Rupanya pingat olimpik 2020 diperbuat daripada elektronik kitar semula. Ketahuilah ini fakta menarik pasal pingat tu yang ramai tak tahu.

Akhirnya, satu per tiga sasaran pingat di Sukan Olimpik berjaya direalisasikan selepas beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang memperoleh gangsa dalam aksi penentuan tempat ketiga, sebentar tadi.

Dalam aksi hampir satu jam di Musashino Forest Sport Plaza, beregu No. 1 negara itu menundukkan Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia dengan keputusan 17-21, 21-17, 21-14. Kemnangan tersebut membolehkan Aaron Chia-Wooi Yik menokok kepada dua kemenangan sepanjang sembilan pertemuan dengan ‘The Dadies’.

Kjayaan itu juga menyaksikan beregu No. 9 dunia itu meneruskan legasi sukan badminton negara untuk membawa pulang pingat sejak 2008. MaIaysia meletakkan sasaran tiga pingat menerusi badminton, terjun dan berbasikal trek dalam edisi kali ini, dengan salah satu daripadanya adalah emas.

Terdahulu, Aaron Chia-Wooi Yik melakar kejutan mara ke separuh akhir apabila mengatasi beregu No. 1 dunia Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon dari Indonesia menerusi kemenangan 21-14, 21-17.

Berapa sebenarnya harga pingat Olimpik?

Pingat Olimpik dan Paralimpik merupakan salah satu daripada perkara ikonik dalam kejuaraan di seluruh dunia dengan keunikan tersendiri hasil daripada sentuhan negara tuan rumah. Mungkin kerana nilainya yang tiada tandingan kepada atlet, ada yang tertanya-tanya berapa sebenarnya harga pingat Olimpik yang direbut atlet dari seluruh dunia ini?

Jadi Rebutan Ribuan Atlet Seluruh Dunia, Ini Harga Sebenar Pingat Olimpik 2020 1

Pingat emas: Dengan kandungan 550 gram perak dan 6 gram lapisan emas masing-masing bernilai USD466 dan USD353, membawa kepada nilai sebenar pingat berkenaan ialah USD820 atau jika dalam Ringgit Malaysia berjumlah sekitar RM3,460.

Pingat perak: Untuk pingat perak, ia mengandungi 550 gram logam yang mana jika dileburkan membawa kepada nilai USD425 iaitu sekitar RM1,751.

Pingat gangsa: Pingat gangsa pula diperbuat daripada aloi tembaga dan zink seberat 450 gram, yang mana masing-masing bernilai kurang daripada USD7 atau pun sekitar RM29.

Olimpik Tokyo 2020

Walaupun ada yang mengatakan menggunakan semula logam setelah menjadi pingat, ia sudah menjadi tradisi sejak sedekad yang lalu untuk memasukkan bahan kitar semula dalam pingat Olimpik. Di Tokyo, 100% logam dalam pingat telah dikitar semula.

Antara 2017 hingga 2019, rakyat Jepun telah menyumbangkan alat elektronik lama yang mempunyai logam berharga yang diekstrak daripadanya. Dan secara keseluruhan, kerajaan Jepun berjaya mengumpulkan beberapa juta tan peralatan, dan mengambil 32kg emas, 3,500kg perak dan 2,200kg tembaga dan zink untuk pingat gangsa.

Terdahulu dalam beberapa perkara berbeza yang diperkenalkan menerusi Olimpik 2020 ini, satu daripadanya paling menjadi tumpuan iaitu katil atlet Olimpik diperbuat daripada kadbod. Rangka katil untuk para atlet Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung antara 24 Julai dan 9 Ogos depan akan diperbuat daripada kadbod yang dikitar semula.

Tilam untuk katil itu pula adalah dalam bentuk politilena yang akan digunakan semula untuk produk plastik selepas temasya sukan tersebut berlangsung. Tahukah sahabat sahabat semua bahawa medal olimpik 2020 Tokyo ini diperbuat dari barangan elektronik Kitar semula.

Japan melancarkan 2020 Medal Project sejak 2 tahun yang lalu. Sebanyak 78,985 tonne barangan elektronik seperti handphone dan laptop. Kerana dalam komponen peralatan tersebut mempunyai logam seperti emas, perak dan gangsa.

Respek betul, dengan dia orang ini.. Inilah yang dikatakan.. Penjimatan dan bijak.. Bagusnya negara Japan ini. Ini Jumlah Wang Tunai Bakal Diterima Aaron Chia Dan Soh Wooi Yik Selepas Menang Gangsa Olimpik Tokyo

Pasti ramai tak sangka mereka bakal mendapat imbuhan sebanyak RM100 ribu dan pencen seumur hidup lagi! Namun adakah betul reward untuk ahli sukan memang banyak macam ni? Merujuk kepada laman web Majlis Sukan Negara yang menyenaraikan skim insentif bagi semua sukan yang Malaysia sertai, daripada sukan SEA sampailah ke Olimpik.

Menang pingat Gangsa dapat RM100 ribu, Perak RM300 ribu, kalau pingat emas? Kami terkejut juga bila dapat tau, ganjarannya adalah RM 1 JUTA!! Skim insentif ni dipanggil sebagai Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) yang telah ditubuhkan pada 1986.

Ia terbahagi kepada Kumpulan A dan Kumpulan B. Kumpulan A adalah untuk acara sukan terbesar seperti Sukan Olimpik (A1), Sukan Komanvel (A2) dan Sukan SEA (A3). Kumpulan B pula adalah untuk acara yang ada satu sukan je. Contohnya macam Thomas Cup dan FIFA World Cup. Hadiah kemenangan untuk setiap kategori adalah berlainan ikut kumpulan.

Tapi untuk artikel ni kita fokus kat Olimpik sahaja.

Individu: Emas – RM1 juta, Perak – RM3OO ribu, Gangsaa – RM1OO ribu. Kumpulan (kurang dari 5 orang dalam satu team): Emas – RM1 Juta setiap team, Perak – RM3OO ribu setiap team, Gangsa – RM1OO ribu setiap team (Aaron Chia dan Wooi Yik menang yang ni lah)

Kumpulan yang melebihi 5 orang dalam satu team: Emas – RM150 ribu setiap ahli, Perak – RM40 ribu setiap ahli, Gangsa – RM20 ribu setiap ahli. Setakat ni Malaysia tak menang pingat emas lagi tapi kita berjaya sapu empat Perak dan tiga Gangsa untuk acara terjun dan badminton pada Olimpik 2016.

Hadiah kemenangan semua sukan sama, tiada double standard. Yang beza adalah ikut kategori je iaitu individu dan berkumpulan. Selain daripada tu, sukan paralimpik juga dapat insentif yang sama. Insentif ni diberi nama Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO). Ditubuhkan pada 2006, SITO menjanjikan duit pencen sepanjang hayat. Setiap pingat dapat duit pencen yang berbeza:

Untuk setiap atlit: Emas – RM5OOOsebulan, Perak – RM3OOO sebulan, Gangsa – RM2OOO sebulan. Skim Insentif Sukan Olimpik (SISO) menjanjikan duit elaun sebanyak RM2OOO sebulan. Duit elaun ni pula diberi kepada atlit yang layak ke sukan Olimpik sahaja.

Sumber: utusan dan soscili, https://odisi.my/

Ramai yang bangga dengan aksi Dhabitah. Sekali ada pulak warganet yang perasan benda ni yang Dhabitah selalu bawa.

Atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri jadi perhatian wargamaya apabila dipercayai menggunakan pembersih muka lelaki semasa melakukan terjunan di sebuah acara sukan. Menerusi laman sosial Twitter, tular dua keping foto Dhabitah memegang pembersih muka Garnier Men, sebotol air minuman sukan Gatorade yang dikongsi oleh seorang pengguna.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya berpendapat pembersih muka tersebut digunakan untuk membilas wajah sebaik sahaja terjunan dilakukan. Selain itu, ada juga yang membuat pendedahan mereka menggunakan pembersih muka yang sama kerana suka dengan kesan berangin.

“Aku lelaki pun sampai 8 skincare sekali pakai, dia pakai Garnier Men,” usik seorang wargamaya. “Relaks je, hahahaha. Mungkin sebab kulit tak makan dengan makeup lagi kot. Jarang tengok dia bermakeup,” kata seorang wargamaya.

“Don’t ask me WHYYYYY i suddenly tukar to that cleanser,” komen seorang wargamaya. “Facewash tu berangin kan. Naik la saham brand tu nanti,” ujar seorang wargamaya. “Aku pernah baca yang actually pencuci muka lelaki efektif dekat perempuan. Hahaha taktau lah setakat mana kesahihan nye. Mungkin boleh cuba,” cadang seorang wargamaya.

“Tapikan Garnier Men tu sumpah best pakai sebab sejuk pastu muka rasa cam auto licin skskksks,” tulis seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, perkongsian pengguna tersebut telah menerima hampir 2,000 tanda suka daripada warga Twitter.

Pada acara akhir tiga meter papan anjal individu Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Pusat Akuatik Tokyo semalam, Dhabitah mempamerkan aksi membanggakan dengan mengutip 326.15 mata untuk memberi tentangan sengit sepanjang lima pusingan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: https://bartasangbad.site/

Satu Malaysia bangga. Cara Datuk Lee Chong Wei pujuk Nur Dhabitah jadi perhatian ramai.

Aksi cemerlang yang dipamerkan penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri dalam pusingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal individu Olimpik Tokyo 2020 semalam masih hangat diperkatakan.

Masakan tidak, seluruh Malaysia ikut berbangga dengan kedudukan keempat yang diraih Dhabitah daripada 12 penerjun terbaik dunia. Bukan calang calang dan tak mudah ya untuk berada dalam kelompok ini!

Salah seorang yang ikut berbangga dan memberikan kata semangat buat atlet berusia 22 tahun ini adalah legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Menerusi tangkap layar yang dimuat naik menerusi Instagram Story milik Dhabitah, atlet ini menerima kata semangat dan pujukan comel daripada Lee Chong Wei yang disifatkan olehnya sebagai tidak pernah tak kelakar.

“Jangan menangis, anda telah melakukan yang terbaik, hugs“, tulis Lee Chong Wei dalam bahasa Inggeris. Beliau kemudian dilihat tinggalkan komen berunsur humor untuk menceriakan hati Dhabitah. “I rasa mereka sembah dolphin pagi tadi, tak aci,” tulisnya.

Namun demikian, Lee Chong Wei dilihat terus memuji persembahan mantap Dhabitah yang hanya kekurangan sekitar 17 mata untuk meraih gangsa dalam temasya dunia itu dengan menekankan betapa hebatnya atlet tersebut.

Jokes aside, you are awesome! Dhabitah Sabri,” katanya lagi. Terharu dengan sokongan Lee Chong Wei, Dhabitah dilihat tinggalkan komen: “Datuk LCW always funny.” Ironi, bukan hanya Lee Chong Wei, para atlet negara dan barisan selebriti yang berbangga dengan pencapaian Dhabitah dalam penampilannya di temasya yang berlangsung di Tokyo itu.

Gadis yang cukup ikonik dengan senyumannya ini turut mendapat kata semangat daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasssin yang mengucapkan tahniah kepadanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya.

Menyifatkan aksi Dhabitah sebagai mengagumkan dan berasa menduduki tangga keempat terbaik penerjun dunia sebagai pencapaian yang perlu dibanggakan, beliau meninggalkan pesanan manis buat atlet negara ini.

“”Senyumlah Nur Dhabitah,” katanya yang juga mengatakan atlet ini akan mampu melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. Terdahulu, persembahan Dhabitah yang sentiasa tenang dan tersenyum mendapat perhatian dunia.

Biar tidak membawa pulang sebarang pingat, namun Dhabitah tidak berasa dirinya telah tewas. Dengan tangis bahagia, dia sebaliknya mengaku berjaya membawa pulang pengalaman berharga di Olimpik Tokyo 2020 dan hal yang paling dibanggakan olehnya adalah sifat juang diri yang tinggi serta pengorbnan para jurulatih bersamanya yang sempat hilang semangat sebelum menyertai temasya tersebut.

Kredit Foto: Getty Images, Astro Arena

Instagram: dhabitah_sabri

Gambar Training Dhabitah Tular Di Laman Sosial.

Prestasi membanggakan yang dipamer penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri dalam acara terjun 3 meter papan anjal di Sukan Olimpik Tokyo 2020 ternyata membuatkan ramai netizen memuji kegigihan anak muda yang berusia 22 tahun ini. Malah kalau korang tahu macam mana para atlet macam Dhabitah ni training setiap hari demi mencapai prestasi macam tu, rasanya segelintir netizen di luar sana mungkin takkan berani mengkritik atlet kita kalau mereka tidak berjaya membawa pulang sebarang pingat.

Menerusi perkongsian Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook, tular sebuah foto dari posting atlet negara, Nur Dhabitah Sabri yang dilihat sedang ‘dipenyekkan’ oleh coachnya dalam satu sesi latihan. Gambar dari tahun 2016 tersebut ternyata mendapat perhatian ramai kerana ia melihatkan betapa payahnya seorang atlet itu berlatih setiap hari demi untuk mencapai pretasi bertaraf dunia.

Ini cara bagaimana #MalaysiaDivingTeam berlatih. Seperti yang saya beritahu sebelum ini, tak mudah untuk berlatih dan menjadi atlet bertaraf dunia. Sebab itulah, saya sangat menghargai sokong dan dorongan semua.  “Tolong jangan berhenti menyokong dan tolong jangan mula membenci saya. Saya sedang cuba yang terbaik untuk menjadi hebat. P/S: Itu saya… sedang dipenyekkan… tapi saya tak m4t1,” tulisnya.

“Sanggup tak kita hadapi latihan sebegitu?” 

Menurut Kamarul, jika melihat kepada gambar di atas cara bagaimana Dhabitah training, rasanya tak ramai yang sanggup nak menjadi penerjun negara. “Bertahun-tahun berlatih, serah jiwa raga untuk ditempa jadi pemikul nama negara. Kalau lihat pada gambar atlet terjun kita ni, sanggup tak kita hadapi latihan yang sebegitu? Pasti ramai tak sanggup. Bila mereka bertolak ke medan pertempuran, ramai yang sokong, ramai yang sorak. Bila mereka tak bawa pulang apa yang kita harapkan, seharusnya kita kekalkan sokong,” katanya. Saya cuba yang terbaik untuk jadi hebat.”.

Malah tambahnya lagi, atlet yang memasuki pertandingan pasti boleh menerima keputusan pertandingan sama ada kalah atau menang. Namun mereka yang lain juga diingatkan untuk terus menyokong dan jangan menambah beban emosi mereka dengan kata-kata yang tidak perlu.

“Kamu tetap pemenang di hati rakyat Malaysia” 

Foto Dhabitah dari tahun 2016 yang tular itu telah mendapat komen positif netizen yang mana rata-rata berharap atlet negara kita ini akan terus menyerlah dan suatu masa nanti berjaya meraih pingat di Olimpik akan datang. Apa-apapun tahniah Dhabitah! All the best dan teruskan mencipta kejayaan. Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *