Isteri tercita pergi menghadap illahi. Sekali ini luahan Shuib pada isteri buat ramai yang sebak.

Berita sayu diterima pagi ini apabila penyanyi Siti Sarah, 37, disahkan pergi menghadap illahi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, jam 5.13 pagi, hari ini.

Perkara itu dikongsi syarikat pengurusan penyanyi lagu Kesetiaan itu, Indigital Music dalam satu kenyataan ringkas. ” Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin disahkan pergi menghadap illahi jam 5.13 pagi HUKM.

”Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hspital beberapa hari yang lalu,” katanya. Terdahulu Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital itu selepas tahap oksigen menurun.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum operasi dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kndungan. Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan. Siti Sarah bersama suami yang juga pelawak, Shuib disahkan positif COVlD-19 pada 27 Julai lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 26 Februari 2011. Hasil perkahwinan, pasangan ini mempunyai tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Status Shuib

Sementara itu menerusi hantaran di Instagram, Shuib mengesahkan perkara itu apabila memaklumkan berkenaan pemrgian isteri tercinta pada pukul 5.13 pagi ini.

”5:13 minit pagi 9 Ogos 2021, bidadari Syurga saya telah pergi buat selamanya. Mohon sedekahkan Al Fatihah. Siti Sarah Binti Raissuddin..” tulis Shuib. Rata-rata rakan artis mendoakan Siti Sarah dan mendoakan agar Shuib bertabah dengan ujian ini.

Sekilas info Siti Sarah. Lahir pada 15 September 1984, Siti Sarah memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau berjaya menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001. Beliau juga berjaya menggondol anugerah “Artis Baru Terbaik”, “Album Pop Terbaik” dan “Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM 2003)”.

Selain dari itu, beliau juga berjaya mendapatkan satu lagi pengiktirafan untuk “Anugerah Planet Muzik 2003 (APM2003)”, iaitu dalam kategori “Artis Baru Wanita Terbaik”.

Beliau juga merupakan satu-satunya artis baru yang turut tercalon dalam kategori Artis Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Datuk Siti Nurhaliza pada tahun tersebut. Bapanya, Raisuddin Hamzah juga telah memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi apabila beliau memasuki pertandingan yang sama pada tahun 1980-an dahulu.

Siti Sarah menyertai pertandingan realiti musim kedua One in a Million yang menyaksikan artis rakaman termasuk beliau bersaing dengan muka-muka baru untuk meraih RM1,000,000 sebagai pembiayaan kerjaya muzik.

Beliau mendapat tempat ketiga. Persembahan beliau setiap minggu cukup bertenaga dan membanggakan. Pada tahun 2009 Siti Sarah pernah menyertai pertandingan antarabangsa iaitu World Championship of Performance Arts ( WCOPA ) degan mnyumbang 3 emas kepada Malaysia.

Selain artis ketika itu Bob AF juga menyumbang 5 emas buat negara. Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 bersama Shahmira Muhamad (Shuib) dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Pada tahun 2016, nama Siti Sarah Raissuddin mula meniti kembali di bibir peminat apabila menyertai program realiti TV popular Gegar Vaganza 3. Siti Sarah menjadi juara pada minggu Pertama menerusi lagu hitnya, Jangan kau Mimpi dengan persembahan vokal dan tarian yang cukup bertenaga.

Siti Sarah Raissuddin juga kekal sebagai TOP 2 pada 2 minggu selepasnya menerusi lagu Teratai layu di tasik Madu (Fauziah Latif) dan Joget Sayang-menyayang (Anita Sarawak). Diakhir pertandingan tersebut, Sarah dinobatkan sebagai naib juara Gegar Vaganza musim ketiga.

Sumber: hmetro dan IG shuib

Semalam keadaan Siti Sarah agak tenat. Terkejut bila pagi ni Shuib kongsikan Siti Sarah telah pergi menghadap illahi.

KUALA LUMPUR: Pelawak popular, Shuib Sepahtu memaklumkan isterinya, Siti Sarah Raisuddin berada dalam keadaan tidak baik, ketika ini. Perkara itu dikongsi Shuib sebelum majlis bacaan Yassin dan doa selamat yang dihadiri hampir 1,000 ahli keluarga, rakan dan dan peminat untuk Siti Sarah secara virtual dimulakan, malam ini.

Dalam nada suara cukup sebak, Shuib berkata, dia menerima panggilan doktor sebelum majlis bacaan Yassin bermula. “Sebelum majlis ini, doktor menghubungi saya memaklumkan keadaan isteri sangat tidak baik, ketika ini.

“Paras bacaan oksigen menurun 40 peratus, malah Sarah juga sudah ditiarapkan,” katanya tanpa dapat meneruskan kata-kata. Hanya mampu meminta ustaz berdoa dan meneruskan bacaan Yassin, Shuib kelihatan bagai hilang kata-kata.

Shuib memohon agar memaafkan isteri, Siti Sarah jika pernah menyakitkan hati mana-mana pihak. Shuib memohon agar memaafkan isteri, Siti Sarah jika pernah menyakitkan hati mana-mana pihak.

Turut serta, pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan rakan selebriti seperti Anuar Zain, Sherry Alhadad dan Bob Yusof. Terdahulu, sudah 48 jam, penyanyi lagu Semakin itu belum sedarkan diri dan masih bertrng nywa gara gara Covid-19 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM).

Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui operasi tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu. Pada Jumaat lalu, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, namun menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus, semalam.

Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif C0V1D-19. Selain Siti Sarah dan suami, Shuib Sepahtu serta tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif. Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.

Siti Sarah telah pergi menghadap illahi

perkara ini telah disahkan sendiri oleh suami sendiri iaitu Shuib. Semoga keluarga mereka terus kuat dan tabah. Salam Takziah buat mereka sekeluarga. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: bharian via instagram shuib

Sepanjang ada kat rumah Shuib dedahkan ada satu benda yang berlaku mesti Shuib akan rasa takut.

SELEPAS proses operasi mengeluarkan bayi dalam kandungan Siti Sarah selamat dijalankan pada petang Jumaat, Shuib sekali lagi berdepan fasa mendebarkan tentang keadaan isterinya yang masih tidak sedarkan diri.

Menceritakan semula tentang apa yang dilaluinya, Shuib berkata pada mulanya dia hampir berputus asa jika sesuatu yang buruk berlaku. “Pukul 7.45 malam semalam, oksigen Sarah jatuh sampai 69, masa tu saya rasa macam tiada nywa dah.

“Kemudian pukul 11.10 malam doktor hubungi maklumkan keadaan Sarah sangat kritikal, oksigen turun sampai 40… lagi la saya langsung tak boleh fikir apa-apa, tak tahu apa nak buat. “Tapi apabila Allah memberikan rahmatnya kepada hamba-hamba yang memerlukan dan orang ramai mendoakan Sarah… maka berlaku keajaiban apabila oksigen Sarah naik hingga 77,” katanya.

Shuib kongsi perkembangan terkini Siti Sarah.

Shuib berkata demikian ketika sesi bacaan Yasin untuk Siti Sarah dan bayinya yang diadakan pada malam Sabtu. Tambah Shuib dia sangat bersyukur apabila keadaan Siti Sarah terus menunjukkan perkembangan positif hingga terkini berada pada tahap 85 pada pukul 6 petang Sabtu.

Ujar Shuib lagi dugaan yang dilaluinya itu turut mengajarnya erti reda, keyakinan terhadap doa dan tawakal kepada Allah. “Berkat solat hajat, bacaan Yasin… satu per satu Allah permudahkan. “Terima kasih banyak kepada semua. Ya Allah keajaiban berlaku depan mata, di saat saya merasakan tak ada harapan, tapi Allah berikan keajaiban yang saya tak pernah jangka pun… ia memang luar biasa,” katanya.

Sementara itu dalam satu kenyataan Shuib berkata, isterinya itu kini sudah ditiarapkan bagi memudahkan paru-paru berfungsi. “Memandangkan Sarah kena jangkitan Covid-19, jadi paru-paru dia banyak terkesan. Jantung pun sudah lemah. Mungkin Sepanjang operasi mengeluarkan bayi semalam, jantung sudah bekerja banyak. “Difahamkan juga, ada sedikit darah beku di paru-paru. Doktor kata, buat masa sekarang tak boleh apa-apa lagi sebab semalam baru lepas menjalani operasi.

PERKARA YANG PALING SHUIB TAKUTI SEPANJANG TUNGGU DI RUMAH

“Setiap kali ada panggilan nombor tak dikenali masuk saya menjadi takut. Dalam masa sama saya perlu jawab sebab bimbang ia daripada doktor yang mahu mengemaskini keadaan Sarah atau berita sebaliknya,” katanya.

Siti Sarah, 37, selamat menjalani operasi bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan. Operasi berlangsung selama hampir tiga jam bermula pukul 2 petang, Jumaat.

Siti Sarah dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras pada pagi Jumaat selepas tahap oksigen dalam badan menurun dan terpaksa ditidurkan. Untuk rekod, Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu. Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus tersebut.

Sumber : MSTAR ONLINE

Shuib dedah jantung Siti Sarah dah lemah. Sekali bapa Siti Sarah tampil luahkan sesuatu buat ramai yang sebak.

Bapa kepada penyanyi dan selebriti usahawan, Siti Sarah, Raisuddin Hamzah, turut bersedih dan bimbang dengan keadaan anaknya yang kini masih belum sedar dan berada di Unit Rawatan Rapi, Hospital Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras sejak semalam.

Menurut pengurus penyanyi tersebut, Nana Mohd Rom, bagaimanapun Raisuddin meminta maaf kerana enggan ditemu bual oleh mana-mana pihak media buat masa ini. “Kami di pihak pengurusan sedia maklum akan keadaan Raisuddin yang juga tentunya sedang bersedih dengan keadaan anaknya.

“Dia ada memaklumkan tentang perkara itu kepada kami, tetapi minta semua pihak terutama media untuk menghormati keputusannya enggan ditemu bual buat masa sekarang. “Cukuplah anda semua tahu bahawa dia sebagai bapa tentunya teramat sedih dengan keadaan Sarah dan mengharapkan yang sama, agar ada perkembangan yang positif dan mahu menyaksikan Sarah sihat seperti sedia kala,”katanya.

Nana berkata demikian semasa dihubungi Utusan Malaysia petang tadi. Selain itu, menurut Nana, Raisuddin bagaimanapun mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama mendoakan kesembuhan buat anaknya termasuk mereka yang melakukan usaha bacaan Yassin buat Sarah sekeluarga.

Terdahulu, penyanyi lagu Semakin itu dilaporkan masih dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas ditidurkan ekoran oksigen dalam badannya tidak stabil. Bagaimanapun, menurut suaminya, Shuib Sepahtu menerusi satu hantaran di Instagram tadi, tahap oksigen isterinya meningkat pagi ini berbanding malam semalam.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *