Ada pula pihak yang tampil dedahkan pegawai menteri dah mula kemaskan barang. Namun surat ini juga sudah disediakan.

Muhyiddin Yassin dijangka meletak jawatan sebagai perdana menteri pada bila-bila masa susulan pusingan U oleh Ahli Parlimen Umno tertentu yang sebelum ini menyokong beliau, kata beberapa sumber. Beberapa sumber dalam Umno dan Bersatu memberitahu FMT bahawa mereka menjangkakan Muhyiddin akan mengumumkan peletakan jawatannya tidak lama lagi.

“Surat letak jawatan sudah disediakan, namun kami tidak pasti bila beliau akan buat pengumuman,” kata satu sumber yang tidak mahu dinamakan. Situasi Muhyiddin dilihat kelam apabila pembangkang dan Umno semalam menolak tawaran rentas kepartian sebagai balasan kepada meluluskan undi percaya terhadapnya di Dewan Rakyat, menjelang September ini.

Merumitkan lagi keadaan apabila anggota Jemaah Menteri, termasuk menteri Umno dan PAS, menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan Muhyiddin berkenaan, yang mengejutkan mereka. Kini, difahamkan, beberapa menteri Umno dan PAS sedang mencari cara untuk berpaling daripada Muhyiddin dan dalam pada masa sama menjaga air muka masing-masing.

“Mood ketika ini begitu suram, dan banyak perbincangan dilakukan sejak semalam. Namun, disebabkan kami tidak mempunyai sokongan majoriti, mungkin cara terbaik untuk keluar daripada kekusutan ini adalah dengan Muhyiddin meletakkan jawatan.”

Seorang lagi sumber daripada blok pemerintah mendkwa beberapa Menteri sudah pun “berkemas” sebagai persediaan sekiranya Muhyiddin meletakkan jawatan.

Pegawai menteri mula kemas barang, kosongkan pejabat

“Menteri saya sudah mengosongkan pejabat sejak semalam. Saya dimaklumkan menteri lain pun sudah selesai berkemas,” kata seorang pegawai yang tidak mahu dinamakan.

Pembantu kepada dua menteri lain turut memberitahu FMT mereka diarah mengosongkan pejabat menjelang 18 Ogos. Sementara itu, seorang pemimpin kanan Bersatu menggambarkan situasi ketika ini “teruk”.

“Cadangan perdana menteri meletakkan Ahli Parlimen Umno dan PAS yang setia kepadanya dalam keadaan rumit. Usaha Perdana Menteri sudah gagal, namun masih ada harapan bagi Perikatan Nasional. Mungkin PM boleh selamatkan keadaan sekiranya dapat sokongan Umno.”

Difahamkan beberapa Menteri Umno menyesal mengingkari arahan parti selepas Perdana Menteri membuat tawarannya. Bagaimanapun, sumber dalam kem Perdana Menteri berkata Muhyiddin tidak merancang meletakkan jawatan kerana beliau mahu terus memimpin negara sehingga PRU-15.

“Benar beliau berhasrat meneruskan khidmat, terutama menjamin program vaksinasi berjalan lancar. Namun jika Ahli Parlimen tidak menyokongnya, tidak banyak yang dapat kita lakukan,” katanya. “Kami masih sedia berunding,” tambahnya.

Tawaran Perdana Menteri satu penghin4an – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tawaran diberi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai satu penghin44n kepada ketua pembangkang. Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, dalam keadaan rakyat susah dan terbeban akibat kesan pandemik COV1D-19, tawaran sebegitu tidak mampu menyelesaikan masalah.

“Tak pernah saya sebut. Tak pernah saya minta. Tak pernah saya fikir pun munasabah untuk dalam keadaan pandemik, ekonomi yang meleset ini mahu dapat RM40,000, RM50,000 gaji tambahan dan kemudahan setaraf menteri kanan. Saya tidak langsung berfikir ini wajar dan munasabah. Takkanlah ini boleh dibuai. Bagi saya satu penghin44n, orang nak dapat RM50, RM100 tambahan sebulan untuk cari nafkah anak-anak pun susah, kamu pelawa ketua pembangkang RM40,000, RM50,000 sebulan tambahan dengan segala status dan sebagainya. Sebab itu saya tegas menolak, saya tidak mahu menilai motif dan niat masing-masing, tetapi apa yang nyata dan dizahirkan itu adalah percubaan licik tanpa memikirkan masalah rakyat,” katanya dalam sidang video secara maya di Facebook beliau malam ini.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas tawaran kerjasama bipartisan dibuat Muhyiddin semalam kepada Ahli Parlimen pembangkang serta faedah setaraf menteri kanan yang diberi kepada ketua pembangkang. Mengulas lanjut, Anwar berkata, dalam kedudukan Perdana Menteri sudah hilang majoriti, tidak munasabah untuk beliau mengemukakan apa-apa tawaran.

“Perdana Menteri mengaku sudah hilang majoriti dan dalam keadaan begini tidak munasabah untuk kita memberi pertimbangan apa-apa usul yang beliau kemukakan kerana usul itu harus dikemukakan Perdana Menteri yang baharu. Ya… Ahli Parlimen penting dapat peruntukan, tetapi nyawa rakyat pun penting. Kehidupan orang tiada pekerjaan, yang susah terpaksa meng3mis minta pertolongan, itu lebih penting dan wajar kita pertimbangkan bukan soal survival Ahli Parlimen atau ketua pembangkang,” katanya.

Justeru, beliau menyarankan supaya Muhyiddin wajar mengikut jalur perlembagaan yang sepatutnya dengan meletak jawatan secara terhormat. “Perdana Menteri ikutlah jalur yang munasabah iaitu menghormati prinsip perlembagaan. Ikutlah prinsip perlembagaan dan letak jawatan secara terhormat dan biarlah kita ambil langkah maju ke depan. Kita perlu lakukan politik baharu yang tidak berasaskan politik dendam. Kemudian politik yang tidak terlalu diheret dengan kepentingan peribadi,” katanya.

‘Tunggu pemakluman kedudukan Muhyiddin Isnin ini’

Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat satu pemakluman penting berkaitan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinannya pada Isnin ini. Ini dimaklumkan oleh pegawai kanan kepada dua menteri ketika dihubungi BH, malam ini.

“Makluman oleh Perdana Menteri itu dijangka dibuat pada tengah hari, sebaik beliau selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara,” kata pegawai kanan terbabit. Katanya, pagi Isnin, Muhyiddin dijangka mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang serta pegawai kanan kerajaan.

“Ya, dijangka Isnin ada pengumuman. Mungkin tengah hari,” katanya ketika dihubungi. Selesai pertemuan itu, Muhyiddin seterusnya dijangka mengadakan mesyuarat ringkas bersama anggota Kabinetnya.

Difahamkan pagi tadi, Muhyiddin mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN), UMNO serta beberapa menteri bagi memaklumkan mengenai hasrat dan rancangannya selepas ini. Di sebelah petang tadi, beliau mengadakan pertemuan dengan pemimpin utama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan dijangka satu mesyuarat bersama Ahli Majlis Tertinggi (MT) partinya, esok.

Semalam, Muhyiddin menawarkan kerjasama rentas parti antara kerajaan PN dengan parti di luar kerajaan sekiranya usul undi percaya terhadapnya diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 September depan. Beliau berkata, cadangan itu dibuat bagi membolehkan kerajaan terus berfungsi ketika pandemik COVID-19 dengan sokongan bi-partisan di Parlimen.

Bagaimanapun, tawaran Perdana Menteri itu ditolak majoriti Ahli Parlimen pembangkang dari Pakatan Harapan, Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) serta Ahli Parlimen UMNO yang sebelum ini menarik sokongan kepada beliau. Sementara itu, jurucakap Istana Negara yang dihubungi memberitahu belum dapat mengesahkan berkenaan sebarang majlis mengadap oleh Perdana Menteri bersama Yang di-Pertuan Agong. Dalam pada itu, mesyuarat BERSATU esok juga dijangka boleh mempengaruhi pendirian yang sudah dibuat Perdana Menteri hari ini dan keputusan pada Isnin. Sumber : Trending Sangat

Muhyiddin dkwa kerajaan PN masih ada keputusan majoriti. Sekali UMNO tampil cabar sesuatu ini pula.

UMNO mencabar kerajaan untuk segera memanggil Sidang Khas Parlimen bagi membuktikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat. Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka tidak perlu menunggu sehingga bulan September sebelum sidang Parlimen berjalan.

Tambahnya lagi, kenyataan Muhyiddin dalam Perutusan Khas yang mendkwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih mempunyai majoriti adalah tidak benar. “Saya telah mempersembahkan warkah yang melampirkan lapan (8) Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen UMNO kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai 2021, bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri. Ini cukup untuk menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti, biarpun sebenarnya jumlah berkenaan melebihi daripada itu,” katanya lagi.

Terdahulu, Muhyiddin turut mendkwa beliau masih mempunyai sokongan majoriti dan isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri tidak berbangkit. Jelasnya, beliau telah menyembah maklum kepada Agong, di Istana Negara pada Rabu, bahawa sejumlah Surat Akuan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat, yang menurut dirinya masih mempunyai sokongan majoriti.

Kata Perdana Menteri lagi, Agong juga telah berkenan untuk beliau menentukan keabsahannya di Parlimen melalui undi percaya pada September ini. PM masih ada majoriti, usul percaya dibentangkan di Parlimen September ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, bilangan Ahli Parlimen dari UMNO yang mahu menarik sokongan daripada Muhyiddin telah bertambah daripada semalam.

“Setelah Majlis Kerja Tertinggi membuat ketetapan mutakhir pada 3 Ogos 2021 bagi menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri, atas asas mahu berpihak kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong, jumlah Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen UMNO telah bertambah lagi.

“Pada hari ini saya telah mengutus warkah kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan Surat Akuan tambahan sebagai lanjutan warkah terdahulu,” kata Ahmad Zahid lagi. Sumber : Trending Sangat

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *