Lepas di Mekah kali ni 450 anak tahfiz di Indonesia buat tahlil untuk Siti Sarah. Memang terlalu ramai yang sayang Sarah.

Terlalu ramai yang menyayangi dan mengasihi Siti Sarah. Pengakhiran hidupnya dicemburui ramai kerana sangat indah. Ribuan orang menitipkan doa buatnya selain bacaan Yasin setiap hari sejak perkhabaran berita mengenainya hingga ke akhir nafas Siti Sarah.

Semalam suami Sarah, Shuib telah berkongsi sebuah video solat ghaib diadakan buat isterinya di Masjidil Haram, Mekah oleh hampir 300 jemaah. Hari ini pula, dikhabarkan seramai 450 orang anak tahfiz dan anak yatim Pondok Pesantren Nurul Huda Bandung, Indonesia telah melakukan majlis khatam al-Quran dan tahlil buatnya di bawah pimpinan Ustaz Mansyur.

Pemergian Siti Sarah membuka mata ramai orang. Terlalu banyak pengajaran dan pelajaran yang kita perolehi. Apa yang pasti, ianya semua yang baik-baik belaka.Semoga Allah tempatkan Siti Sarah dalam kalangan mereka yang beriman dan di syurga yang paling tinggi.

Pernah Muncul Bersama Ustazah Asma, Sarah Kongsi Amalan Menjadi Isteri Solehah

Amalan berguna dikongsi penyanyi popular, Siti Sarah Raissuddin akan menjadi panduan kepada pelakon, Datin Lisa Surihani. Mendedahkannya, Lisa berkata, Sarah menyarankan mendengar surah al-Waqiah setiap pagi bagi memperoleh manfaat dalam kehidupan.

“Ini antara memori yang membuatkan saya terkesan membabitkan Suami dan suaminya, Shuib Sepahtu. Mereka pernah berkongsi amalan mendengar surah al-Waqiah dalam media sosial. “Amalan ini dilakukan Shuib sebelum pergi ke konti radio, setiap pagi. Justeru, saya sempat bertanyakan mengenainya apabila Sarah menjadi tetamu program yang dikendalikan saya bersama suami.

“Sarah menyarankan saya melakukan amalan mendengar surah ini setiap pagi kerana terlalu banyak manfaat dalam hidup,” katanya kepada BH Online. Isteri pelakon dan pengarah, Datuk Yusry KRU berkongsi pengalamannya bersama Sarah pada majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual, semalam.

Majlis dihadiri lebih 600 tetamu dianjurkan khusus untuk Siti Sarah yang menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 5.13 pagi, semalam.

Siti Sarah dan Shuib mengamalkan mendengar surah al-Waqiah, setiap pagi. Lisa dedah perkongsiannya dengan Siti Sarah mengenai surah al-Waqiah yang memberi manfaat dalam kehidupan. Bintang filem Legenda Budak Stan dan Istanbul Aku Datang itu berkata, apa yang membuatkannya kagum adalah keyakinan Sarah terhadap amalannya itu.

“Sifat dan keyakinan Sarah mengenai kalamullah menerbitkan rasa kagum saya terhadapnya. “Sarah percaya jika saya mengamalkannya, satu perubahan besar akan berlaku dalam hidup. Kita lihatlah sendiri pengakhiran hidup Sarah yang begitu manis,” katanya.

Menzahirkan simpati atas apa yang berlaku, Lisa percaya, Shuib tabah mengharungi kehidupan bersama anak-anaknya. “Saya tahu Shuib kuat. Kerana ia datang dari semangat Siti Sarah yang kuat,” ungkapnya.

Selain Lisa, majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual turut disertai rakan selebriti seperti Liza Hanim, Nabil Ahmad, Sharnaaz Ahmad, Fad Bocey, Zul Huzaimy, Mark Adam, Datuk Fizz Fairuz dan ramai lagi.

Berikut antara kata-kata dan nasihat Sarah yang boleh kita jadikan iktibar dan panduan

“Sarah Berkali ditanyakan semula soalan supaya jawapan diberikan dapat difahami dan memberi manfaat kepada penonton” “Berbaik sangka pd ibu mertua kita.. Allah akan bgi rezeki tak disangka2.. Dipermudahkan segala urusan”

“Sarah cakap perkara yg sama shuib sebut masa live td…Allah pinjamkan suami kpd saya…shuib pun ckp yg sama…Allah pinjamkan sarah kpd saya Subhanallah” “Kata2 Sarah tadi tentang hati kita Allah yang pegang dan sentiasa berbolak balik”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *