Semalam Muhyiddin Yassin umum letak jawatan. Ini luahan Najib Razak buat ramai yang sebak.

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yasin sebentar tadi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan. Perkara itu dimaklumkan beliau pada satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya, yang turut disiarkan secara langsung di pelbagai platform telekomunikasi, termasuk televisyen dan media sosial.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.

“Saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh anggota Kabinet seperti dikehendaki Perlembagaan Persekutuan,” katanya. Terdahulu pagi tadi, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet terakhirnya, sebelum bergerak ke Istana Negara.

Berikut reaksi dari Bossku

“Hujan mencurah ke bumi. “Selepas hujan, pasti ada pelangi menanti. “Selepas kegelapan, pasti ada sinar menerangi. “Selepas derita, pasti ada kebahagiaan. “Semoga Allah SWT merahmati Malaysia dan rakyat semua. “InsyaAllah.

“Ada pihak rakus rebut kuasa…” – Muhyiddin reda berdepan hari terakhir sebagai PM

TAN Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelbagai ikhtiar dilakukan hingga ke saat akhir untuk menyelamatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), sekurang-kurangnya sehingga selesai tugas menguruskan pandemik, program vaksinasi dan pemulihan ekonomi negara, namun tidak berhasil.

Beliau berkata demikian selepas meletakkan jawatan sebagai perdana menteri susulan kehilangan kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Tetapi ikhtiar ini tidak berhasil disebabkan ada pihak yang rakus untuk merebut kuasa daripada mengutamakan nyawa dan kehidupan rakyat.

“Bagi saya, apa yang berlaku ini adalah ketentuan Allah SWT yang merupakan satu episod dalam sejarah perjuangan politik saya,” katanya pada perutusan khas, petang Isnin.

Muhyididn yang juga yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, enam tahun lalu beliau dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri semata-mata kerana mempertahankan prinsip untuk tidak berkompromi dalam kes penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya berjuang, saya berkorban, akhirnya Allah SWT mengangkat martabat perjuangan saya sehingga saya diberikan amanah untuk memimpin negara ini sebagai Perdana Menteri. Namun, telah ditakdirkan bahawa hari ini adalah hari terakhir saya sebagai Perdana Menteri dan saya reda dengan ketentuan Ilahi.

“Sesungguhnya, jawatan yang telah saya pikul ini bukanlah suatu kemegahan. Ia datang dengan suatu bebanan tanggungjawab yang berat. Saya memimpin negara dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Pada masa yang sama saya terus digugat dari segi politik.

“Saya boleh mengambil jalan mudah dengan mengorbankan prinsip saya untuk kekal sebagai Perdana Menteri. Tetapi itu bukan pilihan saya.

“Saya tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kumpulan kleptokrat, mengganggu kebebasan badan kehakiman dan membelakangi Perlembagaan Persekutuan semata-mata untuk kekal berkuasa,” katanya,

Pada Isnin, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, ini selaras Perkara 40 (2)(a) dan 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bahawa Seri Paduka hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan.

Beliau turut memberitahu bahawa baginda berkenan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.Terdahulu, Muhyiddin selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, pada tengah hari Isnin.

Pagi Isnin, Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Putrajaya.Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong, dipercayai berhubung kedudukannya sebagai Perdana Menteri, selepas dipercayai hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Umno sebelum ini menarik sokongan kepada Muhyiddin dan PN, namun sebahagian Ahli Parlimen Umno bertegas supaya kerjasama Umno-PN dikekalkan, sekurang-kurangnya sehingga Parlimen dibubarkan untuk PIlihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Lepas je Muhyiddin umum letak jawatan. Terkejut sekali ini yang terjadi di Ig Anwar Ibrahim.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, ini selaras Perkara 40 (2)(a) dan 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bahawa Seri Paduka hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan.

Beliau kemudian memaklumkan, Seri Paduka berkenan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Dalam pada itu,ketua pembangkang Dato Sri Anwar Ibarhim menyambut baik keputusan Muhyddin Yassin meletakkan jawatan beliau

Anwar mohon semua pihak bertenang

Keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan Perdana Menteri hari ini disambut baik dan akan membuka ruang ke arah perubahan buat negara. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak bertenang dan berdoa supaya Malaysia kembali bangkit kuat dalam menghadapi tantangan kesihatan dan ekonomi saat ini.

“Saya ucap terima kasih atas khidmat beliau pada negara,” kata Presiden PKR itu dalam hantaran Facebook beliau hari ini. “Keputusan Tan Sri Mahiaddin Yassin untuk meletakkan jawatan hari ini disambut baik serta akan membuka ruang ke arah perubahan buat negara.

“Saya menggesa semua pihak untuk bertenang dan berdoa supaya Malaysia kembali bangkit kuat dalam menghadapi tantangan kesihatan dan ekonomi saat ini. Saya ucap terima kasih atas khidmat beliau pada negara. Namun begitu, rata-rata follow melahirkan  rasa kurang senang terhadap kenyataan Anwar tersebut

Muhyiddin ‘caretaker’ hingga PM baharu dilantik – Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan supaya Tan Sri Muhyiddin Yasin menjalankan tugas sebagai ‘caretaker’ sehingga Perdana Menteri baharu dilantik. Baginda juga berkenan menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan seluruh jemaah Menteri dengan serta-merta berkuat kuasa hari ini.

“Susulan peletakan jawatan ini, baginda berkenan supaya Yang Amat Berhormat Tan Sri Mahiaddin Md Yasin (Muhyiddin) menjalankan tugas sebagai ‘caretaker’ hingga Perdana Menteri baharu dilantik.

“Ini selaras Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan baginda hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri baharu untuk mempengerusikan jemaah Menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Fadil berkata, baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Muhyiddin dan jemaah Menteri atas khidmat bakti dan urus tadbir negara yang dilaksanakan di bawah Perikatan Nasional bermula 1 Mac 2020 khususnya dalam memerangi pandemik Covid-19.

“Selaku Ketua Utama Negara, baginda memahami dan menghormati sistem serta proses perundangan negara dan menghormati apa-apa keputusan yang dibuat Muhyiddin berteraskan keluhuran perlembagaan persekutuan dan kedaulatan undang-undang.

“Baginda turut berkenan menerima sembah maklum daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 11 Ogos lalu daripada 613 kawasan Dewan Undangan Negeri, sebanyak 484 kawasan (79 peratus) adalah zon merah Covid-19.

“Pada masa sama, baginda turut mengambil maklum fasiliti kesihatan negara juga dalam situasi membimbangkan, justeru pada hemat baginda pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 bukan satu pilihan terbaik atas faktor kemaslahatan dan keselamatan rakyat,” katanya.

Katanya, baginda juga menzahirkan harapan supaya kemelut politik yang berlarutan tanpa kesudahan dan sudah mengganggu kelancaran tadbir urus negara dapat diakhiri demi kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara yang diancam pandemik Covid-19.

“Baginda mengambil kesempatan menyeru seluruh rakyat supaya bertenang dan bersama baginda mendoakan negara di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi dari sebarang musibah dan wabak Covid-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera,” katanya.

Hari ini, baginda berkenan menerima sesi menghadap Muhyiddin yang berlangsung 30 minit bermula 12.30 tengah hari, manakala Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh bermula 11 pagi di Istana Negara.

Kehilangan kepercayaan majoriti. Terkini Muhyiddin Yassin dan seluruh jemaah menteri letak jawatan.

Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri, hari ini. Pengumuman itu dibuat selepas beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini, berhubung kedudukannya sebagai ketua kerajaan.

Dalam Perutusan Khasnya, Muhyiddin berkata, beliau menghadap Al-Sultan Abdullah pada 12.30 tengah hari di Istana negara. Belia berkata, dalam sesi menghadap itu, beliau menyerahkan warkah peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh Jemaah Menteri mengikut Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan disebabkan kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

“Ini bermakna, saya dan seluruh Jemaah Menteri meletak jawatan. Walaupun saya pada awalnya mencadangkan keabsahan saya sebagai PM ditentu di Parlimen, namun 15 Ahli Parlimen Umno menarik sokongan kepada saya dan cadangan kerjasama rentas parti ditolak pembangkang.

“Jelas, saya kehilangan majoriti dan tidak perlu lagi keabsahan saya ditentukan di Parlimen. Maka hari ini, saya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh Jemaah Menteri sebagaimana perkara 43 (4) Perlembagaan Pedrsekutuan,” katanya.

Muhyiddin sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Putrajaya. Beliau kemudian bergerak ke Istana Negara dengan menaiki kenderaan rasminya dan tiba pada 12.23 tengah hari, sebelum tinggalkan Istana Negara pada 1 tengah hari.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Al-Sultan Abdullah pada 1 Mac 2020.

Tak sempat lagi Muhyiddin Yassin umum letak jawatan. Sekali terkejut MT Umno buat keputusan ni untuk hantar ke istana.

Biro politik dan Majlis Tertinggi (MT) Umno – yang mana majoriti ahlinya adalah penyokong presiden Ahmad Zahid Hamidi – dijangka mengadakan mesyuarat untuk memutuskan calon perdana menteri daripada parti itu.

Ia di saat naib presiden parti itu, Ismail Sabri dilaporkan berusaha mendapatkan sokongan untuk menggantikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang dijangka letak jawatan hari ini.

“Umno akan mengadakan mesyuarat biro politik dan MT hari ini untuk memilih calon perdana menteri interim. “Ini untuk memastikan bahawa tiada pihak daripada parti bertindak secara sendirian atau membelakangi parti dalam krisis politik semasa,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Muhyiddin hilang majoriti selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan 14 ahli parlimen Umno menarik balik sokongan mereka. Pada masa sama, 23 lagi ahli parlimen Umno termasuk naib presiden Ismail Sabri terus menyokong Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ismail mengadakan sejumlah pertemuan semalam dalam usahanya mendapatkan sokongan ahli parlimen Perikatan Nasional yang sebelum ini menyokong Muhyiddin. Menurut sumber itu lagi, Umno mungkin akan menghantar tiga nama kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai calon perdana menteri.

“Setakat pengetahuan saya, selain presiden (Zahid), Ismail Sabri, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan Hishammuddin Hussein juga berada dalam senarai. “Kemungkinan tiga daripada empat nama ini akan dipilih untuk dihantar ke Istana Negara,” katanya.

Dalam pada itu, dia juga mengesahkan yang Ismail Sabri mengadakan pertemuan dengan Zahid petang semalam. “Perjumpaan ini berkaitan gerakan surat akuan bersumpah (SD) sedang dikumpul bagi pihak Ismail.

“Saya tidak boleh memberitahu intipati perjumpaan antara Zahid dan Ismail. Tapi, yang pasti tindakan Ismail mengumpul SD tidak disenangi akar umbi. “Sebarang keputusan mesti daripada parti. Perlu ada sokongan semua pihak. Ini paling penting,” katanya.

Semalam, Malaysiakini melaporkan surat akuan sedang dikumpul dalam kalangan ahli-ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) untuk menyokong Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri baru gabungan itu. Ahli Parlimen Padang Rengas dari Umno, Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan dia antara yang sudah menandatanganinya.

Muhyiddin tiba di Perdana Putra untuk mesyuarat kabinet

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Pejabat Perdana Menteri di bangunan Perdana Putra pada pukul 8.06 pagi. Beliau dijangka akan mempengerusikan satu mesyuarat khas kabinet sekitar pukul 9 atau 10 pagi.

Petugas media yang menanti di hadapan Perdana Putra masih menanti ketibaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menteri-Menteri kabinet dijangka tiba pada pukul 9 pagi melalui pintu dua Perdana Putra.

Mesyuarat kabinet dijangka berlangsung selama satu jam sebelum Muhyiddin dijangka bergerak ke Istana Negara pada pukul 11 pagi untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah. Muhyiddin kemudian dijangka mengumumkan satu perutusan selepas sesi menghadap.

Pembukaan sekolah berperingkat mulai 3 oktober. Ini kata kata terakhir dari Menteri Pendidikan buat ramai yang terkedu.

SEKOLAH akan dibuka semula pada 3 Oktober secara berperingkat bermula dengan pelajar yang akan menduduki peperiksaan. Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengatakan pembukaan semula yang dijadualkan pada 1 September akan ditangguhkan.

“Pembukaan semula sekolah bulan depan hanya akan melibatkan pelajar tahun peperiksaan di Tingkatan Lima dan Enam. “Pembukaan semula, bagaimanapun, tidak akan melibatkan sekolah-sekolah di negeri Fasa Satu,” katanya dalam catatan di Facebook. – THE STAR

Pegawai menteri mula kemas barang, kosongkan pejabat

Muhyiddin Yassin dijangka meletak jawatan sebagai perdana menteri pada bila-bila masa susulan pusingan U oleh Ahli Parlimen Umno tertentu yang sebelum ini menyokong beliau, kata beberapa sumber.

Beberapa sumber dalam Umno dan Bersatu memberitahu FMT bahawa mereka menjangkakan Muhyiddin akan mengumumkan peletakan jawatannya tidak lama lagi. “Surat letak jawatan sudah disediakan, namun kami tidak pasti bila beliau akan buat pengumuman,” kata satu sumber yang tidak mahu dinamakan.

Situasi Muhyiddin dilihat kelam apabila pembngkang dan Umno semalam menolak tawaran rentas kepartian sebagai balasan kepada meluluskan undi percaya terhadapnya di Dewan Rakyat, menjelang September ini.

Merumitkan lagi keadaan apabila anggota Jemaah Menteri, termasuk menteri Umno dan PAS, menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan Muhyiddin berkenaan, yang mengejutkan mereka. Kini, difahamkan, beberapa menteri Umno dan PAS sedang mencari cara untuk berpaling daripada Muhyiddin dan dalam masa sama menjaga air muka masing-masing.

“Mood ketika ini begitu suram, dan banyak perbincangan dilakukan sejak semalam. Namun, disebabkan kami tidak mempunyai sokongan majoriti, mungkin cara terbaik untuk keluar daripada kekusutan ini adalah dengan Muhyiddin meletakan jawatan.”

Seorang lagi sumber daripada blok pemerintah mendakwa beberapa Menteri sudah pun “berkemas” sebagai persediaan sekiranya Muhyiddin meletakkan jawatan. Pegawai menteri mula kemas barang, kosongkan pejabat

“Menteri saya sudah mengosongkan pejabat sejak semalam. Saya dimaklumkan menteri lain pun sudah selesai berkemas,” kata seorang pegawai yang tidak mahu dinamakan. Pembantu kepada dua menteri lain turut memberitahu FMT mereka diarah mengosongkan pejabat menjelang 18 Ogos.

Sementara itu, seorang pemimpin kanan Bersatu menggambarkan situasi ketika ini “teruk”. “Cadangan perdana menteri meletakkan Ahli Parlimen Umno dan PAS yang setia kepadanya dalam keadaan rumit. “Usaha Perdana Menteri sudah gagal, namun masih ada harapan bagi Perikatan Nasional. Mungkin PM boleh selamatkan keadaan sekiranya dapat sokongan Umno.”

Difahamkan beberapa Menteri Umno menyesal mengingkari arahan parti selepas Perdana Menteri membuat tawarannya. Bagaimanapun, sumber dalam kem Perdana Menteri berkata Muhyiddin tidak merancang meletakkan jawatan kerana beliau mahu terus memimpin negara sehingga PRU-15.

“Benar beliau berhasrat meneruskan khidmat, terutama menjamin program vaksinasi berjalan lancar. Namun jika Ahli Parlimen tidak menyokongnya, tidak banyak yang dapat kita lakukan,” katanya. “Kami masih sedia berunding,” tambahnya.

Muhyiddin dkwa kerajaan PN masih ada keputusan majoriti. Sekali UMNO tampil cabar sesuatu ini pula.

UMNO mencabar kerajaan untuk segera memanggil Sidang Khas Parlimen bagi membuktikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat. Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka tidak perlu menunggu sehingga bulan September sebelum sidang Parlimen berjalan.

Tambahnya lagi, kenyataan Muhyiddin dalam Perutusan Khas yang mendkwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih mempunyai majoriti adalah tidak benar. “Saya telah mempersembahkan warkah yang melampirkan lapan (8) Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen UMNO kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai 2021, bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri. Ini cukup untuk menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti, biarpun sebenarnya jumlah berkenaan melebihi daripada itu,” katanya lagi.

Terdahulu, Muhyiddin turut mendkwa beliau masih mempunyai sokongan majoriti dan isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri tidak berbangkit. Jelasnya, beliau telah menyembah maklum kepada Agong, di Istana Negara pada Rabu, bahawa sejumlah Surat Akuan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat, yang menurut dirinya masih mempunyai sokongan majoriti.

Kata Perdana Menteri lagi, Agong juga telah berkenan untuk beliau menentukan keabsahannya di Parlimen melalui undi percaya pada September ini. PM masih ada majoriti, usul percaya dibentangkan di Parlimen September ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, bilangan Ahli Parlimen dari UMNO yang mahu menarik sokongan daripada Muhyiddin telah bertambah daripada semalam.

“Setelah Majlis Kerja Tertinggi membuat ketetapan mutakhir pada 3 Ogos 2021 bagi menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri, atas asas mahu berpihak kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong, jumlah Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen UMNO telah bertambah lagi.

“Pada hari ini saya telah mengutus warkah kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan Surat Akuan tambahan sebagai lanjutan warkah terdahulu,” kata Ahmad Zahid lagi. Sumber : Trending Sangat

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *