Kali ni Ustaz Ebit beli lagi 2 buah kontena untuk simpan orang yang telah pergi menghadap illahi.

Umum mengetahui, bahawa sikap murah hati Ustaz Ebit Lew yang sering membantu insan memerlukan bukanlah saja tertumpu pada satu kaum saja malah tidak mengira bangsa dan agama. Walaupun terpalit dengan pelbagai kontroversi kebelakangan ini, ia tidak mematahkan semangat Ustaz Ebit dan pasukannya untuk terus memberi bantuan kepada sesiapa yang memerlukan.

UEL beli 2 kontena simpan orang yang pergi menghadap illahi

Terbaru, UEL ada memuat naik beberapa keping gambar di laman Facebooknya yang menunjukkan bahawa beliau dan pasukannya membeli dua buah kontena sejuk beku bagi tujuan penyimpanan orang yang pergi menghadap illahi. Difahamkan juga, kontena berkenaan akan diserah kepada Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang, dan Hospital Sultan Abdul Halim Sg Petani, Kedah.

Selain itu juga, kontena berkenaan mempunyai kelengkapan rak simpanan orang yang telah pergi menghadap illahi di mana ia boleh terus digunakan selepas dipasang.

Ketika tiba di sana, Ebit Lew turut menyatakan bahawa beliau sebak apabila mendengar cerita yang dikongsikan oleh doktor dan pegawai di hospital-hospital berkenaan. Di samping itu, cara mereka berterima kasih padanya membuatkan pendakwah berkenaan menjadi bertambah sedih.

“Berat ujian negara kita kali ini”

Ustaz Ebit dalam perkongsiannya turut meluahkan bahawa ujian yang ditempuh negara ketika ini sangatlah berat. Oleh itu juga, UEL turut mendoakan agar para frontliner kita diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan kepada pesakit-pesakit Covid-19 ini.

“Berat ujian negara kita kali ini. Semoga Allah beri kekuatan buat Dr, Nurse, Frontliner, dan semua petugas KKM. Allah beri sembuh pada yang sakit. Semoga Allah mudahkan segala urusan pesakit dan keluarga.

Menangis mendengar kisah-kisah di Hospital.“Terima kasih PDRM membantu memudahkan kerja misi bantuan ini. Terima kasih Team ATMS membantu tadi. Terima kasih semua kru PKUM di sg Petani. Terima kasih KKM.

Terima kasih Pihak Hospital. Terima kasih tuan puan semua yang bersama kami selama ini. InsyaAllah kita akan cuba bantu dari semasa ke semasa. Pasakit dan yang pergi menghadap illahi bukan orang lain. Keluarga kami juga. Sama-sama kita membantu dan mendoakan..” tulisnya.

Semoga segala urusan UEL dan pasukannya dipermudahkan, agar misi untuk membantu mereka memerlukan dapat dilaksana tanpa sebarang masalah.

Walaupun teruk orang cakap buruk pasal Ustaz Ebit Lew. Kali ni Ustaz Ebit tetap teruskan bantu keluarga di pondok buruk pindah rumah baru.

Bukan perkara baru, pendkwah bebas serta dermawan terkenal Ebit Lew sekali lagi membela nasib sebuah keluarga yang selama ini tinggal di sebuah pondok. Keluarga yang hidup serba daif itu ditemui Ebit Lew apabila mereka hanya tinggal di sebuah pondok buruk dalam semak berdekatan laluan kereta api di Kajang.

Menurut Ebit keluarga tersebut menjadikan pondok tersebut sebagai tempat berteduh sejak enam bulan lalu. Lebih menyedihkan apabila mengetahui mereka terdiri daripada pasangan suami isteri dan dua orang anak remaja termasuk remaja lelaki berusia 18 tahun.

“Emak dan adiknya telah pergi menumpang di rumah saudara, ayahnya bekas askar dan anak lelaki mereka berusia 18 tahun kerja kutip sampah. “Tiada SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan hanya belajar sehingga darjah enam sahaja, saya tengok kad pengenalan alamat mereka di Kajang,” katanya.

Ebit berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram dan laman Facebook milkknya. Tambah Ebit, dia telah mengarahkan pasukannya supaya mengambil semula emak dan adik remaja terbabit supaya mereka boleh tinggal bersama-sama semula.

“Saya carikan rumah sewa untuk mereka, inshaAllah kita akan bayar sewa bulanannya sehingga mereka boleh berdikari sendiri. “Syukur dapat cari rumah yang selesa berdekatan kilang cermin, adik ni nak buat ‘part time’ di situ.

Adik ini juga nak belajar solat dan lain-lain, inshaAllah kami akan membantu,” katanya. Pada masa sama, Ebit mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua masyarakat, kerajaan dan badan bukan kerajaan kerana telah banyak membantu. “Terima kasih semua masyarakat Malaysia tanpa kira agama bangsa dan negara,” kata Ebit.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber:  GEMPAK

Bukannya hanya nak taja pegi umrah. Rupanya ada satu benda yang Tmj buat pada Ebit Lew sampaikan dia sendiri rasa malu.

”Sebak dapat berjumpa TMJ. Terharu Tuanku memberi kata semangat dan mendoakan.” Demikian perkongsian pendakwah terkenal, Ebit Lew melahirkan rasa terharu apabila DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkenan menerima mengadap dirinya hari ini.

Menerusi perkongsian di Iaman sosial peribadinya, Ebit Lew dilihat berbual mesra dengan TMJ di istana. Umum sedia maklum, nama TMJ sering menjadi bualan hangat warganet. Ini kerana baginda suka berkongsi hal semasa dan menjawab soalan rakyat di laman Instagram.

TMJ hadiahkan RM200 ribu, taja pergi umrah. Ebit Lew dalam perkongsian di laman Instagramnya turut berkongsi bahawa TMJ juga menghadiahkan RM200,000 bagi misi kebajikan yang diusahakan oleh pendakwah terkenal itu. ”Tuanku hadiahkan RM200,000 bagi misi saya. Tuanku juga ingin taja semua ‘team’ saya pergi umrah. Insya-Allah akan bersama Tuanku dalam kembara Johor.

”Ya Allah TMJ sangat baik. Raja yang kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh rakyat Malaysia.”Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam, mendidik anak muda dan naikkan institusi pendidikan,” tulisnya.

Ebit Lew turut memaklumkan bahawa Tunku Ismail kerap memberi semangat kepadanya sejak mula melakukan kerja kebajikan. Ebit Lew malu sangat, TMJ layan dia macam kawan ”Saya malu sangat. Terharu akhlak dan sifat TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan sedangkan saya orang biasa.

Dari awal lagi masa beri bantuan TMJ selalu beri semangat pada saya. Kami selalu bermesej juga. Kata beliau yang paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tetapi berjaya,” katanya.

” Bantu rakyat. Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ. ”Menjunjung kasih Tunku. InsyaAllah Tunku offer untuk membantu segala misi saya di masa akan datang. Ya Allah kurniakanlah rahmat kesihatan buat Tuanku agar terus memimpin kami,” tulis Ebit Lew.

Reaksi warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet teruja melihat pertemuan kedua-dua individu yang sentiasa berada di hadapan dalam membantu golongan kurang bernasib baik ini. Ebit Lew pastinya akan dikenang sebagai individu luar biasa dalam menyalurkan bantuan kepada setiap golongan susah di seluruh pelusuk negara.

Sementara TMJ pula pastinya akan diingati sebagai seorang anak raja yang sering menyantuni rakyatnya terutama di negeri Johor dan menghulurkan sumbangan peribadi. ”Ustaz telah buka ramai mata pemimpin. Harap lepasni ramai ahli politik, menteri2 boleh bekerja sama dgn ustaz. Tahniah ustaz. Kami sayang ustaz” tulis Safiq.

SUMBER/KREDIT: k0smo dan IG Ebit Lew

Sakit hati dengan personaliti dakwah Ustaz Ebit Lew. Takboleh berdiam sekali Caprice nekad untuk buat benda ni.

RASA sakit hati dengan sikap personaliti dakwah Ebit Lew dan kritikan berpanjangan orang ramai akhirnya membawa kepada tindakan balas penyanyi rap Caprice.

Menurut Caprice atau Ariz Ramli, 33, langkah berdiam diri bukan lagi pilihan terbaik sebaliknya dia kini tampil mempertahan serta menjawab pelbagai tuduhan Ebit yang disifatkan sebagai ftnah.

“Caprice tidak boleh berdiam lagi dah. Terlalu banyak ugtan diterima… jadi terpulang la. Kita akan explain satu per satu dan pertahankan tdhan.

“Ftnah adalah benda yang salah dalam Islam, lagi teruk daripada mmbnh. InsyaAllah in the end, you will see and understand why I am hurt and why selama ni satu Malaysia kena tipu. “Air mata dan kopiah tu tidak boleh selamatkan kamu lagi dah,” katanya menerusi perkongsian terbaharu di Instagram pada Rabu.

Menerusi posting yang dilabelkan sebagai ‘ftnah 1’, Caprice memuat naik rakaman audio penjelasan Ebit baru-baru yang mendakwa penyanyi berkenaan menolak dan menepis ketika mereka sedang bersalaman dan berpelukan selepas mengadakan pertemuan di Mesir.

Bukan itu sahaja, Caprice turut berkongsi tangkap layar mesej perbualan menerusi aplikasi WhatsApp bertarikh 1 Julai lalu yang antara lain berkaitan pertanyaan kebenaran untuk berkongsi video pertemuan mereka.

Tiada apa yang mencurigakan menerusi perbualan berkenaan kerana masing-masing berbalas teks dan emoji dalam suasana kemesraan. Dalam pada itu Caprice turut menyentuh tentang isu penafian Ebit berhubung dkwaan Caprice sebelum ini bahawa pendakwah berkenaan terpaksa melutut dan mencium kaki menteri di Palestin.

“Tentang isu melutut… apa dia janji kepada Caprice di hotel dan apa yang berlaku di sana buatkan Caprice sakit hati, semua akan dijawab. “I am sorry but I cannot take caci dan mki anymore sementara orang-orang kuat susun strategi untuk sembunyi Caprice,” katanya.

Untuk rekod Caprice dikatakan cuba mengada-adakan cerita selepas Ebit membuat penjelasan terbuka berhubung pertemuannya dengan seorang menteri tempatan di sana.

Susulan itu difahamkan Caprice menerima kritikan daripada orang ramai kerana dikatakan berbohong.

Bagaimanapun menerusi siri pendedahan kali ini, Caprice turut berkongsi mesej yang dihantar kepada Ebit di Instagram pada Sabtu, dipercayai bertarikh 24 Julai iaitu dua hari selepas pendakwah berkenaan membuat kenyataan media.

“Salam ustaz, minta tolong ustaz sendiri jelaskan tentang isu melutut tu. “Satu Malaysia dah maki cci Caprice sedangkan ustaz sendiri yang beritahu dalam hotel yang ustaz terpaksa buat muka sedih dan melutut.

“Tak payah beritahu details, hanya bab itu sahaja. Caprice dah tak nak bergbalah, dah tak nak masuk campur,” katanya seperti yang tertulis pada tangkap layar berkenaan. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *