Ini antara pesanan dari Shuib lepas pemergian Siti Sarah. Tapi pesanan yang terakhir buat ramai yang berhijab.

Dalam banyak pesanan yang Shuib kongsikan masa IG Live selepas pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin baru-baru ni. Pemergian yang ditangisi dan dicemburui ramai orang. Besar betul dugaan untuk pasangan ini.

Siti Sarah kecundang setelah dijangkiti Covid19 dan kemudian terpaksa ditidurkan kerana paras oksigen menurun yang boleh membahayakan nywnya serta anak yang dikandungnya. Setelah bertrng nywa melahirkan anak, mlwn wabak akhirnya Sarah dijemput Ilahi.

Berat betul jari nak menaip tentang Sarah. Setiap kali teringat apa yang Shuib cerita tentang Sarah terasa sentap di hati. Bila tengok anak-anak mereka yang masih kecil automatik keluar juga air mata.

Sungguh pemergian Sarah memberi kesan kepada semua. Disaat kita semua sedang berjuang dengan Covid19, ada anak yang kehilangan ibu bapa, suami kehilangan isteri, adik yang kehilangan abang dan kakak.

Pedih. Kisah Di Sebalik Pemergian Siti Sarah

Hampir satu jam Shuib buat perkongsian, banyak dia cerita tentang kebaikkan Sarah. Setiap apa yang disampaikan memberi kesan dihati dan buat ramai buka mata. Itu aku yakin. Shuib juga tak malu nak mengaku segala kecuaian dan juga sikap acuh tak acuh dia tentang Covid.

Shuib dah dapat dos pertama vaksin manakala Sarah tak sempat untuk di vaksin. Ikut apa yang disampaikan Shuib, Sarah memang menjaga dan faham bahaya Covid19. Menurut Shuib, mereka sekeluarga disahkan positif Covid berpunca dari pembantu rumah mereka.

Pembantu rumah dia keluar untuk buang sampah dan bersalam dengan kawan yang positif Covid. Pembantu rumah dia juga telah pergi menghadap illahi.

13 Pesanan Berharga Shuib Kepada Semua

Bagi aku pesanan Shuib bukan pesanan biasa-biasa tapi lebih kepada pengajaran. Dia berkongsi kerana dia dah melaluinya dan dia tak mahu orang lain rasa apa yang dia rasa. covid 19 is real dan kalau dah kena memang tiada U-Turn.

#1 Sedekah

Sarah banyak ajar untuk bersedekah. Asbab itulah juga rezeki mereka sekeluarga tak putus-putus. Antara pesanan Sara tentang sedekah: “Jangan berkira-kira dengan duit sebab kalau kita berkira-kira dengan duit, kita akan berkira-kira untuk bersedekah. “Kalau kita tak berkira-kira untuk bersedekah, Allah tak akan berkira-kira untuk limpahkan rezeki untuk kita.

#2 Isteri Solehah

Banyak sangat perkara baik yang Shuib kongsikan. Hebatnya peribadi Sarah, disayangi anak-anak, diredhai oleh suami, disenangi rakan-rakan dan disayangi semua. Isteri adalah tulang belakang suami.

#3 Jangan ambil Mudah tentang Covid19

Shuib sangka Sarah akan kembali pulih tapi rupanya Allah lebih sayangkan isterinya. Hebatnya Shuib redha, tenang dan kuat terima ujian. Sekali dah dijangkiti terutama mereka yang berisiko tinggi (mengandung, warga emas, penyakit berbahaya) memang tiada jalan patah balik.

#4 Wajib ada Oximeter Bagi pesakit Covid

Setiap rumah perlu ada Oximeter untuk pantau paras oksigen pesakit Covid terutama mereka yang ada simtom. Jangan tangguh untuk ke hospital jika paras oksigen menurun. Shuib ada kongsikan yang Sarah pernah mengadu paras oksigen dia agak rendah, tapi dia sedapkan hati yang semuanya baik-baik sahaja.

Baca arahan KKM tentang kuarantin di rumah. Aku dah beli dekat Shopee. Standby satu dekat rumah. Korang nak beli cari yang elok sikit eh. Aku beli yang ni Fingertip Pulse Oximeter [MDA,CE & FDA Approved]

#5 Vaksin

Dapatkan vaksin segera sebab itu mungkin menjadi salah satu ikhtiar kita untuk menentang wabak berbahaya ni. Jangan ambil mudah dan bahayakan nyawa keluarga dan orang sekeliling. Untuk yang dah dapat vaksin jaga SOP dan jangan keluar jika tak perlu.

#6 Kejar Akhirat

Shuib banyak ingatkan tentang kbr, akhirat, amalan di dunia dan pentingnya kejar akhirat iaitu destinasi kita yang abadi. Pasangan ni sentiasa berborak dan mengimpikan pergi menghadap illahi di Hari Jumaat, bercita-cita masuk ke syurga Allah.

#7 Amalkan Surah AlWaqiah

Membaca Surah AlWaqiah setiap pagi adalah mereka untuk dimurahkan rezeki. Rezeki di dunia dan rezeki akhirat kelak.

#8 Pesanan untuk Suami

Untuk buat isteri rasa suami adalah ketua ialah dengan menjadi imam di rumah dan solat berjemaah bersama keluarga. Baru akan lahir rasa hormat suami sebagai ketua keluarga. Sentiasa berkasih sayang dengan isteri dan anak-anak sementara masih ada waktu.

#9 Jangan Sombong

Shuib banyak kali ulang yang kita sebagai manusia tidak boleh sombong dan terlalu seronok dengan dunia. Dunia ni ibaratnya setitis air dan akhirat itu seluas lautan. Carilah amal untuk menjadi bekalan ke negara abadi.

#10 Duit Tak berguna jika sakit

Segala apa yang dimiliki tak berguna jika kita sakit. Kemewahan, popularity, duit, rumah akan jadi sia-sia. Sementara sihat kena jaga kesihatan dan diri. Jangan culas untuk beli vitamin dan makan makanan berkhasiat.

#11 Solat berjemaah

Pastikan keluarga solat berjemaah, hidupkan amalan membaca AlQuran & hadith dan suami jalankan tanggugjawab sebagai imam dalam keluarga.

#12 Jadikan Nabi Muhammad sebagai Idola

Pantau anak-anak, terapkan kecintaan kepada Rasullullah kerana Baginda adalah sebaik-baik idola. Banyakkan perkongsian kisah Nabi dan sahabat.

#13 Sentiasa Bertaubat

Shuib pesan, “Sebesar-besar dosa kita buat, besar lagi pintu taubat Allah buka untuk kita”. Jadi jangan malu dan takut untuk bertaubat. Tuhan suka hambaNya yang kembali kepadaNya.Sungguh banyak perkara kita belajar di atas pemergian Siti Sarah.

Pastinya kehilangan yang bakal dirasai semua orang. Kini, tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak tergalas di bahu sang suami. Aku yakin Sarah dah berjuang habis-habisan menntang yang termampu. Semoga syurga tempatnya.

Sungguh aku cemburu dengan pemergian Sarah, satu Malaysia berdoa untuk dia. Sesungguhnya dia ajar semua isteri untuk menjadi isteri sehebat dia. Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat C0VID-19, jam 5.13 pagi Isnin.

Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu bertrng nyw akibat C0VID-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan. Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebu diuruskan di Tanah Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Sarah tinggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Azharina dedahkan masa berbual dalam kereta dengan Sarah tiba tiba bagi tahu benda ni yang dia paling takut sekiranya tidak panjang umur.

”Saya kenal air muka Sarah, ia amat berbeza pada hari berkenaan. Saya tahu, dalam diri Sarah ada ketakutan…” Itu kata-kata penyanyi popular, Azharina Azhar yang berkongsi satu kisah sewaktu berbual dengan Siti Sarah Raissuddin di dalam kereta.

Sebelum itu, Azharina seakan tidak percaya teman baik selama 20 tahun itu menemui Sang Pencipta selepas menjadi k0.rban pndemik COVlD-I9, Isnin lalu. MuIa rapat dengan Sarah apabila berjuang bersama menerusi pertandingan Bintang RTM pada 2001, Azharina tahu gelodak hati teman baiknya itu apabila melihat vdeo terakhir berpeIukan dengan tiga cahaya mata, sebelum dibawa menaiki ambuIans ke hspital.

Sebagai ibu, Azharina berkata, hatinya cukup tersentuh, berulang kali menatap video yang dimuatkan dalam laman Instagram (IG) itu. ” Saya masih ingat, kami menaiki kereta bersama, beberapa tahun lalu.

” Dalam rancak berbual, Sarah beritahu, perkara paling ditakuti sekiranya tidak panjang umur. Apa nasib anak-anak dan suaminya, Shuib Sepahtu. Saya terus tersentak apabila Shuib memuat naik video Sarah dibawa ke hspital.”

Saya tidak putus berdoa, malah sentiasa menunggu perkembangan dikemas kini oleh Shuib dalam IG. Sampai tidak lena tidur akibat terlalu risau. Ada juga terdetik dalam hati mahu bertanya kepada Shuib.

Namun saya batalkan hasrat kerana tidak mahu mengganggu Shuib ketika berdepan waktu sukar,” katanya kepada BHOnIine. Mengenali Sarah sejak berusia 16 tahun, pelantun lagu Elegi Sepi itu berkata, jauh di sudut hati, ada satu perasaan yang tidak sedap dirasakan.

”Apabila disingkap semula perbualan, saya teringat Sarah pernah minta maaf sekiranya pernah melakukan salah silap tanpa disedari sepanjang hampir 20 tahun ini. ”Kali terakhir kami berhubung pada Aidiladha lalu. Ketika itulah, Sarah minta maaf. Saya turut memohon maaf kepadanya tanpa mengesyaki apa-apa.

”Hinggalah hari pemergian Sarah, barulah saya ingat semula perbualan kami. Itu salah satu petanda Sarah hendak pergi tanpa saya sedari,” katanya. Menyifatkan Sarah seorang insan yang pemurah dan tidak pernah berkira, Azharina berkata, hubungan mereka ketika menyertai pertandingan Bintang RTM tidak ubah seperti belangkas.

”Pada rakan-rakan yang ada pada ketika itu mereka pasti tahu keakraban saya dengan Sarah. ” Bagaimanapun, kami jarang berhubung selepas pertandingan Bintang RTM berakhir sehingga dipertemukan semula selepas menyertai industri muzik,” katanya.

Pernah pinjamkan kereta

Dek keakraban hubungan, juara program Gegar Vaganza musim ketiga itu berkata, dia pernah meminjamkan kereta untuk digunakan Sarah kerana kenderaannya rosak.

”Saya pernah meminta pembantu peribadi membantu mengambil anak Sarah di sekolah. Ketika itu, Shuib tiada dan Sarah pula tidak berani memandu. ”Malah, saya pernah menemani Sarah bertemu pelanggan untuk menguruskan hal berkaitan persembahan.

” Selepas bersalin anak kedua, suara Sarah agak terjejas. Jadi, saya kerap juga menemani ke pusat karaoke untuk berlatih. Hubungan kami memang akrab. ”Boleh dikatakan saya dan Sarah keluar bersama, setiap minggu. Berlatih di studio, malah pergi pasar membeli barangan dapur pun bersama,” katanya.

Penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu berkata, minta pada produksi mengundang sarah apabila ditawarkan menyertai uji bakat Gegar Vaganza musim ketiga (GV3), lima tahun lalu. ” Jika Sarah tiada, saya tidak mahu menyertai GV3.

Akhirnya, produksi memanggil Sarah dan siapa sangka, kami sekali lagi bertrng satu pentas selepas pertandingan Bintang RTM pada 2001,” katanya. Azharina berkata, kenakalan, sifat manja dan gemar ketawa Sarah pastinya dirindui dan dikenang hingga hujung nyawa.

‘Bergadh’ setiap kali keluar makan

Berkongsi keperibadian Sarah, Azharina berkata, Sarah tidak pernah berkira soal duit, malah pasti brbalah setiap kali keluar makan bersama. ” Sarah selalu beriya-iya nak belanja. Beliau tidak akan beri saya bayar, kononnya bersimpati saya sebagai ibu tunggaI.

”Sedangkan, saya juga ingin mengejar pahala, tetapi Sarah tidak peduli. ”Seperkara lagi saya perasan, Sarah tidak suka mengata orang. Beliau lebih banyak meluahkan perasaan, namun untuk mengumpat orang lain, itu bukanlah karakternya.

”Sarah jenis tidak ambil tahu hal orang lain dan sangat suka bersedekah,” katanya. Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, Sarah tidak akan menerima duit jika tahu dia mahu membeli apa-apa produk keluaran syarikatnya.

”Selalunya, saya akan menggunakan nama pekerja untuk membeli produk keluarannya. ”Saya tidak mahu Sarah tahu. Jika tahu, Sarah akan memberikannya secara percuma, sedangkan saya membeli untuk menyokong perniagaannya.

” Kalau tahu, Sarah pasti marah,” kata Azharina. Namun, apa yang membuatkan Azharina terkilan, dia tidak dapat menziarahi sahabatnya ketika tenat. Hatinya lebih sedih, tidak dapat memberikan penghormatan dan memeluk Sarah buat kali terakhir.

”Rasa seperti bermimpi Sarah sudah tiada. Perkara membuatkan saya betul-betul sedih dan terkilan tidak dapat berada di sisi Sarah pada saat bertarng nywa. ”Saya terfikir mahu mengiringi perjalanan akhirnya

ke tempat akhir, tetapi saya terpaksa batalkan atas nasihat rakan kerana mempunyai anak-anak kecil. ”Hati ini amat terkilan tidak dapat memeluk dan menciumnya buat kali terakhir,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : http://limauais.pw

Kali ni Sharifah Zarina pula dedahkan mimpi jumpa dengan Siti Sarah dengan berjubah dalam masjid. Tapi reaksi Sarah masa tu buat ramai yang terkejut.

Penyanyi Sharifah Zarina antara rakan selebriti yang turut terkesan dengan pemergian Siti Sarah Raissuddin pada Isnin lalu. Berkongsi kisahnya didatangi arwah Siti Sarah dalam mimpi, kata Zarina dia tidak peduli sekiranya ceritanya itu tidak dipercayai orang lain.

“Kalau saya cerita ni mungkin tak ada orang percaya tapi tak apa saya nak cerita juga. Pagi Isnin saya bangun jam 4 pagi, terus buka telefon nak tahu perkembangan tentang Sarah. Tapi tak ada apa-apa lagi.

“Sambil-sambil solat saya keep on checking phone, masih sama tiada apa update di media sosial.“Dalam jam 5.30 pagi lepas sahur saya check lagi telefon dan saya nampak berita menyedihkan itu terpapar di skrin.

“Saya menangis sekuat hati. Lepas dhuha mata mengantuk sangat saya terlelap sekejap,” ceritanya. Dalam mimpi itu, Siti Sarah nampak gembira dan wajahnya kata Zarina berseri-seri.

“Wallahi saya mimpi sarah pakai baju jubah dah tudung pink. Kami dalam masjid, dia sangat happy, wajahnya cantik sangat. Saya bagitahu kat anak-anak.

“Tapi hari ni setelah terlalu banyak kebaikan dan amalan Sarah yang saya baca di media sosial, terdetik di hati saya. Mungkin ini yang saya lihat di mimpi.

“Benar dia ibarat bidadari di dalam mimpi tu. Pemergianmu sangat dicemburui dik,” tulisnya. Katanya, perkongsiannya itu bukan untuk meraih perhatian sebaliknya demi bersama-sama menginsafi dan mengingati pemergian.

“Antara kesan berkata benar adalah orang akan ingat kita nak dapatkan perhatian. Siapa yang berani menipu time-time begini memang orang yang sangat berani. “Sedangkan pemergian itu tiap hari kita dengar dan siapa juga yang berani menghukum orang lain di saat-saat begini mungkin belum lagi dihidayahkan untuk sentiasa melihat indah akan sesuatu berita yang disampaikan.

“Kenapa harus saya nak menipu tentang bermimpi pemergian seseorang? Apa saya dapat? Duit? Populariti? Jauh sekali. “Rezeki itu Allah yang bagi bukan dari cerita sensasi,” tegasnya. Siti Sarah menghem.buskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat C0VID-19, jam 5.13 pagi Isnin.

Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu bertrng nywa akibat COVID-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan. Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat diuruskan di Tanah Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Sarah tinggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

sumber: astro gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *