Video ada wartawan yang tanya tentang anak Shuib epas tahu ibu dah tiada. Sekali ini jawapan dari Shuib buat ramai yang terkedu.

Suami Siti Saraha Raissuddin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan isterinya yang baru sahaja selamat diuruskan di Tanah Islam Kampung Pusu, Gombak, Selangor. Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad dengan suara sedikit sebak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan meluangkan masa mendoakan, membaca yaasin untuk isterinya.

Bila ditanya wartawan, bagaimana keadaan anaknya. Shuib mengatakan anak-anak belum tahu akan pemergian ibunya ini. Shuib memohon orang ramai mendoakan urusan beliau dipermudahkan bersama anak-anak selepas ini.

Video:

https://fb.watch/7gDZKVGCqx/

Ramai Yang Saksikan urusan Secara Online

Usahawan dan penyanyi, Siti Sarah Raissuddin selamat diuruskan di Tanah Islam Sungai Pusu di sini pada jam 1.37 tengah hari pada Isnin. Urusan dilakukan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Kawasan perkarangan tanah tersebut menjadi tumpuan orang ramai, media dan rakan artis yang menyaksikan perjalanan terakhir penyanyi lagu Kesetiaan itu. Siti Sarah, 36, diuruskan bersebelahan ibunya, Noor Aini Mohamad.

Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad pergi menghadap illahi di HUKM di sini awal pagi tadi setelah beberapa hari bertrng menentang Covid-19.

Penyanyi itu dimasukkan ke hospital sejak Rabu lalu akibat Covid-19 dan menghembuskan nafas terakhir jam 5.13 pagi tadi. Perkara tersebut disahkan sendiri Shuib menerusi satu muat naik di akaun Instagramnya hari ini (Isnin).

Sumber : Siakap Keli / Kosmo Online / Sinar Harian

Pemergian Sarah buat ramai yang sebak. Najib luahkan sesuatu mengenai pemergian Siti Sarah.

Penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin, 36, yang bertrng nywa sejak Rabu lalu akibat jangkitan Covid-19 pergi menghadap illahi sebentar tadi. Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu menghembuskan nafas terakhir

pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini. Rata warganet, rakan artis, dan public figure tampil mengucapkan takziah dan mendoakan Sarah.

Dr Hisham turut mengucapkan takziah kepada keluarga Shuib

Pemergian penyanyi Siti Sarah Raissudin selepas bertrng dengan COVID-19 turut mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Dalam kemas kini di media sosial, berkongsi

ucapan takziah buat keluarga Sarah, serta mereka yang lain yang turut kehilangan anggota keluarga akibat wabak itu. Takziah kepada keluarga Siti Sarah Raissuddin & kepada semua ahli keluarga rakyat Malaysia yang telah terk0rban oleh covid19. Al-fatehah

Berikut pula antara perkongsian Najib

Innalillahiwainnailaihirojiun. Satu berita yang amat mengejutkan dan menyedihkan. Saya mengikuti semua berita Covid-19. Tidak saya sangka akan ke pengakhiran begini. Remuk hati saya membaca kisah-kisah pemergian ahli keluarga tercinta melalui posting-posting di media sosial.

Saya tidak dapat bayangkan apa yang saudara-saudari semua lalui. Seorang demi seorang buat panggilan terakhir dengan keluarga, ditidurkan, kemudiannya pergi. Seorang demi seorang pergi mengejut.

Kisah Siti Sarah amat menyentuh hati. Seorang ibu yang mengandung tabahkan dan kuatkan diri melahirkan seorang bayi, sebelum pergi buat selamanya. Dijemput oleh Pencipta. Tinggalkan suami, anak-anak kecil juga.

Satu keluarga yang bahagia. Kini kehilangan ibu dan isteri. Sarah seorang yang baik dan penyayang. Takziah Shuib Sepahtu atas pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin, dan kepada seluruh ahli keluarga juga.

Tabahkan diri menghadapi dugaan ini. Sama-sama kita doakan mereka yang dijemput Allah hari ini, ampunkanlah segala dosa mereka dan tempatkan mereka di kalangan yang beriman. Al-Fatihah. Saya doakan kesembuhan buat semua yang dijangkiti Covid-19 dan segala penyakit. Semoga diberkati dan dilindungi sentiasa.

Ustazah Asma Harun juga turut mendoakan Siti Sarah

DUHAI ALMARHUMAH SITI SARAH. Jua buat semua ibu yang tabah. Walaupun sebahagian kalian telah rebah. Menjadi sebahagian sejarah musibah. Menjadi satu muhasabah buat ummah. Akhirnya taqdir ALLAH mengatasi semuanya.

Dengan seribu hikmah dariNya. Tersingkap di Dunia atau di Akhirat sana. Semoga dirimu dalam rahmat ya Esa. Allahu Akbar. Mari bersama kita mendoakan agar Almarhumah Siti Sarah dan seluruh umat Islam yang telah kembali kepada Yang Maha Pencipta mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT. 

“Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami dikembalikan.” Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, kurniakanlah kesejahteraan untuknya dan ampunkanlah dia.”

Maksudnya: “Dan muliakanlah kedatangannya, luaskanlah tempatnya. Mandikanlah dia dengan air salji lagi sejuk. Bersihkanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju putih dari kotoran.”

Maksudnya : “Ya Allah, jadikanlah kbrnya salah satu daripada taman-taman syurga-Mu. Semoga keluarga Allahyarham terus tabah dan redha menerima ketetapan Allah SWT. Mudah-mudahan kita semua bersatu kembali di syurga Allah SWT.

Moga dirimu dan semua ummat Islam yang telah kembali kepada Allah adalah dalam kalangan yang Shahid, sebagaimana sabda Nabi SAW : Maksudnya: Seorang muslim yang terbnh dikira sebagai seorang syahid,

pemergian akibat wabak taun juga dikira sebagai syahid, pemergian karena sakit perut, mti lemas dan seorang wanita yang pergi menghadap illahi kerana melahirkan anaknya dikira sebagai syahid. Hadith Riwayat Ibn Kathir: (5869)

TaqdirNya, pada 7 Februari 2020, awal tahun lepas sebelum covid, kami pernah disatukan dalam satu program Wanita Hari Ini TV3. Walaupun hanya seketika bertemu, Sarah seorang yang menghormati dan rendah diri,

perkara yang paling kerap diulang adalah bagaimana usahanya untuk menjadi isteri yang baik dan taat pada suami, beri yang terbaik buat keluarga suami dan keluarganya, dan usaha menjadi ibu yang terbaik buat anak-anaknya.

Ketika berbicara tentang Hijrahnya, Sarah mohon doa agar istiqamah menjadi wanita Muslimah Solehah yang baik. Allahu Akbar, moga Husnul Khatimah Ameen ya Rabbal Alamin. ASMA’ BINTI HARUN. 30 Zulhijjah 1442H. Hari terakhir tahun Hijrah

“Nekad pakai tudung”-Amin Idris

Berita sedih di pagi yang hening… Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali… Innalillah buat Shuib Sepahtu yang telah kehilangan isterinya &Siti Sarah Raisuddin jam 5:13 pagi tadi… Takziah juga kepada semua rakyat Malaysia yang telah kehilangan insan tersayang kerana Covid19…

Buat Sarah, terima kasih kerana persahabatan kita. Saya masih ingat perbualan kita semasa Sarah nekad nak pakai tudung suatu tika dahulu dan juga kita bekerjasama untuk program motivasi. We all gonna miss your laugh, your joy, your smile…

Sarah berada di tempat yang lebih baik

“Saya masih sedang tidur, tiba-tiba isteri saya kejutkan, “Bang, Sarah dah pergi menghadap illahi…” Terkejut dalam keadaan mamai-mamai, saya lihat isteri saya menangis. “Innalillahi wa inna ilaihi raji’un…. Sarah mana, Sayang?” soal saya. Agak blur juga saya.

“Sarah Shuib….” jawab bidadari saya. Allahu… Saya tak follow Sarah atau Shuib di media sosial, tetapi terima kasih kepada Page, portal berita dan kawan-kawan Facebook saya yang selalu update perkembangan mereka.

Dapat tahu jangkitan bermula dengan pembantu rumah mereka, kemudian Sarah yang hamil 8 bulan, Shuib dan 3 anak mereka juga disahkan dijangkiti Covid19 juga. Sarah kemudiannya dikejarkan ke hospital kerana mengalami sesak nafas,

ditidurkan, menjalani operasi melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan, kekal ditidurkan dan paras oksigen naik turun…. Sehinggalah pagi ini diberitakan pemergiannya. Saya nak kongsi saya baca pelbagai cerita berkaitan Sarah ini, mulai diceritakan oleh orang.

Keluarga bercerita Sarah bantu keluarga sejak kecil/remaja. Sanggup bangun 5 pagi bukakan kedai kemudian ke sekolah. Ustaz Nadir Al Nuri kongsi cerita Sarah beli 1 ekor lembu untuk dikorbankan di Ga2a baru-baru ini.

Dan saya yakin akan ada pelbagai cerita lagi akan diceritakan. Subhanallah beginilah perkara baik dalam kemasyarakatan, hanya benda-benda baik sahaja yang diceritakan apabila mendengar pemergian Sarah. Kekalkanlah sebegini…

Jangan pernah cerita keburukan Sarah secara publik. Tolong ye. Dan salah satu perkara penting juga adalah betapa hakikat kehidupan untuk faham bahawa bagaimana kita bermula itu tidaklah sepenting bagaimana kita berakhir.

Sarah adalah wanita yang telah berhijrah, dan seluruh Malaysia ini menjadi saksi perubahannya ke arah lebih baik. Sarah sekarang dikenali sebagai wanita bertudung yang berusaha jaga auratnya, seorang isteri yang baik, seorang ibu yang baik, seorang usahawan yang baik, pelbagai lagi, tiada orang hebahkan pun kisah-kisah lampaunya.

Subhanallah ini husnulkhotimah… Pengakhiran yang baik… Yang SEMUA orang dambakan. Saat akhir Sarah dijangkiti wabak, sakit, ditidurkan dan pergi menghadap illahi, semuanya dihujani doa-doa baik oleh ramaiiiii orang. Subhanallah, satu pemergian yang dicemburui.

Saya muhasabah diri betapa rahmat Allah adalah luas, pintu taubat senantiasa terbuka luas untuk sesiapa sahaja yang mahu jadi hamba-hambaNya yang berusaha menjadi yang dekat denganNya…. Pendosa, pemkst atau orang yang soleh/ah, semua orang ada peluang pulang kepada Allah dalam keadaan terbaik VERSI SENDIRI.

Sarah berada di tempat yang lebih baik, saya harap Raissuddin sebagai ayah bersama ibu Sarah dan keluarga, dan Shuib sebagai suami bersama anak-anak diberi ketabahan oleh Allah SWT meneruskan hidup dengan redha dan baik. Aameen.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *