Ramai yang nak tahu status terkini Hawa Rizwana. Sekali Hawa Rizwana dedahkan dua syarat yang ayah letak untuk bakal pasangan.

Pengacara, pembaca berita dan personality televisyen yang semakin meningkat naik iaitu Hawa Rizwana Redzuan kini mempunyai perjalanan karier yang amat baik. Memiliki wajah yang cantik molek serta bakat dan karier yang baik, sudah tentu pertanyaan akan tertumpu siapakah yang memiliki hatinya.

Akhirnya wanita kini sudah berumur 25 tahun ini, memberikan jawapannya. Tentang status hubungannya, Hawa menyatakan, hatinya masih belum lagi dimiliki dan masih belum lagi ada terfikir tentang hal tersebut.

Walaupun sudah berumur 25 tahun, Hawa akui sebenarnya dia tak pernah bercinta sebelum ini, langsung tiada pengalaman. Jelasnya, sememangnya fokus utamanya ketika ini ialah lebih tertumpu kepada kerjanya.

“Saya memang memerlukan pengalaman kerja. Lagi pula saya tak pernah bercinta sebelum ini. Kalau kawan lelaki yang biasa tu itu memanglah ada.” Apabila ditanya telah antara ciri-ciri pasangan idaman yang mahu dimilikinya, Hawa berkata bapanya dah letakkan dua syarat kepada lelaki tersebut.

“Ayah dah letak dua syarat. Pertamanya lelaki yang akan bangun untuk sembahyang Subuh kerana kalau dia bangun solat Subuh, insyaallah solat lain dia juga akan terjaga. Yang kedua pula, ayah mahu lelaki yang tak merokok.”

“Kalau saya pula, jika dapat, mahu bakal suami yang boleh terima saya semasa keadaan susah dan juga senang, ketika sakit dan juga sihat, saling faham antara satu sama lain dan boleh beri ketenangan kepada saya di waktu saya dalam kegelisahan.”

Untuk yang tak tahu, bapa kepada Hawa Rizwana bukan calang-calang orangnya, bapanya ialah Professor Datuk Dr Ahmad Redzuan Abdul Rahman. Hawa Rizwana juga seorang yang amat cemerlang dari segi akademik dan

berjaya menceburi bidang pengacaraan sebagai pembaca berita TV9, pengacara Wanita Hari Ini, rancangan Hello Doctor dan paling menterlah kini sebagai penyampai berita di Buletin Utama TV3. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : http://asaskehidupan.com

Kali ni sekali lagi prof Muhaya jadi perhatian ramai. Ramai wanita yang bengang bila Prof Muhaya downgrade kan wanita yang bekerjaya wanita yang berpendidikan tinggi.

NAMA pakar motivasi Datuk Profesor Dr Muhaya Muhamad hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu. Selepas tular kenyataan mengenai wanita yang perlu bersifat ‘bdoh-bdoh sikit’ demi mencari jodoh, kali ini timbul isu lain pula.

Menerusi satu rakaman tular, Dr Muhaya seolah-olah merendahkan martabat wanita bekerjaya sehingga perkara itu mengundang kemarahan sebilangan warganet. “Ada ke super girl, girl-girl? Usah bajet baguslah you alls. I’m a career woman, Allah… sudahlah.

“Tak ada dalam al-Quran wanita paling berharga, wanita paling bekerjaya. Sorry. “Wanita solehah nilai dia lebih besar daripada dunia seluruh isinya. You all ni sibuk nak challenge, challenge.

Antara posting mengenai video itu di Twitter. “Bonda nak tanyalah sekarang ni, orang ada akademik tinggi dapat apa masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni? You tell me. “Apa manfaat, nak bajet bagus, I pandai, I PhD… apa manfaat pada orang?” ujar Dr Muhaya dalam video itu.

Video itu sebenarnya merupakan sebahagian daripada rakaman asal berdurasi 45 minit yang dimuat naik di YouTube milik dr Muhaya (Prof Muhaya TV) bertarikh 6 Februari 2021 yang sehingga kini menerima lebih 45, 000 tontonan.

Selain Youtube, video itu turut dikongsi semula ke laman Facebook dan Twitter sehingga tular dan menimbulkan perdebatan warganet sejak beberapa hari lalu. Kata warganet, kenyataan mempersoalkan

taraf pendidikan wanita itu bagaikan ‘meludah ke langit, muka juga yang basah’ memandangkan beliau juga merupakan seorang profesor dan juga pakar mata. “Tapi dia profesor. So, membazir je lah dia dapat gelaran profesor tu.

“Sumpah laaaa Prof cakap macam ni? Luluh hati sis yang tengah nak habiskan PhD ni. “Ada PHD apa manfaat pada orang? Seriously? Kenapa macam nak downgrade perempuan pendidikan tinggi ni?” tulis warganet.

Untuk rekod, Dr Muhaya pada Khamis lalu tampil memohon maaf berhubung video wanita ‘bodh-bodh sikit’ selepas menerima kritikan ramai. Selain warganet, beliau turut mendapat teguran Dr Amalina Che Bakri dan Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman. Dalam pada itu, usaha mStar untuk mendapatkan komen Dr Muhaya mengenai isu itu masih belum berhasil.

Bonda sayang semua tanpa syarat – Dr. Muhaya

PAKAR motivasi, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad menzahirkan perasaan sayang kepada semua tanpa syarat selepas dikritik oleh warganet berkaitan pandangan wanita perlu ‘buat-buat’ bdoh jika ingin bahagia di samping suami atau ingin cepat bertemu jodoh.

Selebriti media sosial itu yang membahasakan dirinya sebagai bonda berkata, dia sentiasa mendukung kaum wanita ke puncak tertinggi dan berbahagia di dunia dan akhirat. “Bonda juga seorang wanita, isteri, ibu dan nenek yang berkerjaya dan semestinya sentiasa mendukung, mendoakan wanita semua berjaya ke puncak tertinggi, berbahagia dunia akhirat dan mendapat redha Allah.

“Atas salah faham ini, Bonda ingin hadiahkan nota ringkas live cinta dan cita-cita (di Youtube) sebagai rujukan bagi menjawab segala persoalan yang timbul. Terima kasih, Bonda sayang semua tanpa syarat,” kata Dr. Muhaya.

Beliau dalam kenyataan di Instagram berkata, isu meminta ‘wanita buat-buat bdoh’ hanya merupakan satu salah faham kerana petikan kenyataannya itu dipetik daripada siaran langsung di Page Facebook Prof Muhaya serta YouTube Prof Muhaya TV yang berdurasi selama 45 minit dan diterbitkan pada 6 Februari lalu.

Katanya, siaran live itu adalah bagi menjawab persoalan KK Talib dan komen-komen dari FB, berkaitan wanita yang dalam dilema antara mengejar kerjaya, cinta serta keluarga. Serentak itu, Dr. Muhaya memohon maaf terhadap isu berkenaan yang telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat, terutamanya kaum wanita, sehingga menimbulkan persoalan, perbalahan dan sangkaan.

“Bonda mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat termasuk pihak media, rakan-rakan dan keluarga yang mengambil inisiatif tabayyun atau bertanya akan perkara sebenarnya kepada bonda mahupun team bonda.

“Kepada pihak media juga, sangat baik budi akhlaknya sehingga kini menanti statement bonda, maka bonda tampil membuat penjelasan ini. Terima kasih kerana sabar ya. Sebenarnya, buat yang mahu mendapatkan penjelasan lanjut, semua jawapan terkandung di pautan youtube Prof Muhaya TV bertajuk Cinta dan Cita-cita,” katanya.-SM

Sumber : Mstar

Ramai yang kritik tentang Prof Muhaya. Sekali Ustaz Ahmad Dusuki pula tampil bersuara jelaskan tentang maksud sebenar Prof Muhaya.

Umum mengetahui, Prof Muhaya telah tampil memberi penjelasan mengenai kenyataan yang dikeluarkannya berhubung isu jodoh lambat disebabkan wanita terlalu berdikari dan mengejar kerjayanya.

Di Instagram, pendakwah bebas iaitu Ustaz Ahmad Dusuki dipercayai menelefon Prof Muhaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu berkenaan. Malah, beliau cuba berlapang dada dan berfikiran secara terbuka semasa mendengar penjelasan tersebut.

Merendahkan diri

“Saya mendengar klip ringkas nasihat Bonda Prof Dr Muhaya tentang jodoh ini, lantas secara adabnya dan akhlaknya saya menghubunginya, saya mendengar penjelasan Bonda Prof Dr Muhaya. Jelas dan terang maksud yang disebutkan itu,

saya mohon untuk mengulas tentang apa yang di katakan itu, sebagai mana orangnya yang tetap optimis dan berkayakinan berlapang dada untuk mendengar pandangan, akhirnya dengan dengan iringan doa moga istiqamah dalam menyampaikan keindahan agama ini.

Menurut Ustaz Ahmad Dusuki, maksud kalimah “bodo bodo skit” yang digunakan oleh Prof Muhaya itu bukan bermaksud membdhkan diri. Bahkan, ianya merujuk kepada merendahkan diri, tidak terlalu menyombong dan ego dengan apa yang dimiliki.

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik

“Perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Manakala, perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jhat.

Di samping itu, Ustaz Ahmad Dusuki turut berkongsi sepotong hadis mengenai jodoh. Hadis tersebut memberitahu bahawa wanita yang baik hanyalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan situasi tersebut sama seandainya keadaan tersebut disebaliknya. Menjengah di ruangan, segelintir warganet bersetuju dengan penjelasan yang diberikan.

Terdahulu, Prof Muhaya memohon maaf atas salah faham mengenai perkara yang telah berlaku. Sementara itu, Prof Muhaya memaklumkan sekiranya ada individu yang ingin mengetahui keseluruhan mesej yang disampaikan dalam video tersebut, bolehlah menonton di Youtube Prof Muhaya TV bertajuk ‘CINTA & CITA-CITA’.

Sumber: Ustaz Ahmad Dusuki

Sumber : OhBulan

Fikiran zaman sekarang bukan macam dulu. Kali ni giliran Soo Wincci pulak bersuara tentang Prof Muhaya buat ramai yang terkedu.

PENYANYI dan pelakon Dr. Soo Wincci tidak bersetuju dengan pendapat pakar motivasi, Prof. Dr. Muhaya Mohamad agar wanita yang lambat mendapat jodoh perlu berbuat ‘bdoh-bdoh sikit’ demi meraih perhatian lelaki idaman.

Menurut Wincci, 36, seorang wanita seharusnya menghormati dirinya sendiri dan lelaki sejati pastinya akan menghargai wanita di sebalik kepandaian seseorang itu. “Maaf cakaplah, fikiran zaman sekarang bukan macam dulu… jikalau anda pilih tidak mahu kahwin itu adalah pilihan anda sendiri.

“Janganlah buat-buat bdoh demi nak cari jodoh. Bagi saya senang sahaja, kalau siapa nak kahwin, kahwinlah dan kalau siapa tak nak kahwin pun tak mengapa sebab zaman dah berubah.

“Saya memang hormat pandangan Prof. dalam pelbagai isu sebelum ini, tapi apabila melibatkan isu sensitif seperti ini saya harus bersuara kerana pendapat beliau sama sekali tidak betul,” katanya ketika dihubungi mStar.

Video Muhaya memberikan pendapatnya berhubung wanita lambat mendapat jodoh menjadi perbualan hangat warganet sehingga ia menjadi tular di media sosial pada Rabu. Bercakap daripada pengalamannya sendiri, Wincci mengakui sebelum ini dia pernah memperbodohkan dirinya sendiri demi cinta namun akhirnya dia bersyukur cepat menyedari perkara itu.

“Saya dah lalui perkara macam memperbodohkan diri sendiri demi cinta… tapi lama-lama saya fikir sampai bila saya harus jadi begini. “Bekas teman lelaki minta saya terus jadi suri rumah bila dah kahwin nanti, dia tak nak saya jadi lebih cerdik daripada dia.

“Bila dia minta macam itu, nasib baiklah saya cepat tersedar dan disebabkan perkara itu sampai sekarang saya jadi tra.uma nak kahwin,” ujarnya. Biarpun dirinya sudah boleh dikatakan cukup matang untuk mendirikan rumah tangga, Wincci bagaimanapun masih mengejar impiannya sebelum ‘terikat’ dengan perkahwinan.

“Memang saya akui ada ramai lelaki yang cuba nak berkenalan rapat dengan saya tetapi di awal-awal perkenalan saya memang dah jelaskan pada mereka yang kami hanya berkawan. “Saya memang tidak mahu memberi harapan kerana sememangnya sekarang fokus saya hanya pada misi untuk menyelesaikan pengajian Doktor Falsafah (PHD) kedua serta ingin membina kerjaya nyanyian di Sepanyol.

“Dalam hati saya memang tiada sesiapa buat masa ini, memang kerjaya sahaja dalam hati saya… mak dan ayah pun tidak pernah memaksa bila saya nak berkahwin,” katanya. Dikenali sebagai ‘beauty with brain’, Wincci berjaya memperoleh PhD dalam Pentadbiran Perniagaan (Open University, Malaysia),

Ijazah Pentadbiran Perniagaan (Universiti Sunshine Coast, Australia) dan Ijazah Undang-Undang (University of Reading, United Kingdom). Bekas ratu cantik ini kini sedang melanjutkan pengajian PhD kedua dalam bidang Artistic Production di University of Polytechic di Valencia, Sepanyol.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular tentang Prof Muhaya bagi tip cari jodoh. Sekali Ben Amir masuk campur buat ramai yang terkedu.

PETALING JAYA – Orang ramai pertahankan kenyataan pakar motivasi, Prof. Datuk Dr. Muhaya Mohamad yang dikritik warganet selepas memuat naik sebuah video berkaitan jodoh di laman media sosialnya hari ini.

Video yang memaparkan Muhaya menyatakan seorang wanita “biarlah macam bdoh-bdoh sikit” jika mahu cepat mendapat jodoh turut dibdas pelatih pakar operasi, Dr. Nur Amalina Che Bakri di laman Twitter.

Sebalik kritikan yang diterima susulan perkongsian video itu, ramai warganet mempertahankan kenyataan Muhaya apabila rata-ratanya menganggap mesej daripada video itu telah disalah tafsir.

“Kalau baca yang tersirat, Prof. Muhaya sebenarnya tekankan pasal perlunya bertolak ansur, toleransi dalam hubungan suami isteri,” kata seorang warganet Alexis King. Seorang lagi warganet, Din Don berkata, rata-rata warganet dalam kalangan orang muda kini tidak begitu faham bahasa kiasan.

“Orang lama-lama sahaja yang faham apa maksud Prof. Muhaya,” kata seorang lagi warganet, Norarlena. Terdahulu, Muhaya menyatakan kedudukan lelaki masih sebagai ketua dan imam bagi seorang wanita walau jawatan seseorang wanita itu lebih tinggi.

Katanya, wanita perlu meraikan kepimpinan lelaki dan tidak terlalu sibuk mahu berdiri sama tinggi dengan lelaki dan terlalu mahu berdikari kerana boleh mengakibatkan lambat dapat jodoh. “Orang lelaki suka wanita lemah lembut, yang mengharapkan, suka ditolong. Biarlah macam bodoh-bodoh sikit,” katanya.

‘Mak Saya Tak Ajar Untuk Jadi Bodoh-Bodoh Depan Lelaki…’ – Dr Amalina Tampil Bidas Kenyataan Prof Muhaya

Ujar doktor pakar ini, ibunya sama sekali tidak mengajar dirinya untuk berbuat ‘demikian’ semata-mata demi mencari jodoh. Pada masa yang sama, Dr Amalina menjelaskan seseorang wanita itu tidak perlu merendah-rendahkan diri mereka demi memikat lelaki yang mereka mahukan.

Saya minta maaf tetapi ibu saya tak pernah membesarkan saya untuk jadi ‘bodoh-bodoh’ sikit di depan lelaki demi mendapatkan jodoh. Awak menyampaikan mesej yang salah kepada gadis dan wanita-wanita di luar sana. Wanita tidak sepatutnya merendahkan tahap intelektual mereka demi memikat lelaki.

Berbicara lebih lanjut, Dr Amalina menjelaskan seseorang itu perlu menjadi versi yang terbaik untuk diri mereka sendiri bukannya orang lain. Ia merupakan penghinaan kepada wanita dan lelaki. Jadilah versi yang terbaik untuk diri sendiri. Biar wanita jadi apa yang mereka mahukan. Tolong berhenti merendahkan wanita. Sekarang suami saya dah geleng kepala dia.

“Cuma lelaki yang lemah je takut pada wanita yang kuat & bijak.” -Ben Amir

Sejak pagi tadi, kenyataan yang dibuat oleh Prof Dr Muhaya Mohamad telah tular berkaitan wanita perlu nampak ‘bodoh-bodoh sikit’ untuk memikat hati lelaki. Pelbagai respon diterima oleh warganet yang masing-masing dilihat kurang bersetuju dengan kenyataan beliau kerana disifatkan seperti merendahkan wanita.

Lelaki yang lemah je takut dengan wanita kuat

Video berkenaan tular dan mendapat perhatian ramai termasuklah pelakon terkenal seperti Ben Amir. Dalam perkongsiannya, dia memaklumkan hanya lelaki yang lemah sahaja takut dengan wanita yang kuat. Dia juga mengakui tertarik dengan wanita yang bijak dan boleh menyokongnya menjadi lebih baik serta membawa keluar dari zon yang selesa dalam kehidupan.

Teruslah kejar impian

Selain itu, Ben Amir juga menasihati supaya para wanita terus mengejar impian mereka dan ‘terbanglah’ setinggi mungkin untuk cita-cita mereka. Terima kasih dengan kata2 yang murni macam ni.

Sehubungan dengan pendapat yang dikeluarkan oleh pelakon kacak itu, ramai yang menyokong kenyataan Ben Amir dan merasakan seorang wanita harusnya bebas melakukan apa pun tanpa perlu menunjukkan kelemahan diri kepada seorang lelaki.

Ramai juga para wanita yang ‘terbuai’ dengan balasan jawapan dari video tular yang dibuat selebriti berkenaan dan berseloroh mahu menjagak Ben Amir berkahwin. Menerusi satu potongan video dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, kenyataan Profesor Dr Muhaya berkaitan sifat wanita yang

perlu kelihatan lemah-lembut dan ‘kurang bijak’ dihadapan lelaki menimbulkan rasa kurang senang warganet. Malah, kenyataan Prof Muhaya itu juga turut mendapat perhatian Dr Amalina Che Bakri yang kesal dengan tanggapan sebegitu seolah penghinaan terhadap wanita.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *