Muat naik video di tiktok dengan pakai telekung. Sekali ada pula yang pertikaikan pasal solat. Tak boleh tahan ini respon dari Baby Shima.

Penyanyi Baby Shima mengakui berasa sangat kecewa dengan komen ditinggalkan oleh seorang individu di aplikasi TikTok yang mempersoalkan ibadah solatnya. Memetik penulisan Media Hiburan, individu berkenaan menyifatkan tiada gunanya untuk pemilik nama Nor Ashima Ramli menunaikan solat jika tidak menutup aurat dengan sempurna.

“Kalau orang bertutup litup bagai pun, fikiran kau tetap kotor” Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, pelantun lagu Pura-Pura Bujang berkenaan memuat naik sebuah video memberi reaksi kepada komen individu tersebut.

“Semalam saya ada post satu content di TikTok. Lepas tu ada seorang mamat ni dia cakap, ‘Apa guna solat tapi tayang body’. Seakan-akan kau sorang je yang boleh solat dan kau boleh tentukan siapa yang sah dan tak sah solat.

“Disebabkan pemikiran kau yang selalu berfikiran kotor, kalau orang bertutup litup bagai pun, fikiran kau tetap kotor. Kau kutuk-kutuk aku tapi aku tengok kau punya following (Tik Tok) tu banyak dengan perempuan-perempuan tak menutup aurat,” ujarnya.

Tegur tak salah tapi…

Selain itu, Shima turut menegaskan bahawa memberi teguran bukanlah satu kesalahan tetapi ia perlu dilakukan dengan cara yang betul. “Cukuplah kau judge orang tu. Kau hanya tengok dari luarannya sahaja. Tapi kau tak tahu niat seseorang itu. Kau takkan tahu. Cuma Allah je tahu,” jelasnya lagi.

Perkongsian penyanyi berusia 29 tahun itu dibanjiri dengan kata-kata semangat serta nasihat daripada pengikutnya.

Terdahulu, Baby Shima berkongsi sebuah video memperlihatkan dirinya memakai telekung di aplikasi TikTok. Namun begitu, dia terkilan apabila menerima komen negatif daripada salah seorang individu yang mempertikaikan ibadah solatnya secara terang-terangan.

Sumber: Instagram Baby Shima

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *