Selesai mengadap Agong dan keluar dari istana. Sekali ini kata kata bakal Perdana Menteri ke 9 pada waratawan.

Yang di-Pertuan Agong telah menggesa ahli politik untuk bersatu bagi menenang Covid-19 dan menempa “politik baru”, menurut Presiden PKR Anwar Ibrahim. Bercakap dengan pemberita selepas sesi menghadap pemimpin parti politik dengan Agong hari ini, Anwar berkata semua yang hadir turut mencapai konsensus untuk menghentikan “politik lama”.

“Agong memulakan titah dengan kata-kata nasihat, peringatan bahawa negara dalam kemelut politik dan perlembagaan, dan harus bersatu untuk hadapi Covid-19 dan (memulihkan) ekonomi.

“Agong juga menyebut (peruntukan) perlembagaan (berkenaan) calon (perdana menteri) yang ada sokongan majoriti ahli parlimen, tapi bentuk politik kena berubah,” katanya lagi. Mengulas lanjut, Anwar berkata pihak yang “menang” tidak boleh bertindak menekan “pihak kalah” seperti sebelum ini.

Selain Anwar, turut menghadap Agong hari ini adalah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin, dan wakil daripada GPS dan Warisan.

Turut serta adalah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, yang merupakan Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Sesi menghadap hari ini susulan peletakan jawatan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri setelah hilang sokongan majoriti.

Menurut Anwar lagi, semua yang hadir perlu mencapai konsensus untuk menghentikan politik lama yang “melelahkan dan membosankan”. “Kita akan jurus semula ke arah membangunkan. “Isu bukan saja (berkenaan) pelantikan perdana menteri baru,

tapi lebih penting seperti yang ditekankan Agong dan timbalan Agong adalah untuk menggagaskan satu bentuk politik baru yang lebih aman dan nyaman untuk rakyat,” katanya lagi.

Antara yang hadir hari ini, hanya Anwar yang bercakap dengan pemberita. Tidak jelas sama ada Agong menitahkan satu pembentukan kerajaan perpaduan atau tidak – tetapi tafsiran itu tercetus ekoran kenyataan Anwar.

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu hantaran Facebook, berkata semua parti politik perlu berkompromi untuk membentuk kerajaan perpaduan. “Semoga semua parti politik dapat menerima baik titah dan saranan

Agong agar berkompromi secara bersama membentuk kerajaan perpaduan demi menangani pandemik dan menguruskan kesejahteraan rakyat. “Ini sekaligus dapat menurunkan suhu politik dalam negara,” katanya.

Hari ini Agong menitahkan ahli Dewan Rakyat untuk membuat akuan bertulis dengan menamakan calon pilihan sebagai perdana menteri. Mereka diberi masa sehingga jam empat petang esok untuk mengemukakannya.

Warisan sokong PH jika Anwar raih nombor ‘magis’ – Azis

Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd. Azis Jamman mendedahkan bahawa Warisan akan menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika beliau mendapat nombor ‘magis’.

Beliau berkata, Anwar perlu mendapatkan sekurang-kurangnya tujuh lagi sokongan ahli Parlimen. “Warisan akan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri jika Anwar boleh melepasi angka magis dan berharap PH dapat memberikan hak kepada Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal jika Anwar tidak melepasi angka magis itu.

“Sebagai pengesahan, pembangkang sekarang ada sokongan 105 ahli Parlimen termasuk Warisan. Kami berharap Anwar boleh mendapat tujuh lagi untuk mencapai angka 111,” katanya dalam akaun Twitter miliknya.

Pada masa sama, Mohd. Azis turut mendedahkan bahawa parti-parti pembangkang lain turut menyatakan sokongan kepada Anwar. “Termasuk Warisan, Parti Pejuang, Parti Muda serta Parti Sarawak Bersatu (PSB) semua

bersetuju untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri. “Lagi tujuh ekstra Anwar kena cari. Minimum 111 daripada 220 ahli Parlimen. Setakat ini kita ada 105 ahli Parlimen,” katanya.

Lepas umum letak jawatan sebagai menteri wilayah. Terkejut sekali ini yang Annuar Musa lakukan.

Tan Sri Annuar Musa memohon kepada semua di atas segala kesilapan, kelemahan dan kekurangannya selama berkhidmat sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Kata Ahli Parlimen Ketereh itu, beliau amat faham

dan sedar terhadap kekurangannya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan kerana merupakan insan biasa yang sudah tentu tidak sunyi daripada kesilapan.

” Saya mendoakan kesejahteraan yang berkekalan buat semua warga Wilayah Persekutuan. ” Semoga semua warga Wilayah Persekutuan tanpa mengira kaum atau agama serta status kehidupan mesti terus dijaga dan dibela.

” Semoga kita dilindungi Allah, dikurnia ketahanan dan imuniti keIompok menghadapi tularan v1rus COVlD-I9 dan lainnya. ” Semoga kehidupan ekonomi, sosial dan keselamatan warga terus pulih,” kata beliau dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, beliau meminta semua pihak agar kekal tenang dan berlapang dada kerana semua keputusan secara adalah bersama. ” Yang penting, kita sentiasa menghormati dan mematuhi undang undang dan Perlembagaan negara.

Asas pertimbangan paling utama adalah kesejahteraan rakyat. “Kepada rakyat kita berkhidmat hingga ke garis penamat,” katanya.Sementara itu, terbaru, Annuar Musa berkata dia akan menjadi sukarelawan Wilayah Prihatin (PriVo) yang merupakan salah satu inisiatif di bawah kementeriannya sebelum ini setelah hilang jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Ahli Parlimen Ketereh itu turut memaparkan gambar kad sukarelawan di Twitter dengan mengatakan segala nikmat yang diperolehnya selama ini hanyalah ‘pinjaman’.

” Ya, tidak ada lagi rider (pengiring polis), tidak ada pengawal peribadi lagi, tidak ada ‘gaji’ lagi, tidak ada. Tapi bagi saya itu semua ‘loan’. Apa yang akan datang? Berkhidmat kepada rakyat seperti biasa.

” Saya telah mendaftarkan diri sebagai sukarelawan Prihatin. ” Saya ingin terus membantu orang miskin, gelandangan dan mereka yang memerlukan. Esok saya mula Insyaallah, ”katanya. Annuar adalah antara ahli parlimen Umno yang tidak sehaluan dengan presiden parti itu,

Ahmad Zahid Hamidi apabila mengambil pendirian menyokong pentadbiran perdana menteri yang juga Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin. Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri hari ini selepas kehilangan sokongan majoriti di Dewan Rakyat apabila Zahid dan 14 ahli parlimen Umno yang lain menarik balik sokongan terhadapnya.

Perkembangan ini memaksa anggota kabinet lain turut melepaskan jawatan masing-masing termasuk Timbalan Presiden Bersatu Faizal Azumu yang dilantik sebagai penasihat khas perdana menteri berstatus menteri 11 hari lalu.

Disember lalu, Faizal meletakkan jawatan sebagai menteri besar Perak selepas undi percaya dikemukan terhadapnya di Dewan Undangan Negeri. Terdahulu, Istana Negara memaklumkan Muhyiddin, yang mengambil alih kerajaan pada Februari tahun lalu, akan terus berkhidmat sebagai perdana menteri sementara sehingga penggantinya dilantik.

Pada masa ini, tidak ada ada mana-mana ahli parlimen mempunyai majoriti di Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai perdana menteri. Pada Januari lalu, Muhyiddin secara rasmi melancarkan Program 5MY sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021.

Program ini bertujuan membasmi kemiskinan bandar, selain meningkatkan sistem jaringan keselamatan sosial di kalangan rakyat Malaysia yang tinggal di Wilayah Persekutuan. 5MY merangkumi lima inisiatif utama: pekerjaan melalui MYJob @ Wilayah; persekolahan (MYSchoolBus @ Wilayah); keperluan asas (MYGrocer @ Wilayah); makanan (MYFood @ Wilayah); dan juga perubatan (MYMedic @ Wilayah).

Muhyiddin berkata program itu selari prinsip “prihatin” kerajaan Perikatan Nasional dan sebagai mendukung inspirasi Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Prihatin.

Sumber: Utusan dan maIaysiakini

Kehilangan kepercayaan majoriti. Terkini Muhyiddin Yassin dan seluruh jemaah menteri letak jawatan.

Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri, hari ini. Pengumuman itu dibuat selepas beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini, berhubung kedudukannya sebagai ketua kerajaan.

Dalam Perutusan Khasnya, Muhyiddin berkata, beliau menghadap Al-Sultan Abdullah pada 12.30 tengah hari di Istana negara. Belia berkata, dalam sesi menghadap itu, beliau menyerahkan warkah peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh Jemaah Menteri mengikut Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan disebabkan kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

“Ini bermakna, saya dan seluruh Jemaah Menteri meletak jawatan. Walaupun saya pada awalnya mencadangkan keabsahan saya sebagai PM ditentu di Parlimen, namun 15 Ahli Parlimen Umno menarik sokongan kepada saya dan cadangan kerjasama rentas parti ditolak pembangkang.

“Jelas, saya kehilangan majoriti dan tidak perlu lagi keabsahan saya ditentukan di Parlimen. Maka hari ini, saya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh Jemaah Menteri sebagaimana perkara 43 (4) Perlembagaan Pedrsekutuan,” katanya.

Muhyiddin sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Putrajaya. Beliau kemudian bergerak ke Istana Negara dengan menaiki kenderaan rasminya dan tiba pada 12.23 tengah hari, sebelum tinggalkan Istana Negara pada 1 tengah hari.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Al-Sultan Abdullah pada 1 Mac 2020.

Tak sempat lagi Muhyiddin Yassin umum letak jawatan. Sekali terkejut MT Umno buat keputusan ni untuk hantar ke istana.

Biro politik dan Majlis Tertinggi (MT) Umno – yang mana majoriti ahlinya adalah penyokong presiden Ahmad Zahid Hamidi – dijangka mengadakan mesyuarat untuk memutuskan calon perdana menteri daripada parti itu.

Ia di saat naib presiden parti itu, Ismail Sabri dilaporkan berusaha mendapatkan sokongan untuk menggantikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang dijangka letak jawatan hari ini.

“Umno akan mengadakan mesyuarat biro politik dan MT hari ini untuk memilih calon perdana menteri interim. “Ini untuk memastikan bahawa tiada pihak daripada parti bertindak secara sendirian atau membelakangi parti dalam krisis politik semasa,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Muhyiddin hilang majoriti selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan 14 ahli parlimen Umno menarik balik sokongan mereka. Pada masa sama, 23 lagi ahli parlimen Umno termasuk naib presiden Ismail Sabri terus menyokong Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ismail mengadakan sejumlah pertemuan semalam dalam usahanya mendapatkan sokongan ahli parlimen Perikatan Nasional yang sebelum ini menyokong Muhyiddin. Menurut sumber itu lagi, Umno mungkin akan menghantar tiga nama kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai calon perdana menteri.

“Setakat pengetahuan saya, selain presiden (Zahid), Ismail Sabri, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan Hishammuddin Hussein juga berada dalam senarai. “Kemungkinan tiga daripada empat nama ini akan dipilih untuk dihantar ke Istana Negara,” katanya.

Dalam pada itu, dia juga mengesahkan yang Ismail Sabri mengadakan pertemuan dengan Zahid petang semalam. “Perjumpaan ini berkaitan gerakan surat akuan bersumpah (SD) sedang dikumpul bagi pihak Ismail.

“Saya tidak boleh memberitahu intipati perjumpaan antara Zahid dan Ismail. Tapi, yang pasti tindakan Ismail mengumpul SD tidak disenangi akar umbi. “Sebarang keputusan mesti daripada parti. Perlu ada sokongan semua pihak. Ini paling penting,” katanya.

Semalam, Malaysiakini melaporkan surat akuan sedang dikumpul dalam kalangan ahli-ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) untuk menyokong Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri baru gabungan itu. Ahli Parlimen Padang Rengas dari Umno, Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan dia antara yang sudah menandatanganinya.

Muhyiddin tiba di Perdana Putra untuk mesyuarat kabinet

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Pejabat Perdana Menteri di bangunan Perdana Putra pada pukul 8.06 pagi. Beliau dijangka akan mempengerusikan satu mesyuarat khas kabinet sekitar pukul 9 atau 10 pagi.

Petugas media yang menanti di hadapan Perdana Putra masih menanti ketibaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menteri-Menteri kabinet dijangka tiba pada pukul 9 pagi melalui pintu dua Perdana Putra.

Mesyuarat kabinet dijangka berlangsung selama satu jam sebelum Muhyiddin dijangka bergerak ke Istana Negara pada pukul 11 pagi untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah. Muhyiddin kemudian dijangka mengumumkan satu perutusan selepas sesi menghadap.

Pembukaan sekolah berperingkat mulai 3 oktober. Ini kata kata terakhir dari Menteri Pendidikan buat ramai yang terkedu.

SEKOLAH akan dibuka semula pada 3 Oktober secara berperingkat bermula dengan pelajar yang akan menduduki peperiksaan. Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengatakan pembukaan semula yang dijadualkan pada 1 September akan ditangguhkan.

“Pembukaan semula sekolah bulan depan hanya akan melibatkan pelajar tahun peperiksaan di Tingkatan Lima dan Enam. “Pembukaan semula, bagaimanapun, tidak akan melibatkan sekolah-sekolah di negeri Fasa Satu,” katanya dalam catatan di Facebook. – THE STAR

Pegawai menteri mula kemas barang, kosongkan pejabat

Muhyiddin Yassin dijangka meletak jawatan sebagai perdana menteri pada bila-bila masa susulan pusingan U oleh Ahli Parlimen Umno tertentu yang sebelum ini menyokong beliau, kata beberapa sumber.

Beberapa sumber dalam Umno dan Bersatu memberitahu FMT bahawa mereka menjangkakan Muhyiddin akan mengumumkan peletakan jawatannya tidak lama lagi. “Surat letak jawatan sudah disediakan, namun kami tidak pasti bila beliau akan buat pengumuman,” kata satu sumber yang tidak mahu dinamakan.

Situasi Muhyiddin dilihat kelam apabila pembngkang dan Umno semalam menolak tawaran rentas kepartian sebagai balasan kepada meluluskan undi percaya terhadapnya di Dewan Rakyat, menjelang September ini.

Merumitkan lagi keadaan apabila anggota Jemaah Menteri, termasuk menteri Umno dan PAS, menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan Muhyiddin berkenaan, yang mengejutkan mereka. Kini, difahamkan, beberapa menteri Umno dan PAS sedang mencari cara untuk berpaling daripada Muhyiddin dan dalam masa sama menjaga air muka masing-masing.

“Mood ketika ini begitu suram, dan banyak perbincangan dilakukan sejak semalam. Namun, disebabkan kami tidak mempunyai sokongan majoriti, mungkin cara terbaik untuk keluar daripada kekusutan ini adalah dengan Muhyiddin meletakan jawatan.”

Seorang lagi sumber daripada blok pemerintah mendakwa beberapa Menteri sudah pun “berkemas” sebagai persediaan sekiranya Muhyiddin meletakkan jawatan. Pegawai menteri mula kemas barang, kosongkan pejabat

“Menteri saya sudah mengosongkan pejabat sejak semalam. Saya dimaklumkan menteri lain pun sudah selesai berkemas,” kata seorang pegawai yang tidak mahu dinamakan. Pembantu kepada dua menteri lain turut memberitahu FMT mereka diarah mengosongkan pejabat menjelang 18 Ogos.

Sementara itu, seorang pemimpin kanan Bersatu menggambarkan situasi ketika ini “teruk”. “Cadangan perdana menteri meletakkan Ahli Parlimen Umno dan PAS yang setia kepadanya dalam keadaan rumit. “Usaha Perdana Menteri sudah gagal, namun masih ada harapan bagi Perikatan Nasional. Mungkin PM boleh selamatkan keadaan sekiranya dapat sokongan Umno.”

Difahamkan beberapa Menteri Umno menyesal mengingkari arahan parti selepas Perdana Menteri membuat tawarannya. Bagaimanapun, sumber dalam kem Perdana Menteri berkata Muhyiddin tidak merancang meletakkan jawatan kerana beliau mahu terus memimpin negara sehingga PRU-15.

“Benar beliau berhasrat meneruskan khidmat, terutama menjamin program vaksinasi berjalan lancar. Namun jika Ahli Parlimen tidak menyokongnya, tidak banyak yang dapat kita lakukan,” katanya. “Kami masih sedia berunding,” tambahnya.

Muhyiddin dkwa kerajaan PN masih ada keputusan majoriti. Sekali UMNO tampil cabar sesuatu ini pula.

UMNO mencabar kerajaan untuk segera memanggil Sidang Khas Parlimen bagi membuktikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat. Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka tidak perlu menunggu sehingga bulan September sebelum sidang Parlimen berjalan.

Tambahnya lagi, kenyataan Muhyiddin dalam Perutusan Khas yang mendkwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih mempunyai majoriti adalah tidak benar. “Saya telah mempersembahkan warkah yang melampirkan lapan (8) Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen UMNO kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai 2021, bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri. Ini cukup untuk menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti, biarpun sebenarnya jumlah berkenaan melebihi daripada itu,” katanya lagi.

Terdahulu, Muhyiddin turut mendkwa beliau masih mempunyai sokongan majoriti dan isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri tidak berbangkit. Jelasnya, beliau telah menyembah maklum kepada Agong, di Istana Negara pada Rabu, bahawa sejumlah Surat Akuan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat, yang menurut dirinya masih mempunyai sokongan majoriti.

Kata Perdana Menteri lagi, Agong juga telah berkenan untuk beliau menentukan keabsahannya di Parlimen melalui undi percaya pada September ini. PM masih ada majoriti, usul percaya dibentangkan di Parlimen September ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, bilangan Ahli Parlimen dari UMNO yang mahu menarik sokongan daripada Muhyiddin telah bertambah daripada semalam.

“Setelah Majlis Kerja Tertinggi membuat ketetapan mutakhir pada 3 Ogos 2021 bagi menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri, atas asas mahu berpihak kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong, jumlah Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen UMNO telah bertambah lagi.

“Pada hari ini saya telah mengutus warkah kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan Surat Akuan tambahan sebagai lanjutan warkah terdahulu,” kata Ahmad Zahid lagi. Sumber : Trending Sangat

Muhyiddin dedahkan ada pihak yang tak senang sebab tuntutan tak dilayan. Tak boleh berdiam sekali ini respon dari Najib Razak.

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa terdapat pihak yang kurang senang dengan ketegasan beliau untuk tidak melayan beberapa tuntutan mereka. “Ini termasuk desakan supaya saya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan.

“Saya juga telah dikatakan mndrhka kepada Raja sedangkan apa yang saya lakukan adalah semata-mata untuk memelihara keluhuran Perlembagaan dan mempertahankan kemuliaan institusi Raja Berperlembagaan.

“Saya tidak akan mengorbankan prinsip saya dan membelakangi sumpah jawatan saya untuk menunaikan segala kewajipan dengan jujur, menumpahkan taat setia kepada Raja dan Negara serta memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan,” katanya menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung, pada Rabu.

Muhyiddin berkata, beliau menerima warkah daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memaklumkan kepadanya terdapat lapan ahli Parlimen Umno yang menarik sokongan terhadapnya sebagai Perdana Menteri.

“Saya telah menyembah maklum kepada baginda bahawa saya telah menerima sejumlah surat akuan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang meyakinkan saya bahawa saya masih mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat pada masa ini.

“Sehubungan itu, peletakan jawatan saya di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit,” katanya. Muhyiddin bagaimanapun berkata, beliau menyedari kedudukannya sebagai Perdana Menteri sering kali dipersoalkan.

“Maka, saya telah menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa saya akan menentukan keabsahan saya sebagai Perdana Menteri di Parlimen. “Suatu usul undi percaya kepada saya akan dibentangkan di Dewan Rakyat ketika Dewan Rakyat bersidang pada September ini,” katanya.

Melalui cara itu katanya, kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan.

“Alhamdulillah, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan cadangan saya ini,” katanya. Pada Jumaat lalu, warkah berkaitan penamatan Ordinan Darurat daripada Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tular di media sosial.

Ia susulan Yang di-Pertuan Agong pada Khamis menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada 26 Julai lalu, bahawa kerajaan telah membatalkan Ordinan Darurat yang dimasyhurkan oleh baginda, sedangkan pembatalan belum lagi diperkenankan.

Dalam warkah itu, Al-Sultan Abdullah bertitah supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menghadap Seri Paduka Baginda secara maya pada 24 Julai lepas.

Semasa sesi menghadap tersebut, Baginda menitahkan tidak berkenan untuk menandatangani permohonan pembatalan Ordinan Darurat kerana ia dilakukan secara tergesa-gesa.

Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa amat dukacita selepas Takiyuddin tidak menuruti titah Baginda malah memberi kenyataan bercanggah dan tidak tepat dalam Dewan Rakyat pada 26 Julai 2021.

Susulan itu, Umno pada Selasa sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan kerajaan PN yang didakwa gagal di mata rakyat selaras Fasal 3.3 Perlembagaan Umno.

Tidak berdiam diri, Najib Razak terus memberi maklum balas selepas sidang media oleh PM Muhyddin sebentar tadi

“Dia kata YDP Agong minta dia buktikan ada sokongan majoriti. “Dai kata YDP Agong titah hanya 8 orang ahli parlimen UMNO yang tarik sokongan terhadap dia. “Dia kata dia percaya bahawa dia masih ada sokongan majoriti.

“Tapi dia berjanji pada YDP Agong akan usulkan undi percaya terhadap dia pada sesi parlimen bulan September. “Kenapa pula bukan sekarang memandangkan kita baru masuk bulan Ogos? “Sebab Covid masih srng parlimen ke? Tapi saya tengok mereka yang kononnya terdedah pada Covid dalam parlimen sudah bebas ke sini dan ke sana – siap meeting tiap-tiap malam di rumah.

“Akhirnya dia salahkan dan menipu bahawa mereka yang tarik sokongan terhadap dia adalah mereka yang mahu kes digugurkan sedang cara terbaik untuk gugurkan ialah dengan membodekdan bukan melwan dia. “Boleh tanya Xavier, Menteri kanan tak HD, Tok Pa dan lain-lain.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Selesai menghadap terkini Pm dijangka bakal buat perutusan khas pada hari ni.

Utusan Malaysia sebentar tadi melaporkan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipercayai akan membuat pengumuman khas pagi ini di Pejabat Perdana Menteri. Menurut sumber mereka, petugas RTM telah diarahkan untuk bersiap sedia melakukan siaran langsung pengumuman itu.

Terdahulu, Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan kenderaan membawa beliau yang diiringi polis pengiring, dilihat memasuki pintu satu Istana Negara sekitar pukul 10.53 pagi.

Sumber: Utusan Malaysia

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *