Ini pesanan ustaz pada Shuib apabila nak pilih wanita jadi ibu susuan Ayash. Ini antara saranan Ustaz.

Ustaz saran Shuib pilih wanita akhlak baik jadi ibu susuan Ayash Affan. “Carilah mana-mana wanita (Islam) pun asalkan akhlaknya baik,” demikian nasihat penceramah bebas Haslin Baharim kepada Shuib berhubung ‘khasiat’ ibu susuan untuk bayinya.

Haslin berkata demikian selepas ahli perniagaan, pelawak juga pelakon itu menyatakan kebimbangannya untuk menguruskan dan menyediakan keperluan makanan untuk Ayash Affan yang dilahirkan allahyarhamah Siti Sarah pada 6 Ogos lalu.

Haslin turut berpesan agar Shuib memilih wanita yang bersedia lebih awal untuk memberi susu kepada Ayash Affan sekurang-kurang lima kali kenyang sebagai syarat sah mengiktiraf wanita itu sebagai ibu susuan bayinya.

“Jika boleh, minta perkenan daripada suami wanita itu juga. Pastikan bayi diberi susu sekurang-kurangnya lima kali kenyang dan tak ada khilaf, maka termeterailah secara automatik dia sebagai ibu susuan,” katanya selepas selesai majlis bacaan Yassin dan tahlil buat allahyarhamah Siti Sarah malam tadi.

Menurutnya, Shuib juga harus menitikberatkan soal mahram antara tiga lagi adik-beradik Ayash Affan dengan wanita yang bakal menjadi ibu susuan bayinya itu nanti. Shuib berkata, dia digalakkan oleh doktor untuk mempertimbangkan pemberian susu badan dari wanita lain bagi membantu tumbesaran bayinya itu.

Meskipun belum membuat sebarang keputusan, pemilik nama penuh Shahmira Muhamad, itu mengakui ramai wanita sudah menyatakan kesanggupan mereka untuk menjadi ibu susuan Ayash Affan buat ketika ini. Kata Shuib, 36, tidak terkecuali yang menawarkan susu badan adalah rakan selebriti Syatilla Melvin iaitu isteri kepada pelakon Shaheizy Sam.

“Bercakap fasal persediaan untuk menguruskan Ayash Affan pun saya dah termenung berfikir. Sekarang dia diberi susu formula. Namun doktor beritahu sekiranya ada susu ibu boleh dibawa ke hospital. Tapi saya pula fikir, siapa nak bagi? Bagi saya tu memang soalan cepumas. Ramai orang tawarkan diri termasuk Syatilla pun ada. Apabila fikir semula, kena juga tahu orang tu minum apa jika dia jadi ibu susuan. Saya tak tahu sangat, nak kena tanya ustaz dulu,” katanya.

Soal pengurusan anak ternyata membuatkan Shuib, terus terkenangkan 4rwh isterinya yang telah pergi buat selamanya akibat Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) pada 9 Ogos lalu.

“Arwah pernah kata, dia serahkan soal jaga Ayash Affan nanti pada saya sebab dah tak mahu bersengkang mata bagi susu atau tukar pampers seperti jaga tiga anak yang lain sebelum ni. Saya tak sangka, dia memang serah ‘bulat-bulat’ pada saya untuk jaga seorang diri,” katanya. Sumber : Trending Sangat

Ayash Affan disahkan negatif Covd 19. Sekali Shuib runsing soal susu ibu.

Masih tidak dibenarkan melawat anak bongsunya, Ayash Affan, pelawak dan juga usahawan, Shuib Sepahtu bagaimanapun berasa lega apabila doktor memaklumkan anak bongsunya yang kini berusia enam hari itu disahkan negatif Covid-19 selepas dua kali melakukan ujian calitan.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, berkata, keadaan anaknya juga menunjukkan perkembangan yang baik walaupun masih memerlukan bantuan penafasan.

“Alhamdulillah, selepas dua kali melakukan ujian calitan, Ayash negatif Covid-19. Harap ujian calitan kali ketiga nanti juga keputusannya turut negatif. Lebih melegakan saya apabila Ayash juga turut mengalami penambahan berat badan berbanding sewaktu dilahirkan pada iaitu 1.8 kilogram,” katanya ketika ditemui majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual untuk Allahyarham Siti Sarah malam tadi.

Kata bapa kepada empat cahaya mata itu, jika tiada sebarang komplik4si, Ayash mungkin akan dibenarkan untuk dibawa pulang ke rumah dalam jangka masa sebulan dari sekarang.

“Kalau tiada sebarang masalah, insha-Allah Ayash boleh pulang ke rumah dalam masa sebulan lagi. Abang dan kakaknya juga sudah banyak kali bertanya bila mereka boleh berjumpa dengan adiknya,” kata Shuib yang sehingga kini belum melihat keadaan anaknya walaupun menerusi gambar atau video kiriman daripada pihak hospital.

Tambah Shuib: “Perkara itu pun ada saya tangan kepada doktor, tetapi isunya, anak saya masih memakai topeng pernafasan, jadi doktor tak mahu saya sedih apabila tengok bayi dalam keadaan begitu. Lebih baik tunggu sehingga alat itu dibuka dahulu. Buat masa ini doktor tengah cuba untuk memberikan peluang kepada saya lihat keadaan bayi.

Ditanya tentang persediaan penjagaan bayi yang baru lahir kelak, Shuib agak keliru memikirkan saranan pihak hospital agar bayinya turut diberikan susu ibu.

“Siang tadi (semalam), tiba-tiba saya terfikir bagaimana mahu beri Ayash minum susu ibu. Berbanding ketiga-tiga orang anak saya yang lain, mereka dapat merasai susu ibu mereka. Jadi saya terfikir juga untuk mencari ibu susuan. Cuma saya belum jumpa lagi individu yang sesuai untuk menjadi ibu susuan bagi Ayash. Sebenarnya ramai yang tampil untuk membantu, cuma saya mahu dapatkan penjelasan terperinci daripada mereka yang arif,” katanya.

Shuib mendedahkan, antara individu yang menawarkan diri untuk memberikan susu badan kepada Ayash ialah isteri pelakon Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin.

“Soal susu badan buat saya termenung. Sekarang doktor berikan Ayash susu tepung, tetapi doktor kata kalau ada susu ibu boleh bawakan ke hospital. Susu siapa pula nak dibagi, itu soalan cepumas,” kata Shuib yang masih mencari rentak untuk menguruskan anak-anak seorang diri.

Terdahulu, isterinya penyanyi Siti Sarah yang hamil tujuh bulan telah pergi buat selamanya di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada Isnin selepas melahirkan anak keempat dalam keadaan ditidurkan impak positif Covid-19 dan paras oksigen dalam badan yang tidak stabil. Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan selepas kesihatannya terus merosot sebelum disahkan pergi pada 9 Ogos lalu. Sumber -K! ONLINE

Shuib bagi tahu hal sebenar dekat anak anak. Sebak ini pulak yang jadi dekat Matin.

“Saya beritahu pada anak-anak bahawa ibu mereka tidak akan kembali lagi kerana Allah lebih menyayanginya.” Itu yang diberitahu suami kepada Siti Sarah Raissuddin, Shuib ketika menceritakan detik-detik memberitahu hal sebenar iaitu pemergian ibu kepada tiga anaknya, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq matin, 6, hari ini.

Paling pilu, ahli kumpulan Sepahtu itu memberitahu momen untuk memaklumkan perkara sebenar kepada tiga anaknya merupakan detik paling sukar yang perlu dilaluinya semalam. Bagaimanapun menurut Shuib, Tuhan telah mempermudahkan urusan tersebut walaupun ada diantara anaknya yang masih kurang faham tentang situasi sebenar.

“Apabila saya balik ke rumah. Saya minta diri dengan anak-anak nak mandi. Hari ini, saya mandi lama sangat sebab memikirkan bagaimana caranya untuk saya beritahu perkara sebenar kepada tiga anak saya yang masih belum tahu bahawa ibu mereka sudah tiada lagi.

“Kemudian, ibu mentua minta saya terus-terang dengan anak-anak kerana mereka sudah menonton berita tentang pemergian Siti Sarah dalam YouTube. “Ini dugaan paling berat saya kena buat. Saya cekalkan hati, panggil anak-anak dan terangkan dalam keadaan TV terbuka yang tertulis Siti Sarah sudah tiada.

“Saya cakap pada mereka bahawa ibu tak akan balik lagi. matin menangis teresak-esak, teruk dia menangis dan saya cakap kita berdoa tetapi ibu milik Allah dan tidak akan dikembalikan kerana Tuhan sangat sayangkan dia,” ujarnya dalam InstaLive hari ini.

Mahu merealisasikan impian isterinya untuk melihat anak-anaknya menjadi insan yang mulia di sisi Tuhan. “Saya juga berpesan kepada anak-anak agar menjadi insan yang soleh dan solehah kerana itu yang diinginkan oleh ibu mereka.

“Itulah bekalan seorang ibu iaitu amal dan soleh anak-anak mereka,” ujarnya panjang lebar. Selain Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, dan Ariq matin, Shuib dan Siti Sarah turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata, Ayash Affan berusia tujuh bulan yang kini sedang dirawat di hospital selepas dilahirkan secara operasi pada 6 Ogos lalu.

Semalam keadaan Siti Sarah agak tenat. Terkejut bila pagi ni Shuib kongsikan Siti Sarah telah pergi menghadap illahi.

KUALA LUMPUR: Pelawak popular, Shuib Sepahtu memaklumkan isterinya, Siti Sarah Raisuddin berada dalam keadaan tidak baik, ketika ini. Perkara itu dikongsi Shuib sebelum majlis bacaan Yassin dan doa selamat yang dihadiri hampir 1,000 ahli keluarga, rakan dan dan peminat untuk Siti Sarah secara virtual dimulakan, malam ini.

Dalam nada suara cukup sebak, Shuib berkata, dia menerima panggilan doktor sebelum majlis bacaan Yassin bermula. “Sebelum majlis ini, doktor menghubungi saya memaklumkan keadaan isteri sangat tidak baik, ketika ini.

“Paras bacaan oksigen menurun 40 peratus, malah Sarah juga sudah ditiarapkan,” katanya tanpa dapat meneruskan kata-kata. Hanya mampu meminta ustaz berdoa dan meneruskan bacaan Yassin, Shuib kelihatan bagai hilang kata-kata.

Shuib memohon agar memaafkan isteri, Siti Sarah jika pernah menyakitkan hati mana-mana pihak. Shuib memohon agar memaafkan isteri, Siti Sarah jika pernah menyakitkan hati mana-mana pihak.

Turut serta, pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan rakan selebriti seperti Anuar Zain, Sherry Alhadad dan Bob Yusof. Terdahulu, sudah 48 jam, penyanyi lagu Semakin itu belum sedarkan diri dan masih bertrng nywa gara gara Covid-19 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM).

Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui operasi tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu. Pada Jumaat lalu, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, namun menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus, semalam.

Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif C0V1D-19. Selain Siti Sarah dan suami, Shuib Sepahtu serta tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif. Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.

Siti Sarah telah pergi menghadap illahi

perkara ini telah disahkan sendiri oleh suami sendiri iaitu Shuib. Semoga keluarga mereka terus kuat dan tabah. Salam Takziah buat mereka sekeluarga. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: bharian via instagram shuib

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *