Anzalna kongsi tunjuk cara masak sesuatu ini. Tapi ramai pula yang terhibur dengan suara latarnya.

Pelakon jelita bernama Anzalna Nasir ini semestinya memeliki auranya yang tersendiri. Biarpun sudah agak lama tidak muncul di k4ca televisyen, namun figura ini aktif berkongsikan mengenai kehidupan dan keluarganya menerusi sosial media.

Dengan cara ini dapatlah serba sedikit mengvbat kerinduan peminat pada dirinya. Malah baru-baru ini video Anzalna tunjuk cara masak sayur kailan telah mencuri perhatian ramai.

Manakan tidak suara latar yang dimasukkan untuk lengkapkan video tersebut memang menghiburkan! Tak sangka kelakar juga anak seni bernama Anzalna Nasir ini. Biarpun video tersebut hanya berdurasi dua minit namun sudah cukup membuktikan ada sisi lawak dalam diri selebriti ini.

Berikut adalah rakaman Anzalna tunjuk cara masak sayur kailan yang dimuat naik olehnya di Instagram beliau:

Video :

https://www.instagram.com/tv/CSEcKxtBP8K/?utm_source=ig_embed&ig_rid=5714717e-5b62-4d96-b07f-802fef46777d

Comel je gaya Anzalna Nasir ini memasak ya. Mungkin satu hari nanti boleh ada rancangan masak memasak sendiri, siapa tahukan? Perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 350 ribu tontonan dan 30 ribu likes. Rata-rata warganet turut terhibur menyaksikan video Anzalna tunjuk cara masak ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“Chef kelakar gelak kita”

“Lawaklah dengar kata-kata dalam video ini”

“Tak tahu nak masak ke nak gelak. Tetiba dah siap”

Sumber : HCL

Hanya sebabkan makanan jenis ini terus ada yang dkwa anak Elfira Loy macam ni. Sekali ini pesanan El pada orang ramai.

Pelakon Elfira Loy, 27, tampil menjelaskan situasi sebenar selepas ada segelintir orang yang menggelarkan anak lelakinya, Muhammad Rayyan Khalaf sebagai seorang yang memilih dalam bab makanan atau picky eater. Menurut Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkata Rayyan tidak menggemari makanan yang dibuat daripada tepung seperti pancake (lempeng) dan wafel.

“Biarkan saya menjelaskan kerana saya tidak suka jika ada segelintir orang yang assuming sesuatu. Anak lelaki saya bukan picky eater. Bukan bermaksud dia (Rayyan) tidak suka cekodok bererti dia picky eater. Boleh tak kita berhenti panggil bayi kita dengan picky eater? Masaklah apa yang dia suka kan. Takkan tak berapa suka dah cakap picky eater? Kalau macam tu saya juga seorang picky eater. Dia hanya tak suka cucur. Jadi saya saja cuba sekali lagi kot dia suka. Kacau dia. Dia tak berapa berkenan benda bertepung Macam pancake, wafel haa macamtu tak berapa pandai. Sebab itu pagi-pagi kena makan nasi atau pasta atau mee,” tulisnya di Instagram Stories.

Sebelum ini, pelakon drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang ada memuat naik video yang menunjukkan gelagat Rayyan ketika disuruh makan cekodok. Menerusi rakaman tersebut, Rayyan hanya berpura-pura makan bagi menjaga hati ibunya.”Pandai ambik hati dia ni, buat-buat dah makan,” kata Elfira.

Untuk rekod, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faris Khairol Anuar, 30, pada 1 Januari 2019.Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf yang kini berusia dua tahun.

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ini hadiah yang Yusry peroleh pada hari jadinya yang ke 48 apabila Lisa selamat lahirkan anaknya.

Ulang tahun kelahiran yang ke-48 Datuk Yusry Abdul Halim cukup bermakna apabila isteri kepada pelakon dan pengarah tersebut iaitu Datin Lisa Surihani selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 2.30 pagi, Selasa. Pengarah berusia 48 tahun itu meluahkan rasa syukur atas hadiah hari lahir istimewa itu dan turut memberitahu isteri dan bayi lelaki mereka kini dalam keadaan baik. “Alhamdulillah. Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 2.30 pagi tadi. Baby dan mummy, kedua-dua dalam keadaan baik. Syukur.

Yusry kongsi berita gembira di IG.

What a birthday present. Welcome to the world Junior!” tulis Yusry. Ahli kumpulan KRU itu mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa. Rata-rata warganet serta rakan selebriti turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segala urusan Yusry sekeluarga dipermudahkan.

Baby dan mummy, kedua-dua dalam keadaan baik. Syukur.

“Alhamdulillah tahniah kak @lisasurihani dan abang @yusryabdhalim… semoga anakanda kalian menjadi anak yang soleh dan salah satu asbab kalian ke syurga. Amin. Selamat berpantang kak Lisa. Sama tarikh dengan hari lahir anda. Syukur Alhamdulillah… tahniah untuk anda berdua ya. Alhamdulillah… wah tahun hadapan bolehlah sambut hari lahir dengan daddy dia sekali ya. Tahniah Lisa dan Yusry,” komen beberapa warganet. Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kelahiran anak ketiga pasangan itu gagal apabila Yusry belum membalas mesej.

Yusry dan Lisa mempunyai dua orang anak.

Pada Februari lalu, Yusry mengumumkan isterinya yang juga seorang pelakon sedang hamil cahaya mata ketiga selepas menerima banyak pertanyaan warganet dan rakan media. Bagaimanapun Yusry menjelaskan dia dan isterinya tidak berniat untuk merahsiakan berita gembira tersebut kerana beranggapan kehamilan ketiga itu tetap akan diketahui ramai tanpa perlu pengumuman. Pelakon filem Ular itu mendirikan rumah tangga dengan Lisa pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Yahaira Leanne, 6 serta Yusof Leonne yang kini berusia empat tahun.

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *