Izara Aishah pernah minta Mak Iti untuk buat dia menangis. Rupanya ini sebabnya.

Pelakon, Izara Aishah, 29, mempunyai banyak pencapaian yang diimpikan belum berjaya diraihnya. Menjadikan ibu tiri, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai ikon, Izara mahu meraih banyak pencapaian dalam bidang seni seperti penyanyi tersohor itu.

“Jika bertanya mengenai pencapaian, masih belum banyak yang berjaya saya capai. Saya baru dapat dua anugerah, saya mahu jadi seperti Mak Iti (Siti), terlalu banyak anugerah dapat genggamannya. Kejayaan Mak Iti menjadi inspirasi. Saya juga mahukan penghormatan dalam bidang lakonan. Sekurang-kurangnya ada pencapaian besar yang dibanggakan, insya-Allah,” katanya kepada BH Online.

Izara menjawab soalan pencapaian diri apabila ditanya seorang peminat menerusi sidang media eksklusif BeauRaya secara virtual, baru-baru ini. Selain Izara, sidang media secara virtual itu turut disertai Siti Nurhaliza, Nabila Razali dan Hawa Rizwana.

Mengimbas semula kenangan silam, Izara atau nama sebenarnya, Nik Izara Aishah Nik Izazurin berkata, dia bersyukur memperoleh rezeki menerusi bidang lakonan yang boleh dikongsikan bersama ibunya.

“Perkara paling saya bangga apabila dapat gaji pertama dan membeli mama apa yang diingini. Saya juga mampu menghulurkan duit belanja, setiap bulan. Itulah kepuasan sebenar apabila menceburi bidang seni,” katanya.

Sementara itu, Izara berkata, tidak banyak yang boleh dilakukan menerusi kerjaya lakonan memandangkan penggambaran masih belum dibenarkan ketika pandem!k c0vid-19. Justeru, katanya, dia banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan tidak lupa, masa menghargai dirinya sendiri.

“Selalunya untuk membuatkan diri rasa lebih baik, saya kena keluar rumah. Saya buat aktiviti boleh mengeluarkan peluh, namun situasi tidak mengizinkan buat masa sekarang. Disebabkan terpaksa duduk rumah, jadi saya paksa diri duduk di hadapan cermin. Jujurnya ‘self love’ sangat penting.

“Jika tidak menjaga diri sendiri, ia akan menyebabkan kita melalui tekanan dan kesed1han. Jadi, saya rasa ‘self love’ penting untuk menjaga diri sendiri. Jangan sesekali menjaga diri untuk orang lain, tetapi ia untuk kepuasan diri sendiri,” katanya.

Pelakon drama Jodoh Jodoh Annisa dan Ombak Rindu The Series itu mengakui, memang banyak masanya untuk keluarga, namun tidak lupa untuk mencantikkan diri.

“Itu yang buat saya puas dengan diri sendiri, barulah suami puji dan rasa ‘self love.’. Saya melihat benda yang boleh membuatkan saya gembira, seperti rekaan dalaman dan komedi. Itu yang membuatkan saya jadi lebih baik,” katanya berkongsi tips untuk kekal positif.

Dalam pada itu, Izara turut memberi tips apabila diajukan persoalan persediaan dilakukan sebelum menjayakan sesebuah naskhah drama mahupun filem. Izara berkata, dia belajar menghayati dan mendalami watak.

“Sebelum memulakan penggambaran, ikutilah kelas lakonan supaya boleh faham karakter yang diterima. Kena belajar sampai watak menyusup dalam diri, bukan sekadar melontarkan dialog. Saya pernah minta tolong Mak Iti buat saya menangis apabila memintanya menyanyikan lagu Seroja. Ia dilakukan demi menyerapkan karakter dalam diri. Saya memerlukan suara seorang ibu menyanyikan untuk saya, jadi itu adalah satu cara menyerap watak masuk dalam diri saya,” kata ibu kepada Irisa Alaia ini. Sumber : Terengganu TV

Ibu jakun siap cuba dekat Aafiyah. Ramai terhibur tengok gelagat CTDK dapat beli sesuatu ini.

Terdapat satu video telah menarik perhatian kami dilaman instagram officialsimply siti. Datuk siti sering merakam gelagatnya bersama dengan Aafiyah sering membuatkan warganet terhibur denganya.

Baru-baru ini Siti telah membeli dyson airwrap di shopee.Siti telah mengunakan rambut Aafiyah sebagai model barang tersebut.

Datuk Siti juga turut menulis kapsyenya di video tersebut telah membuatkan warganet terhibur dengan dua beranak tersebut. Lama xnmpk Aafiyah.. rindu..

KOMEN WARGANET:

Sumber:Instagram Officialsimplysiti

Mesti sedih bila setiap kali call Aafiyah. Pengasuh Aafiyah dedahkan perbualan dia dan Aafiyah buat ramai yang terharu.

Pengasuh anak penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah iaitu yang dikenali sebagai Dayah Zubit telah pun melangsungkan pernikahannya semalam. Wanita berusia 25 tahun itu selamat bernikah dengan pemain pasukan bola speak Terengganu FC II (TFC II) iaitu Ridzuan Razali.

Difahamkan majlis yang diadakan dengan penuh sederhana dan hanya dihadiri ahli keluarga itu berlangsung di Sungai Petani, Kedah. Dayah menerusi akaun Instagram (IG) InstaStory miliknya berkongsi momen gembira itu.

Pun begitu, dalam masa yang sama Dayah turut bersedih apabila mengenangkan Aafiyah yang teruja ingin bersamanya di hari bahagia. Namun tidak berpeluang kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Setiap kali VC (video call) dengan Aafiyah mesti sedih sebab dia sangat excited dan setiap kali dia nampak Dayah lepas solat masa doa mesti dia akan datang dan cakap ‘ Aafiyah doakan kakak dengan abang kahwin.. Aafiyah doa datang kakak kahwin, kakak beli baju princess kat Aafiyah ok”.’

“Tadi bila dia nampak Dayah pakai dress ni, dia kata ‘Kakak tunggu Aafiyah nak datang, mana baju Aafiyah kakak”, Allahu sedihnya. “I’m so sorry my dear princess, nanti ok bila dah boleh buat majlis,” luahnya.

Bagaimana pun Dayah gembira dan berterima kasih kepada Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jawa yang bermurah hati untuk menaja busana pernikahan pasangan berkenaan hasil rekaan pereka terkenal, Rizman Ruzaini. Dayah menjadi pengasuh Aafiyah sejak anak sulung penyanyi tersohor negara itu kecil lagi. Sumber:Gempak

Belum Habis Lagi Kes Tokti Ni. Akhirnya Tokti Dan Suami Dikenakan Kompaun 10 Ribu. Tapi Ini Pula Jumlah Untuk Tetamu Vvip Yang Lain.

Sebelum ini pihak polis meny.iasat majlis tahnik dianjurkan seorang penyanyi tersohor tanah air yang dikatakan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima satu laporan mengenai majlis itu.

“Kita mengesan laporan disiarkan sebuah portal berita berhubung rasa tidak puas hati warganet berkaitan majlis tahnik dianjurkan seorang selebriti tanah air di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Ampang. “Terdapat juga beberapa gambar di dalam l.aporan berita terbabit menunjukkan kehadiran beberapa orang kenamaan (VVIP) dan penceramah agama terkenal ke majlis itu.

“Laporan itu juga mendakwa VVIP dan penceramah jemputan hadir ke majlis tanpa kelulusan dari pihak polis untuk merentas negeri atas alasan mereka tinggal di luar Selangor,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Selain itu katanya, laporan berkenaan juga menyatakan majlis terbabit dijalankan tanpa mematuhi SOP ditetapkan.

“Sehubungan itu, kita sudah menjalankan siasatan mengikut Peraturan 19 Peraturan – Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. “Pihak penganjur majlis sudah dikenal pasti dan dipanggil untuk hadir memberikan keterangan lanjut kejadian,” katanya.

Katanya, orang ramai dinasihatkan sentiasa sensitif dan mengutamakan SOP dalam sebarang aktiviti yang dijalankan. Terdahulu, turut tular di media sosial beberapa gambar berkaitan gambar majlis tahnik bersama majlis akikah yang diadakan penyanyi, Datuk Seri Nurhaliza selepas melahirkan anak keduanya, Muhammad Afwa.

Antara VVIP yang dikatakan hadir pada majlis yang diadakan pada Khamis lalu itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal.

Terdapat segelintir warganet tidak berpuas hati dan mempersoalkan kehadiran menteri dan penceramah yang dikatakan merentas negeri semata-mata untuk menghadiri majlis berkenaan dan mendakwa Siti Nurhaliza tidak sensitif dengan situasi semasa.

Ini Jumlah Yang Kena

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing dikenakan kompaun RM 10,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis tahnik anak keduanya, awal Mei lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal turut dikenakan k.ompaun sebanyak RM 2,000 setiap seorang.

Kredit : BHOnline

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai Yang Tak Senang Duduk Bila Tengok Ustaz Azhar Idrus Rentas Negeri Untuk Pergi Majlis TokTi. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Ustaz Azhar Idrus Dedahkan Perkara Sebenar.

Penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini berterusan menjadi sasaran warganet kerana dikatakan gagal mematuhi p.rosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan Covid 19. Terbaharu penganjuran majlis aqiqah, maulid dan tahnik anak kedua Siti, 42, iaitu Muhammad Afwa Khalid mencetuskan pertikaian dalam kalangan orang ramai.

Rata-rata warganet tidak bersetuju dengan tindakan Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengundang pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang difahamkan menetap di Terengganu di kala larangan merentas negeri masih dikuatkuasakan.

Malah penganjuran majlis di kediamannya itu pada minggu lalu juga dilihat sebagai tidak sensitif dengan situasi semasa apabila kes harian jangkitan Covid 19 masih lagi mencatatkan empat angka. Selain Azhar Idrus, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari turut menjadi tetamu istimewa Siti dan suami.

Susulan itu, warganet menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjuran majlis tersebut. “PDRM boleh la saman Tokti (Siti Nurhaliza) dan keluarganya… sebelum isu tahnik banyak sahaja event mereka buat tapi tiada juga tindakan.

“Tokti dan keluarga langsung tidak fikir kesan ya bila buat macam ini… macam hidup dekat dunia kayangan mereka sahaja. Agak ignrance (tidak peka) dengan isu semasa. “Itulah aku pernah kata, kenapa kes Tokti macam senyap sahaja tak macam kes Neelofa sampai trending?” tulis warganet.

Sebelum ini, warganet turut mempertikaikan i.su SOP di h.ospital tempat Siti melahirkan putera sulungnya itu apabila mereka membenarkan kehadiran ramai pelawat selain Datuk K. Ia kerana kebanyakan hospital tidak akan membenarkan pelawat lebih-lebih lagi untuk wanita yang baru bersalin. Usaha untuk mendapatkan reaksi daripada pihak Siti bagaimanapun tidak berhasil.

Kredit : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *