Dah lama berpisah Dr Erin mula buka cerita berpisah dengan bekas suami. Terkejut bila dr Erin dedahkan suami pernah burukkan dia dekat mak mertua.

Menerusi hantaran di Instagram, kata Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40, dia terpaksa mengorbankan rumah tangganya bagi mengelakkan nyawanya dan anak-anak dalam bahaya.

“Terpaksa menjandakan diri. Ramai yang kata saya ni perempuan tak baik sebab kahwin banyak kali, saya takkan buka bab perpisahan saya yang lain-lain sebab menghormati keluarga bekas-bekas husband saya yang semuanya baik-baik dan memahami kenapa saya berpisah secara baik dengan anak-anak depa.

“Bukan sebab orang ketiga cuma masalah yang boleh membahayakan nyawa saya dan anak-anak, itu je saya nak komen,” katanya. Dedah Erin yang juga perawat neurofisiologi, perkahwinannya bersama seorang duda anak dua mulai retak apabila kiriman mesej aplikasi WhatsApp orang simpanan suaminya ketika itu secara tidak sengaja terkantoi.

“Pendek cerita lepas seminggu akak nikah dengan duda ni, dia kantoi WhatsApp skandal masuk depan akak ketika anak kurang upaya main telefon bapa dia. “Jadi akak pun bacalah nak ambil tahu sangat. Tapi akak tanya je pun kat dia kenapa kahwin dengan akak kalau tak puas mencari perempuan lagi? Akak pun merajuk la sat nak balik jumpa mama.

“Masa akak balik kampung tu dia perburuk akak kat mak dia sebijik macam dia tudh bekas bini dia dulu tu. Dia kata kat mak dia akak ada laki lain sebab tu balik Penang. “Lepas dah sejuk, akak balik rumah mentua tapi mentua tak nak tengok muka akak. Masa tu akak hairan napa mak dia ni, dulu baik je dengan aku takkan sebab aku balik Penang nak marah macam ni. Lepas tu suami call kata mak tak nak tengok muka akak lagi.

“Mak dia duk suruh anak dia berpisah akak dah anak dia kata akak bini crng. Jadi, mak dia kata akak bagi nasi kangkang kat anak dia sebab tu anak dia susah nak tinggal akak. “Jadi, mak ni sampai ‘berpedang-pedang kain kuninglah’, punya nak kami berpisah. Akak suruh dia balik pada mak dia, cukuplah akak kehilangan mama akak tapi takkan sanggup hilang anak-anak dengan cara tu demi pertahankan rumah tangga puaka ini,” ceritanya.

Menerusi sepotong video yang dikongsikan di Instagram juga, Erin memuatnaik foto tangan yang berbalut selepas kejadian kantoi mesej perempuan simpanan. “Dia yang kantoi ada affair dengan bini dan janda-janda, bila kita tanya je pun tangan kita yang tercabut. Bertuah laki ni dapat bini tak mlwan,” katanya.

Erin pada masa sama menunjukkan bukti-bukti perbualan bekas suaminya bersama beberapa individu lain termasuk individu yang difahamkan sebagai bekas isterinya terdahulu. Menerusi perkahwinannya dengan bekas suaminya itu, Erin pernah mengalami keggran sebanyak dua kali.

Justeru, kata Erin lagi, dia tidak kisah seandainya perlu menjadi janda berkali-kali sekiranya perkahwinan itu membawanya ke nrka. “Bukan saja-saja orang nak jadi janda, tapi kalau perkahwinan tu bawa kita ke nrka, saya tak kisah jadi janda berkali-kali. Janji Allah reda. Jangan kita takut dengan kritikan orang, yang kritik tu pun level langau je.

“Bangun dan bangkit untuk cari syurga kita anak-beranak. Ada jodoh kahwin lagi jangan tak kahwin, rugi,” ujarnya. Dr Erin PERNAH mendedahkan pernah beberapa kali berkahwin sebelum ini.

Bagaimanapun, jodoh tidak berpihak padanya apabila terpisah dengan ajl dan perpisahan dalam perkahwinan-perkahwinan terdahulu. “Ini perkahwinan ketiga saya. Ustaz tahu semua fasal saya dan dia boleh terima saya seadanya.

“Suami pertama saya pergi menghadap illahi dan yang kedua berpisah dengan kerelaan hati. Tetapi kami masih berkawan baik sampai sekarang. “Allah berikan saya pengajaran atas perkahwinan sebelum ini untuk saya jadi kuat sebelum dia temukan saya dengan ustaz (Da’i Farhan).

“Anak-anak saya sangat menyokong perkahwinan ini sebab saya sudah latih mereka dari kecil lagi untuk berfikir secara rasional. “Apabila saya kata ada papa baru, mereka akan gembira,” katanya kepada Gempak.

Cerita Dr Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40, pertemuannya bersama Farhan di Makkah bagaimanapun mencoretkan lembaran baharu dalam hidupnya. “Saya pergi Makkah untuk menunaikan umrah dengan calon suami lain dan balik semula ke Malaysia dengan lelaki lain (iaitu Farhan),” kongsinya teruja.

sumber: astro gempak

Cinta Kembali Bertaut. Lama Menyepi Akirnya Dai Farhan Dan Bekas Isteri Rujuk Kembali Pada 1 Syawal. Sekali Ini Kata Kata Isteri Buat Ramai Yang Terkejut.

HARI Raya Aidilfitri tahun ini disambut lebih bermakna oleh pendakwah bebas Dai Nik Farhan Nik Mohamad, 31, apabila kembali disatukan dengan bekas isteri Fatin Nurul Ain Mat Aris pada 1 Syawal, Khamis. Wanita itu menerusi Instagram memuat naik foto persandingannya dengan doa agar rumah tangga yang dibina kali kedua itu terpelihara hingga ke akhir hayat.

“Saling bermaafan memberi ketenangan Itulah akhlak Rasulullah. Hati yang memaafkan adalah hati yang bersangka baik dengan apa yang berlaku. “Semoga apa yang berlaku sudah tertulis, tiada kebaikan untuk memendam rasa. “Semoga masa dan hari-hari yang mendatang melupakan memori lalu. Doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat, ” ujarnya.

Pasangan ini mempunyai dua cahaya mata. Pada November 2019, Da’i Farhan mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan sudah berkahwin dengan seorang janda beranak lapan dikenali sebagai Dr Erin di Makkah.Tindakan itu menerima kecaman netizen apabila perkahwinan itu berlaku secara rahsia tanpa pengetahuan isterinya Fatin yang sedang sarat mengandung anak kedua mereka.

Semoga masa dan hari-hari yang mendatang melupakan memori lalu. Doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat. Kemudian, pendakwah itu mengejutkan dunia hiburan apabila lepaskan isterinya itu dengan talak satu pada 3 Disember 2019. Hasil perkahwinan dengan Fatin, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata yang kini berusia tiga tahun dan 15 bulan.

Bagaimanapun, hubungan dengan Dr Erin atau nama sebenarnya, Noorainul Naqim Mohd Radzi tidak berpanjangan apabila pasangan itu akhirnya berpisah pada April tahun lalu selepas enam bulan berkahwin. Pasangan ini naik pelamin buat kali kedua. Sementara itu, Fatin turut bersyukur dua cahaya matanya dapat menyambut hari raya dengan bapa mereka selepas setahun terpisah.

Menurut Fatin, dia sudah berada di kampung halamannya sejak melahirkan anak kedua mereka pada sekitar Februari 2020. “Rezeki tahun lepas daripada awal berpantang sampailah raya PKP memang lama duduk di kampung. “Tahun ni merasalah beraya di sini. Alhamdulillah syukur tahun ini Allah beri rezeki lain menyatukan hati dan keluarga kami. Walaupun PKP dapat juga anak-anak merasa hari raya bersama-sama sebagai keluarga besar, ” ujarnya.

Sementara itu, Instagram Nik Farhan tidak memuat naik sebarang foto berkaitan perkahwinan tersebut. Dalam pada itu warganet tampil mendoakan pasangan ini dan meminta apa yang berlaku sebelum ini di jadikan sebagai pengajaran

Dr Erin Nafi nak T4lak, Tunjuk Bukti Masih Beri ‘Nafkah’ Kepada Bekas Suami

Baru-baru ini, bekas isteri kepada Da’i Farhan iaitu Dr Erin, didakwa menegur warganet kerana memuat naik video kompilasi ‘lelaki tidak setia’ dan terpapar beberapa gambar selebriti lelaki termasuk wajah mirip bekas suaminya itu. Terbaru, menerusi laporan Astro Gempak, Dr Erin memberitahu bahawa dia masih menyantuni kesemua bekas suaminya dan keluarga iparnya. Tambahnya, dia masih memberi nafkah kepada bekas suami walaupun mereka sudah berpisah.

Berbaik dengan semua bekas suami

Akak yang dikatakan perempuan tak baik ni lah duk tolong. Walaupun depa satu keluarga bukan main hina tapi saya tetap layan anak depa, adik depa, abang depa, baik-baik selepas berpisah sebab itu sifat saya. Menurut Dr Erin, dia bukanlah seorang yang pendendam. Sebagai bukti, dia menunjukkan bukti perbualannya bersama bekas suami yang meminta wang dan bantuan daripadanya.

Tambahnya, screenshot tersebut merupakan salah satu bukti perbualannya dengan bekas suami sebelum Da’i Farhan. Rata-rata warganet menyatakan Dr Erin merupakan satu dalam seribu wanita yang menanggung nafkah suami.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Isu Rumahtangga Shuk Sahar Tengah Hangat Sekali Warganet Kaitkan Dengan Dai Farhan. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Dr Erin Bersuara Kecewa Gara Gara Bekas Suami Tersenarai Antara Lelaki Yang Tidak Setia.

Sedang hangat diperkatakan mengenai kontroversi pelawak, Shuk Sahar, bekas isteri pendakwah bebas, Da’i Farhan iaitu Dr Erin meluahkan rasa kecewa apabila bekas suaminya itu dijadikan bahan jenaka dengan isu tersebut.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd. Radzi menyifatkan individu yang menyenaraikan bekas suaminya antara lelaki tidak setia adalah tindakan tidak wajar. Erin berkata tindakannya mempertahankan bekas suaminya bukan kerana masih cinta tetapi kerana situasi berbeza dimana Da’i Farhan tidak berlaku tidak setia.

“Bukan nak backup sebab masih cinta ke sayang ke tapi sebagai seorang manusia yang ada hati belas kasihan, saya tak sampai hati betul tengok. “Baik buruk semua campur hentm semua sekali. Bergurau dengan menjatuhkan maruah orang di media sosial secara berjemaah dengan video-video tak masuk akal ni.

“Yang buat video tulis ciri-ciri lelaki tak setia tu pergi letak muka ustaz Farhan. Dia tak crng pun. Situasi Shuk dengan situasi Farhan tu tak sama langsung,” tulisnya. Kata Erin lagi, bekas suaminya itu tidak pernah tak setia dengan isterinya serta menyifatkan Farhan seorang suami yang bertanggungjawab dan adil meskipun ketika bermadu.

“Farhan tak pernah crng dengan isteri dia sampai pergi lepak rumah orang lain sampai bini kena melilau tengah malam cari laki. Farhan tu adil sangat sebagai seorang suami dan ayah. “Selama dia berpoligami dia tak pernah abaikan tanggungjawab dia kepada pihak sana dan anak-anak dia,” katanya.

Erin berkata lagi, meskipun video yang dibuat oleh warganet itu hanya gurauan namun ia boleh memberi kesan mendalam terhadap keluarga dan anak-anaknya. “Yang setia tu sebab tak diuji macam tu, jangan pula sebab korang dok puji-puji sangat yang setia tu menjadi asbab Allah bagi ujian tak setia pula pada yang setia tu,” katanya.

Terdahulu, nama Da’i Farhan menjadi bualan ramai apabila berkahwin di Tanah Suci Makkah dengan Erin yang merupakan ibu tunggal yang memiliki lapan orang anak, namun pasangan itu berpisah pada April tahun lalu. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Rotikaya

Ada Yang Dah Rujuk Tapi Masih Kena Kritik Dengan Warganet. Lama Menyepi Tiba Tiba Dr Erin Dedahkan Sesuatu Pasal Rujuk Buat Warganet Terkedu.

BEKAS isteri kepada pendakwah bebas, Da’i Nik Farhan yang dikenali sebagai Dr. Erin menasihati wanita agar tidak terlalu menunjuk-nunjuk pengorbanan yang dilakukan sebagai ibu sehingga merendahkan peranan lelaki dalam keluarga.

Erin menerusi laman Instagram miliknya berkata, seseorang wanita itu perlu sedar bahawa mereka tidak akan dapat menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak tanpa adanya seorang lelaki yang bergelar bapa. “Wahai Hawa janganlah kita menjadi wanita yang hanya ingin orang melihat pengorbanan kita sahaja. Tanpa Adam yang sudi memperisterikan kita belum tentu kita menjadi permaisuri.

Erin berkongsi nasihat itu di laman Instagram miliknya.

“Tanpa suami belum tentu kita merasa menjadi seorang umi. Suami atau isteri masing-masing ada pengorbanan dalam rumah tangga ni,” ujarnya. Dalam pada itu, Erin turut meminta warganet tidak masuk campur dalam pergolakkan yang berlaku dalam sesebuah hubungan suami isteri.

Katanya, warganet juga perlu sedar kata-kata kesat yang dilemparkan itu hanya menambahkan dosa dan perlu meminta maaf kepada pasangan itu di akhirat kelak. “Suami isteri yang bergdh ini paling lama enam bulan saja. “Ada yang dah rujuk balik dah pun tapi warganet yang maki hamun kutk sampai lebm tu bawa dsa sampai lang lahd. Sampai kmat esok kena cari mereka yang kita kutk tu,” katanya. Sebelum ini, Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi mendakwa dia sudah dilepaskan pada 27 April 2020 oleh Da’i Farhan.

Menurut Erin, perpisahan iaitu atas permintaannya dan keputusan tersebut dicapai hasil persetujuan bersama demi kebaikan semua pihak termasuk bekas madunya, Fatin Nurul Ain. Dalam pada itu, Erin turut memberitahu Allah akan memudahkan urusan dan dia dapat menjalani kehidupan dalam keadaan baik jika menerima apa yang telah terjadi.

Menerusi laporan mStar pada 19 Jun lalu, Erin berkongsi berita sedih bahawa dia mengalami kegguran ketika kandungan memasuki usia dua bulan. Kisah pasangan itu mula hangat diperkatakan selepasa Da’i Farhan mendedahkan dia sudah berkahwin dengan janda anak lapan di Makkah pada November tahun lalu. Ia menjadi hangat apabila Da’i Farhan dilaporkan lepaskan isterinya, Fatin Nurul Ain selepas terdapat campur tangan pelbagai pihak. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Mstar

Ank Perempuan Diusik Gara Gara Warna Kulit Gelap. Baru Masuk Tadika Mulut Dah Macam Ni. Ini Respon Mengejut Dari Dr Erin Bila Ank Perempuan Diusik Macam Tu.

Bekas isteri pendakwah bebas Da’i Farhan, Dr. Erin mendedahkan anak perempuannya, yang dikenali sebagai Yaya sering menjadi sasaran ajukan dan ejekan kerana warna kulitnya yang agak gelap berbanding adik beradik yang lain.

Menurut Erin atau nama sebenarnya, Noorainul Naqim Mohd Radzi, dia berasa sayu melihat situasi yang dialami anaknya itu memandangkan usianya masih mentah. “Little me.. Anak yang sangat merendah diri..Orang selalu ajuk dia anak sapa?? Napa kakak-kakak dan abang-abang semua putih dia seorang ja hitam.

“Dia akan senyum macam tu jela. Sambil kata nak buat macam mana dah Allah bagi Yaya jadi hitam. “Kita sebagai mak ni gelak-gelak juga la bila orang melawak kan tapi tetap kita akan rasa sayu tengok anak kita walaupun dia senyum.

“Budak-budak kan kita ingat dia senyum macam ok tapi kita tak tau apa yang dia tanam dalam diri dia. Bertabah la anak mama,” tulisnya di Instagram (IG). Nasihat Erin, dia berharap anaknya itu kuat menghadap kata-kata ‘pedas’ dengan senyuman.

Katanya, apa yang penting adalah mempunyai hati yang putih dan bersih. “Ni baru umur 5, 6 tahun dah kena hadap dengan mulut-mulut makcik pakcik. Esok ni masuk tadika akan jumpa dengan kawan-kawan yang mulut puaka juga.

“Perlu kita sentiasa berlapang dada senyum selalu walaupun apa orang kata ye Yaya. Kesian hitam manis mama ni. Biar kulit tak putih gebu janji hati mau putih bersih na,” tulisnya lagi. Rumah tangga Farhan dan Erin runtuh selepas wanita itu mendakwa dilepaskan pada 27 April lalu.

Erin mendakwa bekas suaminya sudah kembali rujuk dengan isteri pertama, Fatin Nurul Ain Mat Aris pada 11 Februari lalu, atas alasan tidak mampu untuk berjauhan dengan anak-anak. Kontroversi membabitkan pasangan ini bermula apabila apabila Farhan mengumumkan sudah bernikah dengan seorang janda anak lapan di Makkah. Situasi menjadi semakin panas apabila Fatin turut membuat pengakuan sudah dilepaskan Farhan menerusi WhatsApp pada 3 Disember lalu.

Lepas Berpisah Dengan Dai Farhan Dr Erin Terus Jadi Rebutan Lelaki. Penat Nak Balas Semua Mesej Lelaki. Mengejutkan Bila Dr Erin Dedahkan Sesuatu Yang Warganet Tak Tahu.

BEKAS isteri penceramah bebas Da’i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi meminta mana-mana lelaki yang mahu mendekatinya agar membatalkan niat tersebut. Jelas Noorainul atau lebih dikenali sebagai Dr Erin, 40, tidak ramai lelaki yang mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan ketua dalam keluarganya.

Kata Erin dia juga sudah penat untuk membalas mesej-mesej daripada lelaki yang mahu mengenalinya menerusi laman sosial. “Saya ni seorang wanita umur 40, mak dan ayah kepada lapan orang anak yang saya perlu bagi segala-galanya. Sakit demm pun saya seorang je yang perlu fikir dan jaga sebab saya tiada adik-beradik, tiada saudara-mara tiada orang tua mahu pun pembantu yang boleh tolong saya lakukan 1001 macam kerja.

Erin akui banyak tanggungjawab yang perlu dipikulnya.

“Orang luar nampak saya ni macam best je hidup dan ramai sangat nak cuba mengenali saya, maaf saya kena bagi tahu dekat sini… tak ramai lelaki yang akan mampu dan berani pikul tanggungjawab ni. “Saya dah penat sangat nak bagi respons kepada yang DM tu. Maaf bukan mudah nak mudah, bukan senang nak senang. Jadi lebih baik cari anak dara atau mak janda yang kurang tanggungjawab,” tulisnya.

Dalam pada itu Erin berkata, kesenangan dan kemewahan hidup yang dilaluinya sekarang memerlukan dia untuk memikul tanggungjawab besar terhadap kebajikan keluarga dan pekerja.

Katanya, hanya lelaki yang betul-betul kuat fizikal dan ment4l sahaja mampu menjadi pasangannya.

“Saya ni Allah ciptakan untuk diberi tanggungjawab yang sangat besar bukan untuk hidup bersenang-lenang dan bukan setakat kena jadi ibu dan ayah malah kena jaga kebajikan ramai orang lagi. “Jadi takut awak semua tak kuat dan tak tahan. Hanya lelaki yang betul-betul besar keyakinan pada takdir dan rezeki Allah, kuat fizikal dan mental saja mampu dan sanggup berjalan seiring dengan saya.

“Maaf sangat tak dapat nak respons kepada semua… Janganlah IG call sebab saya memang tidak akan jawab,” ujarnya. Erin berkahwin dengan Da’i Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 30, di Makkah pada November 2019.

Bagaimanapun Erin memberitahu bekas peserta program Da’i itu sudah melafazkan talak dan ikatan perkahwinan itu berakhir pada April lalu. Perkahwinan Da’i Farhan dengan janda anak lapan itu mendapat perhatian masyarakat apabila dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain.

Nik Farhan melepaskan isteri pertamanya yang ketika itu sedang sarat mengandung anak kedua mereka menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Mstar

Da’i Farhan sudah lepaskan Dr Erin

ATAS alasan tidak boleh berjauhan dengan  anak dan syarat yang ditetapkan bekas madu, isteri kepada pendakwah bebas, Da’i Farhan yang dikenali Dr Erin mengesahkan sudah ditalakkan suaminya  pada 27 April lalu.

Berita perpisahan yang dikongsikan Dr Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd. Radzi, 40, di Instagram itu adalah keputusannya sendiri demi kebaikan semua pihak termasuk bekas madu, Fatin Nurul Ain. “Untuk pengetahuan semua, ustaz sudah melafazkan talak terhadap saya pada 27 April lalu selepas saya sendiri meminta untuk dilepaskan. Saya yakin ini yang terbaik untuk kami bertiga. Saya juga tahu pihak sana (bekas madu) tak boleh ‘move on’.

“Perpisahan ini saya yang minta sebab saya dah penat dengan episod kejap kata nak rujuk sana dan nak lepaskan saya. Kemudian tak jadi lepas saya dan nak pujuk sana untuk bermadu dengan saya. Selepas itu nak berpisah balik. Saya tahu ustaz pun serba salah. Disebabkan itu saya memilih untuk dilepaskan dengan rela,” katanya.

Menurut Erin, dia mengizinkan Farhan  untuk kembali kepada pangkuan bekas isterinya kerana suaminya tidak boleh berpisah lama dengan anak-anak. Katanya, antara syarat yang ditetapkan isteri Farhan adalah dia  perlu melepaskan kerana keluarganya tidak merestui anaknya hidup bermadu.

“Pada 11 Februari lalu saya mengizinkan ustaz untuk kembali dengan bekas isteri kerana selepas pulang dari berjumpa anak-anaknya, dia cakap pada saya dia tak boleh berjauhan daripada anak-anak. Dia kata pihak sana bagi syarat nak duduk dengan anak boleh, tapi kena lepaskan saya sebab ibu bapanya takkan bagi anak dia bermadu.

“Sebab terlalu sayangkan bekas suami, saya cakap kepadanya bawa saya balik berjumpa mentua dan bekas madu untuk saya sendiri serahkan dia semula. Biarlah asalkan dia dapat bersama anak-anaknya,” katanya. Menurutnya, jika diikutkan Februari lalu dia sudah minta untuk dilepaskan , namun ada sahaja halangan sehinggalah mendapat perkhabaran sudah hamil baru- baru ini.

“Saya reda jika ini ujian saya untuk kehilangan orang yang saya sayang daripada tengok dia susah hati dan rindu dengan anak-anak. Lebih baik saya mengalah. “Saya sudah tidak mengharapkan apa-apa daripadanya dan hanya tunggu masa nak dilepaskan saja. Sejak bulan Februari nak pisah ada saja masalah datang sampailah saya nekad nak akhiri pada bulan Ramadan ini demi kebaikan semua tapi saya tahu mengandung pula. Namun saya nekad dengan keputusan saya untuk mengakhirinya,” katanya.

Dalam masa sama, Erin meminta supaya dirinya tidak lagi dikaitkan dengan pendakwah bebas itu dan memohon maaf kepada mana-mana yang pernah terluka sepanjang perkahwinannya dengan Farhan. “Saya harap selepas ini tolong jangan kaitkan dia dengan saya. Apa-apa saya yang saya kongsikan di media sosial adalah atas diri saya sendiri. Saya yang baru nak dapat hidayah ini sememangnya tak layak dengan golongan agamawan.

“Biarlah dia jalani kehidupan dia seperti biasa dengan ketenangan dan kebaikan. Saya ingin meminta maaf kepada sesiapa yang tergores hati dan terkesan atas pernikahan saya dengannya. Saya terima lamarannya dulu sebab ilmu agama dan kebaikan yang saya nampak dalam dirinya ketika itu. Saya sangat harap dia boleh bawa saya ke syurga,” katanya.

Pernikahan Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 30, dengan Erin yang juga ibu tunggal anak lapan di Makkah pada November tahun lalu mendapat perhatian masyarakat apabila dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin.

Bagaimanapun, Farhan kemudian mengambil keputusan melepaskan isteri pertamanya yang ketika itu sarat mengandung anak kedua mereka. talak itu dilafazkan menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp pada 3 Disember tahun lalu.

Erin tak tahu perkahwinannya tak dapat restu isteri Farhan

BEKAS isteri pendakwah bebas, Da’i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40, bersetuju untuk menjadi isteri kedua Farhan kerana menyangka dia sudah mendapat kebenaran untuk berpoligami daripada isteri pertamanya ketika itu, Fatin Nurul Ain.

Noorainul Naqim atau dikenali sebagai Dr Erin tidak menyangka pernikahan mereka itu sebenarnya tidak direstui Fatin. “Saya terima pinangan Farhan kerana saya diberitahu dia sudah dapat persetujuan daripada isterinya. Demi Allah kami tidak pernah berniat untuk menyembunyikan pernikahan kami.

“Dia menghantar permohonan berpoligami pada 10 Oktober tahun lalu. Dalam fail itu permohonan untuk kebenaran berpoligami juga sudah lengkap. Dia juga berulang-alik ke Kedah berjumpa ayah saya untuk mengisi segala borang yang diperlukan bagi permohonan pernikahan. Ujian HIV juga sudah dibuat,” katanya.

Melihat kesungguhan Farhan melengkap permohonan itu membuatkan Erin percaya ia sudah mendapat restu isteri pertamanya ketika itu. “Saya langsung tidak terfikir Fatin sebenarnya tidak merestui pernikahan itu kerana Farhan bersungguh-sungguh melengkapkan segala borang dan menghantarnya. Bagi saya, jika dia tak dapat kebenaran atau restu isterinya, takkanlah dia akan menghantar permohonan berpoligami kerana ia akan membuang masa,” katanya.

Erin berkata, Farhan memang akan ke Makkah setiap bulan atas urusannya sebagai mutawif. Menurut Erin, dia mengambil keputusan mengikut Farhan yang menjadi mutawif untuk rombongan jemaah umrah pada 13 Oktober tahun lalu dan bersetuju untuk melangsungkan pernikahan mereka di Makkah keesokannya.

Dalam pada itu, Erin mendakwa dia hanya mengecap kebahagiaan bersama Farhan selama dua bulan saja sebelum masalah mula timbul. “Dalam tempoh itu kehidupan saya sebagai isteri kedua sangat harmoni kerana Farhan menjalankan tanggungjawab dengan adil. Dia akan tidur bergilir-gilir di rumah saya dan rumah madu selang sehari. Selama dua bulan itu saya langsung tak tahu jika ada masalah di pihak madu kerana dia tak pernah bercerita.

“Saya ingat semuanya okey dan aman damai. Mereka sekeluarga juga pernah bercuti ke Melaka walaupun waktu tu adalah giliran saya. Saya mengalah kerana faham keadaan madu masa tu. Untuk jadi perampas jauh sekali nak buat orang berpisah memang tak terlintas di fikiran,” katanya.

Erin berkata, masalah bermula apabila Farhan mula rindukan keluarga dan anak-anaknya bersama bekas isteri. “Dia kata tak boleh berjauhan dengan anak-anaknya. Dia juga diberi syarat supaya melepaskan saya jika mahu tinggal bersama anak-anaknya kerana mentuanya tidak mahu anak mereka bermadu. Saya reda jika ini ujian saya untuk kehilangan orang yang saya sayang daripada melihat dia susah hati rindukan anak,” katanya.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Farhan dan Fatin bagi mendapatkan reaksi mereka berhubung dakwaan ini tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab dan mesej WhatsApp tidak dibalas. Terdahulu, Erin mengaku sudah dilepaskan Farhan pada 27 April lalu atau kerelaannya. Ia dibuat berikutan Farhan tidak boleh berjauhan dengan anak-anak bersama Fatin selain syarat yang ditetapkan bekas isterinya itu.

Perkahwinan mereka mendapat perhatian ramai apabila Farhan mendakwa Erin yang juga ibu tunggal anak lapan adalah wanita ke-19 yang berjaya membuka hatinya untuk bernikah selepas menolak lamaran 18 wanita sebagai isteri keduanya. Perkahwinan itu turut menjadi bahan kritikan warganet terutama apabila Farhan bertindak melepaskan isteri pertamanya yang ketika itu sarat hamil anak kedua.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *