Ahmad Maslan baru je hantar surat. terkejut sekali ini respon dari Ismail Sabri.

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan surat yang dihantar oleh Setiusaha Agong Umno adalah bertentangan dengan undang-undang. Menurut Ismail Sabri, surat oleh Datuk Seri Ahmad Maslan itu akan diletili sebelum membuat pendirian untuk memberi jawapan balas atau sebaliknya.

“Kita akan terus menyokong kerajaan berdasarkan titah Agong sehingga keabsahan ditentukan di Parlimen, kita buat keputusan apabila sampai masanya. “Surat 48 jam oleh Setiausaha Agong Umno, ia bertentangan dengan perundangan dan kita akan lihat perkara ini, akan buat keputusan untuk jawab atau tidak… akan bincang semula,” katanya dalam satu sidang media, Jumaat.

Dalam masa yang sama Ismail Sabri menyeru Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar berjumpa dengannya dan ahli Parlimen parti itu untuk menjelaskan hasrat sebenar beliau. Malah katanya, dia setakat ini masih lagi belum menerima surat tersebut dan belum memutuskan tindakan seterusnya.

“Saya akan baca surat tu, saya pun belum terima lagi. Kita akan kaji dan bincang sesama kita, apa perlu dilakukan selepas itu. “Saya tak tahu apa kesalahan, adakah patuh titah Agong merupakan satu kesalahan? Kalau itu satu kesalahan, saya tak tahulah siapa yang derhaka,” ujarnya lagi.

Pada Khamis, Umno dilaporkan menghantar surat kepada semua ahli Parlimen agar menyatakan pendirian mereka secara bertulis. Surat melalui Ahmad Maslan itu meminta semua ahli Parlimen parti itu menjawab borang yang dikepilkan sebelum 7 Ogos, untuk menyatakan sama ada tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan meletak jawatan atau menyokong PN dan tidak akan meletakkan jawatan.

Saya tak akan jawab surat Ahmad Maslan – Nazri Aziz

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan menerima surat dari Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini yang meminta Ahli Parlimen UMNO menyatakan pendirian mereka sebelum 7 Ogos ini.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu bagaimanapun menegaskan beliau tidak akan menjawab surat yang dihantar oleh Setiausaha Agung UMNO itu. “Saya mengesahkan telah menerima surat dari Setiausaha Agung UMNO menerusi WhatsApp hari ini.

“Saya tidak akan jawab surat tersebut kerana saya tidak melakukan sebarang kesalahan. “Yang sepatutnya diberi surat tunjuk sebab adalah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana beliau jelas tak patuh keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020.

“Ini jelas menerusi audio perbualan beliau dgn Anwar selepas PAU pada Mac lalu yang tersebar sebelum ini. “Selain itu saya sudah menyatakan Zahid perlu berjumpa semua Ahli Parlimen UMNO dan menjelaskan apa yang beliau lakukan tapi sampai sekarang dia tak nak jumpa,” katanya kepada Astro AWANI.

Selain itu, Mohamed Nazri juga menegaskan sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) beliau hanya akan akur dengan keputusan yang dibuat Dewan Tertinggi BN.

“Saya adalah Ahli Parlimen BN, jika Dewan Tertinggi BN mengarahkan saya menarik sokongan barulah saya akan tarik sokongan,” katanya lagi.

Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan Setiausaha Agung UMNO telah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimennya agar menyatakan pendirian mereka secara bertulis.

Surat itu meminta semua ahli parlimen UMNO menjawab borang yang dikepilkan sebelum 7 Ogos.Menerusi borang tersebut, semua Ahli Parlimen UMNO diminta menyatakan pendirian sama ada tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan meletak jawatan atau menyokong PN dan tidak akan meletak jawatan.

Zahid hantar surat akuan tambahan kepada Agong, tepis dakwaan kerajaan masih ada majoriti

Kuala Lumpur: Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, hari ini, bagi mempersembahkan Surat Akuan tambahan sebagai lanjutan warkah sebelum ini.

Katanya, kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas mendakwa kerajaan masih mempunyai majoriti adalah tidak benar.

Menurutnya, Umno mencabar kerajaan untuk segera memanggil Sidang Khas Parlimen bagi membuktikan Perdana Menteri masih mempunyai majoriti tanpa menunggu sehingga Persidangan Parlimen pada September depan.

Beliau berkata, sebelum ini Perikatan Nasional (PN) hanya mempunyai 114 Ahli Parlimen yang menyokong. “Saya mempersembahkan warkah yang melampirkan lapan Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen Umno kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai 2021, bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

“Ini cukup untuk menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti, biarpun sebenarnya jumlah berkenaan melebihi daripada itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Ahmad Zahid berkata, selepas Majlis Kerja Tertinggi membuat ketetapan mutakhir semalam bagi menarik sokongan terhadap kerajaan PN dan Perdana Menteri atas asas mahu berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, jumlah Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen Umno bertambah.

Terdahulu, Muhyiddin dalam perutusan khasnya berkata, beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri. Perkara berkenaan sudah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah pada majlis menghadap di Istana Negara, pagi tadi.

Lepas pengumuman khas dari Pm kali ni wartawan dedahkan permainan politik licik Muhyiddin Yassin yang ramai tak tahu.

CEMANA nak cakap eh. Kalau korang kenal Tan Sri Mahiaddin ni, korang akan faham cara beliau. Mahiaddin ni bukan sehari main politik. Sebahagaian besar hidup dia adalah dengan politik.

Lulusan ijazah ekonomi UM ni umur 31 tahun dah jadi Ahli Parlimen. Umur 39 tahun dah jadi Menteri Besar Johor. Dah pegang pelbagai jawatan Menteri, dah pernah jadi Timbalan Perdana Menteri.

Dengan Najib dulu pun dia bergasak semacam je walhal tu bos dia. Walaupun bergelut dengan sakit teruk, permainan politik dia tetap licik hingga dapat jadi Perdana Menteri.

Tun M tewas, Anwar gagal, Zahid tergolek.

Jadi setelah berpuluh tahun berusaha, kena tndang dan menndang, kena pijk dan memijk untuk sampai ke jawatan nombor satu ni, jangan haraplah dia nak surrender macam tu saja. Perangai orang politik ni dia dah khatam lama dah. Semua celah gigi dia je.

Kalau ada musuh politik nak pusing dia 10 kali, dia akan pusing balik orang itu 20 kali. Sifir mudah dia beginilah. Dalam pada nampak dia ‘slow’ tu, jangan ingat otak dia tak ligat macam roller-coaster.

Jangan cuba nak underestimate ‘abah’ yang sorang ni. Saya bukan peminat dia, tetapi terimalah hakikat, bukan mudah nak jatuhkan dia macam tu saja. Cubalah selagi mahu. Kalau mampu.

“Saya Masih PM”-Muhyddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kedudukannya sebagai Perdana Menteri masih utuh dan mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Katanya, perkara itu dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ketika sesi menghadap Seri Paduka, pada jam 11 pagi tadi di Istana Negara.

Pada sesi menghadap hampir sejam itu, Muhyiddin mendedahkan bahawa beliau menyembah maklum mengenai penerimaan jumlah surat akuan bersumpah (SD) yang disifatkan sebagai meyakinkan.

“Semalam saya menerima warkah daripada Yang di-Pertuan Agong memaklumkan mengenai lapan ahli Parlimen UMNO, menulis surat kepada baginda bahawa mereka menarik sokongan kepada saya.

“Di dalam warkah ini, Seri Paduka memetik dua peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Pertama, Perkara 43(2)(a) iaitu, Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Kedua, Perkara 43(4) iaitu jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Sehubungan itu, saya menyembah maklum kepada baginda mengenai penerimaan sejumlah SD daripada ahli Dewan Rakyat yang meyakinkan bahawa saya masih mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat pada masa ini,” katanya katanya ketika menyampaikan perutusan khas, hari ini.

Susulan penjelasan itu, Muhyddin berkata peletakan jawatannya mengikut Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit, namun mengakui bahawa kedudukannya sebagai Perdana Menteri sering dipersoalkan.

Sehubungan itu, beliau menyembah maklum kepada Seri Paduka untuk membentangkan usul undi percaya, menjelang sidang Dewan Rakyat, September ini bagi menentukan keabsahan sebagai Perdana Menteri.

“Melalui cara ini, kedudukan saya sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan.

“Alhamdulillah, Seri Paduka memperkenankan cadangan saya ini. Sementara itu, Jemaah Menteri dan jentera pentadbiran kerajaan akan terus berfungsi untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat serta negara, khususnya dalam menangani pandemik COVID-19.

“Saya akan memastikan program vaksinasi yang sedang berjalan pada masa ini tidak akan terganggu dan terus dilaksanakan mengikut jadual, selain bantuan-bantuan yang diumumkan kerajaan untuk diterima oleh rakyat tanpa sebarang halangan.

“Justeru, saya minta semua penjawat awam, khususnya petugas barisan hadapan, untuk terus tabah melaksanakan tugas serta tanggungjawab anda tanpa terganggu dengan kemelut politik, dicetuskan pihak-pihak tertentu secara sengaja yang cuba menangguk di air keruh,” katanya.

Muhyiddin dedahkan ada pihak yang tak senang sebab tuntutan tak dilayan. Tak boleh berdiam sekali ini respon dari Najib Razak.

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa terdapat pihak yang kurang senang dengan ketegasan beliau untuk tidak melayan beberapa tuntutan mereka. “Ini termasuk desakan supaya saya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan.

“Saya juga telah dikatakan mndrhka kepada Raja sedangkan apa yang saya lakukan adalah semata-mata untuk memelihara keluhuran Perlembagaan dan mempertahankan kemuliaan institusi Raja Berperlembagaan.

“Saya tidak akan mengorbankan prinsip saya dan membelakangi sumpah jawatan saya untuk menunaikan segala kewajipan dengan jujur, menumpahkan taat setia kepada Raja dan Negara serta memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan,” katanya menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung, pada Rabu.

Muhyiddin berkata, beliau menerima warkah daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memaklumkan kepadanya terdapat lapan ahli Parlimen Umno yang menarik sokongan terhadapnya sebagai Perdana Menteri.

“Saya telah menyembah maklum kepada baginda bahawa saya telah menerima sejumlah surat akuan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang meyakinkan saya bahawa saya masih mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat pada masa ini.

“Sehubungan itu, peletakan jawatan saya di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit,” katanya. Muhyiddin bagaimanapun berkata, beliau menyedari kedudukannya sebagai Perdana Menteri sering kali dipersoalkan.

“Maka, saya telah menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa saya akan menentukan keabsahan saya sebagai Perdana Menteri di Parlimen. “Suatu usul undi percaya kepada saya akan dibentangkan di Dewan Rakyat ketika Dewan Rakyat bersidang pada September ini,” katanya.

Melalui cara itu katanya, kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan.

“Alhamdulillah, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan cadangan saya ini,” katanya. Pada Jumaat lalu, warkah berkaitan penamatan Ordinan Darurat daripada Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tular di media sosial.

Ia susulan Yang di-Pertuan Agong pada Khamis menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada 26 Julai lalu, bahawa kerajaan telah membatalkan Ordinan Darurat yang dimasyhurkan oleh baginda, sedangkan pembatalan belum lagi diperkenankan.

Dalam warkah itu, Al-Sultan Abdullah bertitah supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menghadap Seri Paduka Baginda secara maya pada 24 Julai lepas.

Semasa sesi menghadap tersebut, Baginda menitahkan tidak berkenan untuk menandatangani permohonan pembatalan Ordinan Darurat kerana ia dilakukan secara tergesa-gesa.

Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa amat dukacita selepas Takiyuddin tidak menuruti titah Baginda malah memberi kenyataan bercanggah dan tidak tepat dalam Dewan Rakyat pada 26 Julai 2021.

Susulan itu, Umno pada Selasa sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan kerajaan PN yang didakwa gagal di mata rakyat selaras Fasal 3.3 Perlembagaan Umno.

Tidak berdiam diri, Najib Razak terus memberi maklum balas selepas sidang media oleh PM Muhyddin sebentar tadi

“Dia kata YDP Agong minta dia buktikan ada sokongan majoriti. “Dai kata YDP Agong titah hanya 8 orang ahli parlimen UMNO yang tarik sokongan terhadap dia. “Dia kata dia percaya bahawa dia masih ada sokongan majoriti.

“Tapi dia berjanji pada YDP Agong akan usulkan undi percaya terhadap dia pada sesi parlimen bulan September. “Kenapa pula bukan sekarang memandangkan kita baru masuk bulan Ogos? “Sebab Covid masih srng parlimen ke? Tapi saya tengok mereka yang kononnya terdedah pada Covid dalam parlimen sudah bebas ke sini dan ke sana – siap meeting tiap-tiap malam di rumah.

“Akhirnya dia salahkan dan menipu bahawa mereka yang tarik sokongan terhadap dia adalah mereka yang mahu kes digugurkan sedang cara terbaik untuk gugurkan ialah dengan membodekdan bukan melwan dia. “Boleh tanya Xavier, Menteri kanan tak HD, Tok Pa dan lain-lain.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Selesai menghadap terkini Pm dijangka bakal buat perutusan khas pada hari ni.

Utusan Malaysia sebentar tadi melaporkan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipercayai akan membuat pengumuman khas pagi ini di Pejabat Perdana Menteri. Menurut sumber mereka, petugas RTM telah diarahkan untuk bersiap sedia melakukan siaran langsung pengumuman itu.

Terdahulu, Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan kenderaan membawa beliau yang diiringi polis pengiring, dilihat memasuki pintu satu Istana Negara sekitar pukul 10.53 pagi.

Sumber: Utusan Malaysia

Terkini tular tentang ketibaan Muhyiddin di Istana Negara.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di sini pada pagi Rabu. Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Pagoh itu dilihat memasuki Pintu 1, Istana Negara pada jam 10.59 pagi.

Keabsahan Muhyiddin kini menjadi tanda tanya susulan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Selasa yang membuat ketetapan untuk tidak mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beberapa ahli Parlimen parti itu difahamkan sudah menandatangani aku janji menarik sokongan terhadap Muhyiddin untuk dipersembah kepada Seri Paduka Baginda. Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang juga ahli MKT UMNO menjadi yang pertama letak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli dan dijangka lebih ramai akan berbuat demikian dalam tempoh 48 jam.

Tindakan UMNO telah menimbulkan persoalan mengenai jumlah terkini sokongan majoriti ahli Parlimen kepada kerajaan PN dan Muhyiddin. Pintu 1 dan 2 Istana Negara pada Rabu menjadi tumpuan media sejak jam 7 pagi bagi mendapatkan perkembangan semasa politik negara.

Dikritik teruk oleh warganet sebab ayah gagal tadbir negara. Sekali ini tindakan mengejut dari anak Muhyiddin.

Setelah sekian lama menyepi tanpa khabar berita, nama penyanyi Najwa Mahiaddin. Dia juga merupakan anak kepada Perdana Menteri Malaysia menjadi bualan hangat warganet di media sosial. Biarpun dia sudah lama tidak memuat naik hantaran terbaru di Instagram, baru-baru ini ramai warganet menyrang ruangan komen pada gambar terakhir.

Walaupun ia dikongsi olehnya pada penghujung Januari lalu. Memetik penulisan OiJom, warganet membanjiri ruangan komen itu dengan rasa amarah serta geram kepada pelantun lagu Got To Go berkenaan.

Mereka mula menyrang penyanyi itu sejak beberapa minggu lalu dan memberi komen ‘pedas’ terhadap Najwa dan ahli keluarga terutama sekali ayahnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walau bagaimanapun, penyanyi berusia 35 tahun tersebut tidak mempedulikan segala kritikan warganet.

Namun dia bertindak menutup ruangan komen pada gambar berkenaan. Difahamkan lagi, komen-komen biadap itu adalah kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri TSMY dalam mentadbir negara ketika pandemik ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: Instagram Najwa Mahiaddin, OiJom (Joww) via balikraya

Tun M desak Muhyiddin untuk letak jawatan dan rupanya ini sebabnya.

Kegagalan mencapai persefahaman antara Institusi Diraja dan Kabinet Persekutuan menyebabkan kerajaan itu terbubar secara automatik, dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat tidak mengikut proses perundangan tertib oleh kerajaan membuktikan Kabinet yang ada kini tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

“Keadaan itu jelas dilihat menerusi pengumuman kerajaan berhubung pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat walaupun gagal mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Ikut pindaan kita (kerajaan terdahulu) buat sebelum ini, kalau Raja (Yang di-Pertuan Agong) tolak maka dewan (Dewan Rakyat) mesti bincang sebab penolakan itu,” katanya ketika berucap di Dataran Merdeka, di sini, hari ini.

Pengerusi Parti Pejuang itu berkata, pengumuman pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat yang dibuat kerajaan di Parlimen seolah-olah ia sudah sah menjadi undang-undang. Katanya, ini kerana Proklamasi dan Ordinan Darurat itu masih belum dikemukakan kepada Parlimen sebelum ini. Ahli Parlimen Langkawi turut mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin agar meletak jawatan tanpa terus berkeras memimpin negara.

“Apa mahu jadi dengan negara kita? Inilah apabila Perdana Menteri yang tak sepatutnya jadi Perdana Menteri, masuk ikut pintu belakang. Saya harap rakyat faham,” katanya. Katanya, ini menjadi sejarah pertama di Malaysia apabila ahli parlimen tidak dibenarkan untuk ke Parlimen bagi membincangkan isu berkaitan rakyat.

Sumber : hmetro

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *