Shuib dedah jantung Siti Sarah dah lemah. Sekali bapa Siti Sarah tampil luahkan sesuatu buat ramai yang sebak.

“Sarah sudah ditiarapkan dengan harapan oksigen dan paru-paru boleh bekerjasama.” Demikian kata Shuib atau nama lengkapnya, Shahmira Muhamad, 37, berkenaan kondisi terkini isterinya, Siti Sarah Raisuddin yang masih lagi bertrung nywa dengan C0oid-19.

Hampir 30 jam tak sedarkan diri sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sejak semalam, Shuib memberitahu, selain bahagian paru-paru yang terkesan, jantung Sarah juga berada dalam keadaan lemah.

Ujarnya lagi, harapan mereka sekarang agar paru-paru boleh kembali normal dan bekalkan oksigen dalam badan. “Memandangkan Sarah kena jangkitan Covid-19, paru-paru dia banyak terkesan. Jantung pun sudah lemah. Mungkin sepanjang operasi mengeluarkan bayi semalam, jantung sudah banyak bekerja.

“Difahamkan juga, ada sedikit cairan merah beku di paru-paru. Doktor kata, buat masa sekarang tak boleh apa-apa lagi sebab semalam baru lepas menjalani operasi,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib meluahkan rasa terharu apabila setiap hari mendapat mesej dan kiriman gambar anak-anak tahfiz dan orang persendirian yang membaca Yasin dan doa selamat buat permaisuri hatinya.

“Saya terlalu terharu apabila dalam keadaan sekarang, ada saja orang hantar gambar anak-anak tahfiz baca Yasin. “Terima kasih banyak sebab mendoakan Sarah. Ia satu rahmat terlalu besar untuk kami,” ujarnya

“I Tau U Dah Buat yang Terbaik” Sayang i tau u dah buat yg terbaik,,,U dah fght smpi anak kita dah selamat pon dilahirkan. Ayash Affan dah bukak mata, kaki dah tendang2, tangan dah gerak syukur alhamdulillh dan skrg u penat dan SEDANG TIDUR,,

TP JGN TIDUR LAMA2 EH SAYANG,,,I,ANAK2 dan FAMILY SEMUA RINDU U,,SEMUA MENUNGGU U DKT RUMAH SAYANG…JGN TIDO LAMA SGT TAU,KUAT KAN SEMANGAT DAN BUKA MATA OK LOVE U SAYANG @sitisarahraissuddin MOHON SEMUA TERUS MENDOAKAN SARAH YA

Noryn sukar lelap mata teringat Siti Sarah

Penyanyi Noryn Aziz mengaku panik hingga sesak nafas apabila mendapat tahu teman baiknya, Siti Sarah Raisuddin terpaksa dipaksa ditidurkan berikutan paras oksigen tidak stabil. Noryn atau nama sebenar, Norazmahwati Abdul Aziz, 44, berkata, kali terakhir dia berbual dengan Siti Sarah adalah apabila sahabatnya itu disahkan positif COVID-19.

“Noryn risau dengan keadaannya, apatah lagi bila mengenangkan Siti Sarah berbadan dua ketika itu. “Paling membuatkan Noryn terkesan apabila diberitahu Siti Sarah terpaksa ditidurkan berikutan paras bacaan oksigen yang rendah dan perlu dibedah untuk melahirkan anak.

Noryn mengaku sukar melelapkan mata sejak mendapat tahu sahabatnya, Siti Sarah terpaksa ditidurkan berikutan paras oksigen tidak stabil. “Tidak dapat hendak bayangkan situasi dihadapi Siti Sarah hingga Noryn disrng panik seperti sesak nafas dan sukar hendak melelapkan mata,” katanya kepada BH Online.

Noryn berkata, tiada apa tiada apa yang diharapkan selain melihat sahabat yang juga rakan seperjuangannya itu sembuh dan kembali ke pangkuan keluarga. Noryn lega apabila mendapat tahu perkembangan positif Siti Sarah seperti dikongsi suaminya, Shuib Sepahtu di Instagram Stories (IGs), pagi tadi.

“Apabila mendapat tahu paras bacaan oksigen Siti Sarah semakin meningkat dan anak yang dilahirkan stabil, saya lega sangat. “Bagaimanapun, Siti Sarah tetap memerlukan doa daripada kita semua untuk terus kuat,” katanya.

Mengimbau persahabatannya dengan Siti Sarah, Noryn berkata, mereka rapat kerana banyak berkongsi minat yang sama. “Saya kenal Siti Sarah sejak sama-sama menjayakan Konsert Soul Sisters pada 2019.

Malah, Siti Sarah menjadi tempat rujukan ketika saya mahu menyertai program Gegar Vaganza (GV). “Kami boleh berbual mengenai apa sahaja termasuk perkara peribadi. Siti Sarah sangat baik dan seorang yang jujur dalam persahabatan… Saya sangat percaya kepadanya,” katanya.

Bapa Siti Sarah turut bersedih

Bapa kepada penyanyi dan selebriti usahawan, Siti Sarah, Raisuddin Hamzah, turut bersedih dan bimbang dengan keadaan anaknya yang kini masih belum sedar dan berada di Unit Rawatan Rapi, Hospital Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras sejak semalam.

Menurut pengurus penyanyi tersebut, Nana Mohd Rom, bagaimanapun Raisuddin meminta maaf kerana enggan ditemu bual oleh mana-mana pihak media buat masa ini. “Kami di pihak pengurusan sedia maklum akan keadaan Raisuddin yang juga tentunya sedang bersedih dengan keadaan anaknya.

“Dia ada memaklumkan tentang perkara itu kepada kami, tetapi minta semua pihak terutama media untuk menghormati keputusannya enggan ditemu bual buat masa sekarang. “Cukuplah anda semua tahu bahawa dia sebagai bapa tentunya teramat sedih dengan keadaan Sarah dan mengharapkan yang sama, agar ada perkembangan yang positif dan mahu menyaksikan Sarah sihat seperti sedia kala,”katanya.

Nana berkata demikian semasa dihubungi Utusan Malaysia petang tadi. Selain itu, menurut Nana, Raisuddin bagaimanapun mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama mendoakan kesembuhan buat anaknya termasuk mereka yang melakukan usaha bacaan Yassin buat Sarah sekeluarga.

Terdahulu, penyanyi lagu Semakin itu dilaporkan masih dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas ditidurkan ekoran oksigen dalam badannya tidak stabil. Bagaimanapun, menurut suaminya, Shuib Sepahtu menerusi satu hantaran di Instagram tadi, tahap oksigen isterinya meningkat pagi ini berbanding malam semalam.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *