Pengurus umumkan Siti Sarah dah selamat bersalin. Tapi apa yang Shuib update buat ramai yang sebak.

Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang hari ini. Perkembangan itu dikongsikan pengurusnya, Nana Mohd. Rom dalam satu kenyataan yang dikongsikan sebentar tadi.

“Untuk makluman Siti Sarah Raissuddin telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang tadi. Walau bagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedar. Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Terdahulu Nana memaklumkan doktor yang merawat dan memantau keadaan penyanyi tersebut bakal melakukan satu operasi untuk mengeluarkan bayi dalam kandungannya pada pukul 2 petang tadi.

Menurut Nana, keadaan isteri pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu itu juga dilaporkan baik sejurus selepas bacaan Yasin dilakukan buatnya sebentar tadi. “Terima kasih buat semua yang sudi meluangkan masa menyertai bacaan Yasin untuk kesejahteraan Siti Sarah tengah hari ini. Memang berat ujian yang perlu dihadapi oleh Shuib sekeluarga.

Siti Sarah teruk

Melalaui kemas kini terkini dari Shuib, isteri beliau walaubagaimanapun dalam keadaan teruk. Penyanyi Siti Sarah yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, dilaporkan berada dalam keadaan teruk.

Sebelumnya, penyanyi lagu Kesetiaan yang hamil lapan bulan itu terpaksa melalui proses operasi bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan selepas tahap oksigen menurun sejak pagi, hari ini.

Suaminya juga pelawak Shuib berkata, Siti Sarah selamat melahirkan anak lelaki, jam 5 petang, hari ini. Bagaimanapun, menurut Shuib isterinya berada dalam keadaan teruk. “Alhamudillah, jam 4 lebih bayi berjaya dikeluarkan dan keadaan bayi alhamdulillah baik tapi perlukan alat bantuan pernafasan kerana lahir pra matang. Cuma, keadaan Sarah agak teruk.

“Saya sekeluarga mohon semua teruskan doa untuk Siti Sarah. Juga kita doakan semoga sesiapa saja yang sedang bertrng nyawa dengan Covid-19 dipermudahkan urusan,” katanya. Terdahulu, Harian Metro melaporkan Siti Sarah ditidurkan selepad dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi HUKM akibat tahap oksigen tidak stabil.

Rata-rata rakan artis turut mendoakan Siti Sarah dan memberi sokongan moral kepada Shuib supaya tabah “Alhamdulillah untuk bayi dan tahniah. Sama sama kite doakan untuk Sarah. Ya Allah permudahkan urusan kami semua ya Allah.”

“Semoga Allah permudahkan. Berkat Jumaat, hamparan doa makbul. Ya Mujib. Makbulkanlah segala doa hambaMu” Sama-sama kita doakan urusan Siti Sarah di permudahkan.

Baru dimasukkan dalam Unit Rawatan Rapi. Shuib dedahkan keadaan terkini isteri buat ramai yang sebak.

Kuala Lumpur: “Sarah dah ditidurkan. Minta tolong doakan dia,” kata pengurus Siti Sarah, Nana Mohamad Rom mengulas situasi terkini penyanyi terbabit.

Menurut Nana, sebagai alternatif bagi mendoakan kesejahteraan penyanyi itu, majlis bacaan Yassin diadakan tengahari ini yang dipimpin oleh Imam Muda Asyraf. “Ini adalah inisiatif kami sebagai rakan-rakan untuk pinjamkan kekuatan kepada Sarah dan juga bayi di dalam kandungannya.

“InsyaAllah, Allah akan mendengar rintihan dan permintaan kita,” katanya. Pada pagi hari ini, Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, akibat tahap oksigen tidak stabil.

Perkara ini dimaklumkan oleh suaminya pelawak Shuib yang memberitahu, keadaan Siti Sarah juga tidak berapa baik selain memohon doa kesembuhan isteri dan bayi dalam kandungan.

“Assalammualaikum salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya dimasukkan ke Unit rawatan Rapi disebabkan oksigen yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik.

“Saya mohon di hari baik hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka. Semoga Allah merahmati kita semua, amin,” katanya.

Terdahulu, dilaporkan penyanyi lagu Kesetiaan itu yang kini sarat hamil lapan bulan dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun, kelmarin. Difahamkan, Siti Sarah sepatutnya memtong gelang kuarantin pada hari sama, sebelum mengalami batuk.

Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid 19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu. Pasangan itu berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Kredit : HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Oksigen semakin menurun. Shuib tampil bersuara dedahkan keadaan terkini Siti Sarah buat ramai yang terkejut.

Sarat hamil tujuh bulan, penyanyi Siti Sarah Raissudin dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras berikutan tahap oksigen yang semakin menurun. Pengurusnya. Nana Mohd. Rom daripada syarikat Indigital Music memberitahu Sarah dibawa menaiki ambulans sekitar pukul 6.30 petang Rabu bagi mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

“Sarah sekeluarga sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin hari ini (semalam) tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan membuatkan Sarah terpaksa mendapatkan rawatan lanjut,” kata Nana.

Update Terbaru Keadaan Siti Sarah

Assalammualaikum Salam Jumaat semua, Pg td isteri sy telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di sebabkan oksigen yg tak berapa stabil dan keadaan dia yg tak berapa baik. SY MOHON DIHARI BAIK, HARI JUMAAT, DOAKAN SARAH DAN ANAK DLM KANDUNGAN, SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN DAN SEMOGA ALLAH BERIKAN KEKUATAN UTK MEREKA.SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA, AMIN

Sementara itu, suaminya pelawak Shuib Sepahtu memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan isteri serta anak dalam kandungan. “Assalammualaikum semua. saya mohon doakan isteri saya Siti Sarah Raisuddin. Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan. Allah Maha Segala-galanya,”, tulisnya.

Shuib turut berkongsi video menunjukkan Sarah sedang mencium anak-anak sebelum dibawa ke hospital. Terdahulu, Siti Sarah dan Shuib serta tiga anak mereka, disahkan positif C0VID-19. Menerusi hantaran di laman sosial, Sarah berkata mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah mereka didapati positif virus berkenaan, Ahad lalu.

“Dukacita dimaklumkan, kami sekeluarga positif C0VID-19. Ini semua ketentuan Allah. Kami menerima dengan hati yang terbuka dan lapang dada. “Saya mohon semua mendoakan kami sekeluarga mengharungi kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari ini.

“Kami serahkan semuanya kepada Allah,” tulisnya. “Saya dan keluarga nak kekal positif dan melihat apa terjadi sebagai satu hikmah. “Doakan kami segera sembuh,” katanya. Dalam pada itu, Siti Sarah juga memaklumkan segala urusan perniagaan berjalan biasa dan dikongsi dalam IG.

“Untuk mengelak salah faham, saya mahu menjelaskan. Segala urusan perniagaan dan perkara lain akan dimuat naik di laman IG serta diuruskan oleh kakitangan,” katanya.

Siti Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011. Menerusi perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Kredit: IG ShuibSepahtu

Sarat Hamil Hampir 7 Bulan. Terkejut Bila Siti Sarah Dedahkan Sekeluarga Disahkan Positif Covid 19. Rupanya Ini Yang Terjadi Buat Ramai Tak Senang Duduk.

SARAT hamil tujuh bulan, penyanyi Siti Sarah diuji dengan dugaan besar apabila dia sekeluarga disahkan positif Covid-19. Sarah atau nama sebenarnya, Siti Sarah Raisuddin, 37, berkata dia dan suami, Shuib Sepahtu serta ketiga-tiga anak mereka baharu sahaja mendapat tahu tentang keputusan ujian calitan yang dilakukan pada Isnin.

“Kami dah dapat keputusan swab test pagi ini (Selasa)… dukacita dimaklumkan, kami sekeluarga positif Covid-19. “Ini semua ketentuan Allah, kami menerima dengan hati terbuka dan berlapang dada. “Mohon semua doakan kami sekeluarga mengharungi 14 hari ni… kami serahkan semuanya kepada Allah,” katanya.

Penyanyi lagu Kesetiaan ini menganggap semua yang terjadi ada hikmah di sebaliknya dan mahu terus kekal positif demi keluarganya. “Saya dan keluarga nak kekal positif dan melihat apa yang terjadi ini sebagai satu hikmah. Doakan saya dan keluarga segera sembuh ya.

“Saya nak jelaskan untuk elak salah faham, urusan perniagaan dan perkara lain berjalan seperti biasa, pihak admin akan post di IG ini bagi pihak saya,” ujarnya. Pada Isnin, Sarah memuat naik satu video menunjukkan mereka sekeluarga sedang melakukan ujian calitan di kediamannya di Puchong, Selangor.

Sarah sekeluarga membuat ujian tersebut selepas pembantu rumahnya terlebih dahulu dijangkiti virus berkenaan. “Jantung ni macam nak jatuh bila maid saya positif Covid-19. Saya tak fikir apa-apa dah, yang saya risau anak-anak dan baby dalam perut ni.

“Saya kena kuat, baby dah masuk tujuh bulan (usia kandungan),” katanya. Sarah mendirikan rumah tangga dengan Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 37, pada 26 Februari 2011. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 7, dan Ariq Matin, 5.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tak Lama Lagi Dah Nak Bersalin. Siti Sarah Minta Anak Teka Jantina Adik Baru Lepas Kongsi Gambar Ultrasound Dalam Kandungan.

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin memanjatkan rasa syukur apabila dia bakal menimang cahaya mata keempat tidak lama lagi dengan izinNya. Menerusi satu video yang dikongsikan, Sarah dan suaminya, Shuib ada berkongsi foto terbaru ‘ultrasound’ bayi dalam kandungan lalu meminta anak-anaknya untuk meneka jantina adik baru mereka.

“Alhamdulillah dengan izinNya tak lama lagi akan bertambah family baru dalam keluarga kami. Sarah doakan yang masih menunggu cahaya mata akan dipermudahkan, diberikan rezeki anak pada masa dan waktu yang tepat. “InsyaAllah.. so yang keempat ni korang rasa lelaki ke perempuan? Budak-budak ni kemain seronok lah nak dapat adik. Saya doakan pada pasangan yg belum dapat baby, Allah kurniakan cahayamata yg soleh,” tulis Sarah di Instagram.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama meneka jantina anak keempat yang bakal lahir selain mendoakan agar urusan bersalin penyanyi Manis itu dipermudahkan. Terdahulu, Sarah dan Shuib berkahwin pada 26 Februari 2011 dan pasangan selebriti ini dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Alqarni dan Dzahira Talita Zahra dan Ariq.

Sumber : MH

Lama Menyepi Ramai Yang Teruja Bila Vivy Yusof Kongsikan Berita Gembira Di Lama Ig. Vivy Umumkan Kini Tengah Hamil Anak Keempat.

Usahawan dan ikon fesyen popular, Datin Vivy Yusof berkongsi berita gembira di laman Instagram miliknya apabila disahkan hamil cahaya mata keempat. Pengasas FashionValet and dUCK Group itu meluahkan rasa syukur dengan memuat naik sekeping gambar memaparkan alat ujian kehamilan sehingga meraih 132,000 tanda suka.

“Mungkin cahaya mata kali ini akan mirip wajah awak, @fadzaanuar. Katakan hello kepada bayi keempat kami,” tulis wanita berusia 34 tahun itu. Teruja dengan khabar itu, posting berkenaan dihujani lebih 3,000 komen daripada rakan selebriti dan pengikutnya yang memberikan pelbagai reaksi.

Rata-rata tumpang gembira dan mengucapkan tahniah kepada Vivy dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar atas kurniaan rezeki itu selain mendoakan agar proses kehamilan berjalan dengan lancar.

Selain itu, Vivy atau nama penuhnya Vivy Sofinas Yusof turut berkongsi sebuah lagi posting memaparkan reaksi suaminya mengenai kehamilan tersebut. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.

Sumber: Instagram Vivy Yusof

Macam Macam Cara Dah Guna Tapi Tkde Rezeki Lagi. Penantian Hampir 2 Tahun Untuk Ada Anak. Akhirnya Wanita Ini Disahkan Hamil Sebab Laki Selalu Minta Kucing Doakan.

TIDAK dinafikan anak pelengkap ikatan perkahwinan namun bukan semua pasangan yang berkahwin dimurahkan rezeki dengan kehadiran cahaya mata. Jika minggu lalu kisah seorang pemuda beri kucing makan dikejutkan dengan tawaran pekerjaan, minggu ini kisah seorang wanita dikurniakan zuriat pula kerana perbuatan sama dan ia menghangatkan timeline media sosial.

Tampil berkongsi detik indah itu, wanita menggunakan Tweethandle @heerawahab atau nama sebenarnya Nurul Thahira Abd Wahab memaklumkan dia berjaya hamil selepas sebulan memelihara haiwan itu. “Saya dan suami sudah dua tahun berkahwin namun belum dikurniakan zuriat. Sebelum ini saya pernah hamil tapi keguguran.

“Akibat terlalu sunyi, saya dan suami bersepakat untuk bela kucing dan kami beli daripada salah seorang rakan kami. “Alhamdulillah, sebulan selepas itu saya disahkan mengandung, ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin. Menurut wanita berusia 24 tahun ini, pelbagai usaha dan kaedah telah dilakukan untuk mendapatkan zuriat termasuk mencuba perubatan secara tradisional namun ia tidak berhasil.

“Sebutlah apa sahaja, semuanya sudah kami lakukan. Saya ada berjumpa doktor ambil ubat kuatkan rahim, malah berurut pun kami buat sehingga terpaksa berulang-alik dari Pulau Pinang ke Kedah, namun tak berjaya. “Saya dan suami juga cuba ubah cara kehidupan. Kami berhenti ambil minuman berkafein, makan makanan yang sihat, makan vitamin, tapi semua seperti tidak menjadi.

“Benarlah kata orang, kalau bela kucing rezeki semakin bertambah dan ia memang terbukti,” katanya yang tinggal di Gelugor, Pulau Pinang. Bercerita lanjut, Thahira atau lebih mesra disapa Herra yang kini sudah 11 minggu hamil memberitahu suaminya, Mohd Shidee Jahli, 31, seorang yang penyayang dan sangat sukakan kucing.

“Setiap kali ke kedai makan, dia mesti akan order ikan untuk diberi pada kucing. “Even dalam bakul motor, kereta dia akan ada bekalan makanan untuk diberi pada kucing. “Setiap kali beri makan pada kucing, suami akan cakap dengan kucing minta doakan supaya kami juga dikurniakan zuriat. Memang itulah satu-satunya perkara dia akan kata pada kucing,” ujarnya yang tidak menyangka perkongsian itu akan menjadi viral.

Menurut anak jati Pokok Sena, Kedah ini lagi, beberapa individu lain turut tampil berkongsi nasib sama dengannya. “Selepas share pengalaman itu ramai pula yang tampil berkongsi masalah. Ada yang sudah 11 tahun kahwin tetapi tidak dikurniakan cahaya mata,” katanya.

Selain itu Heera mendedahkan dia pernah mengalami kemurungan gara-gara terlalu inginkan zuriat sehingga terpaksa menjalani beberapa sesi terapi. “Rakan-rakan yang berkahwin masing-masing dah ada anak dan besar. Kita dekat sini terasa apabila orang tanya bila nak ada anak, tak teringin ke nak ada anak.

“Saya asyik menangis sehingga tak lalu makan. Sampai satu tahap saya berasa amat tertekan dan berputus asa. Kalau berjalan ke mall dan lalu depan kedai babysaya akan rasa terlampau sedih. Dah macam tak betul. “Sehingga saya tidak mahu berjumpa dengan sesiapa dan memilih untuk menjauhkan diri, ujarnya.

Heera bagaimanapun menasihati wanita khusunya mereka yang belum dikurniakan zuriat untuk tidak tertekan dan berputus asa dan sentiasa percaya akan dikurniakan ganjaran jika berbakti sesama makhluk tuhan. “Saya tak sangka akhirnya saya mengandung kerana sebelum ini setiap kali lewat datang bulan saya teruja buat ujian kehamilan namun keputusannya selalu menghampakan.

“Tapi kali ini suami perasan kelakuan saya berbeza. Saya sering mengadu ubat gigi tak sedap, dah expired ke? Kemudian dia suruh saya buat ujian kehamilan dan betul saya mengandung. Saya buat ujian itu sehingga lima kali sebab saya betul-betul tak sangka.

“Yang penting kita usaha, selebihnya berserah kepada Allah, ujarnya. Pada 7 Februari lalu mStar Online ada menyiarkan kisah pemuda berusia 22 tahun iaitu Mihd. Fikri Iman Ridwan yang dua bulan menganggur mendapat tawaran kerja sehari selepas dia memberi makanan kepada beberapa ekor kucing. Perkongsian kisah itu mendapat respons positif daripada orang ramai yang berpendapat ia merupakan ganjaran Allah kerana berbuat baik terhadap haiwan terutamanya kucing, haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *