Rupanya dah kenal dari zaman bapa. Kali ni Ramli Ms pula tampil luahkan sesuatu pasal Siti Sarah.

Kuala Lumpur: Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS menyifatkan pelawak Shuib adalah insan yang bertuah kerana mendapat isteri seperti Siti Sarah Raisssuddin.Ramli yang mengakui dia juga masih terkesan dengan berita pemergiaan Siti Sarah, 37, pada jam 5.13 pagi semalam, sangat mengejutkan seluruh negara.

“Sebelum ini, Alyah ada beritahu saya mengenai keadaan dirinya ketika disahkan positif Covid-19 dan sebagainya. Saya berdoa mengharapkan yang terbaik. “Kemudian, pihak Indigital Music, Watie ada hubungi dan maklumkan mengenai berita pemergian Sarah, sudah tentu saya terkejut. Saya pun sudah tua dan sudah pasti kita semua akan terima ‘bahagian’ kita juga cepat atau lambat.

Menurutnya, dia melihat sisi peribadi Siti Sarah sebagai artis yang berdedikasi, sangat komited pada kerjaya dan sukar untuk jumpa seorang penyanyi sepertinya. “Saya sebenarnya sudah kenal Siti Sarah agak lama dari zaman bapanya, Raissuddin Hamzah yang turut terbabit dalam industri seni.

“Malah, ketika saya diundang sebagai artis jemputan dalam Sepahtu Reunion, saya juga pernah keluar makan bersama Sarah dan suaminya, Shuib selepas program itu selesai. “Saya tengok sendiri cara mereka berdua dan layanan Sarah pada Shuib begitu taat serta akrab. Ia berbeza dengan karekternya ketika membuat persembahan atau ketika Shuib tiada bersamanya. Bagi saya Shuib bertuah,” katanya.

Ramli yang pernah bekerjasama dengan Siti Sarah dalam program Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) berkata dia menganggap penyanyi itu pergi dalam usia muda dan satu kehilangan besar buat suami, anak-anak serta seluruh keluarganya.

“Apapun, saya sangat mengharapkan agar Shuib kuat selepas ini kerana apa yang sudah berlaku itu adalah aturan baik dari Yang Maha Esa. “Shuib kena teruskan hidup. Suratan sudah pun diatur cantik oleh Allah SWT. Terus fahami diri sendiri, orang lain dan menjadi bapa yang lebih kuat. Cepat atau lambat kita semua akan pergi juga,” katanya.

Ramli berkata tiada ayat untuk dia menggambarkan berita duka mengenai pemergian mengejut Siti Sarah itu. Malah, dia juga tidak membuat apa-apa hantaran di media sosial mengenai Sarah.

“Saya cuma sampaikan doa serta ucapan takziah kepada ahli keluarganya menerusi pengurus Sarah. Sebelum itu, isteri saya Alyah ada memberitahu saya mengenai keadaan Sarah yang disahkan positif Covid-19,” katanya.

Semalam, seluruh negara bersedih dengan pemergian Siti Sarah selepas bertrng dengan jangkitan Covid-19. Sarah disahkan pergi menghadap illahi di Unit Rawatan Rapi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM).

Almy Nadia menangis teresak kenangkan pemergian Siti Sarah. Perasaan seorang ibu ni memang lain sangat.

Selain ahli keluarga terdekat, pemergian Siti Sarah akibat covid-19 nyata cukup menginsafkan. Meskipun sudah selamat diuruskan sebentar tadi, namun ramai masih risau dengan penerimaan anak-anak serta perjalanan Shuib selepas ini

Shuib kena kuat untuk anak-anak…kami ada untuk membantu apa saja. Antara yang turut terkesan dengan pemergian penyanyi tersohor berkenaan adalah keluarga Datuk Fizz Fairuz. Di samping menitipkan semangat kepada Shuib yang bakal menjadi ibu serta ayah kepada 4 anaknya selepas ini, mereka juga sudi menawarkan sebarang bantuan bagi meringankan bebannya susulan kejadian hari ini.

Perasaan seorang ibu mengandung…maaf saya menangis, sedih takut semua rasa sekarang. Turut sedang hamil sama seperti Siti Sarah, pemergian itu nyata memberikan impak dari sudut emosi Datin Almy Nadia.

Menerusi Instagram, beliau dilihat menangis teresak-esak sambil mengakui takvt kejadian sama men1mpa keluarga mereka. Rentetan itu, Datuk Fizz Fairuz berusaha sebaik mungkin untuk menenangkan kembali isterinya sebaik mungkin.

Macam ni juga menangis sebab perasaan bercampur-baur…naluri ibu tu kuat sangat. Detik penuh hiba itu nyata dibanjiri pelbagai reaksi dalam kalangan peminat serta rakan-rakan artis. Bukan setakat ibu mengandung,

sebaliknya ramai akui mengalir air mata seperti ini juga sebaik dapat tahu berita duka berkenaan. Walau bagaimanapun, Datin Almy Nadia tetap dinasihati agar tenang serta jangan banyak fikir perkara negatif. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

https://www.instagram.com/p/CSWDexfH1Jb/

Sumber: IG fizzfairuzofficial & almynadiaofficial

Kali ni video Ds vida promo produk atas nama Siti Sarah pulak. Ramai pulak yang ambil kesempatan dengan pemergian Sarah ni.

Seolah-olah menjadi trend segelintir rakyat Malaysia yang mengambil kesempatan di atas satu musbah demi tujuan peribadi. Nampaknya bukan budi baik Siti Sarah yang dihebah-hebahkan namun ada pula yang cuba menumpang.

Antara yang diperkatakan warganet ialah apabila usahawan jutawan, Datuk Seri Vida sempat mempromosikan produk makanan yang katanya pernah diinspirasikan oleh Sarah. DS Vida memuat naik di IG Storynya (sebelum dipadam) bahawa ianya adalah impian Siti Sarah empat bulan lalu namun tidak kesampaian kerana Sarah sedang mengandung.

Maka, produk tersebut sekarang berada di tangannya lalu sempat mempromosikan harga dan boleh mendapatkannya segera. Adakah ia bukan pengiklanan pada pendapat anda? Hal ini membuatkan warganet berasa bengang dan marah!

Sumber : Cari

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://www.dnq.pw/

Rupanya selama 3 bulan pkp ini benda yang Shuib selalu buat pada Sarah. Banyak kenangan manis yang ditinggalkan.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad terus mengenang jalinan kasih sayang dan hubungan suami isteri yang dijalani selama 11 tahun bersama Siti Sarah Raissuddin. Salah satu hal yang membuat hatinya berbunga adalah mengenang bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan selama tiga bulan tinggalkan kenangan termanis buat dirinya.

Menurut pelawak yang juga usahawan tersebut, hal yang paling dikenang mengenai sikap manja isterinya adalah bagaimana dia perlu menguruskan Sarah termasuk memandikannya setiap hari! “Allahuakhbar masa tiga bulan PKP tak keluar bekerja, saya ada kerja sendiri iaitu mandikan Sarah setiap hari.

Dia kan tengah hamil anak kami waktu itu. “Kalau ditanya kenapa belum mandi, dia akan cakap sebab saya belum mandikan. Bayangkan setiap hari saya mandikan dia dan baru saya tahu kenapa perempuan mandi lama.

Sabun lain, scrub lain, Allahuakhbar,” kenang Shuib sambil tersenyum. Tambah Shuib dia bersyukur kerana Allah memberi dia kesempatan berkasih sayang dengan Sarah sehingga ke tahap itu sebelum mengambil bidadari syurganya pulang.

“Alhamdulillah, 11 tahun dia dipinjamkan, saya sangat bahagia, masa PKPK tu 3 bulan kami bersama, lakukan aktiviti semua bersama sama, Allahuakhbar,” katanya lagi. Pengakuannya itu membuatkan rakan rakan artis dan semua yang berada dalam sesi bacaan Yassin melalui aplikasi Zoom malam tadi ikut tersenyum.

Salah seorang sahabat pelawak, Fad Bocey malah ikut berseloroh menjadi tindakan Shuib yang memandikan Sarah setiap hari. “Nampaknya lepas ini aku kena mandikan isteri pula setiap hari,” seloroh Fad.

Aktor Shanaaz Ahmad yang turut berada dalam sesi bacaan Yassin yang disertai oleh lebih 600 tetamu itu turut berseloroh. “Nampaknya aku sajalah tak ada isteri nak mandikan,” katanya disambut tawa Shuib dan yang lain.

Selain berkongsi kenangan memandikan Sarah setiap hari selama tiga bulan, duda yang kini memikul tanggungjawab membesarkan anaknya, termasuk anak keempat yang baru dilahirkan beberapa hari lalu juga mengatakan dia menjadi tukang urut bibadari syurganya itu. “Kena urut dia sampai dua jam.

Dua jam okay. Nasib baik sambil urut saya boleh layan tengok Netflix,” katanya sambil tersenyum. Dalam sesi yang berlangsung lebih sejam itu, rakan rakan seperti Nabil Ahmad, Mark Adam, Zulhuzaimy malah pelmba Hafiz Shahrin turut menyampaikan takziah dan meniupkan kata semangat buat Shuib agar terus kuat demi anak anak dan orang yang memerlukannya.

Terdahulu, Sarah pulang ke Rahmatullah pada pagi Isnin selepas empat hari di unit rawatan rapi kerana jangkitan COVID 19. Pemergiaannya tinggalkan banyak kesan manis dan positif bukan sahaja dalam kalangan rakan industri, tetapi juga masyarakat Malaysia.

Instagram: @shuibsepahtu, @sitisarahraissuddin

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : GEMPAK

Shuib dedahkan ada sesuatu yang jururawat pesan pada dia sebelum buat live.

PETALING JAYA – Pelawak Shuib mendedahkan punca sebenar bagaimana satu keluarganya dijangkiti C0vid 19 sehingga menyebabkan isterinya, Siti Sarah Raisuddin pergi menghadap illahi awal pagi semalam.

Cerita Shuib, dia sekeluarga disahkan positif selepas pembantu rumahnya yang turun membuang sampah bersalaman dengan rakannya sebelum kemudian merebak kepada semua yang berada di dalam rumahnya, kecuali seorang anggota keluarganya disahkan negatif.

Akibatnya, Shuib, Sarah dan tiga anak mereka dijangkiti v.irus berkenaan sebelum pembantu rumah warga Indonesia itu pergi menghadap illahi Jumaat lepas. “Nak dijadikan cerita, pembantu rumah saya turun bawah buang sampah. Dia salam kawan, terus kena kami satu keluarga. Jangan lupa berdoa, moga Allah lindungi kita sebab itulah snjta paling dahsyat,” katanya.

Tambah Shuib lagi, mereka pernah berblah gara-gara isterinya itu takut dijangkiti Covid 19 selepas dia keluar bertemu seorang rakannya atas urusan bisnes sebelum ini. Susulan pemergian isteri tercintanya, Shuib menekankan kepada orang ramai agar mengambil langkah perlindungan diri dengan suntikan vaksin.

Shuib yang muncul dalam sesi siaran langsung Live petang tadi berkata, apa yang berlaku kepada Siti Sarah membuatkan hatinya tersentak kerana isterinya itu belum menerima suntikan vaksin. Disebabkan itu, doktor yang merawat memaklumkan bahawa keadaan isterinya sangat teruk apabila paru-parunya hampir semua dijangkiti virus Covid-19.

“Paru-parunya hampir dijangkiti pada semua bahagian. Sampaikan paru-parunya tak boleh bekerja untuk pam oksigen, sekali gus menyebabkan semua organ gagal berfungsi dengan baik. “Kemungkinan sebab vaksin, sebab dia belum ambil suntikan, wallahualam. Tadi di hospital, ada seorang jururawat minta saya kongsikan tentang perkara ini. Sekurang-kurangnya dengan vaksin, mungkin dapat bantu,” katanya.

Tambah pemilik nama sebenar Shahmira Muhamad itu lagi, dia pada awalnya sangat yakin Siti Sarah berada dalam keadaan sihat meskipun sedang dirawat di hospital. Bagaimanapun, apa yang sering didengarnya daripada doktor adalah paru-paru Siti Sarah sudah dipenuhi dengan virus Covid 19 sehingga menyebabkan organ tersebut tidak boleh berfungsi.

Disebabkan itu, Shuib mengingatkan semua orang agar menjaga kesihatan dan mengambil vitamin C serta tidak mengamalkan sikap sayangkan duit jika melibatkan hal kesihatan. “Saya ingat lagi, ketika dalam ambulan sewaktu nak bawa isteri ke hospital swasta, tetapi semuanya penuh. Sedangkan keadaannya sudah teruk pada waktu itu.

“Dalam hati saya terfikir, duit banyak mana sekali pun takkan boleh kembali sihatkan isteri saya. Dengarlah cakap saya. Jaga kesihatan, sebab saya dulu sejenis yang tidak menjaga sangat bab-bab itu. Sekarang saya sudah amalkan makan vitamin C dengan banyak,” katanya lagi.

Pada masa sama, Shuib menyarankan agar semua orang menyediakan alat bacaan tahap oksigen, Oximeter di rumah untuk membuat pemeriksaan paras oksigen sendiri. “Dahulu, tahap oksigen dia turun ke 93, kadang-kadang 94, tapi saya cakap okey kepada dia. Bila lambat bawa dia ke hospital, akibatnya saya kehilangan dia hari ini.

“Beli alat itu. Kalau bacaan oksigen turun, terus pergi hospital. Dulu saya pun orang yang tak berapa percaya kepada Covid 19, tapi bila dah kena pada batang hidung sendiri, barulah tahu,” katanya. Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi tadi (Isnin) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas tiga hari ditidurkan akibat jangkitan Covid 19.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *