Shuib kongsikan rakaman solat ghaib untuk Siti Sarah di Mekah. Terkejut sekali tiba tiba Ustaz Ebit Lew masuk komen.

Pelawak dan usahawan, Shuib berasa terharu dengan kasih sayang yang ditujukan orang ramai terhadap isterinya, Siti Sarah Raissuddin yang telah pergi menghadap Ilahi awal pagi Isnin. Terbaharu, Shuib memuat naik perkongsian kiriman rakaman solat ghaib diadakan di dalam Masjidil Har4m, Mekah.

“Allahuakbar, Allah Maha Besar. Allah terlalu sayang awak ibu, bergembiralah di syurga bidadari ku Siti Sarah,” coretnya.

Ebit Lew tinggal komen pada video Shuib

Selepas Shuib memuat naik video solat ghaib untuk isteri beliau Siti Sarah beribu komen masuk ke dalam posting Shuib. Tidak ketinggalan pendakwah selebriti, Ebit Lew juga telah tinggalkan komen dan apa yang Ebit Lew katakan telah mendapat melebihi dari 18 ribu tanda likes.

“ALLAH sayang @shuibsepahtu @sitisarahraissuddin janji Allah itu benar buat orang yang baik dermawan dan taat pada suami dan fikir umat yang ada padanya”. Sementara itu, pada majlis bacaan tahlil malam semalam, difahamkan lebih 300 orang telah mendirikan solat ghaib buat penyanyi kesayangan ramai, Siti Sarah di masjid sekitar daerah Mekah selepas waktu Zuhur, Arab Saudi, semalam.

Pada majlis yang dipimpin oleh Ustaz Tarmizi Rahman, lebih 600 rakan industri hiburan termasuk pengamal media turut serta dalam majlis mulia itu. Untuk rekod, awal pagi Isnin, penyanyi Kesetiaan, telah menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selepas nyawa menentang jangkitan covid-19.

Kemudian, Siti Sarah Raissuddin selamat diuruskan selepas waktu Zuhur di Tanah Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Utusan Online / Shuib Sepahtu IG

Sumber : http://trendingkini.pw

Pemergian 3 insan istimewa ni banyak sangat bagi pengajaran. Ini antara 8 pengajaran yang kita boleh belajar.

Semalam, negara kehilangan salah seorang penyanyi tersohor, Siti Sarah Raissuddin. Pemergian mendatangkan kesan yang cukup mendalam. Sejurus berita pemergian Sarah tersebar, tak henti-henti di media sosial, orang mendedahkan kebaikan Sarah sepanjang hidupnya.

Betul lah kata pepatah, hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang jua. Mungkin korang masih ingat detik ketika Malaysia menerima khabar duka dengan pemergian dua pelawak berbakat besar, Pak Yus dan Abam Bocey. Sama seperti Siti Sarah, tak sedikit yang berkongsi cerita tentang kemuliaan hati kedua-dua insan ini.

Melalui sebuah hantaran di Facebook Siti Suryani Yaakop, wanita tersebut membuka mata warga net dengan pengajaran berharga yang dapat dijadikan iktibar kepada kita dengan pemergian tiga insan berjiwa mulia ini. Pak Yus, Abam, Siti Sarah dalam kenangan. Pak Yus – 30 November 2015, Isnin. Abam – 10 Febuari 2020, Isnin.

Siti Sarah – 9 Ogos 2021, Isnin. Masa Pak Yus pergi menghadap illahi, saya ingat lagi. Astro ulang berapa kali dalam sehari bacaan Al Fatihah untuk Pak Yus. Masa tu Pak Yus masuk Raja Parodi. Lepas pergi menghadap illahi, minggu tu rancangan tu ditangguh sementara semata-mata nak buat tribute untuk Pak yus.

Berminggu-minggu orang cerita kebaikan dia. Akhirnya pecah rahsia amalan Pak Yus yang suka bersedekah. Ada pusat anak yatim di Kedah terima wang belanja setiap bulan dari Pak Yus. Saya ingat lagi ayat pengetua tempat tu, “Lepas ni takda lagi lah nak bagi kami bantuan tiap bulan”. Kemudian tahun lepas, Abam. Fad dan Achey setiap kali bercakap pasal Abam mesti menangis. Begitulah juga pun ceritanya. Yang baik-baik belaka. Terutama bab suka tolong orang.

Paling kita ingat kisah Abam jaga mak dia. Setia sungguh. Baik sungguh. Lembut sungguh. Sampai mak dia kata, “Siapa lah nak jaga makcik kalau Abam takda”. Semalam pula Siti Sarah. Satu Malaysia. Dari Dato’ Seri Najib, Anwar Ibrahim, Ebit Lew, Prof Muhaya, Ustazah Asma Harun, Ustazah Noor Bahyah. Setiap golongan. Segenap lapisan. Semua doakan Sarah. Sampai menangis kita walau tak pernah jumpa dia.

Tuan Nadir kongsikan kisah Sarah bagi krban berbelas ribu untuk Gaza. Masa Sarah  sedang diuruskan, team BeePrihatin post di Instagram. Orangnya dah takda tapi sedekahnya sedang berjalan. Dalam live saya nampak ada orang komen. Dia ingat lagi masa Siti Sarah dan Shuib bagi bantuan banjir di Pahang.

“Tiga manusia berbeza, satu pengajaran yang sama” Lalu dari tiga manusia berbeza ini, ada satu pengajaran yang sama. 1. Tak kira kita di posisi apa pun, Allah tahu nilai kita. Kita artis. Kita pemimpin. Atau kita bukan siapa-siapa. Bila saja Allah kata Dia akan angkat nama kita, Dia akan buat. Walau dari tempat yang serendah mana. Sebab Allah saja yang kenal diri kita sebenar apa.

2. Sebab itu jangan ada sangkaan pada sesiapa. Kita tak tahu apa pengakhiran setiap manusia. Juga kita tak tahu apa amalan rahsia dia yang Allah terima. Dan kita tak tahu dari bab mana tentang dia yang Allah redha. Anggap semua manusia baik. Yang tak baik hanya kita.

3. Sentiasa senangkan hati semua orang. Jangan buat orang susah hati sebab sikap kita. Apatah lagi kita nak susah hati dengan sikap orang pada kita. Orang yang penyayang sentiasa hatinya lapang. Dia cuma pandai suka. Tanpa ada prasangka.

4. Mereka semua orang susah masa kecik. Yus anak yatim. Abam dah takda ayah dan maknya pula sakit. Siti Sarah pernah cerita kena tolak gerai pukul 5 pagi sebelum pergi sekolah. Hidup ni macam roda. Allah boleh bagi sangat susah. Dan tiba-tiba boleh bagi sangat mewah.

5. Saat diuji dengan kesusahan mereka bersabar. Kemudian diuji pula dengan kekayaan tapi tak lupa diri. Apa Allah bagi, mereka bagi balik. Biasanya ujian susah ni orang boleh sabar. Tapi ujian senang ni selalu buat kita lupa untuk bersyukur. Buat kita rasa tak cukup. Takut nak bagi pada orang.

6. Kebaikan ni sama bagai minyak wangi. Dia meruap. Bila mana kita sorok tak bagi nampak pun, Allah akan tunjuk. Lepas tunjuk satu, keluar satu lagi. Dan lagi. Akan pecah harumnya sama macam pecahnya bau minyak wangi. Jika tidak masa kita hidup, waktu kita telah pergi.

7. Tinggalkan bakti dalam hidup orang yang kita sayang. Seikhlas hati. Pak Yus suka tolong anak yatim. Abam sabar jaga mak sakit. Siti Sarah punya taatnya pada suami, stokin pun dia sarungkan. 8. Tinggalkan impak pada orang keliling yang ada. Sehingga semua orang ada memori istimewa yang berbeza dengan kita tiap satunya. Ada kisah manis yang terus hidup walau saat kita telah tiada.

Hidup seketika biar beri makna. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Siti Suryani Yaakop via sk

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *