PDRM dedah kesan individu yang bergelang pink siap masuk farmasi lagi. Sekali ini tindakan pihak polis.

Polis sedang mengesan tiga individu selepas tular sekeping gambar memaparkan mereka hadir ke sebuah farmasi dengan memakai gelang merah jambu dalam kejadian 15 Julai lalu. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, susulan penularan gambar tersebut, pasukan Task Force Pematuhan dan Pemantauan Ops Covid-19 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya telah membuat pemeriksaan di premis tersebut di Puchong Perdana, Puchong di sini.

“Hasil temubual terhadap penyelia farmasi mendapati kejadian berlaku pukul 11.20 pagi apabila seorang lelaki bergelang merah jambu telah masuk ke dalam farmasi tanpa membuat imbasan MySejahtera untuk membeli ubat manakala seorang lagi lelaki dan wanita menunggu di luar premis. Lelaki tersebut bagaimanapun keluar tanpa membuat sebarang pembelian setelah dimarahi dan diarahkan keluar oleh pekerja farmasi dan empat pekerja farmasi yang bertugas telah diarahkan menjalani kuarantin kendiri sebelum membuat ujian calitan awal,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Abd. Khalid, tiada sebarang laporan polis dibuat susulan kejadian itu namun pihak polis telah mengeluarkan kompaun ke atas farmasi tersebut kerana gagal memastikan hanya pelanggan dengan status ‘Low Risk’ dalam MySejahtera sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam premis.

“Siasatan awal mendapati dua lelaki dan seorang wanita tersebut telah mengingkar arahan kuarantin yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan usaha mengesan mereka diteruskan sehingga kini. Siasatan berhubung kejadian masih dijalankan di bawah Seksyen 270 K4nvn Ksksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencgh4n Dan Pengawalan Sakit Berjangkit 1998 (Akta 342),” tegas beliau.

Sumber – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Ada lagi kilang yang degil. Biar betul sampai 350 pekerja yang masih bekerja namun ini keadaan kesihatan mereka.

Ked3gilan sebuah kilang pembuatan keluli di Subang Jaya, Selangor yang beroperasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh terb0ngkar selepas 350 orang pekerjanya disiasat tadi. Kesemua mereka didapati gag4l mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan selepas dis3rbu pihak berkuasa dalam Ops Patuh yang dilakukan di beberapa kilang hari ini.

Perkara itu dikongsi melalui satu video berdurasi 18 saat oleh seorang pengguna Twitter @Zulkiflibujang dengan menunjukkan pekerja berkenaan diminta duduk diluar kilang ketika serbvan dijalankan. Menurutnya, kilang itu beroperasi seperti tidak ada apa-apa yang berlaku selain tidak mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

Video :

https://twitter.com/zulkiflibujang/status/1410818338574327812?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1410818338574327812%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Ftrending101news.com%2Farchives%2F9496

“Ada yang bekerja,seolah-olah tiada apapun, sedangkan arahan l0ckdown dan juga dikeluarkan kerajaan memastikan mereka tidak sepatutnya beroperasi dan mematuhi SOP sewajarnya,” katanya.

Dalam pada itu, video sama turut dikongsi oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin di laman rasmi Facebooknya. Katanya, sebahagian besar daripada 350 pekerja terbabit merupakan pekerja asing, malah 90 peratus daripada mereka pernah dij4ngkiti C0vid-19. Dalam perkembangan sama, orang ramai turut memberi pelbagai reaksi berhubung video berkenaan selain mahu wajah pemilik kilang dided4hkan kepada umum.

Seorang pengguna laman media sosial, @zed_hafizuddin mahu pihak berkuasa memaparkan muka majikan kilang dan bukannya pekerja.