Muka ayah di edit letak emoji anjing. Tak boleh berdiam sekali ini respon dari Shuk Sahar.

Kontroversi melibatkan pelawak terkenal, Shuk Sahar dengan bekas’ kekasih gelapnya’ kerap kali menjadi perbualan di media sosial susulan srng-srngan di Instagram antara mereka berdua.

Baru-baru ini, wanita tersebut telah memuat naik video memperlihatkan pelawak tersebut tidak berbaju di katil hotel. Walau bagaimanapun, Shuk telah memaklumkan bahawa video tersebut merupakan video lama dan dia serta isteri sudahpun membuat laporan polis.

Gambar bapa disunting dengan gambar anjing

Kali ini, Shuk  telah memuat naik satu tangkapan layar IG story wanita tersebut yang telah membuat postingan gambar bapanya yang telah disunting dengan gambar anjing sambil mendukung kanak-kanak yang diletakkan gambar babi.

Tindakan biadap itu membuatkan Shuk bertanya kepada orang ramai adakah kita masih boleh terima andai wajah orang tua kita diedit dengan gambar haiwan. Pengacara I Can See Your Voice Malaysia itu juga sempat memberitahu yang tangkapan layar tersebut sudah lama disimpan dan hari ini terdetik ingin berkongsi ke media sosial.

Walau bagaimanapun, Shuk telah memadam posting tersebut di ruangan Instagramnya selepas memuat naik pada awal pagi tadi. Konflik antara pelawak tersebut bersama wanita itu tercetus apabila hubungan cinta mereka diketahui isteri dan sudah beberapa kali perangainya telah didedahkan.

Namun begitu, rumah tangga selebriti tersebut masih utuh dan dia serta isteri dilihat sama-sama sedang menangkis beberapa kenyataan yang disebarkan oleh wanita itu di media sosial tempoh hari.

Sumber: Instagram Shuk Sahar

Tak tahan asyik diganggu bekas kekasih. Sekali ini tindakan yang diambil oleh Shuk Sahar.

KONFLIK cinta segi Shuk Sahar seakan-akan tidak berpenghujung apabila kini bekas kekasihnya, Fara Salleh mendedahkan satu salinan laporan polis berhubung dakwaan kes cbl melibatkan pelawak itu. Enggan membiarkan dakwaan serius itu terus menjadi bualan ramai, Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar mula bertindak mengikut undang-undang.

Shuk dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah yang dikenali sebagai Sera membuat laporan polis terhadap Fara di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur pada Ahad malam. Peguam yang mewakili pasangan itu iaitu Haziq Aizuddin Subhi berkata kes itu sudah dipindahkan ke Balai Polis Pudu untuk siasatan lanjut.

“Malam tadi saya bertemu Sera dan Shuk di Balai Polis Setapak untuk membuat laporan polis terhadap Fara Salleh yang melemparkan beberapa tuduhan terhadap Shuk.

“Kes tersebut kini dibawa untuk siasatan di Balai Polis Pudu. Mereka membuat laporan berikutan tudhan dan ugtan daripada Fara. Segala dakwaan terhadap Shuk adalah tidak benar. “Mereka juga dalam pertimbangan untuk memfailkan saman ftnah memandangkan apa yang dilakukan Fara itu telah mencemarkan imej Shuk dan ia juga satu penganiayaan,” katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Sebelum ini, Fara menerusi Instagram miliknya memuat naik salinan laporan polis seorang wanita yang mendakwa pernah manjadi mangsa cbl oleh Shuk. Malah, Fara turut berkongsi perbualannya dengan individu tersebut yang mendakwa dicbl pada Februari lalu di sebuah hotel di Bukit Bintang.

Fara juga dikatakan memuat naik sebuah video yang memperlihatkan seorang lelaki dipercayai Shuk tidak berpakaian berada di sebuah bilik hotel namun perkongsian itu sudah dipadamkan.

Dalam pada itu, Haziq memberitahu Shuk juga akan membuat laporan terhadap akaun Instagram Fara di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Jelas Haziq lagi, pihaknya juga sudah mengumpul bukti dan paparan skrin kesemua perkongsian Fara yang menuduh serta fitnah anak guamnya.

“Hari ini atau mungkin esok, Shuk akan membuat laporan lanjut di SKMM terhadap akaun Instagram Fara Salleh. Sebab Fara ada memuat naik nombor telefon peribadi Shuk di Instagram.

“Disebabkan perkongsian tersebut, Shuk diganggu dengan panggilan daripada nombor yang tidak dikenali sepanjang malam tadi sehingga dia terpaksa menutup telefonnya.

“Kami juga sudah mengumpul bukti dan menyimpan semua paparan skrin perkongsian Fara yang melemparkan tuduhan dan dakwaan terhadap Shuk,” ujarnya. Untuk rekod Fara adalah individu yang sama dikaitkan

menjalinkan hubungan dengan Shuk sekitar Julai 2020. Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Lepas tular video individu tidak berbaju mirip Shuk Sahar. Tak boleh berdiam sekali tuan badan tampil buka mulut dedahkan sesuatu.

Kuala Lumpur: Pelawak dan pengacara sensasi, Shuk Sahar , 36, menafikan video separuh tanpa pakaian di dalam sebuah bilik hotel yang didedahkan seorang wanita dipercayai kekasih gelapnya bukan video baharu seperti yang tersebar ketika ini. 

Shuk berkata, dia menganggap tindakan berani dibuat wanita terbabit sebagai satu promosi buat dirinya yang sekarang ini sudah kehilangan mata pencarian. 

“Apa yang lepas biarkan berlalu. Jangan jadikan masa silam orang sebagai satu ugtan. Balai Polis lah cerita. “Takkanlah video baharu, kami tengah keluar berdua ni bersama isteri. Lagipun, badan sekarang tengah g.emuk kan. 

“Nak buat macam mana… Tengah-tengah tiada kerja, tiada duit, orang pula buka aib,” katanya menerusi beberapa hantaran di Instagram Story ketika menjawab persoalan yang ditanya sendiri oleh isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera mengenai video tular berkenaan.

Sementara itu, Sera juga tidak menyangka apabila perkara yang selama ini menjadi rahsia antara mereka, akhirnya sudah dibuka sendiri oleh wanita terbabit. Sera turut memaklumkan video itu antara punca mengapa suaminya masih bertahan dan terus menemui wanita berkenaan kerana sering digut dengan perkara sedemikian.

“Alhamdulillah, akhirnya sekarang semua orang dah tahu dan kenapa Shuk bertahan? Video lama yang disimpan, masa main sama-sama semua. “Sebab itu saya bertahan jaga nama baik kamu, akhirnya kamu juga yang buka aib,” katanya lagi.

Tambah Sera, dia juga mempersoalkan duit yang diminta oleh wanita itu sehingga dengan berani sanggup membuka segala kisah silam hubungan dirinya dengan Shuk sebelum ini. “Duit apa tu? Duit sewa kereta Honda ke? Bayar minyak ke? Bayar duit hotel kamu ke? Kata semalam terima kasih cinta ‘untuk segalanya’,” katanya. 

Januari lalu, tular di media sosial mengenai pergolakan semula rumah tangga Shuk apabila Sera membuat pendedahan terbuka di Instagram. 

Menerusi beberapa perkongsian hantaran yang dimuat naik di media sosialnya ketika itu, Sera mendedahkan Shuk masih tidak setia bersama wanita yang sama pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.

Bagaimanapun pada 8 Februari lalu, Shuk berjaya memujuk isterinya selepas meminta maaf dan membuat kejutan membawa rombongan meminang semula Sera ke kediaman mereka. 

Kredit : HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *