Dikritik teruk gara gara jual sejadah doa makbul. Tak boleh berdiam rupanya ini sebab Dsv letak nama tu.

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida, 50, menafikan dakwaan segelintir warganet yang mendakwa dia sengaja memilih nama ‘Sejadah Doa Makbul’ demi salah satu cara pemasaran.

Menerusi perbualan Whatsapp kepada OHBULAN!, Vida menegaskan langsung tidak timbul niat untuk menggunakan agama dalam melariskan jualan.

Sejadah Hajat Tercapai Doa Makbul itu inspirasi dari tempat Muktazam. Antara tempat doa cepat makbul. Saya rindu Tanah Haram Mekah.. rindu Kaabah. Rindu nak pergi sana. Rindu nak berdoa di tempat yang dijanjikan Allah doa cepat makbul.

Tak wujud langsung niat sebegitu melainkan bila solat dan berdoa atas sejadah ini seolah bayangan tempat makbul doa tu. Kata-kata pun adalah doa. Makin kerap berdoa, insya-Allah akan termakbul doa kita.

“Warganet main cakap lepas ja”

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Hasmiza Othman mengakui kecewa dengan sikap segelintir pihak yang makin hari makin melampau. “Saya terasa. Mereka main cakap lepas ja..tak fikir apa maksud saya.

Tapi belum la sampai tahap nak ambil tindakan undang-undang. Saya anggap mereka naif. Sebelum ini, ada pengguna Twitter yang menggunakan nama @H_Bakkaniy mempersoalkan dan mempertikaikan tindakan Vida.

Sumber: Instagram @datoserivida, Twitter @H_Bakkaniy via Oh Bulan

Lepas Berhari Hari Mempertahankan Kenyataan Terhadap Golongan Susah. Sekali Dato Vida Tampil Bagi Ayat Ni Buat Ramai Yang Tergamam.

SETELAH berhari-hari mempertahankan kenyataan pedasnya terhadap golongan yang mengharapkan bantuan menerusi inisiatif bendera putih, Datuk Seri Vida akhirnya mengakui ia adalah salah satu strategi untuk membuka mata masyarakat.

Menurut usahawan kosmetik itu, dia terpaksa menggunakan kata-kata yang agak kasar demi memberi kesedaran kepada orang ramai supaya mula mencari jalan keluar daripada masalah ekonomi. Tegas Vida atau Datuk Seri Hasmiza Othman, 50, sebagai ibu semestinya dia juga memahami kepayahan yang dihadapi orang ramai ketika pandemik Covid-19 masih berlarutan.

“Saya cakap begitu supaya orang sedar. Semua orang ada anak, ada keluarga… saya pun ada. “Ingat saya ni tak ada belas kasihan? Ingat saya ni orang kaya sombong dan bongkak yang tak ada belas kasihan kepada orang yang meminta? Jawapannya tentulah tidak.

Dua anak Vida iaitu Cik B dan Kacak turut aktif menghulurkan sumbangan kepada orang yang memerlukan. “Biar orang mula terasa supaya mereka terus bergerak ke arah positif, kita kena usaha sampai berjaya,” katanya. Sejak minggu lalu Vida menjadi buah mulut ramai apabila dikatakan tidak sensitif apabila menyifatkan mereka yang mengangkat bendera putih ini kurang berusaha dan malas mencari pendapatan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tambah Vida lagi, orang ramai seharusnya berfikiran realistik dan memahami bahawa bantuan yang diberikan banyak pihak pada ketika ini adalah bersifat jangka pendek. Tak ada niat saya untuk riyak walau sebesar zarah sekalipun dan tiada niat nak menyombong.

Justeru dia berharap masyarakat tidak putus asa dan terus memikirkan sesuatu demi masa depan diri sendiri dan keluarga. “Takkan la saya boleh nak bagi apabila ada orang minta diaper dan susu? Saya boleh beri apa yang diminta. “Saya boleh bagi diapers sampai 10 pek… tapi hanya boleh tahan dua tau tiga bulan

Datuk Seri Vida turun padang hulurkan bantuan kepada keluarga terjejas. “Kena faham isu pandemik ini akan berlarutan, tak tahu bila nak pulih jadi sebab tu kita kena terus usaha, ” katanya. Bagaimanapun Vida berkata dia memohon maaf jika kata-katanya sebelum ini menyinggung hati banyak pihak.

“Saya tak bermaksud untuk menyakitkan hati anda. Tolong sampaikan kepada mereka yang terasa dengan kata-kata saya itu, niat saya satu… kerana Allah. “Tak ada niat saya untuk riyak walau sebesar zarah sekalipun dan tiada niat nak menyombong, ” katanya.

Vida suruh jual batu sungai, kongsi idea bisnes tanpa modal elak harap bantuan – “Ramai orang nak bertungku… asyik beranak”

SELEPAS teruk dihentam kerana kenyataannya melabel orang yang mengharapkan bantuan menerusi kempen ‘bendera putih’ sebagai pemalas, usahawan kosmetik DatuK Seri Vida akhirnya tampil memberi idea bisnes tanpa modal. Menurut Vida atau Hasmiza Othman, 50, orang ramai perlu menggunakan kreativiti masing-masing bagi memulakan perniagaan yang diyakini berupaya menjana pendapatan.

“Mungkin anda tengok batu sungai tak ada nilai, tapi bagi saya sebagai usahawan ia sangat bernilai. “Pergi ambil batu sungai yang elok dan jual… sekarang ni ramai yang beranak dan nak bertungku, ” katanya kepada mStar. Baru-baru ini Vida menerusi video di TikTok berkata mereka yang mengharapkan bantuan menerusi inisiatif ‘bendera putih’ adalah pemalas kerana enggan berusaha.

Ujar beliau pelaksanaan PKP ketika ini bukan alasan orang masyarakat di negara ini terus menerus menagih simpati tanpa berusaha. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : http://trendingsangat.pw/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Teruk dikrtik gara gara suruh rakyat usaha dan tak harapkan bendera putih. Sekali ini penjelasan dari Dsv.

Kempen bendera putih menjadi buah mulut masyarakat apabila tanda pagar bendera putih dan rakyat jaga rakyat telah mendapat sambutan hangat daripada warganet. Rata-rata masyarakat termasuk sebahagian ahli politik dan golongan artis turut menunjukkan sokongan padu terhadap kempen tersebut.

Walaubagaimanapun, tidak semua orang mengiktiraf kempen itu, malah ada yang mendakwa kempen berkenaan mengajar masyarakat agar lebih mudah mengalah dan turut bermotifkan politik.

Yang pasti, tsnami kempen bendera putih telah berjaya menjadi harapan baharu kepada golongan yang memerlukan bantuan. Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai kempen bendera putih sebagai isyarat memerlukan bantuan. Malah, ramai yang tampil membantu menghulurkan sumbangan kepada mereka yang susah.

Berusaha Jangan Harapkan Bendera Putih

Baru-baru ini, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida ada memuat naik video di aplikasi TikTok singgah membeli di sebuah gerai kecil milik anak muda di kawasan perumahan. Video disediakan di bawah. Difahamkan, DSV memuat naik video itu bagi menjawab pertanyaan daripada pengikutnya yang memohon b.antuan makanan.

“Janganlah guna alasan PKP pendapatan terjejas nak beli pampers anak tak boleh, usaha. Tengok adik ni usaha. Pendapatan RM 200-RM 250 sehari kau mampu? Janji ada keinginan, janji ada usaha dan yang pentingnya kena bersih dan menu sedap,” katanya.

Dalam pada itu, Vida turut meminta mereka yang terjejas diluar sana supaya berusaha daripada bergantung dengan bantuan bendera putih sahaja. Perkongsian Vida itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganetyang kurang senang dengan pendapatnya itu. Malah, ada yang mengatakan jika tidak mahu membantu lebih baik diam.

Kata warganet lagi, memang betul perlu berusaha tapi kempen bendera putih itu adalah pilihan terakhir bagi mereka yang kesusahan apatah lagi belum tentu ada modal untuk berniaga.

Reaksi Orang Ramai

Maaf dato vidah saya mencelah..kalau hidup senang mcm kamu mungkin kami tdak akan berbuat demikian tp apakan daya hidup kita tak sama..jgn la ckp yg mwngibarkan bendera putih ni pemalas..

mereka sedang berusaha…kibarkan bendera putih pun salah satu ik.htiar dan usaha..jika ada yg b.antu bersyukur.tp jika taknak memb.antu baik dok diam2..tak perlu kritik..perkara mudah dato tak payah rumitkan keadaan…betapa kami ni sedang berusaha mcm tu pulak dato ckp ye…daripada ckp mcm tu baik dato bantu pada yg sedang dalam kesusahan..byk pahalanya.

Orng kaya jgn belagak… nak kondem orng miskin.. mana kamu tau dia x usaha.. pastu musim kobid ni nak usaha mcm ne klu sblom ni pon kais pagi mkn pagi, kais petang mkn petang. Ebit lew kalau derma dia derma je and tk ad berckp apa2 . Dato seri vida ni berckp je lebih and buat ramai org kat luar sana tersinggung dgn kata2 menyengat dri mulut dia sambil buat video .

Perlu ke cakap mcm tu . Kalau tk nk tlg sila diam jgn nak ckp merepek je ok. Duit tk luak lah kalau tlg org. Isu ini smensitif.. kalau tak mau membantu lebih baik diam..ada nasihat boleh diterima ketika orang tak rasa susah..tapi orang tengah struggle berhempas pmulas dengan stressnya di kritik pula macam ni.

Memang la kita perlu usaha dan usaha serta berdoa..ini bukan nak bagi alasan takmau berusaha ye. tapi ada masa bukan semua orang mampu buat mcm orang lain buat..jadi takyah pukul rata. semua orang ad latar belakang berbeza.cara pemahaman berbeza.

Kibar bendera putih bukan tandanya putus asa..tandanya minta bantuan..bukan minta daging 3 kilo, sotong 3 kilo..minta pertolongan je..kalau DSV ada kerja boleh la minta orang tu bekerja dengan DSV..kan senang.

Kredit : RK/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *