Terkini Jkn Selangor sahkan sektor kilang merupakan cetus kluster terbesar. Sekali ada pula yang mula persoalkan tentang menteri.

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah mengadakan satu sidang media khas mengenai situasi semasa COVID 19 di negara kita. Menerusi sidang media tersebut, antara perkara penting yang diutarakan ialah berkenaan penyebaran wabak COVID 19 yang semakian pantas di Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Keong berkata, peningkatan kes COVID 19 ketika ini adalah berpunca daripada penularan varian Delta yang telah menjadi dominan di Lembah Klang.

Peningkatan kes COVID-19 ketika inj kerana penularan varian Delta yang telah menjadi dominan – Datuk Dr Chong Chee Kheong, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam). Malah kadar kebolehjangkitan varian ini juga berbeza dan mengambil masa untuk ia landai semula.

Sektor kilang penyumbang terbesar kluster di Selangor 

Namun antara isu penting yang menarik perhatian ramai dijelaskan dalam sidang media tersebut ialah mengenai sektor perkilangan yang dikatakan menjadi punca terbesar penyebaran wabak COVID 19 di negeri Selangor.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKN Selangor), sektor perkilangan adalah penyumbang terbesar kluster di Selangor dan tiada satu pun kluster di negeri itu berpunca daripada sambutan perayaan.

Susulan itu, KKM katanya akan menambah 3,000 silinder oksigen di Selangor dan sehingga 4 Ogos ini juga menurutnya, sudah 98% penduduk di Selangor menerima dos pertama vaksin COVID 19. Manakala 43.4% penduduk lagi sudah terima dos kedua vaksin tersebut.

“Dah tahu penyumbang terbesar… tutup lah” 

Rata-rata warganet yang mengikut sesi live tersebut sudah lama mengagak kilang menjadi punca kenaikan kes dan meminta penjelasan menteri yang terlibat berkaitan isu itu. Malah ramai juga yang meminta supaya kementerian terlibat menutup sektor perkilangan sehingga kes menurun ke angka yang lebih rendah supaya wabak COVID 19 ini tidak terus merebak kepada mereka yang berisiko tinggi.

Apa-apapun diharapkan pihak yang terlibat mengambil tindakan sewajarnya demi mengekang penularan wabak COVID 19 ke angka yang lebih tinggi. Semoga negara kita bebas COVID 19! 

Kes positif covid 19 masih kekal atas 10 ribu setiap hari. Terkini kerajaan umumkan ini senarai negeri yang akan beralih ke Fasa 3 Ppn rabu ni.

PERLIS, Sarawak dan Labuan akan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuat kuasa Rabu ini. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi posting di halaman Facebook beliau, petang Isnin.

“Saya berharap dengan kerjasama semua pihak di seluruh negara lebih banyak negeri akan dapat bergerak ke fasa seterusnya. “Kita harus optimis dan terus bergerak ke hadapan supaya pemulihan negara dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan selamat,” katanya.

Beliau turut mempengerusikan mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memperincikan kemudahan kepada individu yang telah lengkap mendapat dua dos suntikan vaksin. “Turut dibincangkan adalah kemudahan yang bakal dinikmati sektor ekonomi.

“Perkara ini perlu diperhalusi dengan berhati-hati bagi memastikan usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi dan kualiti hidup rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan,” katanya. Beliau berkata, lebih ramai yang divaksinasi, lebih ramai yang terlindung, lebih kurang tekanan dan bebanan kepada sistem kesihatan negara dan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial yang boleh dibuka dengan selamat.

Kejayaan pelan pemulihan perlu sokongan rakyat

PELAN Pemulihan Negara diumumkan Perdana Menteri menggariskan strategi jelas mengenai hala tuju peralihan keluar negara daripada cengkaman pandemik secara berfasa. Wartawan BH, Rohaniza Idris mendapatkan pandangan Profesor Ekonomi di Graduate School of Business, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali dan aktivis sosial, Dr Chandra Muzaffar, mengenai hala tuju dan impak dari segi ekonomi dan sosial.

Soalan (S): Bagaimana Tan Sri melihat Pelan Pemulihan Negara?

Jawapan (J): Ramai keliru menyatakan pelan ini untuk memulihkan ekonomi negara daripada pandemik. Ia jelas memperincikan indikator utama digunakan kerajaan dalam menilai untuk melonggarkan dan secara beransur keluar mengikut fasa daripada sekatan pergerakan penuh berdasarkan asas data serta fakta sains.

Saya percaya pelan ini sudah dibuat berdasarkan perkiraan sebaiknya dan seperti dinyatakan Perdana Menteri, berdasarkan fakta realistik. Jika dilihat ukuran ini berkait dan paling utama pada saya adalah kadar vaksinasi yang akan mempengaruhi kadar kes harian dan kapasiti wad di unit rawatan rapi di hospital awam. Ini pada hemat saya mewujudkan kepastian dan ketelusan dalam cara kerajaan menentukan fasa pemulihan dan keluar daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

S: Boleh ulas tiga indikator ditetapkan melalui pelan pemulihan ini?

J: Bagi saya, faktor utama ialah prestasi kadar vaksinasi. Dalam hal ini kita perlu mempunyai bekalan vaksin mencukupi. Pada masa ini kita beli dari luar daripada pelbagai sumber. Jadi, pasti keupayaan memastikan bekalan vaksin mencukupi penting dan kemudian kecekapan perkhidmatan awam untuk memastikan kadar vaksinasi ini dicapai.

Rakyat juga perlu bertindak dan bersedia divaksin. Dengan kadar vaksin tinggi, kedua-dua indikator tadi seharusnya bertambah baik. Di samping vaksin, semua pihak perlu ambil tanggungjawab dan patuh prosedur operasi standard (SOP) sebaik mungkin. Jika tidak, kes tetap terus berulang dan berlegar dalam lingkungan sama.

Dengan pengumuman bekalan vaksin lebih banyak sampai pada masa terdekat serta lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) akan dibuka, termasuk melalui pandu lalu, mobile (bergerak) yang masuk ke kampung dan terkini Program Imunisasi Industri covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS), saya kira kita sudah berada di laluan tepat. Lagi banyak saluran dan penyertaan swasta, maka pencapaian lebih baik dapat dihasilkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://limauasamboi.pw

Tun M desak Muhyiddin untuk letak jawatan dan rupanya ini sebabnya.

Kegagalan mencapai persefahaman antara Institusi Diraja dan Kabinet Persekutuan menyebabkan kerajaan itu terbubar secara automatik, dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat tidak mengikut proses perundangan tertib oleh kerajaan membuktikan Kabinet yang ada kini tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Keadaan itu jelas dilihat menerusi pengumuman kerajaan berhubung pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat walaupun gagal mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Ikut pindaan kita (kerajaan terdahulu) buat sebelum ini, kalau Raja (Yang di-Pertuan Agong) tolak maka dewan (Dewan Rakyat) mesti bincang sebab penolakan itu,” katanya ketika berucap di Dataran Merdeka, di sini, hari ini.

Pengerusi Parti Pejuang itu berkata, pengumuman pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat yang dibuat kerajaan di Parlimen seolah-olah ia sudah sah menjadi undang-undang. Katanya, ini kerana Proklamasi dan Ordinan Darurat itu masih belum dikemukakan kepada Parlimen sebelum ini.

Ahli Parlimen Langkawi turut mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin agar meletak jawatan tanpa terus berkeras memimpin negara. “Apa mahu jadi dengan negara kita? Inilah apabila Perdana Menteri yang tak sepatutnya jadi Perdana Menteri, masuk ikut pintu belakang. Saya harap rakyat faham,” katanya. Katanya, ini menjadi sejarah pertama di Malaysia apabila ahli parlimen tidak dibenarkan untuk ke Parlimen bagi membincangkan isu berkaitan rakyat. Sumber : hmetro

FRU tampil sekat MP Pembangkang dari masuk kawasan parlimen.

Pergolakan politik Malaysia semakin panas apabila ahli parlimen pembngk4ng cuba memasuki Dewan Rakyat, namun kesemua jalan masuk disekat. Mereka berkumpul di Dataran Merdeka dan merancang untuk berarak ke  parlimen hari ini.

“Semua ahli parlimen pembangkang dari DAP, PKR, Amanah, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Warisan, Parti Sarawak Bersatu dan Upko berkumpul untuk mendesak pengunduran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kabinetnya . Parlimen sepatutnya bersidang hari ini tetapi ditangguhkan akibat kes Covid-19. Malaysiakini melaporkan perkembangan ini secara langsung. 10.43am: Persimpangan Jalan Parlimen- Ketua Pembngk4ng, Anwar Ibrahim mengumumkan perarakan itu bersurai setelah polis menyekat mereka memasuki Dewan Rakyat.

FRU sekat MP masuki parlimen

10.35am: Persimpangan Jalan Parlimen – Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) membuat benteng manusia di hadapan jalan menuju parlimen. Seorang pegawai polis yang berdiri di atas trak FRU mengumumkan kepada anggota Parlimen dan petugas media bahawa tidak ada individu yang dibenarkan memasuki parlimen.

“Semua orang, bersurai. Kami tidak akan benarkan sesiapa pun masuk, ” kata seorang anggota dari atas trak berkenaan. Terdapat barisan trak FRU merah diparkir di belakang kenderaan itu. Sementara itu, para ahli parlimen berdiri di hadapan sekatan itu dan melaungkan pelbagai slogan termasuk “daulat tuanku” dan “Muhyiddin undur”.

10.25 pagi: Dataran Merdeka – Ahli Parlimen pembngkng mula berarak menuju Parlimen dari sini. Sebilangan mereka mengangkat sepanduk yang bertuliskan “Mahiaddin dan kabinet letak jawatan” ketika berarak. Mereka juga menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita dan melaungkan ‘Reformasi’ ketika berarak.

10.15 pagi: Dataran Merdeka – Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad tiba untuk menyertai ahli parlimen pembngk4ng. Ahli Parlimen Langkawi dan pengerusi Pejuang itu juga memberi ucapan ringkas kepada anggota parlimen sebelum menyertai perarakan ke parlimen.

10am: Dataran Merdeka – Sebilangan ahli parlimen pembngk4ng berkumpul di sini berikutan jalan menuju parlimen disekat pihak polis. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Saifuddin Nasution Ismail berkata, parlimen adalah ‘tempat kerja’ untuk wakil rakyat dan mereka akan berusaha sebaik mungkin memasuki parlimen.

Pemimpin pembngkng bergilir-gilir memberikan ucapan terlebih dahulu sebelum merancang untuk berarak ke parlimen. “Undur Muhyiddin, hidup rakyat, hidup Yang di-Pertuan Agong,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di akhir ucapannya, bersama anggota parlimen yang lain. Turut hadir ialah Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu; pengasas Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir dan Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal.

Video : https://fb.watch/778MXp_3Di/

9.50am: Ahli-ahli parlimen pembngk4ng mula berkumpul di Dataran Merdeka sebagai persediaan untuk berarak ke parlimen setelah gagal mengadakan rundingan. Sejak awal pagi ini, beberapa trak Black Maria dilihat berada di lokasi di sekitar parlimen. Anggota pasukan Light Strike Force, selain anggota polis biasa dan pegawai trafik turut dilihat di sekatan jalan raya.

9.20am: Ketika dihubungi, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii berkata, sekumpulan ahli parlimen lain berkumpul di bangunan Bank Rakyat di Bulatan Dato Onn, kira-kira 1.5km dari parlimen. “Jalan raya semua disekat. Kami tidak dibenarkan masuk (ke parlimen). Jadi kita boleh berkumpul di lokasi lain dan terus berjalan,” kata Yii.

9.00 am: Jalan-jalan utama menuju ke bangunan parlimen di Kuala Lumpur ditutup bagi menghalang kemasukan ahli-ahli pembngkang berikutan penangguhan sidang khas parlimen hari ini. Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin menyiarkan gambarnya berdiri di tepi jalan bersama dua ahli Parlimen lain. “Lockdown Parlimen?! Jalan masuk ke parlimen semuanya disekat oleh polis,” katanya di Facebook. Chan juga berkongsi satu lagi gambar polis trafik sedang bertugas di sekatan jalan raya.

Sumber : Malaysia kini

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.  

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *