Isteri masih belum sedar. Shuib kongsikan keadaan terkini anak yang baru lahir dah beri reaksi positif.

Setakat pagi ini Sarah masih belum sedar.” Itu perkongsian Shuib Sepahtu memaklumkan isterinya, Siti Sarah masih memerlukan alat bntuan pernafasan dan keadaan oksigennya membimbangkan pada tengah malam Jumaat.

Menurutnya, oksigen dalam badan Siti Sarah ada peningkatan biarpun masih tidak sedarkan diri selepas operasi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada petang Jumaat. ” Masih perlu bantuan oksigen, cuma Alhamdulillah ada peningkatan.

”Cuma pukul 11 malam oksigen drop sampai 40. Tapi pukul 2 pagi Alhamdulillah oksigen naik 77 dan baru tadi dktor beritahu oksigen Sarah 80,” ujarnya. Untuk makluman, kadar ideal oksigen di dalam badan manusia adalah melebihi 95 peratus. Perkongsian Shuib di Instagram.

Dalam pada itu Shuib memohon orang ramai terus mendoakan isterinya kuat menempuhi keadaan yang sukar itu. ”Saya harap semua yang melihat post ini terus mendoakan dia dan anak ya. semoga kalian dipermudahkan urusan dunia dan akhirat,” tambahnya.

Bayi dah buka mata, menendang-nendang. Sementara itu menerusi perkongsian terkini, Shuib berkongsi keadaan bayi mereka yang kini sudah memberi reaksi positif.

Kata Shuib, bayi mereka yang diberi nama Ayash Affan itu sudah membuka mata dan stabil. ” Alhamdulillah sedikit update untuk Ayash Affan ( abyi baru lahir pramatang 7 bulan). ”Dr Faiz HUKM beritahu Alhamdulillah pagi ini dia dah buka mata, kaki dah menendang-nendang, tangan bergerak aktif dan keadaan bayi stabil.

”Ya Allah syukur, ini juga berkat doa korang semua yang tak henti-henti mendoakan kesihatan Ayash. ”Saya balikkan doa-doa kalian, semoga korang juga dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik, terhindar dari segala kemudaratan InsyaAllah Aminn..” tulis Shuib.

Yakin isteri akan pulang

Terdahulu Shuib melahirkan keyakinan isterinya akan pulang ke rumah mereka selepas ini pada majlis bacaan Yasin dan doa selamat untuk Siti Sarah secara maya

”Syukur ya Allah kerana hantar orang yang baik kepada saya sekarang. Terima kasih banyak-banyak kerana meluangkan masa. ”Insya-Allah saya cukup yakin isteri saya kuat. Saya cukup yakin dia akan balik ke rumah. Anak-anak semua mendoakan dia.

”Insya-Allah semoga dengan bacaan Yasin malam ini harap-harap Allah angkat doa kita semua dah insyaAllah Sarah akan sihat,” kata Shuib. Menurut Shuib, selepas bacaan Yasin dan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Salahuddin Harun itu, dia semakin terbuka dan okay.

”10 tahun kenal Sarah, dialah yang mendewasakan saya. Kejayaan saya juga kerana doa dia. Saya mohon maafkan segala salah dan silapnya. Halalkan makan minumnya. ”Insya-Allah. Saya yakin dia akan balik. Saya yakin dia akan sihat. Semoga dengan memaafkan dia ini akan memudahkan perjalanannya.

” Saya sangat berlapang dada untuk malam ini untuk segala doa,” katanya. Reda dengan ketentuan Ilahi. Shuib berkata, dia juga reda dengan ujian Allah SWT. ” Saya yakin setiap ujian yang saya lalui ada kebaikan di depannya.

Saya dah lalui pelbagai ujian dengan dia. Tapi malam ini bila semua orang ada, ia buka mata dan hati saya untuk lebih reda untuk terima apa saja akan jadi. ” Saya cukup yakin. Walau pun tidak baik, itu adalah yang paling baik Allah nak bagi untuk saya dan keluarga saya,” katanya.

Dalam masa sama, Shuib berkata apa pun yang terjadi, dia yakin Allah mahu memberikannya perkara yang lebih baik. ”Allah nak ajar saya. Saya mohon kalau boleh setiapkali solat doakan Sarah sampai bila-bila,” katanya.

Sementara itu majlis bacaan Yassin malam ini turut disertai oleh Datuk Dr Mohd Fadzillah Kamsah serta rakan-rakan artis antaranya Lah Ahmad, Bob Yusof dan Liza Hanim.

Sumber: limauais. pw

Lepas kongsikan keadaan terkini Siti Sarah Shuib dedahkan nama anak yang dipilih oleh isterinya.

TIADA apa yang diharapkan pelawak Shuib Sepahtu buat masa ini melainkan kesembuhan isteri, Siti Sarah dan kesihatan bayi mereka yang baharu dilahirkan. Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, dia dan Siti Sarah bersetuju untuk menamakan cahaya mata keempat mereka itu dengan nama Ayash Affan.

“Sarah yang nak sangat beri nama Ayash Affan. “Doakan Ayash Affan jadi anak yang soleh… doakan dia kuat untuk bertahan dalam masa dua bulan ini,” ujar Shuib pada Jumaat malam.
Shuib berkata demikian selepas majlis bacaan Yasin dan doa untuk Siti secara Sarah yang sedang bertrng nywa menentang Covid-19. Shuib memohon agar semua mendoakan kesembuhan isterinya.

Pada kira-kira pukul 5 petang Jumaat, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki pramatang selepas menjalani operasi selama hampir tiga jam bermula pukul 2 petang. Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada pagi Jumaat selepas tahap oksigen dalam badan menurun dan terpaksa ditidurkan.

Atas nasihat doktor, penyanyi berusia 37 tahun itu perlu menjalani operasi bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan yang kini mencecah lapan bulan. Doakan Ayash Affan jadi anak yang soleh… doakan dia kuat untuk bertahan dalam masa dua bulan ini. Sementara itu Shuib berkata sejak berdepan ujian ini, dia hampir hilang pertimbangan kerana tidak pernah menyangka perkara sebegini akan berlaku.

Bagaimanapun setelah menerima nasihat daripada golongan agama, dia mula reda dengan apa yang berlaku. “Tipu la kalau cakap saya ni ok (emosi stabil)… 10 tahun kenal Sarah, dialah yang mendewasakan saya, dia banyak mendoakan saya. “Kini saya sangat berlapang dada, tadi saya almost lost dan tercari-cari.

Saya reda dengan ujian Allah ni, akan ada kebaikan nanti. Shuib bersama isterinya Sarah dan anak-anak. “Saya buka mata, buka hati saya untuk apa saja yang berlaku lepas ni… walaupun benda itu tidak baik tapi itu adalah yang terbaik buat keluarga saya,” katanya penuh sebak.

Untuk rekod Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu.
Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus tersebut. Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Pengurus umumkan Siti Sarah dah selamat bersalin. Tapi apa yang Shuib update buat ramai yang sebak.

Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang hari ini. Perkembangan itu dikongsikan pengurusnya, Nana Mohd. Rom dalam satu kenyataan yang dikongsikan sebentar tadi.

“Untuk makluman Siti Sarah Raissuddin telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang tadi. Walau bagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedar. Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Terdahulu Nana memaklumkan doktor yang merawat dan memantau keadaan penyanyi tersebut bakal melakukan satu operasi untuk mengeluarkan bayi dalam kandungannya pada pukul 2 petang tadi.

Menurut Nana, keadaan isteri pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu itu juga dilaporkan baik sejurus selepas bacaan Yasin dilakukan buatnya sebentar tadi. “Terima kasih buat semua yang sudi meluangkan masa menyertai bacaan Yasin untuk kesejahteraan Siti Sarah tengah hari ini. Memang berat ujian yang perlu dihadapi oleh Shuib sekeluarga.

Siti Sarah teruk

Melalaui kemas kini terkini dari Shuib, isteri beliau walaubagaimanapun dalam keadaan teruk. Penyanyi Siti Sarah yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, dilaporkan berada dalam keadaan teruk.

Sebelumnya, penyanyi lagu Kesetiaan yang hamil lapan bulan itu terpaksa melalui proses operasi bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan selepas tahap oksigen menurun sejak pagi, hari ini.

Suaminya juga pelawak Shuib berkata, Siti Sarah selamat melahirkan anak lelaki, jam 5 petang, hari ini. Bagaimanapun, menurut Shuib isterinya berada dalam keadaan teruk. “Alhamudillah, jam 4 lebih bayi berjaya dikeluarkan dan keadaan bayi alhamdulillah baik tapi perlukan alat bantuan pernafasan kerana lahir pra matang. Cuma, keadaan Sarah agak teruk.

“Saya sekeluarga mohon semua teruskan doa untuk Siti Sarah. Juga kita doakan semoga sesiapa saja yang sedang bertrng nyawa dengan Covid-19 dipermudahkan urusan,” katanya. Terdahulu, Harian Metro melaporkan Siti Sarah ditidurkan selepad dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi HUKM akibat tahap oksigen tidak stabil.

Rata-rata rakan artis turut mendoakan Siti Sarah dan memberi sokongan moral kepada Shuib supaya tabah “Alhamdulillah untuk bayi dan tahniah. Sama sama kite doakan untuk Sarah. Ya Allah permudahkan urusan kami semua ya Allah.”

“Semoga Allah permudahkan. Berkat Jumaat, hamparan doa makbul. Ya Mujib. Makbulkanlah segala doa hambaMu” Sama-sama kita doakan urusan Siti Sarah di permudahkan.

Baru dimasukkan dalam Unit Rawatan Rapi. Shuib dedahkan keadaan terkini isteri buat ramai yang sebak.

Kuala Lumpur: “Sarah dah ditidurkan. Minta tolong doakan dia,” kata pengurus Siti Sarah, Nana Mohamad Rom mengulas situasi terkini penyanyi terbabit.

Menurut Nana, sebagai alternatif bagi mendoakan kesejahteraan penyanyi itu, majlis bacaan Yassin diadakan tengahari ini yang dipimpin oleh Imam Muda Asyraf. “Ini adalah inisiatif kami sebagai rakan-rakan untuk pinjamkan kekuatan kepada Sarah dan juga bayi di dalam kandungannya.

“InsyaAllah, Allah akan mendengar rintihan dan permintaan kita,” katanya. Pada pagi hari ini, Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, akibat tahap oksigen tidak stabil.

Perkara ini dimaklumkan oleh suaminya pelawak Shuib yang memberitahu, keadaan Siti Sarah juga tidak berapa baik selain memohon doa kesembuhan isteri dan bayi dalam kandungan.

“Assalammualaikum salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya dimasukkan ke Unit rawatan Rapi disebabkan oksigen yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik.

“Saya mohon di hari baik hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka. Semoga Allah merahmati kita semua, amin,” katanya.

Terdahulu, dilaporkan penyanyi lagu Kesetiaan itu yang kini sarat hamil lapan bulan dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun, kelmarin. Difahamkan, Siti Sarah sepatutnya memtong gelang kuarantin pada hari sama, sebelum mengalami batuk.

Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid 19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu. Pasangan itu berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Kredit : HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Oksigen semakin menurun. Shuib tampil bersuara dedahkan keadaan terkini Siti Sarah buat ramai yang terkejut.

Sarat hamil tujuh bulan, penyanyi Siti Sarah Raissudin dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras berikutan tahap oksigen yang semakin menurun. Pengurusnya. Nana Mohd. Rom daripada syarikat Indigital Music memberitahu Sarah dibawa menaiki ambulans sekitar pukul 6.30 petang Rabu bagi mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

“Sarah sekeluarga sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin hari ini (semalam) tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan membuatkan Sarah terpaksa mendapatkan rawatan lanjut,” kata Nana.

Update Terbaru Keadaan Siti Sarah

Assalammualaikum Salam Jumaat semua, Pg td isteri sy telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di sebabkan oksigen yg tak berapa stabil dan keadaan dia yg tak berapa baik. SY MOHON DIHARI BAIK, HARI JUMAAT, DOAKAN SARAH DAN ANAK DLM KANDUNGAN, SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN DAN SEMOGA ALLAH BERIKAN KEKUATAN UTK MEREKA.SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA, AMIN

Sementara itu, suaminya pelawak Shuib Sepahtu memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan isteri serta anak dalam kandungan. “Assalammualaikum semua. saya mohon doakan isteri saya Siti Sarah Raisuddin. Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan. Allah Maha Segala-galanya,”, tulisnya.

Shuib turut berkongsi video menunjukkan Sarah sedang mencium anak-anak sebelum dibawa ke hospital. Terdahulu, Siti Sarah dan Shuib serta tiga anak mereka, disahkan positif C0VID-19. Menerusi hantaran di laman sosial, Sarah berkata mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah mereka didapati positif virus berkenaan, Ahad lalu.

“Dukacita dimaklumkan, kami sekeluarga positif C0VID-19. Ini semua ketentuan Allah. Kami menerima dengan hati yang terbuka dan lapang dada. “Saya mohon semua mendoakan kami sekeluarga mengharungi kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari ini.

“Kami serahkan semuanya kepada Allah,” tulisnya. “Saya dan keluarga nak kekal positif dan melihat apa terjadi sebagai satu hikmah. “Doakan kami segera sembuh,” katanya. Dalam pada itu, Siti Sarah juga memaklumkan segala urusan perniagaan berjalan biasa dan dikongsi dalam IG.

“Untuk mengelak salah faham, saya mahu menjelaskan. Segala urusan perniagaan dan perkara lain akan dimuat naik di laman IG serta diuruskan oleh kakitangan,” katanya.

Siti Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011. Menerusi perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Kredit: IG ShuibSepahtu

Sarat Hamil Hampir 7 Bulan. Terkejut Bila Siti Sarah Dedahkan Sekeluarga Disahkan Positif Covid 19. Rupanya Ini Yang Terjadi Buat Ramai Tak Senang Duduk.

SARAT hamil tujuh bulan, penyanyi Siti Sarah diuji dengan dugaan besar apabila dia sekeluarga disahkan positif Covid-19. Sarah atau nama sebenarnya, Siti Sarah Raisuddin, 37, berkata dia dan suami, Shuib Sepahtu serta ketiga-tiga anak mereka baharu sahaja mendapat tahu tentang keputusan ujian calitan yang dilakukan pada Isnin.

“Kami dah dapat keputusan swab test pagi ini (Selasa)… dukacita dimaklumkan, kami sekeluarga positif Covid-19. “Ini semua ketentuan Allah, kami menerima dengan hati terbuka dan berlapang dada. “Mohon semua doakan kami sekeluarga mengharungi 14 hari ni… kami serahkan semuanya kepada Allah,” katanya.

Penyanyi lagu Kesetiaan ini menganggap semua yang terjadi ada hikmah di sebaliknya dan mahu terus kekal positif demi keluarganya. “Saya dan keluarga nak kekal positif dan melihat apa yang terjadi ini sebagai satu hikmah. Doakan saya dan keluarga segera sembuh ya.

“Saya nak jelaskan untuk elak salah faham, urusan perniagaan dan perkara lain berjalan seperti biasa, pihak admin akan post di IG ini bagi pihak saya,” ujarnya. Pada Isnin, Sarah memuat naik satu video menunjukkan mereka sekeluarga sedang melakukan ujian calitan di kediamannya di Puchong, Selangor.

Sarah sekeluarga membuat ujian tersebut selepas pembantu rumahnya terlebih dahulu dijangkiti virus berkenaan. “Jantung ni macam nak jatuh bila maid saya positif Covid-19. Saya tak fikir apa-apa dah, yang saya risau anak-anak dan baby dalam perut ni.

“Saya kena kuat, baby dah masuk tujuh bulan (usia kandungan),” katanya. Sarah mendirikan rumah tangga dengan Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 37, pada 26 Februari 2011. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 7, dan Ariq Matin, 5.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tak Lama Lagi Dah Nak Bersalin. Siti Sarah Minta Anak Teka Jantina Adik Baru Lepas Kongsi Gambar Ultrasound Dalam Kandungan.

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin memanjatkan rasa syukur apabila dia bakal menimang cahaya mata keempat tidak lama lagi dengan izinNya. Menerusi satu video yang dikongsikan, Sarah dan suaminya, Shuib ada berkongsi foto terbaru ‘ultrasound’ bayi dalam kandungan lalu meminta anak-anaknya untuk meneka jantina adik baru mereka.

“Alhamdulillah dengan izinNya tak lama lagi akan bertambah family baru dalam keluarga kami. Sarah doakan yang masih menunggu cahaya mata akan dipermudahkan, diberikan rezeki anak pada masa dan waktu yang tepat. “InsyaAllah.. so yang keempat ni korang rasa lelaki ke perempuan? Budak-budak ni kemain seronok lah nak dapat adik. Saya doakan pada pasangan yg belum dapat baby, Allah kurniakan cahayamata yg soleh,” tulis Sarah di Instagram.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama meneka jantina anak keempat yang bakal lahir selain mendoakan agar urusan bersalin penyanyi Manis itu dipermudahkan. Terdahulu, Sarah dan Shuib berkahwin pada 26 Februari 2011 dan pasangan selebriti ini dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Alqarni dan Dzahira Talita Zahra dan Ariq.

Sumber : MH

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *