Ziela Jalil dedah anak minta masakkan mee goreng pada awal muharram. Sekali Ziela buat sesuatu macam Almarhumah Siti Sarah.

“Saya pernah rasa kehilangan itu,”. Itu luahan pelakon dan penerbit, Datuk Ziela Jalil kepada pelawak dan usahawan Shuib selepas selesai majlis tahlil dan bacaan yassin malam Selasa. Jelas Ziela, Shuib adalah orang yang beruntung kerana dipinjamkan Allah bidadari syurga.

“Bila baca kenyataan daripada kalangan rakan Allahyarhamah atau pun rakan-rakan kakak yang tidak kenal, mereka pun terkesan. Apabila dapat berita pemergian dia saya terkedu. Cara pemergiannya saya cemburulah, Allah muliakan dia dan angkat dia. Shuib juga sangat bertuah kerana dipilih untuk berkongsi hidup bersama dengan insan yang istimewa,” ujarnya.

Ziela yang mengusahakan rumah produksi, Pena Creative Picture, kongsinya lagi, sempena awal Muharram baru-baru ini dia memasak masakan dengan amalan doa Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

“Anak minta saya masakkan mee goreng, biasa masak selalu selawat. Tapi hari itu, saya masak ikut cara amalan 4rwh seperti mana yang dikongsikan di Instagram. Itulah yang dia tinggalkan, ilmu yang bermanfaat, ramai ikut jejak langkahnya. InsyaAllah Shuib kuat dan anak-anak yang ditinggalkan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah,” akhirinya. Sumber : Utusan Online

Azharina dedahkan masa berbual dalam kereta dengan Sarah tiba tiba bagi tahu benda ni yang dia paling takut sekiranya tidak panjang umur.

”Saya kenal air muka Sarah, ia amat berbeza pada hari berkenaan. Saya tahu, dalam diri Sarah ada ketakutan…” Itu kata-kata penyanyi popular, Azharina Azhar yang berkongsi satu kisah sewaktu berbual dengan Siti Sarah Raissuddin di dalam kereta.

Sebelum itu, Azharina seakan tidak percaya teman baik selama 20 tahun itu menemui Sang Pencipta selepas menjadi k0.rban pndemik COVlD-I9, Isnin lalu. MuIa rapat dengan Sarah apabila berjuang bersama menerusi pertandingan Bintang RTM pada 2001, Azharina tahu gelodak hati teman baiknya itu apabila melihat vdeo terakhir berpeIukan dengan tiga cahaya mata, sebelum dibawa menaiki ambuIans ke hspital.

Sebagai ibu, Azharina berkata, hatinya cukup tersentuh, berulang kali menatap video yang dimuatkan dalam laman Instagram (IG) itu. ” Saya masih ingat, kami menaiki kereta bersama, beberapa tahun lalu.

” Dalam rancak berbual, Sarah beritahu, perkara paling ditakuti sekiranya tidak panjang umur. Apa nasib anak-anak dan suaminya, Shuib Sepahtu. Saya terus tersentak apabila Shuib memuat naik video Sarah dibawa ke hspital.”

Saya tidak putus berdoa, malah sentiasa menunggu perkembangan dikemas kini oleh Shuib dalam IG. Sampai tidak lena tidur akibat terlalu risau. Ada juga terdetik dalam hati mahu bertanya kepada Shuib.

Namun saya batalkan hasrat kerana tidak mahu mengganggu Shuib ketika berdepan waktu sukar,” katanya kepada BHOnIine. Mengenali Sarah sejak berusia 16 tahun, pelantun lagu Elegi Sepi itu berkata, jauh di sudut hati, ada satu perasaan yang tidak sedap dirasakan.

”Apabila disingkap semula perbualan, saya teringat Sarah pernah minta maaf sekiranya pernah melakukan salah silap tanpa disedari sepanjang hampir 20 tahun ini. ”Kali terakhir kami berhubung pada Aidiladha lalu. Ketika itulah, Sarah minta maaf. Saya turut memohon maaf kepadanya tanpa mengesyaki apa-apa.

”Hinggalah hari pemergian Sarah, barulah saya ingat semula perbualan kami. Itu salah satu petanda Sarah hendak pergi tanpa saya sedari,” katanya. Menyifatkan Sarah seorang insan yang pemurah dan tidak pernah berkira, Azharina berkata, hubungan mereka ketika menyertai pertandingan Bintang RTM tidak ubah seperti belangkas.

”Pada rakan-rakan yang ada pada ketika itu mereka pasti tahu keakraban saya dengan Sarah. ” Bagaimanapun, kami jarang berhubung selepas pertandingan Bintang RTM berakhir sehingga dipertemukan semula selepas menyertai industri muzik,” katanya.

Pernah pinjamkan kereta

Dek keakraban hubungan, juara program Gegar Vaganza musim ketiga itu berkata, dia pernah meminjamkan kereta untuk digunakan Sarah kerana kenderaannya rosak.

”Saya pernah meminta pembantu peribadi membantu mengambil anak Sarah di sekolah. Ketika itu, Shuib tiada dan Sarah pula tidak berani memandu. ”Malah, saya pernah menemani Sarah bertemu pelanggan untuk menguruskan hal berkaitan persembahan.

” Selepas bersalin anak kedua, suara Sarah agak terjejas. Jadi, saya kerap juga menemani ke pusat karaoke untuk berlatih. Hubungan kami memang akrab. ”Boleh dikatakan saya dan Sarah keluar bersama, setiap minggu. Berlatih di studio, malah pergi pasar membeli barangan dapur pun bersama,” katanya.

Penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu berkata, minta pada produksi mengundang sarah apabila ditawarkan menyertai uji bakat Gegar Vaganza musim ketiga (GV3), lima tahun lalu. ” Jika Sarah tiada, saya tidak mahu menyertai GV3.

Akhirnya, produksi memanggil Sarah dan siapa sangka, kami sekali lagi bertrng satu pentas selepas pertandingan Bintang RTM pada 2001,” katanya. Azharina berkata, kenakalan, sifat manja dan gemar ketawa Sarah pastinya dirindui dan dikenang hingga hujung nyawa.

‘Bergadh’ setiap kali keluar makan

Berkongsi keperibadian Sarah, Azharina berkata, Sarah tidak pernah berkira soal duit, malah pasti brbalah setiap kali keluar makan bersama. ” Sarah selalu beriya-iya nak belanja. Beliau tidak akan beri saya bayar, kononnya bersimpati saya sebagai ibu tunggaI.

”Sedangkan, saya juga ingin mengejar pahala, tetapi Sarah tidak peduli. ”Seperkara lagi saya perasan, Sarah tidak suka mengata orang. Beliau lebih banyak meluahkan perasaan, namun untuk mengumpat orang lain, itu bukanlah karakternya.

”Sarah jenis tidak ambil tahu hal orang lain dan sangat suka bersedekah,” katanya. Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, Sarah tidak akan menerima duit jika tahu dia mahu membeli apa-apa produk keluaran syarikatnya.

”Selalunya, saya akan menggunakan nama pekerja untuk membeli produk keluarannya. ”Saya tidak mahu Sarah tahu. Jika tahu, Sarah akan memberikannya secara percuma, sedangkan saya membeli untuk menyokong perniagaannya.

” Kalau tahu, Sarah pasti marah,” kata Azharina. Namun, apa yang membuatkan Azharina terkilan, dia tidak dapat menziarahi sahabatnya ketika tenat. Hatinya lebih sedih, tidak dapat memberikan penghormatan dan memeluk Sarah buat kali terakhir.

”Rasa seperti bermimpi Sarah sudah tiada. Perkara membuatkan saya betul-betul sedih dan terkilan tidak dapat berada di sisi Sarah pada saat bertarng nywa. ”Saya terfikir mahu mengiringi perjalanan akhirnya

ke tempat akhir, tetapi saya terpaksa batalkan atas nasihat rakan kerana mempunyai anak-anak kecil. ”Hati ini amat terkilan tidak dapat memeluk dan menciumnya buat kali terakhir,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : http://limauais.pw

Kali ni Sharifah Zarina pula dedahkan mimpi jumpa dengan Siti Sarah dengan berjubah dalam masjid. Tapi reaksi Sarah masa tu buat ramai yang terkejut.

Penyanyi Sharifah Zarina antara rakan selebriti yang turut terkesan dengan pemergian Siti Sarah Raissuddin pada Isnin lalu. Berkongsi kisahnya didatangi arwah Siti Sarah dalam mimpi, kata Zarina dia tidak peduli sekiranya ceritanya itu tidak dipercayai orang lain.

“Kalau saya cerita ni mungkin tak ada orang percaya tapi tak apa saya nak cerita juga. Pagi Isnin saya bangun jam 4 pagi, terus buka telefon nak tahu perkembangan tentang Sarah. Tapi tak ada apa-apa lagi.

“Sambil-sambil solat saya keep on checking phone, masih sama tiada apa update di media sosial.“Dalam jam 5.30 pagi lepas sahur saya check lagi telefon dan saya nampak berita menyedihkan itu terpapar di skrin.

“Saya menangis sekuat hati. Lepas dhuha mata mengantuk sangat saya terlelap sekejap,” ceritanya. Dalam mimpi itu, Siti Sarah nampak gembira dan wajahnya kata Zarina berseri-seri.

“Wallahi saya mimpi sarah pakai baju jubah dah tudung pink. Kami dalam masjid, dia sangat happy, wajahnya cantik sangat. Saya bagitahu kat anak-anak.

“Tapi hari ni setelah terlalu banyak kebaikan dan amalan Sarah yang saya baca di media sosial, terdetik di hati saya. Mungkin ini yang saya lihat di mimpi.

“Benar dia ibarat bidadari di dalam mimpi tu. Pemergianmu sangat dicemburui dik,” tulisnya. Katanya, perkongsiannya itu bukan untuk meraih perhatian sebaliknya demi bersama-sama menginsafi dan mengingati pemergian.

“Antara kesan berkata benar adalah orang akan ingat kita nak dapatkan perhatian. Siapa yang berani menipu time-time begini memang orang yang sangat berani. “Sedangkan pemergian itu tiap hari kita dengar dan siapa juga yang berani menghukum orang lain di saat-saat begini mungkin belum lagi dihidayahkan untuk sentiasa melihat indah akan sesuatu berita yang disampaikan.

“Kenapa harus saya nak menipu tentang bermimpi pemergian seseorang? Apa saya dapat? Duit? Populariti? Jauh sekali. “Rezeki itu Allah yang bagi bukan dari cerita sensasi,” tegasnya. Siti Sarah menghem.buskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat C0VID-19, jam 5.13 pagi Isnin.

Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu bertrng nywa akibat COVID-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan. Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat diuruskan di Tanah Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Sarah tinggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM. sumber: astro gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *