Hampir 300 orang di Mekah turut buat Solat Ghaib untuk Siti Sarah. Pemergian yang sangat di cemburui ramai.

Umum mengetahui tentang pemergian penyanyi terkenal Siti Sarah Raisuddin kelmarin pada 5.13 pagi bersamaan hari isnin. Seluruh negara manangisi pemergian beliau yang disifatkan sebagai syahid kerana pergi menghadap illahi disebabkan melahirkan bayi lelaki mereka dan juga disebabkan wabak covid 19 yang melanda dunia saat ini.

Rata-rata tertanya apakah amalan beliau sehingga pemergiannya begitu dimuliakan Allah swt? Wallahuallam, hanya Allah yang mengetahui. Namun kita sebagai manusia yang masih bernyawa sepatutnya mengambil ikhtibar dari kisah-kisah yang meruntun hati ini.

Menurut perkongsian video pendek di laman Tiktok milik Hass Hassanah, Siti Sarah sebenarnya turut disolatkan secara ghaib oleh hampir 300 jemaah di Mekah.

Subhanallah! Shuib yang merupakan suami kepada Sarah menggeleng-gelengkan kepala, sambil mengucapkan syukur yang tidak terhingga kerana penghargaan yang cukup besar buat isterinya itu.

Warganet turut menzahirkan ucapan yang baik-baik buat arw4h. Masing-masing menginsafi diri lantaran satu demi satu kebaikan arw4h yang Allah swt perlihatkan pada seisi negara yang menangisi kehilangannya.

https://www.facebook.com/1201148870/videos/986852548884884/

Komen warganet:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Tiktok via Catatan Terakhir

Bapa Siti Sarah turut bersedih

Terdahulu Bapa kepada penyanyi dan selebriti usahawan, Siti Sarah, Raisuddin Hamzah, turut bersedih dan bimbang dengan keadaan anaknya yang kini masih belum sedar dan berada di Unit Rawatan Rapi, Hospital Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras sejak semalam.

Menurut pengurus penyanyi tersebut, Nana Mohd Rom, bagaimanapun Raisuddin meminta maaf kerana enggan ditemu bual oleh mana-mana pihak media buat masa ini. “Kami di pihak pengurusan sedia maklum akan keadaan Raisuddin yang juga tentunya sedang bersedih dengan keadaan anaknya.

“Dia ada memaklumkan tentang perkara itu kepada kami, tetapi minta semua pihak terutama media untuk menghormati keputusannya enggan ditemu bual buat masa sekarang. “Cukuplah anda semua tahu bahawa

dia sebagai bapa tentunya teramat sedih dengan keadaan Sarah dan mengharapkan yang sama, agar ada perkembangan yang positif dan mahu menyaksikan Sarah sihat seperti sedia kala,”katanya. Siti Sarah, 37, dikejarkan ke hospital berkenaan sejak Rabu selepas tahap oksigen

dalam tubuhnya menurun dan ditidurkan usai melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Ayash Affan secara operasi pada pukul 5 petang Jumaat lalu. Beliau dan suaminya dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin yang berusia enam tahun

Urusan penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin,36, di Tanah Islam Sungai Pusu, Gombak semalam

SUMBER: KOSMO

Jelaskan Pada Anak Anak Ibu Sudah Tiada

Shuib menerusi Instagram Live kira-kira jam 6 petang hari ini juga berkata, sepanjang perjalanan pulang selepas selesai urusan, dia tidak henti berfikir apakah jalan terbaik untuk menerangkan kepada mereka mengenai pemergian Siti Sarah.

“Ketika Sarah pergimenghadap illahi, anak-anak masih tidur. Jadi, saya tidak kejutkan mereka. Sebaik tiba di rumah selepas urusan, saya cekalkan hati untuk tidak bercakap perkara ini terlebih dulu. “Ketika masuk ke dalam rumah, saya seboleh mungkin cuba mengelak untuk bertemu anak-anak tapi tak sempat kerana puteri kedua saya iaitu Talita terus bertanya adakah saya sudah menerima gambar adik bongsunya, Ayash Affan.

Kemudian saya beritahu saya perlu mandi terlebih dulu kerana ada urusan di luar sebentar tadi,” katanya. Shuib berkata, dia mandi agak lama kerana cuba mencari jalan bagaimana untuk beritahu anak-anak supaya mereka boleh menerima ketentuan ini. “Kemudian ketika mahu ambil air sembahyang, ibu mentua saya hubungi dan meminta saya terangkan perkara ini kerana anak-anak boleh tahu berita ini menerusi YouTube.

“Jadi ini adalah dugaan paling berat perlu saya lakukan. Saya cekalkan hati dan turun panggil anak-anak. Kebetulan ketika membuka TV, tajuk beritanya adalah Siti Sarah sudah tiada. Jadi, terus anak-anak bertanya sama ada betul atau tidak berita ini,” katanya.

Enggan membiarkan anak-anaknya terus berteka-teki, Shuib berterus terang dan menjelaskan perkara sebenar yang ibu tercinta kini sudah tiada. “Saya beritahu kepada mereka kalau sebelum ini kita buat solat hajat untuk mohon supaya ibu balik, tapi sekarang ini ibu tidak akan balik rumah lagi. Ketika itu semua diam. Ada yang faham, ada yang tidak faham.

“Saya cuba terangkan satu persatu kepada mereka. Saya beritahu kita berdoa dengan Allah supaya ibu balik, tapi ibu bukan milik kita sebaliknya ibu milik Allah. Jadi Allah tak boleh pulangkan kepada kita sebab Allah terlalu sayangkan dia, mungkin dia terlalu baik. Jadi Allah nak ambil dia dan kita tidak akan jumpa dia lagi.

“Waktu itu anak-anak semua menangis teresak-esak, tapi lama-lama mereka faham. Jadi saya beritahu kepada mereka yang ibu pesan mahu anak-anaknya jadi anak yang soleh dan solehah. Ibu juga beritahu harta yang dia miliki adalah anak-anaknya. Ibu mahu anak-anak turut pandai mengaji dan tidak tinggal solat,” katanya.

Shuib berkata, dia bersyukur kerana tiga anaknya faham dengan apa yang disampaikan. Dia kemudian mengajak mereka mengerjakan solat Asar, cuma bezanya kali ini tiada lagi solat hajat. “Ketika berdoa pula, saya meminta pertolongan Allah untuk bimbing saya dan anak-anak menjadi seperti Siti Sarah. Dia nak sangat anak-anak dia menjadi anak yang tidak kedekut dan sentiasa berbuat baik sesama manusia. Dalam doa itu semua anak-anak saya menangis. Allahuakbar, insya-Allah mereka faham,” katanya.

Kredit : Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Semalam keadaan Siti Sarah agak tenat. Terkejut bila pagi ni Shuib kongsikan Siti Sarah telah pergi menghadap illahi.

KUALA LUMPUR: Pelawak popular, Shuib Sepahtu memaklumkan isterinya, Siti Sarah Raisuddin berada dalam keadaan tidak baik, ketika ini. Perkara itu dikongsi Shuib sebelum majlis bacaan Yassin dan doa selamat yang dihadiri hampir 1,000 ahli keluarga, rakan dan dan peminat untuk Siti Sarah secara virtual dimulakan, malam ini.

Dalam nada suara cukup sebak, Shuib berkata, dia menerima panggilan doktor sebelum majlis bacaan Yassin bermula. “Sebelum majlis ini, doktor menghubungi saya memaklumkan keadaan isteri sangat tidak baik, ketika ini.

“Paras bacaan oksigen menurun 40 peratus, malah Sarah juga sudah ditiarapkan,” katanya tanpa dapat meneruskan kata-kata. Hanya mampu meminta ustaz berdoa dan meneruskan bacaan Yassin, Shuib kelihatan bagai hilang kata-kata.

Shuib memohon agar memaafkan isteri, Siti Sarah jika pernah menyakitkan hati mana-mana pihak. Shuib memohon agar memaafkan isteri, Siti Sarah jika pernah menyakitkan hati mana-mana pihak.

Turut serta, pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan rakan selebriti seperti Anuar Zain, Sherry Alhadad dan Bob Yusof. Terdahulu, sudah 48 jam, penyanyi lagu Semakin itu belum sedarkan diri dan masih bertrng nywa gara gara Covid-19 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM).

Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui operasi tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu. Pada Jumaat lalu, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, namun menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus, semalam.

Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif C0V1D-19. Selain Siti Sarah dan suami, Shuib Sepahtu serta tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif. Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.

Siti Sarah telah pergi menghadap illahi

perkara ini telah disahkan sendiri oleh suami sendiri iaitu Shuib. Semoga keluarga mereka terus kuat dan tabah. Salam Takziah buat mereka sekeluarga. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: bharian via instagram shuib

Sepanjang ada kat rumah Shuib dedahkan ada satu benda yang berlaku mesti Shuib akan rasa takut.

SELEPAS proses operasi mengeluarkan bayi dalam kandungan Siti Sarah selamat dijalankan pada petang Jumaat, Shuib sekali lagi berdepan fasa mendebarkan tentang keadaan isterinya yang masih tidak sedarkan diri.

Menceritakan semula tentang apa yang dilaluinya, Shuib berkata pada mulanya dia hampir berputus asa jika sesuatu yang buruk berlaku. “Pukul 7.45 malam semalam, oksigen Sarah jatuh sampai 69, masa tu saya rasa macam tiada nywa dah.

“Kemudian pukul 11.10 malam doktor hubungi maklumkan keadaan Sarah sangat kritikal, oksigen turun sampai 40… lagi la saya langsung tak boleh fikir apa-apa, tak tahu apa nak buat. “Tapi apabila Allah memberikan rahmatnya kepada hamba-hamba yang memerlukan dan orang ramai mendoakan Sarah… maka berlaku keajaiban apabila oksigen Sarah naik hingga 77,” katanya.

Shuib kongsi perkembangan terkini Siti Sarah.

Shuib berkata demikian ketika sesi bacaan Yasin untuk Siti Sarah dan bayinya yang diadakan pada malam Sabtu. Tambah Shuib dia sangat bersyukur apabila keadaan Siti Sarah terus menunjukkan perkembangan positif hingga terkini berada pada tahap 85 pada pukul 6 petang Sabtu.

Ujar Shuib lagi dugaan yang dilaluinya itu turut mengajarnya erti reda, keyakinan terhadap doa dan tawakal kepada Allah. “Berkat solat hajat, bacaan Yasin… satu per satu Allah permudahkan. “Terima kasih banyak kepada semua. Ya Allah keajaiban berlaku depan mata, di saat saya merasakan tak ada harapan, tapi Allah berikan keajaiban yang saya tak pernah jangka pun… ia memang luar biasa,” katanya.

Sementara itu dalam satu kenyataan Shuib berkata, isterinya itu kini sudah ditiarapkan bagi memudahkan paru-paru berfungsi. “Memandangkan Sarah kena jangkitan Covid-19, jadi paru-paru dia banyak terkesan. Jantung pun sudah lemah. Mungkin Sepanjang operasi mengeluarkan bayi semalam, jantung sudah bekerja banyak. “Difahamkan juga, ada sedikit darah beku di paru-paru. Doktor kata, buat masa sekarang tak boleh apa-apa lagi sebab semalam baru lepas menjalani operasi.

PERKARA YANG PALING SHUIB TAKUTI SEPANJANG TUNGGU DI RUMAH

“Setiap kali ada panggilan nombor tak dikenali masuk saya menjadi takut. Dalam masa sama saya perlu jawab sebab bimbang ia daripada doktor yang mahu mengemaskini keadaan Sarah atau berita sebaliknya,” katanya.

Siti Sarah, 37, selamat menjalani operasi bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan. Operasi berlangsung selama hampir tiga jam bermula pukul 2 petang, Jumaat.

Siti Sarah dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras pada pagi Jumaat selepas tahap oksigen dalam badan menurun dan terpaksa ditidurkan. Untuk rekod, Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu. Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus tersebut.

Sumber : MSTAR ONLINE

Shuib dedah jantung Siti Sarah dah lemah. Sekali bapa Siti Sarah tampil luahkan sesuatu buat ramai yang sebak.

Bapa kepada penyanyi dan selebriti usahawan, Siti Sarah, Raisuddin Hamzah, turut bersedih dan bimbang dengan keadaan anaknya yang kini masih belum sedar dan berada di Unit Rawatan Rapi, Hospital Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras sejak semalam.

Menurut pengurus penyanyi tersebut, Nana Mohd Rom, bagaimanapun Raisuddin meminta maaf kerana enggan ditemu bual oleh mana-mana pihak media buat masa ini. “Kami di pihak pengurusan sedia maklum akan keadaan Raisuddin yang juga tentunya sedang bersedih dengan keadaan anaknya.

“Dia ada memaklumkan tentang perkara itu kepada kami, tetapi minta semua pihak terutama media untuk menghormati keputusannya enggan ditemu bual buat masa sekarang. “Cukuplah anda semua tahu bahawa dia sebagai bapa tentunya teramat sedih dengan keadaan Sarah dan mengharapkan yang sama, agar ada perkembangan yang positif dan mahu menyaksikan Sarah sihat seperti sedia kala,”katanya.

Nana berkata demikian semasa dihubungi Utusan Malaysia petang tadi. Selain itu, menurut Nana, Raisuddin bagaimanapun mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama mendoakan kesembuhan buat anaknya termasuk mereka yang melakukan usaha bacaan Yassin buat Sarah sekeluarga.

Terdahulu, penyanyi lagu Semakin itu dilaporkan masih dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas ditidurkan ekoran oksigen dalam badannya tidak stabil. Bagaimanapun, menurut suaminya, Shuib Sepahtu menerusi satu hantaran di Instagram tadi, tahap oksigen isterinya meningkat pagi ini berbanding malam semalam.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *