Disebabkan tahap oksigen yang semakin menurun. Siti Sarah terpaksa dikejarkan ke hospital.

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang sarat hamil tujuh bulan dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.

Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu dibawa dengan ambulan sekitar pukul 6.30 petang semalam (Rabu) bagi mendapatkan rawatan di hospital berkenaan. Perkara tersebut dimaklumkan pengurusnya. Nana Mohd. Rom daripada syarikat Indigital Music.

“Sarah sekeluarga sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin hari ini (semalam) tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan membuatkan Sarah terpaksa mendapatkan rawatan lanjut,” kata Nana.

Sementara itu, suaminya Shuib turut memohon agar semua pihak turut mendoakan kesejahteraan isteri serta anak dalam kandungan dijauhkan daripada segala masalah.

“Assalammualaikum semua. saya mohon doakan isteri saya Siti Sarah Raisuddin. Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan. Allah Maha Segala-galanya,”,tulis Shuib menerusi satu perkongsian video menunjukkan Sarah sedang mencium  anak-anak sebelum dibawa ke hospital.

Video :

https://www.instagram.com/p/CSJ8Db-B7qx/?utm_source=ig_web_copy_link

Terdahulu, Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan Covid-19 sejak 25 Julai lalu. Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus mavt tersebut. Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. Sumber – K! ONLINE.

Kali ni Achey diuji keluarga termasuk ibu Achey disahkan positif covid19. Terkedu ini keadaan terkini Ibu Achey.

Pelawak, Mohd Nasir Hamzah atau lebih dikenali sebagai Achey berkongsi khabar duka apabila ahli keluarga termasuk ibunya, Ngaisah Hassan telah disahkan positif covid19. Meski berat untuk menerima dugaan ini, namun pelawak berusia 35 tahun yang kini muncul menerusi single Yang Terindah ini tetap kuat dan tabah mengharungi ujian.

Dia pada masa sama turut memohon semua untuk menitipkan doa buat ahli keluarganya agar sembuh daripada wabak penyakit tersebut. “Bismillah… Satu persatu datang, tk sempat aku usahakan vaksin untuk korang. Tapi takpa aku tau ALLAH sayang.

“Kuat atau tidak kita usaha habis habisan, erti #Iwan yang sebenar. Doakan mereka, kami dan kita kuat,” tulisnya di Instagram. Bintang kelahiran Segamat, Johor ini sempat menasihati semua moga sentiasa menjaga diri.

“Korang semua jaga diri tau, time to redha and fght… #covid l9 #covidisreal,” tulisnya lagi. Sementara itu menerusi satu posting yang dikemas kini, Achey turut berkongsi rakaman yang dilakukan secara panggilan video bersama ibu tersayang.

Terdahulu beberapa minggu lalu, Achey mengalami kelukaan selepas motorsikal yang ditunggangnya hilang kawalan sewaktu ingin mengutip buah durian.

Sember: mediahiburan

Sebelum ini, pelawak dan penyanyi, Achey Bocey, 35, mengalami patah tangan kiri dan retak tangan kanan selepas motosikal ditunggangnya terbabit kejadian tak diingini akibat hilang kawalan di kebun buah ketika mencari durian, awal pagi semalam.

Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah dihubungi berkata dia baharu selesai menjalani operasi memasukkan besi di tangan kiri yang patah, manakala tangan kanannya pula disimen. “Sekarang ini, ujian saya apabila kedua-dua belah tangan mengalami kelukaan. Saya pun tak sangka jadi sampai macam ini disebabkan impak kuat dari kemal4ngan yang dialami itu.

“Saya tunggang motosikal macam biasa dan tk laju pun sebab dalam kawasan kebun buah. Tapi, itulah dugaannya perkara dah nak jadi apabila motosikal ditunggang hilang kawalan, terbabas dan saya jatuh,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Achey, dia ke kebun itu untuk mencari dan mengumpulkan buah durian kerana mahu menjualnya bersama-sama seorang rakan sebagai usaha mencari pendapatan tambahan mereka.

“Apabila malang tk berbau dan keadaan saya pun dah jadi macam ini, nampaknya rakan itu yang kena berniaga sendiri. Apapun, saya bersyukur dikelilingi rakan-rakan yang baik dan suka membantu.

Achey yang masih dirawat di sebuah pusat perubatan di Batu Pahat, Johor, berkata dia juga bersyukur kerana isteri, Nur Hassanah Yahya atau Anne ada di sisi menemaninya di hospital sejak semalam.

“Walaupun kena bebel juga dengan Anne, tapi dia tetap jaga dan temankan saya di sini. Saya juga nak ucap terima kasih kepada semua orang yang mengikuti saya di media sosial dan peminat yang sentiasa mendoakan kesihatan saya,” katanya.

Bercerita ringkas mengenai kejadian kejadian itu, Achey berkata ia berlaku di lereng bukit dan motosikalnya hilang kawalan serta terbbas hingga masuk ke dalam parit.

Sumber : harian metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : http://transformasi.pw

Achey sedia jual sesuatu ini demi tampung kos rawatan ibunya. Rupanya ini sakit ibu Achey alami.

SELEPAS kehilangan bapa pada 19 Mac lalu, pelakon dan pelawak Achey diuji sekali lagi apabila ibunya, Ngaisah Hassan mengalami mas4lah kesihatan yang menyebabkan berat badan turun mendadak sebanyak 20 kilogram. Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, berkata selepas menjalani pemeriksaan doktor mengesahkan ibunya meng1dap peny4kit kenc1ng m4nis selain berdepan dengan masalah dalaman. Selepas menjalani beberapa pemeriksaan, terdapat masalah antara saluran h3mpedu dan pankr34s dan kini ibunya dir4wat di KPJ Johor Specialist h0sp1tal.

“Dua bulan selepas abah pergi, dia ada mengalami angin dekat ulu hati dan sejak akhir-akhir ini berat badannya turun mendadak sehingga hampir 20 kilogram. Melihat keadaannya itu, saya bawa mak jumpa pakar melakukan pemeriksaan. Tiba-tiba doktor sahkan dia ada kenc1ng manis dan ujian dr4h pun menunjukkan ada masalah dalaman. Bila scan, ada masalah antara saluran hemp3du dan saluran pankr34s tapi doktor tak dapat nak sahkan. Sekarang mak di KPJ Johor Bahru untuk menjalani pemeriksaan selanjutnya. Sebab di KPJ sahaja ada pakar untuk masalah itu. Ini kali pertama mak naik ambu.lan dan saya pun teman dia sekali. Mak berusia 73 tahun dan sekiranya ada operasi besar, ia agak risiko tinggi untuk dirinya,” kata Achey. Kebetulan saya memang dekat Johor hampir tiga bulan sebab saya uruskan perniagaan.

ACHEY

Sebelum ini, Achey memuat naik foto dia bersama ibunya di sebuah h0sp1tal dengan kapsyen dia sanggup menggadaikan hartanya demi merawat insan tercinta. Bapa Achey iaitu Hamzah Salam, 80, menghem.buskan nafas ter4khir di h0sp1tal Segamat, Johor pada 19 Mac lalu. Dalam pada itu, ahli kumpulan Bocey ini memberitahu dia sanggup menggadaikan harta yang ada demi memberikan raw4tan yang terbaik buat ibunya yang berusia 73 tahun. Achey yang sudah hampir tiga bulan berada di kampung halamannya Segamat, Johor berasa ralat kerana sudah menggunakan duit simpanan untuk beberapa perniagaan.

“Kita sebagai anak, apa saja harta yang ada kita akan cuba cairkan untuk rawatan dia. Mungkin ini cara untuk kita berbakti untuk dia. Kebetulan saya memang dekat Johor hampir tiga bulan sebab saya uruskan perniagaan. Yang agak merung.singkan saya ketika ini adalah duit simpanan saya sudah laburkan sedikit untuk perniagaan. Tapi duit simpanan untuk raw4tan sekarang masih ada. Memang rasa amat ralat la… kalau saya tahu jadi macam ini, saya akan simpan duit itu. Kalau selepas ini nampak saya post nak jual motosikal ke, get ready la. Saya akan jual untuk perbelanjaan raw4tan selanjutnya. Kita tak tahu mungkin ujian akan datang selepas kejayaan. Nak buat macam mana, kena reda. Adik-beradik dan isteri juga banyak membantu,” ujarnya.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *