik.

Apabila ditanya sama ada barisan jemaah menteri akan dikekalkan sebagai kabinet sementara, Muhyiddin berkata, setahunya hanya beliau seorang yang akan menjalankan tugas. “It is a one man show,” katanya secara berseloroh.

Mengenai tanggungjawab dan kuasa sebagai Perdana Menteri sementara, Muhyiddin berkata, ada keterbatasan kuasa, tidak seperti sebelum ini (menjadi perdana menteri). “Sebagai contoh, saya tidak boleh tanda tangan cek bernilai RM1 billion. Saya perlu rujuk dan ikut nasihat Peguam Negara,” tambah beliau.

Sumber : HMETRO ONLINE

Lepas je Muhyiddin Yassin umum tentang perletakan jawatan. Sekali ini yang terjadi pada fb beliau buat ramai yang terkedu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf atas kekurangan sepanjang pentadbiran beliau, selain mengaku redha dengan ketentuan Ilahi. Katanya dalam perutusan khas hari ini, beliau menyifatkan jawatan tersebut sebagai satu amanah yang berat dan bukanlah satu kemegahan.

“Saya ingin memohon keampunan daripada saudara saudari atas segala kekhilafan dan kelemahan sepanjang saya menjadi Perdana Menteri. “Saya dan rakan-rakan JM yang telah cuba melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi kehidupan saudara saudari sekalian dalam tempoh krisis ini

“Namun sebagai manusia pastinya ada salah dan silap di sana sini, jadi saya memohon ribuan ampun dan maaf. Sementara itu, beliau mengharapkan kerajaan baru agar meneruskan usaha Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan baik.

“Saya harap kerajaan baru dapat dibentuk segera supaya pentadbiran negara kita ini tidak terganggu dan dapat berjalan seperti biaasa. “Tempoh 2 bulan kehadapan adalah amat penting kerana dijangka mencapai imuniti kelompok pada bulan Oktober insyaAllah.”

Segala perancangan dalam Pelan Pemulihan Negara tidak boleh terbantut. Sektor ekonomi perlu dibuka semula bagi memastikan ekonomi kita pulih segera dan rakyat dapat menjana wang untuk menyara diri dan keluarga. Rekod kita mencatatkan kadar vaksinasi harian antara yang tertinggi di dunia.

Komen Rakyat Di Facebook TSMY Selepas Umum Letak Jawatan PM

Ramai yang telah masuk komen di Facebook rasmi Tan Sri Muhyiddin Yassin. Rata rata mengucapkan terima kasih dan ramai juga meluahkan rasa sedih kenapa TSMY meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Terima kasih atas segalanya. Saya tetap sokong TSMY. Kalau boleh kekal la sebagai Pm yg berwawasan dan sentiasa prihatin. Semoga sentiasa di lindungi Allah swt dan sihat selalu.. Aaminn” “Terima kasih abah..

kita tunggu PRU15 mana tau abah ada rezeki jadi PM lagi” “Thank you for taking care of us, the rakyat Sir. As caretake PM, you will continue your good leadership. Kami berdiri teguh di belakang Tan Sri”

Agong Berkenan Terima Surat Perletakan Jawatan Muhyiddin Sebagai PM – Istana Negara

YDP Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah menerima perletakan jawatan ahli kabinet dan seluruh Jemaah Menteri berkuat kuasa hari ini. Dalam perutusan khas Istana Negara, baginda berkenan melantik Tan Sri Mahiaddin sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

“Pada sesi menghadap YAB Perdana Menteri, yang berlangsung selama 30 minit bermula dari jam 12.30 tengah hari, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima surat peletakan jawatan YAB Tan Sri Mahiaddin bin Md. Yasin sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri dengan serta-merta berkuat kuasa pada hari ini,” tulis kenyataan tersebut.

Sumber : BERNAMA / SIAKAP KELI / FB Muhyiddin Yassin

Kehilangan kepercayaan majoriti. Terkini Muhyiddin Yassin dan seluruh jemaah menteri letak jawatan.

Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri, hari ini. Pengumuman itu dibuat selepas beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini, berhubung kedudukannya sebagai ketua kerajaan.

Dalam Perutusan Khasnya, Muhyiddin berkata, beliau menghadap Al-Sultan Abdullah pada 12.30 tengah hari di Istana negara. Belia berkata, dalam sesi menghadap itu, beliau menyerahkan warkah peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh Jemaah Menteri mengikut Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan disebabkan kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

“Ini bermakna, saya dan seluruh Jemaah Menteri meletak jawatan. Walaupun saya pada awalnya mencadangkan keabsahan saya sebagai PM ditentu di Parlimen, namun 15 Ahli Parlimen Umno menarik sokongan kepada saya dan cadangan kerjasama rentas parti ditolak pembangkang.

“Jelas, saya kehilangan majoriti dan tidak perlu lagi keabsahan saya ditentukan di Parlimen. Maka hari ini, saya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh Jemaah Menteri sebagaimana perkara 43 (4) Perlembagaan Pedrsekutuan,” katanya.

Muhyiddin sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Putrajaya. Beliau kemudian bergerak ke Istana Negara dengan menaiki kenderaan rasminya dan tiba pada 12.23 tengah hari, sebelum tinggalkan Istana Negara pada 1 tengah hari.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Al-Sultan Abdullah pada 1 Mac 2020.

Tak sempat lagi Muhyiddin Yassin umum letak jawatan. Sekali terkejut MT Umno buat keputusan ni untuk hantar ke istana.

Biro politik dan Majlis Tertinggi (MT) Umno – yang mana majoriti ahlinya adalah penyokong presiden Ahmad Zahid Hamidi – dijangka mengadakan mesyuarat untuk memutuskan calon perdana menteri daripada parti itu.

Ia di saat naib presiden parti itu, Ismail Sabri dilaporkan berusaha mendapatkan sokongan untuk menggantikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang dijangka letak jawatan hari ini.

“Umno akan mengadakan mesyuarat biro politik dan MT hari ini untuk memilih calon perdana menteri interim. “Ini untuk memastikan bahawa tiada pihak daripada parti bertindak secara sendirian atau membelakangi parti dalam krisis politik semasa,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Muhyiddin hilang majoriti selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan 14 ahli parlimen Umno menarik balik sokongan mereka. Pada masa sama, 23 lagi ahli parlimen Umno termasuk naib presiden Ismail Sabri terus menyokong Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ismail mengadakan sejumlah pertemuan semalam dalam usahanya mendapatkan sokongan ahli parlimen Perikatan Nasional yang sebelum ini menyokong Muhyiddin. Menurut sumber itu lagi, Umno mungkin akan menghantar tiga nama kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai calon perdana menteri.

“Setakat pengetahuan saya, selain presiden (Zahid), Ismail Sabri, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan Hishammuddin Hussein juga berada dalam senarai. “Kemungkinan tiga daripada empat nama ini akan dipilih untuk dihantar ke Istana Negara,” katanya.

Dalam pada itu, dia juga mengesahkan yang Ismail Sabri mengadakan pertemuan dengan Zahid petang semalam. “Perjumpaan ini berkaitan gerakan surat akuan bersumpah (SD) sedang dikumpul bagi pihak Ismail.

“Saya tidak boleh memberitahu intipati perjumpaan antara Zahid dan Ismail. Tapi, yang pasti tindakan Ismail mengumpul SD tidak disenangi akar umbi. “Sebarang keputusan mesti daripada parti. Perlu ada sokongan semua pihak. Ini paling penting,” katanya.

Semalam, Malaysiakini melaporkan surat akuan sedang dikumpul dalam kalangan ahli-ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) untuk menyokong Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri baru gabungan itu. Ahli Parlimen Padang Rengas dari Umno, Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan dia antara yang sudah menandatanganinya.

Muhyiddin tiba di Perdana Putra untuk mesyuarat kabinet

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Pejabat Perdana Menteri di bangunan Perdana Putra pada pukul 8.06 pagi. Beliau dijangka akan mempengerusikan satu mesyuarat khas kabinet sekitar pukul 9 atau 10 pagi.

Petugas media yang menanti di hadapan Perdana Putra masih menanti ketibaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menteri-Menteri kabinet dijangka tiba pada pukul 9 pagi melalui pintu dua Perdana Putra.

Mesyuarat kabinet dijangka berlangsung selama satu jam sebelum Muhyiddin dijangka bergerak ke Istana Negara pada pukul 11 pagi untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah. Muhyiddin kemudian dijangka mengumumkan satu perutusan selepas sesi menghadap.

Pembukaan sekolah berperingkat mulai 3 oktober. Ini kata kata terakhir dari Menteri Pendidikan buat ramai yang terkedu.

SEKOLAH akan dibuka semula pada 3 Oktober secara berperingkat bermula dengan pelajar yang akan menduduki peperiksaan. Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengatakan pembukaan semula yang dijadualkan pada 1 September akan ditangguhkan.

“Pembukaan semula sekolah bulan depan hanya akan melibatkan pelajar tahun peperiksaan di Tingkatan Lima dan Enam. “Pembukaan semula, bagaimanapun, tidak akan melibatkan sekolah-sekolah di negeri Fasa Satu,” katanya dalam catatan di Facebook. – THE STAR

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *