Imbas kembali ayat Siti Sarah waktu perkenalannya dengan Shuib. Ramai terharu Sarah sanggup buat macam ni walaupun ramai yang pelik.

Terkini dalam halaman media sosial, nama Shuib dan Siti Sarah sering menjadi perhatian warganet yang ingin mengambil tahu mengenai status kesihatan Siti Sarah. Lebih lebih lagi Siti Sarah yang baru sahaja melahirkan zuriat dan difahamkan semua berada dalam keadaan yang stabil. Namun, Shuib tidak putus putus meminta warganet, masyarakat agar sentiasa mendoakan kesejahteraan pada isteri nya yang tercinta agar pulih seperti sedia kala.

Terdahulu penyanyi Siti Sarah Raisuddin, pernah juga mencuri perhatian warganet apabila berkongsi detik perkenalannya sebelum mengambil keputusan berkahwin dengan Shuib.

“Kita kenal tak lama sekejap je dah nikah. Itulah jodoh. Masa nak nikah tu, I ingat lagi, you job pun tak berapa nak ada. Kadang-kadang risau juga. Tapi you bukan lelaki yang jenis tunggu job. Ada saja benda yang you nak buat untuk dapatkan rezeki. Ingat lagi, you sanggup kerja jual ayam percik di bazar ramadan. Masa itu ramai yang cakap, Kenapa dia? Takkan kau nak kahwin dengan Shuib??. Terus terang I tak ada jawapan untuk soalan itu. Cuma jawab dalam hati sajalah. Yang tahu (kenal) Shuib itu aku saja. Sampai ada yang kata Shuib pakai ilmu guna-guna. Sekarang, syukur Alhamdulillah, berkat hasil usaha you. Orang macam you ni, In Sya Allah rezeki banyak. Kerja tak mengelat, tak pandai curi tulang, tak suka burukkan orang, buat kerja bersungguh-sungguh, kalau tak tahu akan ambil tahu. You juga akan berkongsi rezeki dengan keluarga (tak kedekut). Semoga perkawinan kita ini diberkati, dirahmati dan dipermudahkan. Setiap perkahwinan itu pasti ada dugaan tetapi saya sangat bersyukur kerana terlalu ramai yang mendoakan kami. Syukur, syukur, syukur dan terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kamu semua,” tulisnya.

Rata-rata warganet yang membaca entri tersebut mengakui sebak dan mendoakan agar jodoh mereka berpanjangan.

meyabellaperfume: “Nak menangis la baca. Alhamdulillah, moga jodoh korang kekal ke jannah, suka tengok orang humble dan tak pilih bulu ni. Tahniah again kerana dapat pasangan yang baik.. Itulah rezki. iamroseahmad: “Yang kawen grand-grand tu pun last-last pisah tak guna jugak. Respect la Sarah dan Shuib. Semoga kekal bahagia selalu. awesome_stuff95: “Wah, sedih nak nangis. Semoga cinta kalian diberkati dan dirahmati serta dijauhkan dari segala kejahatan manusia.” Entri yang ditulis dalam halaman Instagram Siti Sarah:

Semoga masjid yang dibina ini mendapat rahmat dan keberkatan dari Yang Maha Kaya. Ramai yang sentiasa memberi kata kata semangat pada Shuib sekeluarga dan mendoakan kesejahteraan, semoga berjaya dunia dan akhirat hendaknya. Sumber : Ournewslive

Alhamdulillah ada peningkatan. Ini perkembangan terkini Siti Sarah.

Pelawak Shuib percaya, doa-doa, bacaan Yassin dan solat hajat tidak henti-henti daripada semua orang, sama ada dikenali atau tidak telah menjadi antara asbab berlakunya keajaiban Tuhan terhadap perubahan kondisi kesihatan isterinya, Siti Sarah yang sedang dalam keadaan yang teruk dalam Unit Rawatan Rapi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Akui Shuib, ketika segala harapannya seperti sudah punah, Allah menunjukkan jalan keluar buat hatinya yang sedang runsing melihat realiti memikirkan Siti Sarah yang tidak stabil selepas operasi mengeluarkan bayi dalam kandungan, petang Jumaat.

TERKINI sehingga pukul 6 petang Sabtu, paras oksigen dalam badan Siti Sarah ialah 85. Satu perkembangan yang Shuib anggap luar biasa.

“Sekitar pukul 7.45 malam, Sarah punya oksigen turun sampai 69, masa tu saya rasa macam hilang nyawa, kemudian pada pukul 11.10 minit malam, doktor telefon memberitahu keadaan Sarah sangat teruk, oksigen dah turun sampai 40, lagilah saya tak tahu nak fikir dan buat apa. Tetapi betullah apabila Allah beri rahmat-Nya kepada hamba yang memerlukan, dengan doa, Yassin dan solat hajat semua, berlaku keajaiban pada pada pukul 2 pagi apabila paras oksigen Sarah naik kepada 77. Dan, pukul 8 pagi, oksigen pergi ke paras 80 dan paling terkini setakat pukul 6 petang tadi, oksigen dah pergi 85.

“Satu perkembangan yang sangat luar biasa. Keajaiban daripada Allah sebab berkat doa orang ramai termasuk yang membacakan yassin dan melakukan solat hajat untuk kesembuhan Sarah. Satu per satu, Allah permudahahkan urusan,” kata sebelum memulakan sesi bacaan Yassin buat Siti Sarah sebentar tadi (Sabtu malam). Bagaimanapun, Shuib atau nama lengkapnya, Shahmira Muhamad, 37, turut memaklumkan bahawa isterinya harus terus berjuang kerana virus Covid-19 sangat jahat dan pada bila-bila masa, paras oksigen mungkin boleh berubah.

“Cuma doktor beritahu, Covid-19 ini dia punya jahat apabila pergi paru-paru, ia bersifat dinamik. Boleh tinggi (oksigen), dan boleh juga turun serendah-rendahnya. Saya berharap Sarah boleh kekalkan perkembangan baik sekarang atau terus tinggi paras oksigennya. Dan, saya harap oksigen tak turun lagi,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas tentang keadaan terkini cahaya matanya, Ayash Arfan, Shuib berkata, semuanya berada dalam kondisi yang semakin baik. “Baby dah bernafas dengan baik, dah boleh terima oksigen melalui tiup ke paru-parunya. Kaki dah boleh menendang dan tangan dah boleh bergerak dan menggenggam. Cuma buat masa sekarang, dia belum menangis dan mengeluarkan suara. Insya-Allah doakan yang baik-baik,” ujarnya. Sumber – K! ONLINE

Baru dimasukkan dalam Unit Rawatan Rapi. Shuib dedahkan keadaan terkini isteri buat ramai yang sebak.

Kuala Lumpur: “Sarah dah ditidurkan. Minta tolong doakan dia,” kata pengurus Siti Sarah, Nana Mohamad Rom mengulas situasi terkini penyanyi terbabit.

Menurut Nana, sebagai alternatif bagi mendoakan kesejahteraan penyanyi itu, majlis bacaan Yassin diadakan tengahari ini yang dipimpin oleh Imam Muda Asyraf. “Ini adalah inisiatif kami sebagai rakan-rakan untuk pinjamkan kekuatan kepada Sarah dan juga bayi di dalam kandungannya.

“InsyaAllah, Allah akan mendengar rintihan dan permintaan kita,” katanya. Pada pagi hari ini, Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, akibat tahap oksigen tidak stabil.

Perkara ini dimaklumkan oleh suaminya pelawak Shuib yang memberitahu, keadaan Siti Sarah juga tidak berapa baik selain memohon doa kesembuhan isteri dan bayi dalam kandungan.

“Assalammualaikum salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya dimasukkan ke Unit rawatan Rapi disebabkan oksigen yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik.

“Saya mohon di hari baik hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka. Semoga Allah merahmati kita semua, amin,” katanya.

Terdahulu, dilaporkan penyanyi lagu Kesetiaan itu yang kini sarat hamil lapan bulan dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun, kelmarin. Difahamkan, Siti Sarah sepatutnya memtong gelang kuarantin pada hari sama, sebelum mengalami batuk.

Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid 19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu. Pasangan itu berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. Kredit : HM

Oksigen semakin menurun. Shuib tampil bersuara dedahkan keadaan terkini Siti Sarah buat ramai yang terkejut.

Sarat hamil tujuh bulan, penyanyi Siti Sarah Raissudin dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras berikutan tahap oksigen yang semakin menurun. Pengurusnya. Nana Mohd. Rom daripada syarikat Indigital Music memberitahu Sarah dibawa menaiki ambulans sekitar pukul 6.30 petang Rabu bagi mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

“Sarah sekeluarga sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin hari ini (semalam) tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan membuatkan Sarah terpaksa mendapatkan rawatan lanjut,” kata Nana.

Update Terbaru Keadaan Siti Sarah

Assalammualaikum Salam Jumaat semua, Pg td isteri sy telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di sebabkan oksigen yg tak berapa stabil dan keadaan dia yg tak berapa baik. SY MOHON DIHARI BAIK, HARI JUMAAT, DOAKAN SARAH DAN ANAK DLM KANDUNGAN, SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN DAN SEMOGA ALLAH BERIKAN KEKUATAN UTK MEREKA.SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA, AMIN

Sementara itu, suaminya pelawak Shuib Sepahtu memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan isteri serta anak dalam kandungan. “Assalammualaikum semua. saya mohon doakan isteri saya Siti Sarah Raisuddin. Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan. Allah Maha Segala-galanya,”, tulisnya.

Shuib turut berkongsi video menunjukkan Sarah sedang mencium anak-anak sebelum dibawa ke hospital. Terdahulu, Siti Sarah dan Shuib serta tiga anak mereka, disahkan positif C0VID-19. Menerusi hantaran di laman sosial, Sarah berkata mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah mereka didapati positif virus berkenaan, Ahad lalu.

“Dukacita dimaklumkan, kami sekeluarga positif C0VID-19. Ini semua ketentuan Allah. Kami menerima dengan hati yang terbuka dan lapang dada. “Saya mohon semua mendoakan kami sekeluarga mengharungi kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari ini.

“Kami serahkan semuanya kepada Allah,” tulisnya. “Saya dan keluarga nak kekal positif dan melihat apa terjadi sebagai satu hikmah. “Doakan kami segera sembuh,” katanya. Dalam pada itu, Siti Sarah juga memaklumkan segala urusan perniagaan berjalan biasa dan dikongsi dalam IG. Untuk mengelak salah faham, saya mahu menjelaskan. Segala urusan perniagaan dan perkara lain akan dimuat naik di laman IG serta diuruskan oleh kakitangan,” katanya.

Siti Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011. Menerusi perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. Apa kata anda? Kongsikan bersama kami Kredit: IG ShuibSepahtu

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *