Azizulhasni Awang menangis lepas peroleh kalung pingat perak. Lebih mengejutkan terima berita ini pula dari isteri.

Pingat perak yang diperoleh oleh atlet berbasikal negara, Dato’ Azizulhasni Awang sebentar tadi dalam acara keirin sememangnya penuh debaran susulan kem negara masih mengharapkan kilauan pingat pada hari terakhir Olimpik Tokyo. Walaupun gagal menyaingi kemaraan atlet dari Great Britain, Dato’ Azizulhasni masih lagi mampu menghadiahkan kegembiraan buat rakyat Malaysia diatas kejayaannya naik ke podium trek hari ini.

Harungi dugaan demi negara

Namun begitu, sesi temubual media bersama pemenang pingat tersebut sangat mengharukan apabila Azizulhasni menangis ketika menyentuh perihal ahli keluarga dan rakyat Malaysia dan ia dimuat naik semula oleh warganet di Twitter. Saat Datuk @azizulAWANG menerima perkhabaran gembira dari @bazlyazmi. Masuk habuk pula mata ni.#SokongMalaysia #GanbatteMalaysia pic.twitter.com/7jh5nJp8sn

Video :

https://twitter.com/ASTROARENA/status/1424215192053829636?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1424215192053829636%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fohmymedia.cc%2Fterima-berita-isteri-hamil-anak-ketiga-azizulhasni-menangis-lepas-kalung-pingat-perak%2F

Anak2 kerap tanya bila nak baik

Menurutnya, anak-anaknya kerap kali menelefon bertanyakan bila mahu pulang bertemu keluarga selepas beberapa waktu berjauhan. Beliau juga memaklumkan yang bapanya berada dalam keadaan kurang sihat dan belum berpeluang bertemu dengannya. “Hari-hari anak saya call, bila nak balik. Saya kata sekejap lagi, sekejap lagi. Dah nak habis dah,”  katanya sebak.

Wajah keluarga di mata ketika berlumba

Azizulhasni memaklumkan apa yang dilakukan adalah demi ahli keluarganya dan seluruh rakyat Malaysia. Ketika berlumba juga, apa yang ada dalam fikirannya adalah wajah anak-anak, isteri serta kedua orang tua yang jauh diperantuan.

Beliau juga mengakui bahawa apa yang dilakukan ketika ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana tiada pilihan untuk berjuang mengharumkan nama negara.

Berita gembira isteri hamil

Namun, apa yang lagi menyebakkan adalah apabila wartawan memaklumkan yang Azizulhasni bakal menimang cahaya mata ketiga dan beliau terus meluahkan rasa syukur dan sujud selepas mendapat perkhabaran begitu gembira itu.

Pastinya perkhabaran tersebut sangat menggembirakan dan beliau seakan tidak percaya sehingga kembali menitiskan air mata. Syabas dan tahniah buat Dato’ Mohd Azizulhasni Awang atas kemenangan ini. Sumber: Twitter Astro Arena

Rupanya pingat olimpik 2020 diperbuat daripada elektronik kitar semula. Ketahuilah ini fakta menarik pasal pingat tu yang ramai tak tahu.

Akhirnya, satu per tiga sasaran pingat di Sukan Olimpik berjaya direalisasikan selepas beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang memperoleh gangsa dalam aksi penentuan tempat ketiga, sebentar tadi.

Dalam aksi hampir satu jam di Musashino Forest Sport Plaza, beregu No. 1 negara itu menundukkan Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia dengan keputusan 17-21, 21-17, 21-14. Kemnangan tersebut membolehkan Aaron Chia-Wooi Yik menokok kepada dua kemenangan sepanjang sembilan pertemuan dengan ‘The Dadies’.

Kjayaan itu juga menyaksikan beregu No. 9 dunia itu meneruskan legasi sukan badminton negara untuk membawa pulang pingat sejak 2008. MaIaysia meletakkan sasaran tiga pingat menerusi badminton, terjun dan berbasikal trek dalam edisi kali ini, dengan salah satu daripadanya adalah emas.

Terdahulu, Aaron Chia-Wooi Yik melakar kejutan mara ke separuh akhir apabila mengatasi beregu No. 1 dunia Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon dari Indonesia menerusi kemenangan 21-14, 21-17.

Berapa sebenarnya harga pingat Olimpik?

Pingat Olimpik dan Paralimpik merupakan salah satu daripada perkara ikonik dalam kejuaraan di seluruh dunia dengan keunikan tersendiri hasil daripada sentuhan negara tuan rumah. Mungkin kerana nilainya yang tiada tandingan kepada atlet, ada yang tertanya-tanya berapa sebenarnya harga pingat Olimpik yang direbut atlet dari seluruh dunia ini?

Jadi Rebutan Ribuan Atlet Seluruh Dunia, Ini Harga Sebenar Pingat Olimpik 2020 1

Pingat emas: Dengan kandungan 550 gram perak dan 6 gram lapisan emas masing-masing bernilai USD466 dan USD353, membawa kepada nilai sebenar pingat berkenaan ialah USD820 atau jika dalam Ringgit Malaysia berjumlah sekitar RM3,460.

Pingat perak: Untuk pingat perak, ia mengandungi 550 gram logam yang mana jika dileburkan membawa kepada nilai USD425 iaitu sekitar RM1,751.

Pingat gangsa: Pingat gangsa pula diperbuat daripada aloi tembaga dan zink seberat 450 gram, yang mana masing-masing bernilai kurang daripada USD7 atau pun sekitar RM29.

Olimpik Tokyo 2020

Walaupun ada yang mengatakan menggunakan semula logam setelah menjadi pingat, ia sudah menjadi tradisi sejak sedekad yang lalu untuk memasukkan bahan kitar semula dalam pingat Olimpik. Di Tokyo, 100% logam dalam pingat telah dikitar semula.

Antara 2017 hingga 2019, rakyat Jepun telah menyumbangkan alat elektronik lama yang mempunyai logam berharga yang diekstrak daripadanya. Dan secara keseluruhan, kerajaan Jepun berjaya mengumpulkan beberapa juta tan peralatan, dan mengambil 32kg emas, 3,500kg perak dan 2,200kg tembaga dan zink untuk pingat gangsa.

Terdahulu dalam beberapa perkara berbeza yang diperkenalkan menerusi Olimpik 2020 ini, satu daripadanya paling menjadi tumpuan iaitu katil atlet Olimpik diperbuat daripada kadbod. Rangka katil untuk para atlet Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung antara 24 Julai dan 9 Ogos depan akan diperbuat daripada kadbod yang dikitar semula.

Tilam untuk katil itu pula adalah dalam bentuk politilena yang akan digunakan semula untuk produk plastik selepas temasya sukan tersebut berlangsung. Tahukah sahabat sahabat semua bahawa medal olimpik 2020 Tokyo ini diperbuat dari barangan elektronik Kitar semula.

Japan melancarkan 2020 Medal Project sejak 2 tahun yang lalu. Sebanyak 78,985 tonne barangan elektronik seperti handphone dan laptop. Kerana dalam komponen peralatan tersebut mempunyai logam seperti emas, perak dan gangsa.

Respek betul, dengan dia orang ini.. Inilah yang dikatakan.. Penjimatan dan bijak.. Bagusnya negara Japan ini. Ini Jumlah Wang Tunai Bakal Diterima Aaron Chia Dan Soh Wooi Yik Selepas Menang Gangsa Olimpik Tokyo

Pasti ramai tak sangka mereka bakal mendapat imbuhan sebanyak RM100 ribu dan pencen seumur hidup lagi! Namun adakah betul reward untuk ahli sukan memang banyak macam ni? Merujuk kepada laman web Majlis Sukan Negara yang menyenaraikan skim insentif bagi semua sukan yang Malaysia sertai, daripada sukan SEA sampailah ke Olimpik.

Menang pingat Gangsa dapat RM100 ribu, Perak RM300 ribu, kalau pingat emas? Kami terkejut juga bila dapat tau, ganjarannya adalah RM 1 JUTA!! Skim insentif ni dipanggil sebagai Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) yang telah ditubuhkan pada 1986.

Ia terbahagi kepada Kumpulan A dan Kumpulan B. Kumpulan A adalah untuk acara sukan terbesar seperti Sukan Olimpik (A1), Sukan Komanvel (A2) dan Sukan SEA (A3). Kumpulan B pula adalah untuk acara yang ada satu sukan je. Contohnya macam Thomas Cup dan FIFA World Cup. Hadiah kemenangan untuk setiap kategori adalah berlainan ikut kumpulan.

Individu: Emas – RM1 juta, Perak – RM3OO ribu, Gangsaa – RM1OO ribu. Kumpulan (kurang dari 5 orang dalam satu team): Emas – RM1 Juta setiap team, Perak – RM3OO ribu setiap team, Gangsa – RM1OO ribu setiap team (Aaron Chia dan Wooi Yik menang yang ni lah)

Kumpulan yang melebihi 5 orang dalam satu team: Emas – RM150 ribu setiap ahli, Perak – RM40 ribu setiap ahli, Gangsa – RM20 ribu setiap ahli. Setakat ni Malaysia tak menang pingat emas lagi tapi kita berjaya sapu empat Perak dan tiga Gangsa untuk acara terjun dan badminton pada Olimpik 2016.

Hadiah kemenangan semua sukan sama, tiada double standard. Yang beza adalah ikut kategori je iaitu individu dan berkumpulan. Selain daripada tu, sukan paralimpik juga dapat insentif yang sama. Insentif ni diberi nama Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO). Ditubuhkan pada 2006, SITO menjanjikan duit pencen sepanjang hayat. Setiap pingat dapat duit pencen yang berbeza:

Untuk setiap atlit: Emas – RM5OOOsebulan, Perak – RM3OOO sebulan, Gangsa – RM2OOO sebulan. Skim Insentif Sukan Olimpik (SISO) menjanjikan duit elaun sebanyak RM2OOO sebulan. Duit elaun ni pula diberi kepada atlit yang layak ke sukan Olimpik sahaja.

Sumber: utusan dan soscili, https://odisi.my/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *