Zain Saidin pula tampil mesej dengan Diva AA. Sekali ini pulak respon dari Diva AA.

Pelakon popular, Rozita Che Wan (Che Ta) baru-baru ini mencvri tumpuan apabila tampil dengan busana berwarna perak dengan labuci berkilau ketika mendapatkan suntikan dos kedua vaksin.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Che Ta secara berseloroh bimbang baju akan reput jika dibiarkan terlalu lama di dalam almari. Walau bagaimanapun, gaya glamor Che Ta itu menerima kritikan daripada pengacara, Azwan Ali. Tulisnya di Twitter, pelakon wanita itu seperti sudah buang tabiat apabila tampil berpakaian sedemikian ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Kecewa dengan bahasa kurang sopan yang dilemparkan, Che Ta sendiri tidak mengetahui mengapa Azwan Ali sanggup berkata sedemikian. Menurutnya, dalam tahun ini sahaja, mereka sudah tiga kali bertemu dan sangat mesra di antara satu sama lain. Meluahkan rasa kesal, isteri kepada Zain Saidin ini tidak menyangka rakan yang telah lama dikenalinya itu sebenarnya mempunyai masalah tanpa pengetahuannya.

Tambahnya, sepanjang bertemu menerusi beberapa program tahun ini, mereka berbual mesra, mengambil gambar selfie dan membuat panggilan video bersama-sama. Betul la kata orang. Kalau di depan mulutnya manis. Balik belakang lain bicara!

Di akhir hantaran, Che Ta menitipkan doa semoga Allah SWT memberi hidayah dan dia tidak lagi berkelakuan sedemikian. Orang ramai yang turut terkejut menasihati pelakon ini supaya bersabar sahaja dengan kerenah individu itu.

Bagaikan belum berkesudahan, Azwan Ali tampil berkongsi keratan wassap oleh suami Che Ta yang bertanyakan perkara tersebut Menurut Azwan Ali, itu merupakan bahasa rutin beliau dan mempersoalkan kenapa Che Ta sendiri tidak personal mesej dia tapi terus memuat naik ke sosial media.

Diva AA juga melahirkan rasa kesal dengan sikap Che Ta tersebut
Berikut keratan wassap yang di kongsi oleh DIVA  di akaun twitter beliau.

Terdahulu,Che Ta mendapat perhatian ramai ketika mendapatkan suntikan dos pertama vaksin apabila tampil bergaya dengan beg tangan mewah jenama Hermes Birkin yang dianggarkan bernilai hampir RM100,000. Aktres Rozita Che Wan atau Che Ta mencvri tumpuan apabila ‘melaram’ dengan busana glamour ketika mengambil suntikan vaksin Covid-19, semalam.

Menerusi perkongsian beberapa video di Instagramnyam Che Ta kelihatan cukup bergaya dengan pemakaian kaftan berwarna metalik. Malah, gabungan tas tangan serta kasut yang digayakan Che Ta menjadikan penampilan pelakon ini cukup bergaya mewah.

“Masa sekarang ni, nak simpan baju lawa lawa takut qeput (reput). Tak kisahlah duduk rumah ka, pergi vaksin ka, melaram ja lah. Takut nanti tua dekat umah ja. Harini kami pergi vaksin so ‘Outfit Of The Day’ (OOTD) dulu sat, yang penting wajib letups,” katanya.

Sementara itu menerusi ruang komen, rata-ratanya memuji penampilan Che Ta yang cukup berani terutama ketika menjalani proses suntikan vaksin. Kebanyakan mereka menganggap biarpun nampak mewah, namun ia masih menutup aurat dan sopan. Malah, rakan artis juga banyak ‘membanjiri’ ruang komen dengan memuji penampilan Che Ta.

“Amik vaccine macam nak pi amik trofi”. “Pergi vaksin pun letop Che Ta”. “Makan hati tengok baju cucuk vaksin”. “World class model, terpelanting semua,” tulis beberapa rakan artis. Sumber : Trending Sangat

Che Ta jadi marah bila kerajaan buat pkpd di Selangor dan Kl. Tak boleh berdiam sekali sampai macam ni sekali Che Ta marah.

PETALING JAYA – Pelaksa­naan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur bermula hari ini mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai seolah-olah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak sebulan lalu gagal.

Tidak terkecuali, selebriti versatil, Rozita Che Wan, 48, yang turut mengulas mengenai perkara sama selepas sekian lama berdiam diri. Ujar pelakon yang dikenali sebagai Che Ta itu, dia benar-benar bingung dan keccewa dengan keputusan kerajaan yang seolah-olah baru hendak bertindak sedangkan rata-rata rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“PKPD ni untuk siapa sebenarnya? Untuk orang yang patuh SOP duduk di rumah atau kilang yang masih beroperasi (sepanjang PKP)?” soalnya menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagramnya.

Persoalan dilontarkan ibu kepada tiga cahaya mata itu merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari yang mengakui 80 peratus kluster kilang sebagai punca pe­ningkatan kes di Selangor.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan warganet menyokong ke­nyataan yang dikeluarkan isteri pelakon Zain Saidin itu. “Kami sokong Che Ta. Padahal kerajaan boleh sahaja tutup kilang buat sementara waktu. Ekonomi yang diutamakan bukan nyawa dan nasib rakyat.

“Sepatutnya dari awal lagi mereka (kerajaan) dah tutup kilang. Orang dah benak duduk terperap dalam rumah, kena kurung berbulan-bulan,” tulis seorang pengikutnya. Selain Che Ta, beberapa selebriti lain turut tidak bersetuju dengan keputusan yang dianggap ‘kurang bijak’ itu termasuk Nad Zainal, Sharifah Shahirah, Ashraf Muslim, Datuk Fizz Fairuz, Sheila Rusly dan Azhan Rani.

Kelmarin, kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan PKPD di Kuala Lumpur dan Selangor bagi tempoh dua ming­gu bermula sehingga 16 Julai ini. Ia berikutan dua negeri tersebut merupakan penyumbang terbesar pertambahan kes harian dan menunjukkan trend jangkitan yang tinggi.

Pelaksanaan PKPD itu bagaimanapun disifatkan melencong daripada realiti memandangkan pe­nyumbang kes Covid-19 dikatakan berpunca daripada kilang yang masih beroperasi. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber: K! ONLINE via TTK

Terkini Terengganu benarkan solat jumaat solat aidiladha dan ibadah korban sebab kes covid terkawal.

Bermula hari esok, negeri Terengganu membenarkan pelaksanaan solat Jumaat di masjid serta surau dengan bilangan jemaah seramai 40 orang sahaja. Memetik laporan Astro Awani, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Osman Muda berkata, jumlah itu tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid dan surau tersebut.

“Kebenaran ini diberi setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berdasarkan situasi semasa COVID-19 namun mestilah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Begitu juga dengan solat sunat Aidiladha tidak lama lagi, syaratnya sama seperti pelaksanaan solat Jumaat. Kesemua 40 jemaahnya mestilah lelaki, ahli kariah yang bermastautin kecuali individu yang mendapat kebenaran khas dari Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Solat fardhu berjemaah masih dihadkan 12 orang

Sementara itu, bagi solat fardhu secara berjemaah di masjid dan surau pula, bilangan jemaah yang dihadkan masih kekal 12 orang. Selain itu, semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau masih tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran MAIDAM.

K0rban dan akikah dibenarkan bersyarat

Dalam pada itu, Osman berkata, pelaksanaan ibadah korban dan akikah adalah dibenarkan di rumah penyembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu (JPV) atau rumah penymblihan ruminan swasta yang dilesenkan JPV, perkarangan masjid, surau dan di kawasan lapang seperti padang dengan kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Jumlah haiwan korban dihadkan kepada 5 ekor haiwan sahaja sehari di sesuatu kawasan kecuali di rumah penymblihan yang dibenarkan manakala jumlah petugas perlulah tidak melebihi 10 orang. Untuk rekod, Terengganu dikategorikan antara negeri yang mempunyai kes positif COVID-19 terendah di Malaysia dengan bilangan sebanyak 50 kes, pada hari ini. Sumber: Astro Awani

Lepas Hospital Sg Buloh kali ni Hospital Ampang pula dijadikan Hospital khusus untuk covid 19 di Selangor. Rupanya ini punca.

Meskipun selepas 3 minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan, kes harian masih 4 angka dan tidak menunjukkan penurunan yang banyak. Makin membimbangkan lagi apabila Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi terus meningkat sekali gus membuatkan kadar penggunaan katil untuk merawat pesakit Covid-19 melebihi 100 peratus.

Terbaru, Hospital Ampang dilaporkan telah diubah menjadi hospital khusus Covid-19 berkuat kuasa semalam, 23 Jun dan menjadikan ia hospital Covid-19 penuh yang kedua di Selangor selepas Hospital Sungai Buloh.

Menurut Malaysiakini, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah memutuskan untuk menukar status hospital itu daripada Hospital Hybrid Covid-19 kepada Hospital Covid-19 bermula serta merta semalam.

Pengarah Kesihatan Selangor Sha’ari Ngadiman berkata, “Keputusan ini diambil berikutan peningkatan kes harian Covid-19 yang tinggi terutamanya yang melibatkan pesakit kategori 3 dan ke atas secara berterusan di Zon Wilayah Tengah.”

Jumlah kes harian yang tinggi di Selangor menyebabkan purata penggunaan katil hospital sedia ada melebihi tahap maksimum. Keadaan itu turut menyebabkan pusat kuarantin berisiko rendah MAEPS sukar untuk merujuk pesakit yang memerlukan rawatan di hospital.

Dengan penukaran status Hospital Ampang itu, kini semua rujukan pesakit bukan Covid-19 dari kemudahan lain ke hospital berkenaan harus dihentikan buat sementara waktu. Sebelum ini, Hospital Sungai Buloh terlebih dahulu dijadikan hospital khusus Covid-19 utama di Selangor pada bulan Mac 2020, ketika awal penularan wabak ini.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *