Biar betul apa yang doktor ini cakap. Doktor Hana tampil kongsikan berita baik perkembangan terkini Covd 19 di Malaysia.

“Kalau dulu, pesakit yang telah tiada berbungkus berselang-seli dengan katil pesakit hidup, dan canvas memenuhi segenap ruang dan laluan di ED. Sekarang dah nampak lantai.” Demikianlah perkongsian yang ditulis di laman sosial Facebook Dr Hana Hadzrami iaitu seorang doktor di Lembah Klang mengenai perkembangan positif kemasukan pesakit COVID-19 di hospital di negara ini.

Perkongsian :

https://www.facebook.com/HanaHadzrami/posts/10227428071471827

Jelas Dr Hana yang merupakan seorang Pakar Anestesiologi di Hospital Kuala Lumpur, kes rujukan dari Jabatan Kecemasan kepada Unit Rawatan Rapi untuk pesakit COVD-19 yang teruk juga sudah menunjukkan penurunan.

“Kalau dulu, panjang senarai menunggu di papan tulis Unit Rawatan Rapi, dengan kertas bersambung-sambung sebab tak cukup ruang. Sekarang dah nampak sedikit ruang. Kami di Lembah Klang sudah mulai nampak titik cahaya dihujung terowong yang gelap. Samar-samar tapi penuh harapan,” katanya.

Menerusi perkongsian sama yang kini sudah mencecah 24,000 tanda suka dan 2.7 ribu komen daripada warganet, Dr Hana menjelaskan jumlah pesakit kategori ringan mungkin masih ramai tapi golongan itu hanya memerlukan pemantauan dan rawatan di wad sahaja. “Pesakit yang dah teruk di Unit Rawatan Rapi dalam kalangan warganegara adalah daripada mereka yang tolak vaksinasi.”

Terangnya lagi, pada minggu lalu, jumlah kemasukan pesakit warganegara mulai menurun dan majoriti yang hadir adalah daripada kalangan warga asing.

“Masih ada referral pesakit COVD-19 yang dah teruk ke Unit Rawatan Rapi dari kalangan warganegara namun terdiri daripada mereka yang tolak vaksinasi. Ada juga pesakit yang dah teruk dari kalangan yang sudah menerima suntikan vaksinasi namun mereka sembuh sangat cepat berbanding mereka yang langsung tak divaksin.”

Tambah Dr Hana, 4 pesakit diterimanya sudah divaksinasi dan mereka hanya memerlukan bantuan pernafasan 3-4 hari berbanding 2-3 minggu pesakit lain yang tidak sempat menerima vaksinasi. “Mereka pulih dengan X-ray dada yang bersih. Berbanding dengan majoriti yang rabak paru-parunya. Belum masuk yang sudah tiada nyawa.”

Pun begitu, Dr Hana berkata, jumlah pesakit COVD-19 di Unit Rawatan Rapi hospital terbabit masih ramai disebabkan kemasukan pesakit sejak sebulan yang lalu, malah, jumlah kes kehilangan sebelum tiba ke hospital juga masih ramai.

Di akhir perkongsiannya, Dr Hana mengajak orang ramai untuk terus berusaha dan bertawakal bagi memerangi wabak COVID-19 dengan mengambil vaksin. “Tak sabar nak jadi macam Sarawak. Di sana pesakit COV1D yang teruk di Unit Rawatan Rapi hanya tiga orang – sejajar dengan kelajuan dan keluasan kadar vaksinasi mereka,” katanya. Sumber : Lobak Merah

Ada lagi kilang yang degil. Biar betul sampai 350 pekerja yang masih bekerja namun ini keadaan kesihatan mereka.

Ked3gilan sebuah kilang pembuatan keluli di Subang Jaya, Selangor yang beroperasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh terb0ngkar selepas 350 orang pekerjanya disiasat tadi. Kesemua mereka didapati gag4l mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan selepas dis3rbu pihak berkuasa dalam Ops Patuh yang dilakukan di beberapa kilang hari ini.

Perkara itu dikongsi melalui satu video berdurasi 18 saat oleh seorang pengguna Twitter @Zulkiflibujang dengan menunjukkan pekerja berkenaan diminta duduk diluar kilang ketika serbvan dijalankan. Menurutnya, kilang itu beroperasi seperti tidak ada apa-apa yang berlaku selain tidak mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

Video :

https://twitter.com/zulkiflibujang/status/1410818338574327812?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1410818338574327812%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Ftrending101news.com%2Farchives%2F9496

“Ada yang bekerja,seolah-olah tiada apapun, sedangkan arahan l0ckdown dan juga dikeluarkan kerajaan memastikan mereka tidak sepatutnya beroperasi dan mematuhi SOP sewajarnya,” katanya.

Dalam pada itu, video sama turut dikongsi oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin di laman rasmi Facebooknya. Katanya, sebahagian besar daripada 350 pekerja terbabit merupakan pekerja asing, malah 90 peratus daripada mereka pernah dij4ngkiti C0vid-19. Dalam perkembangan sama, orang ramai turut memberi pelbagai reaksi berhubung video berkenaan selain mahu wajah pemilik kilang dided4hkan kepada umum.

Seorang pengguna laman media sosial, @zed_hafizuddin mahu pihak berkuasa memaparkan muka majikan kilang dan bukannya pekerja.

“Patut tunjuk muka majikan, tak perlu rakam muka pekerja, lepas periksa mereka, minta mereka balik, mana muka majikan?,” soalnya. Sumber : Padu Media

Tindakan untuk tutup kilang bukan jalan penyelesaian untuk tangani kes positif covid 19. Ini kata kata dari Presiden Perskutuan Pekilang Malaysia.

Kuala Lumpur: Tindakan menutup kilang bagi menangani pandemik Covid-19 bukanlah penyelesaian yang wajar malah akan merugikan ekonomi negara. Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai berkata, semua pihak perlu memahami sumbangan industri pembuatan kepada ekonomi Malaysia selama ini.

“Jika semua kilang terpaksa ditutup, ia akan memberi impak yang hebat kepada ekonomi dan pekerjaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurutnya, industri pembuatan menjadi tonggak pertumbuhan ekonomi negara dan ia terbukti melalui prestasi ekonomi negara pada suku keempat 2020, di mana pembuatan adalah satu-satunya sektor yang mencatatkan pertumbuhan positif.

“Malah prestasi ini berterusan pada suku pertama 2021 dengan pertumbuhan yang lebih kukuh dengan pertumbuhan enam peratus. “Sebagai pemangkin pertumbuhan negara dengan sumbangan sekitar 23 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), serta 86 peratus daripada jumlah eksport, sangat jel4s bahawa sekt0r pembuatan mesti diben4rkan terus berop3rasi,” katanya.

Soh berkata, berdasarkan analisis FMM mengenai data rasmi yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dari 1 Jun sehingga 12 Julai 2021, kes baharu berdasarkan kluster adalah antara satu hingga 17 peratus daripada keseluruhan kes harian.

Beliau berkata, kes baharu kluster pembuatan dalam tempoh yang sama turut merekodkan peratusan yang rendah antara 0.3 peratus hingga 8.3 peratus. Justeru katanya, sangat jelas bahawa kes jangkitan harian disebabkan kluster pembuatan adalah rendah.

Berdasarkan data kluster baharu yang dilaporkan setiap hari oleh KKM dari 1 Julai hingga 9 Julai 2021, kes daripada pembuatan hanya menyumbang maksimum 7.3 peratus keseluruhan kes harian.

“Walaupun harus diakui bahawa risiko jangkitan kilang tidak dapat dielakkan sepenuhnya ketika ini dengan peratusan kes sporadik yang tinggi dan virus yang sudah merebak dalam kalangan masyarakat.

“Dakwaan kegagalan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dilaksanakan setiap kilang adalah kesimpulan yang sangat tidak adil. “Ini kerana, peningkatan kes sporadik, menangani jangkitan ke kilang atau asrama menjadi lebih sukar untuk industri walaupun terdapat SOP dan langkah pencegahan ketat,” katanya.

Antara pemergian paling muda pergi menghadap illahi akibat Covid 19. Tapi keadaan ibu pula buat ramai yang sebak.

Kuala Lumpur: Seorang bayi lelaki berusia 38 minggu pergi menghadap illahi akibat Covid 19, antara pemergian termuda sejak pandemik Covid 19 melanda negara. Bayi itu selamat diuruskan di Tanah Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak, Taman Selaseh, di sini malam tadi.

Lebih memilukan apabila ibu bayi itu difahamkan masih brtrung nywa di Unit Rawatan Rapi sebuah hospital di negara ini. Sementara itu, bapanya bersama lapan anak lain sedang menjalani kuarantin di rumah.

Kisah itu dikongsikan menerusi ciapan di Twitter dan hantaran di Facebook (Fb) rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini. “Ya Allah… sayu hati kami di keheningan malam tadi, kali pertama menerima pemergian Covid 19 termuda bayi lelaki berusia 38 minggu di Tanah Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak, Taman Selaseh.

“Semoga dikurniakan ketabahan buat seluruh ahli keluarga, Insya-Allah, anak kecil ini menanti di syurga, memberikan syafaat buat kedua-dua orang tuanya di akhirat kelak,” katanya. Susulan perkongsian kisah itu, ramai pengguna Twitter dan Fb tinggalkan komen dengan rata-ratanya mendoakan keluarga bayi berkenaan diberi ketabahan atas ujian diberikan.

Reaksi Orang Ramai

Semoga dipermudahkan segala urusan dan berada dalam lindungan Allah buat barisan hadapan semoga Allah membalas segala kebaikan dengan seberat-berat timbangan sebelah kanan dan kosongkan timbangan sebelah kiri Amin,” ciap seorang pengguna Twitter bernama Wardina Awatif.

Sementara itu, seorang lagi, Riyan Othman turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bayi berkenaan di ruangan komen Facebook (Fb) JAWI. “Salam takziah. Ujian besar untuk keluarga ini. Semoga dipermudahkan urusan keluarga ini,” katanya.

Melihatya sahaja sudah mengundang rasa sayu dihati apalagi team menguruskannya. Semoga keluarga bayi itu tabah menerima dugaan hebat ini. Salam takziah…Al Fatihah…..semoga keluarga ini diberi kesembuhan dr ALLAH…Inshaa Allah…Aamiin. Selamat jalan sayang. Moga mama kamu dan seluruh ahli keluarga diberikan kesembuhan oleh Allah. Kredit : HMetro/Jawi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *