Boleh pula Diva AA kritik Che Ta gara gara pakaian ke PPV. Sekali Che Ta tampil balas balik apa yang Diva AA kata.

‘Orang macam hang patut tanam hidup-hidup’

Nama selebriti terkenal, Rozita Che Wan, 49, sekali lagi meledak dan menjadi bualan warganet dalam media sosial selepas dia bertindak membalas kata-kata kesat yang dilemparkan oleh pengacara popular Azwan Ali semalam. Tidak berdiam diri apabila dilemparkan kata-kata kesat, Rozita atau lebih popular sebagai Che Ta menerusi tangkap layar InstaStory yang tular dalam Twitter berkata Azwan tidak sepatutnya mempertikaikan busana yang dipakainya.

“Tak payahlah melalak pasal akulah. Aku nak pakai apa pun, bukan guna duit mak bapa dan keturunan hang,” tulis kakak kepada aktres Ayu Raudhah itu. Dalam hantaran sama, Che Ta berkata individu seperti Azwan tidak sepatutnya masih ada lagi di muka bumi.

“Rakyat macam hang patut (kamboih) tanam hidup-hidup. Buat semak bumi,” tulisnya lagi. Meninjau dalam Twitter, rata-rata berpendapat Azwan sepatutnya tidak sepatutnya menganggu individu lain sehingga boleh menganggu hubungan persahabatannya dengan Che Ta. Semua orang dia nak kacau, padan muka kena sembur dengan Che Ta. Che Ta 1, Azwan 0,” tulis warganet.

Kosmo! hari ini melaporkan Che Ta tiba-tiba menjadi individu kritikan seorang pengacara yang terkenal dengan mulut pu4kanya hanya kerana bertindak melaram ketika hadir menerima suntikan vaksin baru-baru ini. Sumber – K! ONLINE

Takut baju akan reput. Che Ta sempat melaram semata mata nak pergi vksin.

Sebut saja nama pelakon cantik Rozita Che Wan, pasti ramai tahu fesyen dan gaya penampilannya sering diperk4takan. Malah ramai wanita diluar sana mengagumi Che Ta yang tetap nampak muda meskipun usia hampir mencecah 50 tahun. Jika sebelum ini Che Ta menggayakan beg mewah jenama Hermes Birkin ketika v4ksin pertama, untuk suntikan kali kedua kali ini pelakon itu tampil dengan busana glamor.

Menerusi satu video dikongsikan di Instagram, Che Ta menggayakan persalinan jubah berwarna perak dengan perincian labuci berkilauan sambil membawa beg tangan dengan warna senada.

Che Ta berkata dia teruja untuk keluar mendapatkan v4ksin d0s kedua itu dan melaram busana serba mewah itu kerana bimb4ng baju-bajunya akan repvt jika disimpan terlalu lama.

“Hari ini pergi v4ksin sekejap. Yang penting wajib ‘melet0p’. Masa sekarang ini, nak simpan baju lawa-lawa takut repvt. Tak kisahlah duduk rumah ke, pergi v4ksin ke, melaram sahajalah. Tak tahu bila lagi boleh melawa. Takut nanti tua dekat rumah sahaja,” tulisnya.

Jika sebelum ini Che Ta menjamu petugas barisan hadapan dengan kek lapis pandan cheese hasil air tangannya sendiri, kali ini memberikan petugas barisan hadapan tudung bawal, kek lapis pandan cheese dan minyak wangi jenamanya.

Komen Warganet

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral Sumber : Rotikaya

Che Ta jadi marah bila kerajaan buat pkpd di Selangor dan Kl. Tak boleh berdiam sekali sampai macam ni sekali Che Ta marah.

PETALING JAYA – Pelaksa­naan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur bermula hari ini mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai seolah-olah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak sebulan lalu gagal.

Tidak terkecuali, selebriti versatil, Rozita Che Wan, 48, yang turut mengulas mengenai perkara sama selepas sekian lama berdiam diri. Ujar pelakon yang dikenali sebagai Che Ta itu, dia benar-benar bingung dan keccewa dengan keputusan kerajaan yang seolah-olah baru hendak bertindak sedangkan rata-rata rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“PKPD ni untuk siapa sebenarnya? Untuk orang yang patuh SOP duduk di rumah atau kilang yang masih beroperasi (sepanjang PKP)?” soalnya menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagramnya.

Persoalan dilontarkan ibu kepada tiga cahaya mata itu merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari yang mengakui 80 peratus kluster kilang sebagai punca pe­ningkatan kes di Selangor.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan warganet menyokong ke­nyataan yang dikeluarkan isteri pelakon Zain Saidin itu. “Kami sokong Che Ta. Padahal kerajaan boleh sahaja tutup kilang buat sementara waktu. Ekonomi yang diutamakan bukan nyawa dan nasib rakyat.

“Sepatutnya dari awal lagi mereka (kerajaan) dah tutup kilang. Orang dah benak duduk terperap dalam rumah, kena kurung berbulan-bulan,” tulis seorang pengikutnya. Selain Che Ta, beberapa selebriti lain turut tidak bersetuju dengan keputusan yang dianggap ‘kurang bijak’ itu termasuk Nad Zainal, Sharifah Shahirah, Ashraf Muslim, Datuk Fizz Fairuz, Sheila Rusly dan Azhan Rani.

Kelmarin, kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan PKPD di Kuala Lumpur dan Selangor bagi tempoh dua ming­gu bermula sehingga 16 Julai ini. Ia berikutan dua negeri tersebut merupakan penyumbang terbesar pertambahan kes harian dan menunjukkan trend jangkitan yang tinggi.

Pelaksanaan PKPD itu bagaimanapun disifatkan melencong daripada realiti memandangkan pe­nyumbang kes Covid-19 dikatakan berpunca daripada kilang yang masih beroperasi. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber: K! ONLINE via TTK

Terkini Terengganu benarkan solat jumaat solat aidiladha dan ibadah korban sebab kes covid terkawal.

Bermula hari esok, negeri Terengganu membenarkan pelaksanaan solat Jumaat di masjid serta surau dengan bilangan jemaah seramai 40 orang sahaja. Memetik laporan Astro Awani, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Osman Muda berkata, jumlah itu tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid dan surau tersebut.

“Kebenaran ini diberi setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berdasarkan situasi semasa COVID-19 namun mestilah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Begitu juga dengan solat sunat Aidiladha tidak lama lagi, syaratnya sama seperti pelaksanaan solat Jumaat. Kesemua 40 jemaahnya mestilah lelaki, ahli kariah yang bermastautin kecuali individu yang mendapat kebenaran khas dari Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Solat fardhu berjemaah masih dihadkan 12 orang

Sementara itu, bagi solat fardhu secara berjemaah di masjid dan surau pula, bilangan jemaah yang dihadkan masih kekal 12 orang. Selain itu, semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau masih tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran MAIDAM.

Korban dan akikah dibenarkan bersyarat

Dalam pada itu, Osman berkata, pelaksanaan ibadah korban dan akikah adalah dibenarkan di rumah penyembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu (JPV) atau rumah penymblihan ruminan swasta yang dilesenkan JPV, perkarangan masjid, surau dan di kawasan lapang seperti padang dengan kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Jumlah haiwan korban dihadkan kepada 5 ekor haiwan sahaja sehari di sesuatu kawasan kecuali di rumah penymblihan yang dibenarkan manakala jumlah petugas perlulah tidak melebihi 10 orang. Untuk rekod, Terengganu dikategorikan antara negeri yang mempunyai kes positif COVID-19 terendah di Malaysia dengan bilangan sebanyak 50 kes, pada hari ini.

Sumber: Astro Awani

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *