Tular kontroversi libatkan seorang pelawak. Sekali rupanya ini kerja yang sebenarnya dia lakukan.

Pelawak usia 40-an disyaki bapa ayam rupanya ‘penghantar’ pekerja seks?

Sejak awal minggu ini, kontroversi melibatkan seorang pelawak yang disyaki terlibat dalam kes pemrd4gngan manusia bagi tujuan ekspl0it4si s3ks menjadi perbualan warganet. Mana tidaknya, identiti artis berusia 40-an itu masih lagi misteri dan beberapa individu yang namanya ‘dipetik’ warganet bertegas menafikan dkwaan tersebut.

Ambil di Bukit Jalil, hantar ke Kuala Pilah

Menerusi laporan daripada Harian Metro,  artis lelaki terbabit berperanan sebagai ‘penghantar’ pekerja s3ks yang terlebih dahulu ditempah secara dalam talian menggunakan aplikasi WhatsApp. Menurut pihak polis berdasarkan siasatan awal, artis lelaki terbabit mengambil pekerja s3ks itu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebelum membawanya ke sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Ahad lalu.

“Soal siasat terhadap wanita ditahan itu mendkwa dia terbabit dalam kegiatan pelacvran dikendalikan seorang ejen bernama Kevin yang berperanan mempromosikan khidmat s3ks melalui pelbagai aplikasi media sosial. Biasanya pelanggan yang berminat diminta mendepositkan wang ke dalam akaun bank diberikan Kevin untuk melanggan pelcvr,” katanya.

Jadi transporter buat pekerja s3ks?

Pelawak itu didkwa berperanan sebagai transporter untuk menghantarnya kepada pelanggan yang menanti di hotel. “Tangkapan dilakukan bukan secara kebetulan berikutan polis merancang rapi dan mengadakan operasi khas bagi membongkar aktiviti pemrdg4ngan manusia itu untuk tujuan ekspl0it4si s3ks.

“Hasil penahanan itu, polis menemui pelbagai barang bukti antaranya telefon pintar, kond0m dan wang disyaki hasil kegiatan jny4h itu,” katanya. Untuk makluman, selebriti berkenaan telah dit4han pada Ahad lalu dan sudah dibebaskan atas jaminan polis. Namun begitu, pelawak tersebut turut dikenakan komp4un kerana mengingkar prosedur operasi standard (SOP) merentas negeri tanpa ada sebarang kebenaran. Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipmrd4gngan Orang dan Antipenyelvdvpan Migran (Atipsom) 2007 yang memperuntukkan hukvman penj4ra tidak lebih 15 tahun dan boleh dikenakan d3nda jika s4bit kesalahan. Sumber: Harian Metro

Tak pasal pasal nama kena petik. Tauke Jambu nafi dirinya dtngkap polis gara gara kes ini.

Pelawak Tauke Jambu menafikan dirinya dit4hn polis berhubung kes pem3rdgng4n orang bagi tujuan eksploitasi s3ks di sebuah hotel di Kuala Pilah, kelmarin. Menurut laporan Harian Metro, Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria berkata, dia langsung tiada kaitan dengan jny4h tersebut sebaliknya berada di rumah ketika ini.

“Saya tidak terbabit dalam apa-apa kegiatan seperti itu. Gilalah siapa yang petik nama saya itu.  Saya ada saja di rumah di Bukit Jalil ini. Saya berada dalam keadaan baik dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Biarlah apa orang nak cakap, tapi tak eloklah kaitkan saya dengan isu sedemikian,” kata pelawak berusia 45 tahun itu.

Walaupun namanya tiba-tiba ‘dipetik’ warganet, pelakon filem Abang Long Fadil itu tidak marah selain menganggap ia sesuatu yang lucu. “Rasa kelakar pula bila nama saya dikaitkan dalam perkara ini.  Saya tiada hak untuk menutup mulut orang. Masing-masing ada hak bersuara. Kalau Agong pun orang boleh pertikaikan, apatah lagi saya ini.  Jangan risau saya berada dalam keadaan yang baik disamping isteri saya sekarang ini,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelawak terkenal direman empat hari dimana seorang wanita turut diselamatkan polis daripada menjadi mangsa pemerdagangan. Malah, suspek lelaki berusia 40-an itu turut dikenakan kompaun bagi kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran. Sumber: Harian Metro

Tular ratu cantik tmbuk polis di SJR. Kini warganet seolah olah dapat teka siapa individu tersebut.

Kecoh semalam apabila berita tentang bekas ratu cantik Malaysia ditahan selepas dia bertindak menumbuk pihak polis serta selepas merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Federal Highway. Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi semalam, di mana wanita berusia 28 tahun itu bertindak agresif kerana dipercayai mabuk.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, wanita berkenaan memandu bersama rakannya dan ketika tu mereka datang dari arah Kuala Lumpur dan menghala ke Petaling Jaya.

“Namun sebaik tiba di SJR Lebuhraya Persekutuan, suspek tidak memberhentikan kenderaan dan merempuh sekatan berkenaan, Susulan itu, anggota kereta peronda polis (MPV) mengejar kenderaan suspek sebelum berjaya menahannya,” katanya. Tambahnya lagi suspek telah bertindak menumbuk anggota polis semasa cuba ditahan, dan dibawa ke balai untuk tindakan lanjut. Turut cedera adalah rakannya akibat dipukul suspek yang dipercayai mabuk. Wanita berkenaan berjaya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut. Suspek kini ditahan rem4n selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26 (2) Akta Polis, Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya. Menurutnya lagi, wanita tersebut dan rakannya disahkan positif gnj4 selepas melihat hasil saringan awal ujian air kencing.

Warganet dapat syak siapa Ratu Cantik dimaksudkan?

Kesinambungan daripada kejadian itu, warganet mula berteka-teki siapa individu dimaksudkan selepas merujuk kepada klu bahawa suspek berusia 28 tahun. Antara nama yang disebut-sebut ialah Brynn Lovett, iaitu Miss World Malaysia 2015 yang dilahirkan pada 28 Februari 1993. Walaupun ramai yang buat andaian, bahawa dia adalah ratu cantik dimaksudkan sebab kebetulan umurnya adalah 28 tahun. Namun ia nya dilihat tak betul sama sekali.

Menurut sebuah portal hiburan, Brynn ada memuat naik story di Instagramnya menyatakan bahawa dia baru saja dapat suntikan dos keduanya dan sedang berehat di rumah. Siapa agaknya ratu cantik dimaksudkan tu eh? Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *