Azizulhasni Awang hadiahkan pingat perak. Namun ini jumlah wang tunai yang bakal Azizul terima.

Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang menepati sasaran apabila menghadiahkan pingat untuk Malaysia menerusi kilauan perak dalam acara keirin di Sukan Olimpik 2020, sebentar tadi. Saingan di Velodrom Izu, Shizuoka menyaksikan Jason Kenny mempertahankan emas selepas bijak menggunakan teknik senko iaitu serangan awal.

Biarpun pelumba Great Britain itu melebarkan jarak dalam saingan tersebut, namun Azizulhasni yang juga Raja Keirin 2017 berupaya mendekatinya dan menamatkan saingan 0.763 saat di belakang Kenny. Gangsa diraih pemenang dua emas Olimpik Tokyo, Harrie Lavreysen dari Belanda selepas ketinggalan 0.773s di belakang Kenny.

Malaysia menutup tirai Olimpik Tokyo dengan 1 perak selain 1 gangsa, yang diraih menerusi beregu lekaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik. Tamatnya aksi keirin sebentar tadi bermakna, Malaysia masih belum berjaya membawa bawa pulang emas yang dinanti-nantikan di pentas Olimpik.

Sebelum itu MaIaysia meletakkan sasaran tiga pingat menerusi badminton, terjun dan berbasikal trek dalam edisi kali ini, dengan salah satu daripadanya adalah emas. Bagaimanapun kita harus berasa bangga dengan pencapaian atlit Malaysia meskipun masih kempunan untuk membawa pulang pingat emas pertama dalam temasya Olimpik.

Berapakah imbuhan diterima kalau menang pingat di Olimpik? Pertama sekali pihak editor nak ucapkan tahniah kepada Datuk Azizulhasni Awang sebab menang perak di sukan Olimpik Tokyo 2020. Pasti ramai tak sangka mereka bakal mendapat imbuhan sebanyak RM300 ribu dan pencen seumur hidup lagi!

Namun adakah betul reward untuk ahli sukan memang banyak macam ni? Merujuk kepada laman web Majlis Sukan Negara yang menyenaraikan skim insentif bagi semua sukan yang Malaysia sertai, daripada sukan SEA sampailah ke Olimpik.

Menang pingat Gangsa dapat RM100 ribu, Perak RM300 ribu, kalau pingat emas? Kami terkejut juga bila dapat tau, ganjarannya adalah RM 1 JUTA!! Skim insentif ni dipanggil sebagai Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) yang telah ditubuhkan pada 1986.

Ia terbahagi kepada Kumpulan A dan Kumpulan B. Kumpulan A adalah untuk acara sukan terbesar seperti Sukan Olimpik (A1), Sukan Komanvel (A2) dan Sukan SEA (A3). Kumpulan B pula adalah untuk acara yang ada satu sukan je. Contohnya macam Thomas Cup dan FIFA World Cup. Hadiah kemenangan untuk setiap kategori adalah berlainan ikut kumpulan.

Individu: Emas – RM1 juta Perak – RM3OO ribu (Datuk Azizulhasni Awang menang yang ni lah) Gangsaa – RM1OO ribu

Kumpulan (kurang dari 5 orang dalam satu team): Emas – RM1 Juta setiap team Perak – RM3OO ribu setiap team Gangsa – RM1OO ribu setiap team

Kumpulan yang melebihi 5 orang dalam satu team: Emas – RM150 ribu setiap ahli. Perak – RM40 ribu setiap ahli. Gangsa – RM20 ribu setiap ahli

Setakat ni Malaysia tak menang pingat emas lagi tapi kita berjaya sapu empat Perak dan tiga Gangsa untuk acara terjun dan badminton pada Olimpik 2016, manakala satu gangsa pada Olimpik Tokyo 2020. Hadiah kemenangan semua sukan sama, tiada double standard. Yang beza adalah ikut kategori je iaitu individu dan berkumpulan. Selain daripada tu, sukan paralimpik juga dapat insentif yang sama.

Insentif ni diberi nama Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO). Ditubuhkan pada 2006, SITO menjanjikan duit pencen sepanjang hayat. Setiap pingat dapat duit pencen yang berbeza: Untuk setiap atlit: Emas – RM5OOOsebulan. Perak – RM3OOO sebulan (mungkin Datuk Azizulhasni layak dapat ini) Gangsa – RM2OOO sebulan

Skim Insentif Sukan Olimpik (SISO) menjanjikan duit elaun sebanyak RM2OOO sebulan. Duit elaun ni pula diberi kepada atlit yang layak ke sukan Olimpik sahaja. Bagaimanapun apa yang dilampirkan di atas cuma anggaran sahaja, barangkali Datuk Azizulhasni bakal mendapat lebih imbuhan sebaik pulang ke Malaysia. Kerajaan negeri Terengganu pula takkan tak bagi apa-apa, yer dokk?? Sumber:asiakini, thebolalive, aka sohor

Ini respon dari Perdana Menteri lepas tular Datuk Azizulhasni Awang menangis masa live tadi.

Pemenang pingat Perak acara keirin di sukan Olimpik Tokyo 2020, Datuk Azizulhasni Awang menyampaikan dan menerima khabar yang mengejutkan sebaik merangkul kilaun yang sangat didambakan tersebut. Sambil menangis, Azizulhasni membuka rahsia bahawa ayahnya, mengalami midl st.roke dan telah dimasukkan ke hospital saat dirinya berangkat ke Jepun untuk mengharumkan nama negara.

“Sewaktu berlumba saya teringat anak, isteri, mak dan ayah di kampung. Ayah saya berada di hospital. Ayah sakit, kena mild str0ke. Tapi adik beradik minta saya fokus dengan perlumbaan ini. Tak mudah buat saya. Saya perlu fikir negara,” luah atlet yang digelar The Pocket Rocket Man ini.

Biarpun sempat menyampaikan khabar dvka, Azizulhasni telah dikejutkan dengan berita gembira apabila wartawan Astro Arena, Bazly Azmi yang diamanahkan menyimpan rahsia besar daripada isteri pelumba itu memaklumkan beliau bakal bergelar seorang ayah. Isteri Azizulhasni, Athiah Ilyana yang berada di Melbourne, Australia, kini hamil anak ketiga mereka.

“Saya simpan ini, Tya hamil anak ketiga,” ujar Bazly. Mendengarkan khabar gembira itu, Azizulhasni secara spontan dilihat melakukan sujud syukur. “Alhamdulillah, Alhamdulillah. Saya tak sabar nak pulang bertemu anak anak dan isteri. Hari hari anak anak tanya bila saya nak balik,” kata Azizul yang sudah dikurniakan dua anak perempuan iaitu Amna Maryam, 8 dan Amna Khadeeja, 5.

Terdahulu, Azizulhasni yang berulang kali meminta maaf kepada keluarga dan seluruh rakyat Malaysia kerana tidak dapat membawa pulang pingat emas dalam acara kegemarannya itu.

“Saya asyik teringat anak anak, isteri, mak dan ayah. Saya tinggalkan mak ayah dari saya umur 15 tahun di kampung seorang diri untuk negara. Saya harap mereka tak kecewa dengan result saya hari ini, untuk rakyat Malyasia dan sukan negara,” katanya. Untuk rekod, Azizulhasni telah memenangi pingat gangsa dalam acara sama di temasya Olimpik Rio yang lalu.

Kata Kata Dari Perdana Menteri

Tahniah buat jaguh trek berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang kerana menghadiahkan pingat perak buat Malaysia menerusi acara Keirin basikal trek, Sukan Olimpik Tokyo, sebentar tadi. Kejayaan ini tentunya menambahkan keceriaan buat kontinjen negara sebelum temasya sukan tersohor ini melabuhkan tirainya. Biar apa pun warnanya, kilauan pingat yang dikutip di pentas sukan terbesar ini tentunya memberi makna cukup signifikan buat anda dan juga negara apabila melihat Jalur Gemilang dinaikkan.

Seluruh rakyat Malaysia pastinya amat berbangga dengan aksi dan semangat tidak mudah mengalah yang anda tunjukkan. Saya turut merasa sayu melihat tangisan kemenangan sebentar tadi. Kami di Malaysia amat memahami perasaan serta kesukaran yang anda lalui sepanjang temasya ini.

Terima kasih saya ucapkan atas segala peng0rbanan anda demi negara. Syabas juga kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Datuk Seri Reezal Merican, barisan kejurulatihan dan seluruh kontinjen Malaysia atas kejayaan ini. Kepada Muhammad Shah Firdaus Sahrom pula, saya ingin katakan yang kegagalan mengiringi Azizulhasni ke peringkat akhir tidak seharusnya mematahkan semangat anda.

Iltizam dan semangat ‘Demi Malaysia’ yang dipamerkan apabila sanggup mengetepikan kesakitan yang dialami semasa di peringkat saringan dan suku akhir dengan sendirinya membuktikan anda adalah wira yang perlu disanjungi. Terima kasih Shah Firdaus. Sumber : Online Malaya

Azizulhasni Awang menangis lepas peroleh kalung pingat perak. Lebih mengejutkan terima berita ini pula dari isteri.

Pingat perak yang diperoleh oleh atlet berbasikal negara, Dato’ Azizulhasni Awang sebentar tadi dalam acara keirin sememangnya penuh debaran susulan kem negara masih mengharapkan kilauan pingat pada hari terakhir Olimpik Tokyo. Walaupun gagal menyaingi kemaraan atlet dari Great Britain, Dato’ Azizulhasni masih lagi mampu menghadiahkan kegembiraan buat rakyat Malaysia diatas kejayaannya naik ke podium trek hari ini.

Harungi dugaan demi negara

Namun begitu, sesi temubual media bersama pemenang pingat tersebut sangat mengharukan apabila Azizulhasni menangis ketika menyentuh perihal ahli keluarga dan rakyat Malaysia dan ia dimuat naik semula oleh warganet di Twitter. Saat Datuk @azizulAWANG menerima perkhabaran gembira dari @bazlyazmi. Masuk habuk pula mata ni.#SokongMalaysia #GanbatteMalaysia pic.twitter.com/7jh5nJp8sn

Video :

https://twitter.com/ASTROARENA/status/1424215192053829636?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1424215192053829636%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fohmymedia.cc%2Fterima-berita-isteri-hamil-anak-ketiga-azizulhasni-menangis-lepas-kalung-pingat-perak%2F

Anak2 kerap tanya bila nak baik

Menurutnya, anak-anaknya kerap kali menelefon bertanyakan bila mahu pulang bertemu keluarga selepas beberapa waktu berjauhan. Beliau juga memaklumkan yang bapanya berada dalam keadaan kurang sihat dan belum berpeluang bertemu dengannya. “Hari-hari anak saya call, bila nak balik. Saya kata sekejap lagi, sekejap lagi. Dah nak habis dah,”  katanya sebak.

Wajah keluarga di mata ketika berlumba

Azizulhasni memaklumkan apa yang dilakukan adalah demi ahli keluarganya dan seluruh rakyat Malaysia. Ketika berlumba juga, apa yang ada dalam fikirannya adalah wajah anak-anak, isteri serta kedua orang tua yang jauh diperantuan.

Beliau juga mengakui bahawa apa yang dilakukan ketika ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana tiada pilihan untuk berjuang mengharumkan nama negara.

Berita gembira isteri hamil

Namun, apa yang lagi menyebakkan adalah apabila wartawan memaklumkan yang Azizulhasni bakal menimang cahaya mata ketiga dan beliau terus meluahkan rasa syukur dan sujud selepas mendapat perkhabaran begitu gembira itu.

Pastinya perkhabaran tersebut sangat menggembirakan dan beliau seakan tidak percaya sehingga kembali menitiskan air mata. Syabas dan tahniah buat Dato’ Mohd Azizulhasni Awang atas kemenangan ini. Sumber: Twitter Astro Arena

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *