Suami Lana Nodin nekad hantar surat saman pada Michael Ang. Tak boleh diam sekali ini jawapan dari Michael Ang.

Pengarah dan penerbit sensasi, Michael Ang tidak mahu mengulas lanjut mengenai tindakan suami kepada pelakon Lana Nodin iaitu David Mackienzie yang mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan kepadanya selepas dikatakan mengeluarkan kenyataan salah terhadap isterinya. Michael sebaliknya masih menanti surat yang dimaksudkan.

“Tiada apa komen mengenainya. Saya tunggu sahaja surat saman dia,” katanya ringkas kepada Gempak. Michael dihubungi oleh Gempak selepas pasangan itu dilaporkan mahu menghantar surat tuntutan kepada pengarah berkenaan.

Dalam pada itu, Michael turut memberitahu dia akan bersedia dengan peguamnya jika surat itu sudah diterima. Terdahulu, Lana menerusi perkongsian di Instagram menempelak Michael yang dikatakan

telah masuk campur di atas kenyataannya berkaitan mengkritik Ketua Pengarah kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Perblhan itu tercetus selepas Michael didakwa telah melabel Lana sebagai seorang yang ‘bimbo’ dan tidak menyokong petugas barisan hadapan.

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Suami Lana Nordin pula akan tampil hantar surat tuntutan kepada Michael Ang hanya sebabkan ini. Tapi ini tujuan David sebenarnya.

Sebelum ini, pelakon Lana Nordin menerusi perkongsiannya di laman Instagram didkwa telah menempelak pengarah drama terkenal iaitu Michael Ang yang dikatakan telah masuk campur dengan kenyataannya mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham.

Terbaharu, memetik laporan Harian Metro, suami kepada Lana Nordin iaitu David Mackienzie bertindak mengarahkan peguam mereka menghantar surat tuntutan kepada Michael Ang yang didakwa telah mengeluarkan kenyataan tidak sepatutnya terhadap pelakon wanita itu.

‘Komen yang tiada kelas’

Difahamkan, David bertindak demikian adalah untuk menyelesaikan masalah atau perbalahan yang telah dipercayai berlaku membabitkan Lana Nordin dan Michael Ang. Peguam saya akan hantar surat tuntutan. Ini adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan perkara ini. Kita tengok berapa duit yang dia ada. Ini adalah satu pengajaran untuk tidak bercakap buruk mengenai orang lain. Saya pasti tiada siapa akan menghargai apa yang diluahkannya. Ia adalah komen yang tiada kelas. Lelaki ini mempunyai sedikit mulut yang jahat.

‘Itu kenyataan tidak masuk akal’

Tambah David lagi, dia berasa kecewa dan kesal apabila dikatakan Michael Ang melabelkan Lana Nordin sebagai seorang ‘bimbo’ dan tidak memberi sokongan kepada frontliners yang bertungkus lumus berdepan dengan pandemik. David bagaimanapun menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Michael Ang itu. Dia sering mengulangi perkara yang tidak berfaedah. Tiada suami yang suka bila seseorang bercakap perkara yang tidak baik mengenai isterinya, terutama mengh1na macam itu daripada seorang lelaki ataupun wanita. Dia sering bercakap perkara buruk mengenai ramai orang. Dia juga mempengaruhi ramai orang untuk bercakap perkara yang buruk mengenai isteri saya. Dia cakap isteri saya tidak menyokong barisan hadapan dan itu adalah kenyataan yang tidak masuk akal. Sumber: Harian Metro

Tak Pasal Pasal Michael Ang Kena Sound Dengan Suami Lana Nordin Waktu Tengah Live. Sekali Ini Respon Michael.

Tular tentang pendapat pelakon Lana Nodin yang dikatakan mempertika1kan kredibiliti Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah baru-baru ini, turut mendapat perhatian anak seni lain. Pengarah terkenal, Michael Ang berkata dia telah menerima amaran daripada suami Lana, David Mckienzie kerana lantang bersuara memb1das pendapat pelakon berkenaan. Pengarah berusia 45 tahun itu David telah tinggalkan komen ketika sesi IG live dibuat olehnya. Sebenarnya saya taknak bagi komen selanjutnya sebab suami dia dah bagi amar4n…dia masuk dalam sesi IG live saya dan tinggalkan komen macam itu.”

Tak patut cakap DG Hisham hanya berlakon

Michael turut berkata dia bersedia untuk bersemuka dengan mereka berdua untuk menyelesaikan perkelah1an ini namun hanya akan berbuat sedemikian selepas pasangan terbabit mendapatkan vaks1n C0vid-19. Saya memang terbuka nak jumpa mereka tapi pastikan mereka vaks1n dulu…sebab saya memang taknak berjumpa atau bekerjasama dengan mana-mana orang yang tidak ambil vaks1n, itu pendirian saya.”

Saya tak kisah sebenarnya kalau dia ant1 vaks1n, itu hak dia…yang saya mar4h bila dia kata muka pen4t DG Hisham selama ini hanyalah lakonan, itu adalah satu keb0d0han.” Dia tak nampak ke peng0rbanan fr0ntliner ini semua yang expose diri mereka kepada C0vid semata-mata untuk selamatkan orang!”

“Jangan sampai laki mat salleh aku jumpa ko!”

Sementara itu, melalui instastory Lana Nodin dilihat menempelak seseorang dipercayai Michael Ang kerana dikatakan masuk campur tentang kenyataannya membabitkan Dr Noor Hisham itu. Malah, Lana juga turut mengaitkan isu Michael yang telah memasuki agama Islam dan memberikan kata-kata kurang enak dibaca.

Ko tengok video tu aku upload pasal persoalkan SOP, yang ko terlebih mer0yan kenapa? Jangan sampai laki mat salleh aku jumpa ko! Ko pun bukan hebat mana pun…” Baik ko jadi kaf1r dari s1buk masuk Islam tapi membawang!”

Michael bagaimanapun berkata dia tidak ambil kisah tentang kata-kata h1na4n dilemp4rkan oleh Lana terhadap dirinya kerana malas melayani rent4k pelakon itu yang disifatkannya sama seperti warganet lain. Katanya, dia sering menerima kata-kata sebegitu daripada warganet lain apabila ada isu yang mereka tidak berpuas hati dengan pandangannya sebelum ini.

Dia kata saya kaf1r, lebih baik tak payah masuk Islam…semua benda itu warganet dah pernah cakap pada saya.” Jadi perlu ke saya melayan orang yang tidak ber0tak seperti itu?”

Patutnya guna pengaruh untuk tulis benda positif

Kata Michael, Lana sepatutnya menggunakan pengaruh yang dimiliki sebagai selebriti untuk minta rakyat bersatu atau tulis perkata yang positif, bukan menakvt-nakvtkan orang. Dengan pengaruh besar yang mereka ada buktikan dengan membantu rakyat atau cuba buat kerja-kerja amal atau yang bermanfaat untuk semua.” Kalau kau suruh DG Hisham letak jawatan, dia dah cukup pandai ke nak gantikan DG?” Sumber : KL Menjerit

Michael Ang minta kelonggaran buat pelakon dan barisan krew untuk mulakan tugas mereka semula. Tapi ada benda lain jugak yang dia minta.

Di Instagram, pelakon dan pengarah terkenal iaitu Michael Ang memberi cadangan kepada semua anak seni supaya mengambil vaksin bagi memudahkan urusan penggambaran kelak. Bukan itu sahaja, kesemua krew pihak produksi perlu melakukan hal yang sama bagi mengelakkan sebarang kluster baru wujud di negara ini.

Minta kerajaan bagi ‘shooting’ balik

Dear Finas Malaysia dan persatuan-persatuan industri kreatif. Hari-hari baca korang minta kerajaan bagi shooting balik. Good move! Tapi to move forward apa langkah-langkah untuk pastikan industri kita bukan penyebab wujudnya kluster baru? Menurut Michael Ang, dia memberi pujian buat persatuan-persatuan industri kreatif di Malaysia kerana menggesa pihak kerajaan supaya industri tersebut kembali ‘hidup’ seperti biasa. Namun begitu, Michael Ang memberi cadangan supaya pihak bertanggungjawab berusaha untuk mendapatkan vaksin buat para pelakon dan krew produksi yang terlibat sekiranya industri tersebut kembali aktif.

Langkah berjaga-jaga

Kerajaan dah ambil langkah yang kilang dan pejabat nak buka kena vaksin pekerjanya dulu. Saya pasti kalau kerajaan nak bagi kita shooting, vaksin akan jadi perkara utama yang akan dilihat. Tak nak vaksin duduk rumah! Ujar Michael Ang lagi, pengambilan vaksin dalam kalangan anak seni merupakan perkara utama yang bakal dilihat oleh pihak kerajaan seandainya industri seni dibenarkan ‘shooting’. Oleh itu, Michael Ang berharap pihak stesen televisyen memberi kelonggaran kepada pihak produksi untuk menukar pelakon sekiranya ada dalam kalangan selebriti yang mereka mahukan tidak mengambil vaksin. Di akhir posting tersebut, Michael Ang memberitahu bahawa cadangan tersebut merupakan langkah berjaga-jaga yang boleh dilakukan bersama demi kebaikan masyarakat Malaysia yang lain. Sumber: Michael Ang

FFM31 diboikot dan siap akui ia bukan badan kebajikan. Malah Finas tidak pandang FFM31 sebagai satu pesta.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) melihat kempen boikot Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang dijadualkan pada Oktober depan hanya digerakkan sekelompok kecil, bukan mewakili suara seluruh penggiat industri kreatif tanah air. Pengerusinya, Zakaria Abdul Hamid berkata, pihak yang mempertikaikan penganjuran acara pengiktirafan tersebut sebenarnya tidak memahami tanggungjawab hakiki perbadanan yang bermatlamat membangunkan industri perfileman negara.

“Finas cukup memahami situasi sekarang malah sentiasa ambil peduli dengan nasib pekerja industri kreatif yang terjejas apabila banyak sektor ekonomi terpaksa dihentikan seketika bagi mengekang penularan Covid-19 termasuk kerja penggambaran. Selama ini pihak kami juga memandang serius terhadap isu dalam kalangan pekerja seni terutama nasib kru belakang tabir, namun mereka perlu faham, Finas memegang amanah mengembangkan industri perfileman tanah air, bukan memegang portfolio kebajikan. Kami pilih bulan Oktober kerana pada masa itu dijangka lebih 80 peratus warga Malaysia sudah divaksin, sekali gus membolehkan sektor lain dibuka seperti kerja penggambaran yang mungkin dapat digerakkan semula menjelang Ogos nanti.

“Finas tidak melihat FFM31 sebagai pesta, sebaliknya suntikan semangat buat warga seni yang bersusah payah memartabatkan filem biarpun berdepan cabaran sepanjang pendemik ini, tambahan pula sudah dua tahun acara tersebut ditunda,” katanya.

Terdahulu, satu gerakan dalam Twitter dan Instagram menggunakan tanda pagar #kempenboikotFFM31, dilihat menunjukkan bantahan terhadap penganjuran majlis tahunan berkenaan yang didakwa tidak patut dilaksanakan ketika ramai pihak terjejas teruk.

Pihak berkenaan berpendapat dana untuk acara yang dijadualkan diadakan secara virtual pada Oktober ini sepatutnya disalurkan kepada penggiat seni yang hidup susah berikutan impak tekanan dan kehilangan pendapatan. Rata-rata berpendapat penganjuran FFM31 sebagai tindakan tidak sensitif perbadanan berkenaan pada saat negara sedang berjuang melawan Covid-19, sekali gus menyarankan dana majlis itu disalurkan kepada warga seni yang memerlukan.

“Mungkin ramai terlupa, Finas sentiasa ambil peduli permasalahan penggiat industri kreatif terutama kru belakang tabir yang paling terkesan dalam situasi sekarang dengan mengadakan pelbagai program sejak tahun lalu. Antaranya adalah pengagihan dana kepada penerbit supaya dapat menghasilkan produk, sekali gus membuka peluang pekerjaan tetapi di luar bidang kuasa kami apabila kerja penggambaran pula ditangguhkan sementara. Tetapi sambil menunggu semua sektor pulih semula, sejak minggu lalu Finas keluarkan dulu Sijil Perakuan Penggambaran agar tugasan pra produksi boleh dijalankan, supaya sebaik pengumuman operasi penggambaran sudah boleh dibenarkan, karyawan dapat terus masuk ke set. Finas turut memohon agar dijadikan pusat pemberian vaksin (PPV) untuk golongan penggiat seni bagi mempercepat matlamat kerajaan mencapai imuniti kelompok yang dijangka memberi manfaat kepada 10,000 pekerja industri jika direalasasikan bulan ini,” katanya.

Akui Zakaria, dari segi penyerahan bantuan barangan keperluan kepada pekerja seni yang terjejas, perkara berkenaan sememangnya sudah digerakkan hingga sekarang secara berterusan bagi meringankan beban kelompok sasaran. Sementara itu, bulan lalu Finas mengumumkan FFM31 bakal mempertandingan 22 kategori utama yang dibuka kepada filem yang diterbitkan antara tahun 2018 hingga 2020. Lebih menarik, hadiah istimewa berupa dana untuk menghasilkan filem yang menggabungkan barisan pemenang edisi kali ini turut ditawarkan kepada penerima anugerah Filem Terbaik. Sumber : K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *