Lepas reda tentang kes dengan gelandangan tu akhirnya Carl Samsudin dedah 6 kronologi tentang kejadian tu.

Usahawan dan personaliti media sosial yang viral dengan video bersama gelandangan warga emas baru-baru ini, Carl Samsudin tampil semula menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.

Baru punyai ruang waktu untuk bercerita, kata Carl situasi yang meledak ekoran sepotong videonya dikataka menengkng seorang gelndangan warga emas di ibu kota minggu lalu berpunca dari salah faham dan perspektif berbeza. Berikut merupakan penjelasan Carl yang diringkaskan semula:

1. Dengar nasihat penganjur

“Sebenarnya masa hari kejadian, saya dijemput sebagai speaker untuk satu program motivasi untuk ubah diri dan bangkit dari kisah silam dan mulakan perniagaan kecil-kecilan.

“Saya dinasihatkan penganjur untuk bertegas dalam menyampaikan, tidak boleh berlembut kerana mereka yang hadir pada hari itu adalah golongan ‘special’. “Secara berlembut mereka tidak akan dengar kerana ada sebab tertentu mereka berada di situ.

2. Motivasi tak diendahkan

“Sampainya saya di situ, saya diserahkan mikrofon segera untuk memberi kata motivasi kepada mereka. “Semasa mulakan percakapan saya, kebanyakan mereka duduk di belakang dan makan-makan tanpa hiraupkan apa yang saya cakap.

“Ada seorang itu saya cakap dan panggil dia, dia buat tak tahu sahaja dan teruskan makan. Saya tanya dia ‘hari ini nak ubah hidup atau teruskan makan seperti biasa?’. Dia pandang saya dan cakap ‘nak makan sahaja’.

Lepas tu dia bangun dan basuh tangan beredar pergi. “Masa ini saya fikir macam mana cara saya nak cakap sebetulnya untuk dapatkan perhatian mereka yang ‘special’ ini.

3. Bertegas, tak boleh berlembut

“Suara saya mula tegas untuk dapatkan perhatian mereka, saya ingat pesanan pihak penganjur ‘nak cakap dengan mereka kena bertegas, tak boleh berlembut’. “Maka saya tegaskan suara dan cakap siapa yang betul-betul nak saya bantu untuk ubah hidup sila bangun dan duduk di hadapan. “Berulang kali saya ckaap dan setelah beberapa minit baru mereka yang betul-betul berminat bangun dan ambil kerusi duduk di depan.

4. Bising, jadi tanggal mask

“Dengan keadaan tepi jalan bunyi kereta dan ambulans yang sangat kuat menyebabkan saya tanggalkan pelitup muka saya dan tingkatkan tonasi suara saya.

“Saya teruskan juga bagi motivasi kepada mereka sebab itu amanah yang saya tanggung walaupun masa saya cakap mereka masih teruskan makan dan tidak berapa pandang ke arah saya.

5. Hadiahkan wang

“Agak sukar bagi saya masa ini mendapatkan perhatian mereka. Untuk itu saya rasa saya perlu komunikasi dua hala dengan mereka. “Maka saya tanyakan soalan kepada mereka ‘Siapa dekat sini secara suka rela sudi bercerita kisah silap kepada orang lain moga menjadi titik persamaan dengan mereka lain’.

“Berkali-kali saya tanya masih tak ada respon dari mereka. Sehingga setelah sekian lama ada seorang ni angkat tangan. “Bila dia bangun saya gembira. Saya cuba bagitahu mereka lain hebatnya dia ini berani angkat tangan, berani bangun dan cerita kisah silam dia.

“Saya hadiahkan dia sedikit wang untuk meraikan keberanian dia hari itu. Saya bertanyakan kepada dia dan mohon mereka yang lain dengar dan fokus.

6. Pihak cuba api-apikan

“Semasa ini, team saya ada membuat rakaman dan rakaman itu diserahkan kepada saya semasa baliknya saya di rumah. Dan saya ambil rakaman itu dan postkan di IG Story saya. Seperti saya biasa lakukan selepas program saya jalankan.

“Tiada satu pun komen atau DM negatif saya dapat semasa saya post rakaman itu sebab mereka yang follow tahu apa saya lakukan. “Tapi setelah satu hari, ada mereka yang berkenaan telah mengambil petikan pendek (bukan semua) dari sosial media saya disiarkan di sosial media mereka dan cuba mengapikan orang ramai.

“Maka terjadilah viral perspektif berbeza oleh orang ramai terutama yang tidak mengenali saya,” jelasnya. Justeru, kata Carl dia belajar untuk tidak membuat penilaian terlalu cepat apabila setiap kali timbulnya sesuatu isu viral.

“Selepas ini jika saya nampak apa sahaja video atau gambar viral di sosial media, saya tidak akan mudah menilai terus tanpa bertanya empunya badan yang terlibat. “Kerana takut, jika sebarkan berita yang tidak benar, besar akibat yang saya kena tanggung kelak. Lesson learned,” simpulnya.

Kredit: IG @admincarlsamsudin

Akhirnya Peguam Carl Samsudin Tampil Bongkarkan Cerita Sebenar Lepas Tular Rakaman Video Tu.

Sejak rabu, media sosial h.angat memperkatakan mengenai kes memb.abitkan usahawan yang juga influencer media sosial, Carl Samsudin, susulan ters.ebarnya video yang memaparkan dirinya meninggikan suara kepada seorang warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

Boleh dikatakan laman komen dibanjiri dengan kritikan terhadap pengasas dan pemilik butik Bella Ammara itu. Ketika ramai yang panas hati dengan usahawan tersebut, peguam yang mewakilinya, Emma Sakira, tampil menjawab isu yang melingkari anak guamnya itu.

Menurut Emma, klip video yang tular di media sosial hanya diambil sebahagian sahaja oleh pihak tertentu bertujuan untuk menjatuhkan anak guamnya.“Pihak tersebut pergi rekod video ini, dan ambil klip pada ketika dia Carl tengah beri ceramah motivasi ketika dia bersemangat. Dia bukan herdik tetapi memberi semangat.

“Permainan orang itu nak jatuhkan Carl konon-konon dia seorang usahawan yang teruk, untuk beritahu orang bahawa Carl tak beradab, kurang ajar, herdik orang tua… walhal itu tak benar. “Orang ramai pula interprete seperti itu sebab orang itu yang sampaikan cara sebegitu,” ujarnya kepada.

Menjelaskan lebih lanjut, Emma berkata anak guamnya memenuhi jemputan untuk menyampaikan ceramah motivasi bertajuk Ubah Hidup kepada 20 orang gelandangan di pusat transit tersebut pada Selasa lalu.

“Apabila anda beri ceramah motivasi kepada awam, pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, ia berbeza mengikut audience. “Yang Carl beri ceramah di pusat gelandangan ini sebenarnya fokus utama untuk ubah nasib hidup mereka.

Mereka ini adalah 20 orang daripada beratus gelandangan yang ditapis khas untuk program ini sebab mereka memang nak ubah nasib hidup. “Bila beri ceramah motivasi, memang la semangat kita membuak. Dalam video itu, Carl sedang memberi semangat kepada pakcik tersebut. Pakcik itu hadir ke depan sebagai fasilitati secara sukarela, bukan dipaksa.

Dia sendiri datang ke depan untuk kongsi pengalaman dan kisahnya. “Bukan dia herdik… itu tak benar. Itu yang pihak tersebut buat, tujuannya untuk menjatuhkan Carl… sampai tular video ini satu Malaysia,” ujarnya.

Permainan orang itu nak jatuhkan Carl konon-konon dia seorang usahawan yang teruk, untuk beritahu orang bahawa Carl tak beradab, kurang ajar, herdik orang tua… walhal itu tak benar.

Justeru, Emma berkata anak guamnya akan membuat laporan polis pada Khamis kerana penyebaran video berkenaan jelas mempunyai unsur fitnah. Tambahnya, pihak yang terlibat dalam penyebaran ftnah ini sudah dikenal pasti dan akan dinamakan di dalam laporan polis yang bakal dibuat.

Laporan tersebut juga menurut Emma adalah bagi membersihkan nama Carl susulan penyebaran ftnah tersebut yang memberi kesan terhadap reputasi serta perniagaan anak guamnya.

Sementara itu mengulas mengenai kompaun yang dikenakan terhadap anak guamnya susulan tidak memakai pelitup muka ketika memberikan ceramah, Emma berkata b.ayaran turut akan dijelaskan pada Khamis.

Carl akan membuat laporan polis susulan penyebaran video berkenaan, pada Khamis. “Itu kesalahannya dan dia mengaku tak ikut S0P. Dan dia akur dengan undang-undang. Polis memberi tempoh tujuh hari dan dia akan menjelaskan pada Khamis,” katanya lagi.

Terdahulu menerusi video pendek berdurasi 49 saat itu, Carl dilihat meninggikan suara terhadap seorang gelandangan warga emas ketika menyampaikan ceramah. Video berkenaan dikatakan dimuat naik sendiri oleh usahawan tersebut di Insta Story akaun peribadi miliknya sebelum dipadam, namun sempat disimpan oleh warganet.

Susulan penularan video tersebut, Carl bukan sahaja menerima kritikan hebat warganet, malah beberapa selebriti tempatan juga terbuka menegur sikapnya yang disifatkan sangat biadab.

Kredit : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Lepas Teruk Dikritik Oleh Warganet Akhirnya Isteri Dan Ibu Carl Samsudin Tampil Pertahankan Tindakan Tegur Warga Emas.

Nama usahawan Carl Samsudin sekali lagi hangat diperkatakan berikutan tularnya sebuah video kononnya menasihati seorang warga emas dengan nada yang biadap sekali gus mencetuskan kemarahan warganet di media sosial. Susulan itu, isteri dan ibunya tampil mempertahankan tindakan Carl atau nama sebenarnya Muhammad Khalif Samsudin. Menurut isterinya yang  juga pengasas jenama busana Muslimah Bella Ammara, Sharifah Nabilla Al-Yahya Syed Shah atau juga dikenali sebagai Belle menerusi hantaran IG Story nya menyifatkan bahawa apa yang berlaku merupakan sebahagian daripada ujian di dunia.

“Biasalah dunia memang tempat ujian. Sabar sajalah. Mungkin ada pahala sikit yang boleh dapat dari bersabar ni.Kita semua sedang diuji. Apa pun Allah lebih mengetahui segalaNya” tulis Belle Sementara itu,  ibu Carl yang dikenali sebagai Khatijah Abdullah menjelaskan bahawa apa yang dilakukan oleh anaknya merupakan sebahagian daripada kerja kebajikan yang diwarisi daripadanya.

“Alhamdullilah anakanda saya @carlsamsudin dan teamnya mewarisi kerjaya saya dalam bidang kebajikan. Rumah menempatkan gelandangan di Kuala Lumpur ini dinamakan Anjung Singgah dan dibina oleh Yayasan Kebajikan Negara @yayasankebajikannegara. Semasa saya bertugas sebagai Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur pada tahun 2014, Pusat menempatkan Gelandangan ini baru mula beroperasi dan ada antara gelandangan yang kami laksanakan operasi gelandangan ditempatkan di sini.

Selepas saya bersara, saya selalu impikan anak2 saya @shasharenasamsudin @sheilasamsudin  @rubysamsudin dan @carlsamsudin meneruskan legasi kerja kebajikan yg saya mulakan dalam keluarga since 1995 apabila saya berkhidmat dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat” tulis Khatijah

Dedah Khatijah, dia akui berasa terkilan kerana terdapat sesetengah pihak yang menunjukkan sisi negatif kerja amal tersebut sedangkan ia merupakan program keusahawanan dan motivasi bagi sebahagian gelandangan di sebuah pusat gelandangan di ibu negara. 

“Ini adalah sedutan video anak saya @carlsamsudin dan teamnya melaksanakan program keusahawanan dan motivasi bagi sebahagian gelandangan di Anjung Singgah Kuala Lumpur. Sayangnya hanya dipilih sedutan yg melihat dari perspective negative sahaja untuk diviralkan oleh @jofliam @vocket @jabatannetizennegara20 . Apa tujuan mereka? Hanya yang mahu dan memilih untuk berfikir secara sihat dan terbuka sahaja yg mampu mendapat jawapan yg tepat. Stay safe dan teruskan legasi mak untuk buat kebajikan anakanda semua ” katanya lagi.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *