Rupanya selama 3 bulan pkp ini benda yang Shuib selalu buat pada Sarah. Banyak kenangan manis yang ditinggalkan.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad terus mengenang jalinan kasih sayang dan hubungan suami isteri yang dijalani selama 11 tahun bersama Siti Sarah Raissuddin. Salah satu hal yang membuat hatinya berbunga adalah mengenang bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan selama tiga bulan tinggalkan kenangan termanis buat dirinya.

Menurut pelawak yang juga usahawan tersebut, hal yang paling dikenang mengenai sikap manja isterinya adalah bagaimana dia perlu menguruskan Sarah termasuk memandikannya setiap hari! “Allahuakhbar masa tiga bulan PKP tak keluar bekerja, saya ada kerja sendiri iaitu mandikan Sarah setiap hari.

Dia kan tengah hamil anak kami waktu itu. “Kalau ditanya kenapa belum mandi, dia akan cakap sebab saya belum mandikan. Bayangkan setiap hari saya mandikan dia dan baru saya tahu kenapa perempuan mandi lama.

Sabun lain, scrub lain, Allahuakhbar,” kenang Shuib sambil tersenyum. Tambah Shuib dia bersyukur kerana Allah memberi dia kesempatan berkasih sayang dengan Sarah sehingga ke tahap itu sebelum mengambil bidadari syurganya pulang.

“Alhamdulillah, 11 tahun dia dipinjamkan, saya sangat bahagia, masa PKPK tu 3 bulan kami bersama, lakukan aktiviti semua bersama sama, Allahuakhbar,” katanya lagi. Pengakuannya itu membuatkan rakan rakan artis dan semua yang berada dalam sesi bacaan Yassin melalui aplikasi Zoom malam tadi ikut tersenyum.

Salah seorang sahabat pelawak, Fad Bocey malah ikut berseloroh menjadi tindakan Shuib yang memandikan Sarah setiap hari. “Nampaknya lepas ini aku kena mandikan isteri pula setiap hari,” seloroh Fad.

Aktor Shanaaz Ahmad yang turut berada dalam sesi bacaan Yassin yang disertai oleh lebih 600 tetamu itu turut berseloroh. “Nampaknya aku sajalah tak ada isteri nak mandikan,” katanya disambut tawa Shuib dan yang lain.

Selain berkongsi kenangan memandikan Sarah setiap hari selama tiga bulan, duda yang kini memikul tanggungjawab membesarkan anaknya, termasuk anak keempat yang baru dilahirkan beberapa hari lalu juga mengatakan dia menjadi tukang urut bibadari syurganya itu. “Kena urut dia sampai dua jam.

Dua jam okay. Nasib baik sambil urut saya boleh layan tengok Netflix,” katanya sambil tersenyum. Dalam sesi yang berlangsung lebih sejam itu, rakan rakan seperti Nabil Ahmad, Mark Adam, Zulhuzaimy malah pelmba Hafiz Shahrin turut menyampaikan takziah dan meniupkan kata semangat buat Shuib agar terus kuat demi anak anak dan orang yang memerlukannya.

Terdahulu, Sarah pulang ke Rahmatullah pada pagi Isnin selepas empat hari di unit rawatan rapi kerana jangkitan COVID 19. Pemergiaannya tinggalkan banyak kesan manis dan positif bukan sahaja dalam kalangan rakan industri, tetapi juga masyarakat Malaysia.

Instagram: @shuibsepahtu, @sitisarahraissuddin

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : GEMPAK

Shuib dedahkan ada sesuatu yang jururawat pesan pada dia sebelum buat live.

PETALING JAYA – Pelawak Shuib mendedahkan punca sebenar bagaimana satu keluarganya dijangkiti C0vid 19 sehingga menyebabkan isterinya, Siti Sarah Raisuddin pergi menghadap illahi awal pagi semalam.

Cerita Shuib, dia sekeluarga disahkan positif selepas pembantu rumahnya yang turun membuang sampah bersalaman dengan rakannya sebelum kemudian merebak kepada semua yang berada di dalam rumahnya, kecuali seorang anggota keluarganya disahkan negatif.

Akibatnya, Shuib, Sarah dan tiga anak mereka dijangkiti v.irus berkenaan sebelum pembantu rumah warga Indonesia itu pergi menghadap illahi Jumaat lepas. “Nak dijadikan cerita, pembantu rumah saya turun bawah buang sampah. Dia salam kawan, terus kena kami satu keluarga. Jangan lupa berdoa, moga Allah lindungi kita sebab itulah snjta paling dahsyat,” katanya.

Tambah Shuib lagi, mereka pernah berblah gara-gara isterinya itu takut dijangkiti Covid 19 selepas dia keluar bertemu seorang rakannya atas urusan bisnes sebelum ini. Susulan pemergian isteri tercintanya, Shuib menekankan kepada orang ramai agar mengambil langkah perlindungan diri dengan suntikan vaksin.

Shuib yang muncul dalam sesi siaran langsung Live petang tadi berkata, apa yang berlaku kepada Siti Sarah membuatkan hatinya tersentak kerana isterinya itu belum menerima suntikan vaksin. Disebabkan itu, doktor yang merawat memaklumkan bahawa keadaan isterinya sangat teruk apabila paru-parunya hampir semua dijangkiti virus Covid-19.

“Paru-parunya hampir dijangkiti pada semua bahagian. Sampaikan paru-parunya tak boleh bekerja untuk pam oksigen, sekali gus menyebabkan semua organ gagal berfungsi dengan baik. “Kemungkinan sebab vaksin, sebab dia belum ambil suntikan, wallahualam. Tadi di hospital, ada seorang jururawat minta saya kongsikan tentang perkara ini. Sekurang-kurangnya dengan vaksin, mungkin dapat bantu,” katanya.

Tambah pemilik nama sebenar Shahmira Muhamad itu lagi, dia pada awalnya sangat yakin Siti Sarah berada dalam keadaan sihat meskipun sedang dirawat di hospital. Bagaimanapun, apa yang sering didengarnya daripada doktor adalah paru-paru Siti Sarah sudah dipenuhi dengan virus Covid 19 sehingga menyebabkan organ tersebut tidak boleh berfungsi.

Disebabkan itu, Shuib mengingatkan semua orang agar menjaga kesihatan dan mengambil vitamin C serta tidak mengamalkan sikap sayangkan duit jika melibatkan hal kesihatan. “Saya ingat lagi, ketika dalam ambulan sewaktu nak bawa isteri ke hospital swasta, tetapi semuanya penuh. Sedangkan keadaannya sudah teruk pada waktu itu.

“Dalam hati saya terfikir, duit banyak mana sekali pun takkan boleh kembali sihatkan isteri saya. Dengarlah cakap saya. Jaga kesihatan, sebab saya dulu sejenis yang tidak menjaga sangat bab-bab itu. Sekarang saya sudah amalkan makan vitamin C dengan banyak,” katanya lagi.

Pada masa sama, Shuib menyarankan agar semua orang menyediakan alat bacaan tahap oksigen, Oximeter di rumah untuk membuat pemeriksaan paras oksigen sendiri. “Dahulu, tahap oksigen dia turun ke 93, kadang-kadang 94, tapi saya cakap okey kepada dia. Bila lambat bawa dia ke hospital, akibatnya saya kehilangan dia hari ini.

“Beli alat itu. Kalau bacaan oksigen turun, terus pergi hospital. Dulu saya pun orang yang tak berapa percaya kepada Covid 19, tapi bila dah kena pada batang hidung sendiri, barulah tahu,” katanya. Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi tadi (Isnin) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas tiga hari ditidurkan akibat jangkitan Covid 19.

Jelaskan Pada Anak Anak Ibu Sudah Tiada

Shuib menerusi Instagram Live kira-kira jam 6 petang hari ini juga berkata, sepanjang perjalanan pulang selepas selesai urusan, dia tidak henti berfikir apakah jalan terbaik untuk menerangkan kepada mereka mengenai pemergian Siti Sarah.

“Ketika Sarah pergimenghadap illahi, anak-anak masih tidur. Jadi, saya tidak kejutkan mereka. Sebaik tiba di rumah selepas urusan, saya cekalkan hati untuk tidak bercakap perkara ini terlebih dulu. “Ketika masuk ke dalam rumah, saya seboleh mungkin cuba mengelak untuk bertemu anak-anak tapi tak sempat kerana puteri kedua saya iaitu Talita terus bertanya adakah saya sudah menerima gambar adik bongsunya, Ayash Affan.

Kemudian saya beritahu saya perlu mandi terlebih dulu kerana ada urusan di luar sebentar tadi,” katanya. Shuib berkata, dia mandi agak lama kerana cuba mencari jalan bagaimana untuk beritahu anak-anak supaya mereka boleh menerima ketentuan ini. “Kemudian ketika mahu ambil air sembahyang, ibu mentua saya hubungi dan meminta saya terangkan perkara ini kerana anak-anak boleh tahu berita ini menerusi YouTube.

“Jadi ini adalah dugaan paling berat perlu saya lakukan. Saya cekalkan hati dan turun panggil anak-anak. Kebetulan ketika membuka TV, tajuk beritanya adalah Siti Sarah sudah tiada. Jadi, terus anak-anak bertanya sama ada betul atau tidak berita ini,” katanya.

Enggan membiarkan anak-anaknya terus berteka-teki, Shuib berterus terang dan menjelaskan perkara sebenar yang ibu tercinta kini sudah tiada. “Saya beritahu kepada mereka kalau sebelum ini kita buat solat hajat untuk mohon supaya ibu balik, tapi sekarang ini ibu tidak akan balik rumah lagi. Ketika itu semua diam. Ada yang faham, ada yang tidak faham.

“Saya cuba terangkan satu persatu kepada mereka. Saya beritahu kita berdoa dengan Allah supaya ibu balik, tapi ibu bukan milik kita sebaliknya ibu milik Allah. Jadi Allah tak boleh pulangkan kepada kita sebab Allah terlalu sayangkan dia, mungkin dia terlalu baik. Jadi Allah nak ambil dia dan kita tidak akan jumpa dia lagi.

“Waktu itu anak-anak semua menangis teresak-esak, tapi lama-lama mereka faham. Jadi saya beritahu kepada mereka yang ibu pesan mahu anak-anaknya jadi anak yang soleh dan solehah. Ibu juga beritahu harta yang dia miliki adalah anak-anaknya. Ibu mahu anak-anak turut pandai mengaji dan tidak tinggal solat,” katanya.

Shuib berkata, dia bersyukur kerana tiga anaknya faham dengan apa yang disampaikan. Dia kemudian mengajak mereka mengerjakan solat Asar, cuma bezanya kali ini tiada lagi solat hajat. “Ketika berdoa pula, saya meminta pertolongan Allah untuk bimbing saya dan anak-anak menjadi seperti Siti Sarah. Dia nak sangat anak-anak dia menjadi anak yang tidak kedekut dan sentiasa berbuat baik sesama manusia. Dalam doa itu semua anak-anak saya menangis. Allahuakbar, insya-Allah mereka faham,” katanya.

Kredit : Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *